Thursday, December 14, 2006

Cantiknya bunga..


Cantiknya bunga..
Segar dan mekar setiap pagi, setiap hari..
Alangkah gembira sekiranya daku seperti bunga yang cantik itu
Segar dalam Islam, mekar dengan cahaya keimanan..

Cantiknya bunga..
Sekali kupandang tenang jiwa
Tak ada gundah gulana...
Tak ada sedih pilu...
Tak ada kerisauan dan kegusaran..

Cantiknya bunga..
Ciptaan Allah untuk hambanya
Sekali kulihat, Subhanallah...
hanya pujian yang dapat dilafazkan
hanya senyuman yang dapat ku ukirkan

Cantiknya bunga..
Berkembang mekar harum mewangi
Menghiasi alam yang indah ini
Bersyukurlah wahai aku dengan ciptaan Allah
Kerana dengannya dapat aku rasai
secebis kedamaian...secebis ketenangan

-anonymous-

Sunday, December 03, 2006

One of the 'Therapy'

My latest favourite songs..suka sgt dgr lagu2 ni. The messages are clear for us. Enjoy these songs and take note the lyrics =)



Hanya kerak nasi..

Bila tgk blog sendiri..terasa cam nak tukar template...asyik yg sama jer. Tapi, disebabkan diriku yang agak malas di kala ini untuk melayan benda2 berteknologi ni, maka niat tu disimpan dahulu..hehe. Takpela yer..

Mekasih la Pulut..suruh saya update blog ni...kekeke. Saya ketandusan idea la nak menulis. Nak menghurai isu2 pun..tak berkesempatan (alasan la tu...heheh). Anyway, kat bawah ni just story yang saya 'copi dan pasta'. Maybe rakan-rakan semua dah pernah membaca, tapi baca jela sekali lagi...tak rugi


Appreciate mak ayah kita selagi mereka masih ada. Selagi mereka masih hidup, doa mereka tak pernah putus untuk anak-anaknya. ..tapi, bila mak ayah kita pergi dijemput ilahi, hidup terasa lain sebab tak dapat lagi merasa keberkatan doa mereka.

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang ..orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih..yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg menyayat hati.

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..."ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapatak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab 'mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'..'takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya...zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang.

Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.



* Sekarang saya tgh buat attachment Psychiatry di Acute Unit Psychiatry Ennis (best dari Galway sbb patient sana ramai and interesting plus consultant semua baik2 belaka). Kat Ennis for 2 weeks, then back to Galway. Its quite handy sbb kitaog menumpang classmates Irish yg drive ke sana. One hour journey every morning...so, not too bad. Alhamdulillah. Walaupun timetable setiap org lain2, buleh juga balik skali waktu petang tu sbb John Morley sanggup untuk menunggu semua org..hehe. Untuk minggu pertama ni, saya attach dengan Dr. Reynolds. He handle the old age sector. So, setiap hari...saya akan berjumpa la dgn makcik2 dan pakcik2 yang ada dementia, Alzheimer's...dan macam2 la lagi. Saya enjoy borak2 ngan patient yang ada, tapi bila sampai bab nak baca buku psych ni...Ya Allah, susah betul..huhu. Moga pasni akan timbul la kerajinan dan kemahuan untuk study bersungguh-sungguh. Insya Allah.

*Anyway, patient Dr. Reynolds semua berumur 65 thn ke atas. Susah sebenarnya nak jaga org2 tua ni. Perlukan banyak kesabaran. Bila dah semakin tua, perasaan diorg mudah terasa, lebih sensitif. Bila buat attachment ni, saya dapati anak-anak banyak yang menghantar makayah diorg ke nursing home bila diorg tak boleh nak menjaga parents diorg. Seperkara lagi, bila ada clinic...mak ayah yang tua tu, dtg berdua jer..tanpa anak2. Sambil mengikuti consultation, saya melihat makcik pakcik yang dah tua, rabun, tak larat berjalan dan sebagainya.... saya terfikir....kenapa jadi seperti itu, mana anak2 diaorg yang ramai tu, macamana pakcik dan makcik ni dtg sini, macamana kalau jadi apa2 kat diorg dlm perjalanan nanti, siapa yang nak menjaga diorg....

*Erm, macam2 timbul di kepala di kala itu. Situasi ni di Ireland la. Agaknya, di malaysia macamana ye. Sepanjang menjadi medical student dan buat attachment di sini, banyak benda dapat dilihat, banyak benda yang dapat dipelajari. Ya Allah, bersyukur sangat2 kerana diberi kesedaran seperti ini. Dan moga2 kesedaran ini akan berterusan bila saya dah berkeluarga nanti. Risau, kerana kita tidak tahu macamana kita di masa hadapan. Berdoa agar hati ini tetap diberi petunjuk oleh Allah. Moga hati ini terus ikhlas dalam melakukan tanggungjawab sebagai seorang anak. Janganlah terlintas di masa hadapan walau secebis rasa 'menyusahkan' di hati ini. Nauzubillahiminzalik.

*Hari Rabu lepas, saya ikut SHO berjumpa dengan sorang patient di female ward Ennis. If I'm not mistaken she in her 70's. Di sepanjang interview, bila makcik ni cerita mengenai diri dia, dia akan menangis dan laju jer air mata dia mengalir. Bila dah nak beredar, dia wish good luck dan peluk saya. Sayu dan terharu....

*Anyway, selepas rakan-rakan baca cerita di atas tu...apa yang rakan-rakan rasa? First time saya baca....air mata ni dah mengalir dengan lajunya, ditambah pula dah seminggu bersama org2 tua di Ennis. Sedihh!!

*So rakan-rakan, apakah conclusion yang dapat dibuat? silala buat kesimpulan masing-masing...semua dah pandai2 belaka kan..hehe =). Untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan yang disayangi, banyak2 lah berdoa untuk makayah kita. Redha Allah, terletak pada redha makayah kita..

wallahualam

** maap ler kalo ayat berterabur...
** moga bermanfaat

Friday, November 17, 2006

Dude, what r u fighting for?

Dari "Troy"
Tatkala kapal layar hitam pasukan tentera upahan Achilles menghampiri pantai Troy, Achilles legenda tersohor itu menghadap ke buritan kapal dan menghunus pedangnya ke arah Troy seraya berseru, "Lihat itu! Apa di sana? Di sana ada KEABADIAN!" kata-kata semangat Achilles untuk ahli pasukannya bagi menghadapi bala tentera Troy yang tak pernah dikalahkan itu. Itulah tujuan peperangan mereka. Mencapai keabadian, menjadi legenda, untuk dikagumi oleh bangsa manusia selamanya...

Dari "Gladiator"
Tatkala Maharaja Rome bertanya kepada Jeneral Maximus, orang kanan kesayangan yang baginda mahu tabalkan sebagai penggantinya, "What are you fighting for?". Jawab Maximus "For Rome". Lantas ditanya lagi oleh Maharaja, "What is Rome? Have you ever been to Rome?" Maximus tertunduk, menjawab "No".
Jeneral Maximus, hero Gladiator itu nyata berjuang untuk negara yang tak pernah dijejakinya pun hingga saat pasukannya berjaya meluaskan jajahan Rome atas nama penyatuan bangsa Greek. Murni, berjuang untuk bangsa dan negara. Namun, berdasarkan dialog filem terkenal itu, dia sendiri tidak pasti apakah negara Rome yang diperjuangkannya itu (sekurangnya tidak sehingga dia hampir dilantik sebagai Maharaja Rome)

Dari "Discovery Channel"
Dalam satu rancangan di saluran Discovery tentang pembinaan piramid, terdapat adegan salah seorang buruh piramid merenung piramid tika sampannya menyusuri tebing sungai Nil. Saat itu dia tiba-tiba seolah mendapat "revealation", akhirnya dia memahami untuk apa sebenarnya perit jerih puluhan tahun dia dan ribuan buruh lain membina piramid-piramid agung tersebut. "For the Pharaoh (Firaun)", Raja, Tuhan mereka.

Jadinya, untuk apa perjuangan?
Dari ketiga-tiga contoh tentang perjuangan dari kisah-kisah legenda itu, membuat kita lebih merasai, menghargai tujuan perjuangan dan Jihad di dalam Islam. Sebagai insan Islam, kita berjihad , melakukan segala untuk Tuhan Yang Esa. Yang mencipta, mengurnia, memerhati, menghisab, dan tempat kembali kita. Tujuan perjuangan kita tidak setakat mencapai keabadian, dikenang manusia hingga akhir zaman, tidak setakat negara dan bangsa, yang barangkali akan berubah atau lenyap kemudiannya, tidak untuk raja yang juga mati seperti manusia lain. Ketiga-tiga itu tidak abadi, mereka tidak akan mampu membalas setimpal. Bila benar-benar dirasakan jihad, perjuangan itu untuk Tuhan, yang Pemurah, yang mencintai kita lebih dari ibu yang melahirkan, benar-benar akan dirasai niat kita itu murni, agung, paling tinggi. Alangkah INDAH dan SEMPURNA.

-nisa'-

Hmm...depress/tension?

Kenapa aku?
Kerana ia ketentuan Tuhan
Kenapa aku?
Kerana ku masih diberi pengharapan rupanya
Kenapa aku?
Kerana aku masih disayangi rupanya
Kenapa aku?
Dan Allah tidak membebani sesuatu melainkan dengan kesanggupannya
Oh..begitu rupanya..
Hmm..tapi..kenapa aku
Wahai aku...kau mujahidah muda
Wahai aku
Kau seorang hamba
Hmm..sedih lagi?
Boleh jadi apa yang kau sukai adalah tidak sesuai bagi kamu
dan Allah lebih mengetahui apakah yang terbaik buatmu

Aku...aku...
Apakah kamu mengira kamu akan dilepaskan begitu sahaja
sedang kamu belum diuji?
Bangunlah aku..kerana...
Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah
Bangkitlah aku
Sesungguhnya dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenang...
Dan..semoga kesabaran menghadapi ujian ini..
diampuni dosa yang menimbun..
Dan..wahai aku..
Harga syurga itu mahal
Wah!...bangkitlah aku...
Wahai wanita muda
Wah!...bangkitlah aku...
Be strong!...yeah!

Thursday, November 16, 2006

When Harry meets Sally

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar iman rakan-rakan semua? Moga sinaran iman sentiasa terpancar dan sentiasa bergemerlapan. Lama kan tak bertanya khabar =)
Sekarang time untuk study sebenarnya. Tapi, terasa nak bercerita di sini walaupun tak ada cerita untuk diceritakan. 7 minggu bersama OnG dah selesai...Alhamdullilah. Moga segalanya berjalan dgn lancar...ameen. Bila dah belajar OnG, dah buat attachment...terasa cam suka lak kat OnG ni. Dulu tak masuk senarai 'cita-cita' pun. Tapi, rasanya sekarang ni Obstetricians and Gynaecologist dah termasuk dalam senarai. Erm, sesuai ker?
Anyway, sekarang buat attachment psychiatry. Erm, attachment ni cam rilek sikit, tak sesibuk OnG. Kalau dulu, tak sempat pun nak fikir pasal makan ker apa...sekarang ni, jam 12pm dah takde benda nak buat. Tadi 1st time jumpa patient schizophrenia. Interesting juga psych ni rupanya. Nampak mudah, tapi tak la semudah yang disangkakan. Bila Dr. Carney tanya soalan, terdiam seketika..huhu. Tak dapat adapt lg kot. Moga-moga selepas ni okla hendaknya..insya Allah.

Jam 7pm tadi ada talk Syeikh Khalid, Imam Galway. Lama tak dengar talk dia. Tajuk harini..'When Harry meet Sally'. Erm, rasa cam tak pernah tengok movie ni...ker dah lupa...erm, takpela. Kiranya talk tadi menyentuh mengenai RELATIONSHIP. Slalu sangat kan kita dengar pasal topic ni. So, aku buat conclusion jela:

1. If you want to have a partner, do it in a Halal way
2. Avoid the Haram things, because it can affect our generation
3. Don't love somene extremely
4. Don't hate someone extremely

Banyak lagi rasanya konklusi yang dapat dibuat. Tapi, tu jer yang dapat difikir. Korang tambah la sendiri ye. Yang pasti, diri kita sekarang merefleks anak-anak kita di masa hadapan. Bagaimana layanan kita terhadap ibu bapa, begitu juga layanan yang akan kita terima. Bagaimana kita bergaul, begitu jugalah anak-anak kita akan mengikutinya. Jadi, marilah bersama-sama kita menjaga batas-batas pergaulan kita. Perkara ini nampak seperti remeh, tetapi ia adalah sangat penting. Kalau di masa muda kita asyik bercinta sehingga melupakan ibu bapa, pelajaran dan ajaran agama..mahukah perkara yang sama terjadi kepada anak-anak kita nanti? Nauzubillahiminzalik.
Gembira kan kalau ada orang yang menyayangi kita. Menyintai dan dicintai itu tidak salah jika niatnya hanya kerana Allah. Cinta itu indah jika dasarnya adalah Allah. Jika niat di hati itu suci, maka hukum syariat Allah akan sentiasa menjadi benteng untuk kita menjaga batas-batas pergaulan. Rasa-rasanya, senang ke susah nak menjaga pergaulan? Macam Syeikh Khalid cakap tadi, if you want to have a partner..then do it in a Halal way. So, kahwin jela..kan senang. Perkahwinan itu suatu ibadah, maka serahlah penggantungan kepada Allah.

Erm, dah tak tahu nak menulis apa. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar ditambah dan ditetapkan iman di hati. May Allah swt. protect all of us.
walaahualam

Saturday, November 04, 2006

Di kala itu..

Mengapa perlu berasa berjauhan dari Yang Esa, Sedangkan Allah sentiasa merahmati hamba-Nya yang sering terlupa, leka dan alpa terhadap-Nya.
Kepada siapa yang harus dipinta?
Tentulah kepada Maha Pencipta..

Tuesday, October 31, 2006

Ambillah waktu..

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu nilai untuk keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga


* tgh ngantuk sgt2, so ambil waktu untuk berehat seketika...kerana mata ini tak mampu untuk berjaga..huhu
* masa adalah membazir jika tidak diurus sebaiknya, ambillah waktu merenung diri, bermuhasabah seketika..

Sunday, October 29, 2006

senyum seindah suria


Lagi 2 minggu ada OSCE n mcq tuk obs and gynae!! Blaja2!! Case report pun x abis lg!! Adehh...berusahalah!!
Anyway, on call smlm tak byk yg happening...patient tak banyak. Tapi, aku berjaya assist tuk C-section. So, not too bad. Ada scene yang buat aku sedih, tapi takpela..tak yah la citer kat sini. I'll get through that sadness after this. Dalam kesedihan tu, ada gak something else yang menggembirakan aku. Masa on da way nak ke hosp smlm, terselisih ngan 2 beradik ni. Twins rasanya. Umur dalam lebih kurang 4 thn. Diorg tgh main tembak-tembak dlm kereta...kuat jugak la suara diorg. Agaknya tgh tunggu mak diorg kot. Masa aku lalu sebelah diorg, yg sorang ni senyum kat aku..comel betul!
Tiba2, dia ckp "Lets shoot her" (yela, diaorg tgh main tembak2 kan). Aku senyum jela. Pastu yg sorang lg lak perasan aku ada kat situ. Dia terus ckp "No! We cannot shoot muslim! She's my friend! " huhu....Terharu aku mendengarnya....dahla diorg comel. Baru umur 4 thn..tapi, dah ada good value in them. Yang bestnya, bila teringatkan diorg, mesti aku senyum. So, that's good for today =)

Friday, October 20, 2006

Salam Perantauan

Galwegians....uihh..ramai rupanya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.
Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita untuk tahun ni....
Syukur Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, di saat ini..kita masih dipanjangkan umur untuk merasa nikmat Allah di bulan yang mulia, bulan Ramadhan.
Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan...Manfaatkan hari-hari terakhir ini dengan sebaik-baiknya. Kita tak tahu samada kita masih berpeluang untuk Ramadhan akan datang.
Di kesempatan ini...nak memohon kemaafan andai ada tersilap kata dan bahasa. Kepada semua rakan-rakan dan sesiapa yang menyinggah di blog ini...ribuan kemaafan dipohon. Mana la tahu..kot2 ada terbuat salah kan..=)
Tahun ni masuk tahun ke-5 aku beraya di Ireland..huhu. Semalam homesick!! Terasa rindu sangat nak dengar suara ibundaku. Tapi apakan daya..kreditku abis lak...huhu. Tak sabar nak phone umah pasni.
Warga Galway tahun ni dah semakin bertambah...sampai aku pun dah konpius dgn adik2 yang ada..hehe. Bila adik2 ni panggil aku 'akak'....erm, terasa : dah tua aku ni rupanya. Anyway, moga semua urusan dipermudahkan dan diredhai Allah. Bersyukur dengan segala nikmat Allah, bertawakkal dan berserah kepadaNya. Moga amalan di sepanjang Ramadhan diterima olehNya dan moga kita istaqamah dalam setiap amalan..insya Allah.

Saturday, October 14, 2006

adehh...

20 Ramadhan 1427.
Ya Allah...cepat sungguh masa berlalu. Dah masuk 10 malam terakhir.
Aku skrg kat Mid-Regional Maternity Hosp, Limerick. Kena dok labour ward 5-9pm. Tapi, nak buat on call malam ni sebab banyak lagi deliveries yang aku tak tgk. Desperate for signatures nih..huhu.
Dah 2 hari berbuka sorang2. Baru aku tahu apa perasaan 'away'. Dulu Sani tak sabar2 nak balik galway lps dia away. Gembira bila jumpa kitaorg kat red house. Bila skrg ni, dah berada di tempat sani, dah 'away', erm...sedih!! Tak sabar nak balik galway!! weekend ni...aku dok sorang2, berbuka sorang2. Nak masak pun malas sbb aku jer yg nak berbuka..huhu.
Anyway, melayan blog seketika sbb takde patient kat labour ward. Adehh...nak balik umah pun, dah gelap ni. Angin kat luar kuat giler. Ntahla...tgkla camna. Moga2 adala deliveries mlm ni...

Saturday, October 07, 2006

Arah mana


Bismillahirrahmanirrahim.
13 hari sudah Ramadhan berlalu. Cepat kan. Moga hari2 yang berikut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Insya Allah. Next week i'm going to limerick for my obs and gynae attachment. Away time ramadhan..sorang2..huhu. Erm, banyak perkara dalam kepala sekarang ni. Nak buat tu, nak buat ni...nak study tu, nak study ni....nak fikir tu, nak fikir ni. This week, ada hari yang rasa down..ada hari yang rasa happy. Lumrah kehidupan..take it easily, Insya Allah =). Apapun yang pasti, minggu ni jer...dah dua kali aku call mak. Mak siap pesan...nak away nanti, tak yah phone dah pun tak pe..adehh. Tu la..phone lagi kerap2...hehe.

Tuhan..usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat,
Seperti yang Engkau pernah berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan..jangan pikulkan kami
yang tidak kami terdaya
,
Maafkan salah kesilapan
ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami..

Moga sentiasa dalam agamaMu...taat akan perintahMu.

Monday, October 02, 2006

Demi Masa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" Al-Asr: 1-3

Masa itu terasa berlalu begitu sahaja bagi hamba yang sentiasa leka dan lalai dengan kehidupan duniawi. Dua puluh empat jam itu tidak memadai baginya. Kenapa begitu? Kenapa nikmat masa yang Allah berikan itu tidak disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Andai masa ini terhenti sekalipun, ia masih tidak cukup buat hamba yang tidak tahu menggunakan nikmat Allah tersebut.

Diri ini terpaku seketika, terdiam. Adakah aku lalai dengan nikmat Allah? Adakah aku menggunakan nikmat Allah itu dengan sebaiknya? Sedarkah betapa ruginya masa yang berlalu tanpa aku mengingati Allah, tanpa aku menyebut kalimah zikrullah?

Alangkah ruginya kita yang membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Masa yang berlari laju meninggalkan kita yang masih terkapai mencari sinar Allah. Adakah aku termasuk di dalam golongan yang merugi yang dikatakan oleh Allah itu? Sedarlah wahai hamba, dirimu sentiasa diperhatikan Allah. Dirimu sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Terpulang kepadamu untuk melalui dan menghadapi ujian-ujian tersebut. Berusahalah sedaya mampu untuk menjadi golongan yang beriman yang beramal soleh. Berlumbalah kalian mengisi waktu dengan perbuatan yang baik agar masamu itu tidak pergi dan berlalu dengan sia-sia.


* Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini. Bimbinglah daku ke arah sinar-Mu. Tunjukilah daku jalan yang lurus yang Engkau redhai.
* Pesanan kepada diri dan sahabat sekalian...gunakanlah masa yang Allah kurniakan kepada kita dengan sebaiknya. Kita tidak tahu bilakah Allah akan menarik kembali nikmat-Nya ini. Sentiasalah bermuhasabah, merenung diri, menginsafi atas segala kesilapan selama ini. Renung kembali apa yang kita lakukan dalam sehari-hari. Adakah lidah kita ini basah mengingati Allah? Betapa ruginya kita yang lalai dengan nikmat masa yang Allah berikan ini.

wallahualam

Saturday, September 30, 2006

kasih sayang

Bismillahirrahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Pagi ni Sani yang kejut aku bangun sahur. Power betul suara dia yg mmg dah power tuh..hehe =). Hari before tu, Husna yg kejutkan aku. Klakar, sbb aku bangun and then cakap timakaseh kat dia. Pastu..aku tido balik! adehh. Korang mengumpat aku erk pg td..ish3. Anyway, insya Allah pasni aku akan rajin bangun sahur. Sunnah Rasullullah... rugi bila few days ago aku tak terjaga untuk sahur.
Pagi ni jugak..terasa lebih tenang dari hari2 biasa. Kenapa erk. Sbb weekend ker? erm, maybe. Last thursday adalah 1st on call aku utk obs and gynae. Before ni, dah penah buat attachment kat mesia. Tapi, aku rasa biasa jer. Bila dok di labour ward kat galway..rasa lain pulak. Aku terharu tgk Irish couple ni. Bila melihat baby yang dikandung selama 9 bln kini berada di depan mata, mengalir air mata couple tu.
Tiba-tiba, terus teringat kepada mak dan abah di rumah. Terbayang segala jasa dan pengorbanan mereka kepada aku selama ni. Mak terutamanya. Masa dia nak melahirkan aku, dia kena asthma attack. Overdue lak, so I was born through caesarean section- classical caesarean section. Dah postnatal, ada infection kat stitching part. Kesian mak time tu...aku dah boleh balik rumah, dia still kat hospital...huhu.
Bila dah besar ni, sedih bila teringat segala kepayahan yang dilalui oleh mak dan abah. Sebagai anak, hormati dan sayangilah ibu bapa selagi mereka ada di sisi kita. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat. Teringat kata-kata mak kepada aku.

" Blajar rajin-rajin, baik dengan semua orang, jangan tinggalkan solat, jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan dok homesick sgt, blaja betul-betul. Kalau Allah nak mengambil nyawa mak dan abah, Dia boleh mengambilnya di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Jaga diri baik-baik, mak abah bukannya boleh tunggu sampai bila-bila".

HUHU...sedih. Sebab tu la rasanya aku rajin call rumah. Walaupun aku dah dewasa, dah boleh berfikir, dah boleh membuat keputusan sendiri....mak still menjadi tempat aku merujuk. Dialah ibu, dialah sahabat. Bila ada problem, dialah tempat untuk mengadu. Tak bermaksud nak menambah kegusaran dan kerisauannya. Tapi, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya itu pasti akan menenangkan aku. Doa seorg ibu itu akan cepat dimakbulkan Allah.

Dok di labour ward aritu berjaya gakla buat delivery. Alhamdulillah. First ever baby yg aku berjaya deliver...baby girl. Comel betul anak Irish ni. Well, semua baby pon comel..kan..heheh. Bila aku cerita kat mak, aku berjaya buat delivery, mak gelakkan aku. Erm, aku pun tak tahu kenapa dia gelakkan aku. Apapun, comforting words dia mmg best. Takkan jemu mendengarnya. Masa on call tu jugak, borak2 ngan sorang patient ni. Tetiba dia tanya aku: "Are you a first year student?" adehh....first year tuhh. Aku pun tak faham camna bleh nampak cam 1st year..huhu.
Anyway kenapa aku dok mengarut kat sini? Nak sambung study sat. Moga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Istiqamah dalam setiap amalan, tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini.
wallahualam

This path may be difficult

Wahai para pejuang kebenaran, suburkan semangat juangmu...

Tuesday, September 19, 2006

cheer up!

Bismillahirahmanirrahim.
Smlm pegi walimah Syeikh Khalid, imam di galway. Cantik decorations yg malaysian students buat. Nice job. Sementara nak tunggu food yg 'on da way'..borak2 ngan rakan2 dulu. Cik Marisa berkata: Bila ko nak update blog? Asyik copy paste jerr...mana aci...katanya lagi. =) hehe
Nak layan blog...tapi tak de idea la nak tulis apa. Kalau dok merepek jerr kat sini..sapa lak yang nak baca kan.
Anyway, harini pegi buat garda card di immigration office. Memang dugaan betul harini. Sampai kat industrial park tu kol 6.40 am kot. Pastu, kena beratur di luar tu sampai kol 8.30am. Kalo weather menarik tak pe. Tapi harini, nak ditakdirkan hujan lebat giler. Payung ada satu lak tu...share 3 org. Bayangkan dok beratur dalam hujan selama 2 jam...sejuk!!!! Basah kuyup gakla sementara nak tungggu office tu buka. Memang immigrants betul. Jumpa officer 5 minit jerr, tapi kena beratur dan menunggu dekat 5 jam lebih kurang..huhu. Bila pegi klas Psychiatry kol 2pm, apalagi...terlelap jela..huhu. Tu baru satu dugaan. Dugaan satu lagi...laptop aku buat hal! huhu. Baru jer seminggu balik Ire, dia buat problem lak...sabar2.
Kalau nak diikutkan, agak tensi la sekarang ni. Dahla nak start attachment Obs and gynae pasni. Tapi bila fikir2 balik, buat apa nak tensi2 kan. Ujian tu kecik jer pun. Allah swt nak menduga hambaNya. Setakat mana kesabaran hambaNya dalam menghadapi ujian dan cabaran. Umat Islam, saudara seagama di tempat lain...ujian diorg lagi besar. Apa sgt la kalau nak dicompare dengan masalah aku sekarang ni. Nak comforting words, call ibunda jela kan. So, cheer up! Insya Allah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan perkara yang berlaku =). Usaha, doa, tawakkal.

Friday, September 15, 2006

Camna nie??

Remaja disogok wang, perempuan, telefon bimbit supaya murtad?
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Hrkh) - Mutakhir ini isu murtad di kalangan remaja Islam semakin serius, malah ia menjadi satu ancaman kepada akidah umat Islam tatkala pelbagai pihak bukan Islam berusaha memastikan hak kebebasan beragama diiktiraf kerajaan Islam Hadhari.
Harakahdaily mendapat maklumat mutakhir ini, gerakan memurtadkan remaja Islam sedang giat di Seremban 2 dengan usaha lebih agresif dan berani mendekati golongan sasar terutamanya remaja lingkungan usia 17 hingga 25 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Surau Garden Homes, Azman Basra, mendakwa kewujudan kumpulan memurtadkan ini dikesan beroperasi di sebuah premis kedai dua tingkat berhampiran sebuah tokong Buddha di Bandar Seremban 2.
Kumpulan ini menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kerana bagi mereka kelompok remaja lebih mudah didekati berbanding golongan dewasa yang lebih kuat pegangan akidahnya, kata Azman dalam satu pengumumannya di surau tersebut baru-baru ini.
"Golongan Kristianisasi ini menawarkan ganjaran berupa wang saku kepada remaja yang mahu murtad, malah mereka juga ditawarkan khidmat seks (bagi yang lelaki akan mendapat perempuan, dan yang perempuan akan mendapat pasangan lelaki) dan telefon bimbit," dakwanya.
Akibat tawaran yang agak lumayan ini, beliau mendapat maklumat ramai remaja dari taman-taman sekitar Seremban 2 murtad dan bilangannya cukup besar.
Menurut Azman, ada kes di mana seorang remaja yang dikatakan telah murtad hingga tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana dakwanya meminum sebotol air yang dinamakan 'holly water'.
"Ini suatu perkembangan yang cukup membimbangkan. Saya berpesan kepada jemaah semua agar berhati-hati kepada kumpulan tertentu yang sedang menyebarkan dakyah ini.
"Saya juga berpesan supaya penjaga memerhati gerak-geri anak-anak remaja yang cukup mudah terdedah kepada proses Kristianisasi ini," katanya lagi.
Berikutan perkembangan yang membimbangkan itu jawatankuasa surau kini sedang membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menghalang usaha memurtadkan remaja ini tidak akan dapat berkembang, kata Azman. - lanh

* Risau betul aku bila memikirkan dan melihat keadaan di sekeliling, terutamanya di Malaysia lah. Macam mana la nanti nak menjaga anak2 di masa hadapan...
Apa yang kita perlu buat??

The Heart

The Heart of a Muslim




Allah looks not at how you LOOK...but what is in your HEART...

Oh Allah, purify the HEARTS of the Muslims....
Ameen.

Wednesday, September 13, 2006

pejam celik, pejam celik

Bismillahirrahmanirrahim.
Pejam celik, pejam celik, tup tup dah sampai Ire dah. huhu. Wajah makabah still dok terbayang lagi nih. Apapun kuatkan semangat, tabahkan hati. First day pegi lecture tuk 5th year. Hishh..cam tak percaya jer. Dah masuk 5th med dah. Alhamdulillah, selama ini, setakat ini diberi kekuatan oleh Allah swt. untuk berjuang di tempat org. Cuak gak nak pegi lecture tadi..Hopefully semuanya berjalan lancar selepas ni. Insya Allah.

Friday, August 04, 2006

August..

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah..attachment dah habis. Enjoy dok di ward H1, H2, labour room and K2. Tak dinafikan la..ada gak time yang malas nak gi ward round. Pukul 12 dah cabut...pastu pegi mana yer..hehe. Tahun ni attachment kat Hosp. Alor Setar happening sket from last year sebab aku tak sorang-sorang. Ada member..so, tak la aku bosan sangat. At least, kalau kena berleter ngan consultant ker..aku tak la keseorangan...heheh. Pulut dah selamat sampai KL erk...amacam, best ker dok Aloq Setaq? Tinggal Wani jerla kat sini. Sorang lagi dah sampai Jogja...diam jer dia erk di awal perkenalan...rupa2nya..poyo gak orangnya..heheh. Anyway, best dapat kenal korang and buat attachment sama2. Hope to see you guys again in future..insya Allah.
Seronok masa dok ward K2..tgk kanak2. Macam2 kerenah yang ada...comel-comel lak tu. Diorg semuanya tak sihat...dalam kesakitan dan kepayahan, tapi Allah jadikan diorg penghibur. Kita tgk diorg pun..kita akan senyum =) Anyway, kalau dapat housemanship kat ward paediatrics hosp. alor setar....silala tabahkan diri. Cuti just 9 hari dalam tempoh 4 bln..huhu. Untuk org yang selalu cuti ni..gerun gak dgr...tapi tu pun pengorbanan gak. Insya Allah, kalau niat kita betul...semuanya menjadi ibadah...kan.
I'm a bit sad actually this morning. Tak tahu la sebab apa..maybe banyak sangat kot benda dalam kepala ni. End upnya...aku melayan la blog ni. Terasa cam malas nak fikir benda2 yang serabut. Tapi, tak boleh gak..sebab dah memang kena lalui. Just accept whatever that comes. Ujian dan dugaan Allah..terima dan hadapi dgn tabah. Bersyukur dgn apa yg diberikan oleh-Nya.
*Smile is end to all misery...enjoy your life...contribute as much as you can..insya Allah.

Monday, July 10, 2006

Sang pemburu Jannah

Bara' bin Malik r.a

Lelaki perkasa ini tidak lain adalah saudara dari Anas bin Malik r.a, khodim Rasulullah S.a.w. Keberanian dan keperkasaannya di medan laga sudah sudah tidak diragukan lagi. Pernah dalam satu perang tanding beliau berhasil menghabisi seratus jagoan dari kaum kafir. Baginya, memasuki jannah dengan mati syahid adalah dambaan yang selalu dicarinya, karena itu sejak perang Uhud beliau tidak pernah gagal menyertai Rasulullah S.a.w dalam setiap pertempuran.

Ketika Abu Bakar r.a berkuasa, banyak terjadi pembangkangan, antara lain pembangkangan Musailamah Al Kadzab yang mengaku sebagai Nabi. Segera Abu Bakar memberangkatkan pasukan menggempur pasukan Musailamah yang tangguh. Pertempuran antara dua pasukan pun terjadi dengan serunya di Yamamah. Bara` r.a seperti biasanya segera mengamuk menebas setiap musuh yang berada didekatnya. Namun kekuatan musuh yang cukup solid hampir membuat semangat tempur kaum muslimin mengendor. Segera Bara' berteriak dengan suara yang lantang, " Wahai manusia! Demi Allah, tidak ada lagi bagiku Madinah..! yang ada hanyalah jannah!".Lalu beliau pukul kudanya melesat menyerbu ketengah-tengah kumpulan musuh. Melihat hal itu, sontak semangat kaum muslimin kembali bangkit dan segera menyusul Bara' menggempur musuh dengan satu tekad, mati menuju jannah. Akibatnya pasukan Musailamah terdesak dan mundur memasuki benteng pertahanannya.

Untuk membobol pintu benteng, Bara' berinisiatif agar kawan-kawannya melemparkan dirinya melewati atas benteng kemudian nanti beliau yang akan membuka pintunya. Sungguh suatu keberanian yang luar biasa. Usul itupun dilaksanakan. Setelah beliau berhasil masuk segera pintu benteng dibukanya setelah sebelumnya harus menghabisi sepuluh nyawa pasukan penjaga benteng. Bagaikan air bah pasukan muslimin segera memasuki benteng dan menghabisi perlawanan Musailamah sang pendusta. Pada peperangan ini Bara' harus merakan lebih dari 80 luka akibat serangan lawan.

Kini, Bara' telah berada dalam pertempuran lain, perang dengan pasukan penyembah api, satu diantaranya adi daya kekafiran saat itu; pasukan Persia dengan segala perlengkapannya. Perang-pun berkecamuk dengan dasyatnya, dan pasukan Persi ternyata menunjukkan kelasnya sebagai pasukan elite. Mereka berhasil mendesak tentara muslimin. Maka orang-orangpun berkata kepada Bara' bin Malik, " Wahai Bara', sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda kepadamu, sesungguhnya jika engkau memohon kepada Allah S.W.T pasti Dia mengabulkan, maka berdo`alah kepada-Nya untuk kehancuran musuh ".Bara' lalu berdo`a memohon kehancuran pasukan musuh dan agar dirinya mendapat syahid bertemu dengan Nabi-nya yang mulia. Allah mengabulkan doa`nya sehingga kaum muslimin berhasil melumpuhkan lawan, dan Bara' pun memperoleh apa yang selama ini dicita-citakannya, syahid dijalan Allah. Bara' …betapa wangi merah darahmu…kamipun rindu menyusulmu.
Wallahu a`lam.

Ranjau perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim.
Isu yang menarik perhatian aku dalam 2, 3 hari ni- berita pasal nak memanjangkan tempoh pusat hiburan dan juga pertikaian daripada penyataan mufti perak (Teringat zaman sekolah menengah dulu..time F1, cikgu suruh buat rumusan dari berita penting).
Anyway, malam tadi ada disebut pasal perancangan untuk memanjangkan masa operasi pusat hiburan sehingga pukul 5 pagi. Kenapakah? Kononnya untuk mat saleh yang datang malaysia dapat bercuti sambil berhibur. Ye ke??? Aku rasa majority diorang yang datang adalah kerana ingin melihat keindahan, kebudayaan, cara hidup masyarakat kita etc. Kalau nak berhibur, banyak jer pub2 dan pusat hiburan kat negara diorang..tak yah datang malaysia pon tak per. I think that is not a good idea at all. Bagaimana menteri pelancongan boleh keluarkan idea seperti tu..ntahla. Buat apa nak buka lama-lama? Akan menambahkan lagi maksiat dan jenayah-jenayah yang dah berlambak pun di negara kita ni. Tutup terus tak yah buka sampai bila-bila pun lagi baik!
The second thing that interests me is regarding the statement made by mufti perak, Datuk Seri Harussani Zakaria about hundred thousands of malays that turn to be apostates. Kenapa apabila seorang mufti, tempat rujukan kita yang memberi kenyataan, banyak jer pihak nak pertikai. Erm, apekahh….tak faham aku. Isu yang dikeluarkan oleh mufti perak mengenai ratusan ribu yang murtad ini dah lama pon disiarkan…tetiba ada je pihak nak bukti etc. If you want to make a statement about something, of course la it comes with evidences. So, why the people out there still want to argue about that. Ada juga yang mengatakan isu murtad bukan isu agama…malah isu politik dan keselamatan dalam negara. Mereka risau rakyat akan bimbang mengenai perkara ni. Apekahh. Memang sepatutnya pun kita sebagai seorang yang mengaku Islam ni merasa bimbang. Kita nak ke perkara ni dibiarkan camtu je. Kenapa nak argue about the facts and whatsoever. Cubalah buka mata akan masalah utama yang mufti perak tersebut nyatakan. As a muslim, memang kita kena bimbang akan masalah murtad ni. Kalau kita lepas tangan, siapa yang nak mengambil tindakan. So, kenapa takut rakyat nak risau pula? Keluarkan ajala statistic yang ada supaya masyarakat kita terjaga dari mimpi yang nyenyak, diulit dengan hiburan yang entah apa-apa nih.
Jalan untuk merealisasikan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh
Allah S.A.W dan Rasulnya, adalah penuh dengan ranjau-ranjau kesukaran,
penuh dengan duri-duri yang sentiasa menceracak ke kaki manusia yang
melalui jalan berduri itu. Jalan Islam tidak dihampiri dengan permaidani
merah. Jalan ke syurga penuh kesukaran, jalan ke neraka penuh daya tarikan,
keseronokan dan kegembiraan. Hanya insan yang merasai keagungan iman sahaja sanggup membuat pengorbanan demikian dan melalui jalan berduri itu.
wallahualam.

Tuesday, July 04, 2006

Ghairah bola, umat Islam tidak peduli Zionis sembelih saudara seagama

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Ketika sesetengah umat Islam dilalaikan dengan menyertai keghairahan melampau pesta Piala Dunia Bola Sepak, rejim Zionis mengambil kesempatan menyembelih umat Islam Palestin, sekali gus memalukan pertubuhan sejagat ummah seperti OIC yang terus membisu.
Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.
Pendedahan perkara ini dibuat Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, dalam pertemuan dengan Harakahdaily dan sebuah persatuan pelajar Islam.
Laporan terkini menyebut melancarkan serangan besar-besaran di Gaza dalam usaha berterusan mengekang kebangkitan parti Islam Hamas dengan menjadikan isu penculikan seorang askarnya bagi 'menjustifikasikan' keganasannya.
Israel mempersiapan dua rejim infantri membabitkan 5,000 askar serta dua batalion perisai di sempadan Gaza untuk melakukan serangan besar-besaran itu dengan arahan Perdana Menterinya, Ehud Olmert.
Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli dalam kenyataannya, mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan rejim Zionis itu.
"Israel yang kejam, menggunakan kesempatan Piala Dunia ini untuk menyerang penduduk Palestin," katanya.
"Lebih malang lagi, tindakan tersebut seolah-olah tidak dipedulikan oleh masyarakat dunia termasuk negara Islam dan OIC, kerana terlalu 'obses' dengan gelombang Piala Dunia," katanya.
Beliau yang turut mengutuk dan membantah serangan tersebut, berkata umat Islam perlu sedar dan tidak alpa kerana isu Palestin bukan semata-mata isu umat Islam tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu ditangani bersama.
Sejak rejim Zionis dimalukan pejuang Palestin selepas dua askarnya mati dan seorang ditawan dalam serangan nekad di Gaza, serangan udara artileri dilancarkan setiap hari ke atas Gaza, termasuk mensasarkan bangunan kerajaan Hamas dan pejabat Perdana Menteri Palestin.

Balik kampung

..subhanallah..hidupan di celah batu, di tgh kepanasan..
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulilah, dah dekat tiga minggu berada di kampung halaman. Its good to be at home...terubat segala homesick selama ni. Before balik aritu, tak terasa apa sangat. Tapi, bila dah sampai ke tanahair...rasa gembira tu terus datang. Gembira melihat mak ayah dan ahli keluarga yang lain. Syukur Alhamdulilah, masih dipanjangkan umur. Setakat berada di rumah ni, tak banyak sangat aktiviti. Dok melayan kerenah anak saudara yang berumur setahun lebih jerla kerjanya. Diakui, menarik juga yer keadaan di malaysia....politik, tokoh2 yg ada...erm, macam2. Di samping tu, rakyat tak ketinggalan gak dengan hiburan. Semua asyik nak jadi penyanyi jerr....camna tu?? (baik layan world cup dari tgk org beratur nak nyanyi....huhu)
Untuk peringatan pada diri ini dan umat yang sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara. Sedarlah bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.

Berkata Anas bin Malik r.a. ``Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Saturday, June 17, 2006

Tak de tajuk..


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, selamat sampai di kampung (kampung sementaraku..) setelah 10 hari lebih kurang berada di Mesir (dah beberapa hari dah sebenarnya sampai Ire). Honestly....masih rindukan bumi anbiya'...huhu. Rindukan melihat masjid2 yg indah, tempat tinggalan anbiya' dan tak lupa...sahabat2 di sana yang banyak membantu kitaorg. Rindu dengan suasananya yang definitely berbeza dengan Ireland. Terasa cepat betul masa 10 hari di sana. Tup2..esok lusa nak balik mesia dah...nak pulang ke kampungku yg sebenar..(3 bln..lama gak tu).
Tengah packing barang ni..tapi, entahla...tahun ni tak se'excited' tahun2 yg lepas...apsal erk?? (erm....cuak?)
Nak share experience and journey in Egypt...tapi..nnt lah ye...tunggu di kala2 rasa nak bercerita timbul. Entry before ni pun, byk cut n paste jerr kan. Apapun, mmg best la trip ke Mesir...setiap saat yg amat bermakna. Trip yang lain dari yang lain. Masih tergambar tempat2 di sana..dan masih terngiang2 ayat dan perkataan yang dituturkan bersama. Ambil pengajaran dan ilmu dari setiap tempat yang dilawati. Terbayang-bayang ketika semua orang happy, ketika ada yang tak sihat..dan tak lupa aksi kecemasan di atas batu...di kala ada yg sprain kaki..hehe..(di Sinai before daki Mount Sinai malam tu) Klakar pon ada gak aksi nih. Doctor in action...kena panjat batu tuhh, nak bagi treatment...mantap2..kekeke. Anyway, semua dah nak balik mesia kan...marilah bersama2 kita menggunakan masa yang ada untuk bermasyarakat dan menyumbang ke arah kebaikan...insya Allah.
**(Rata2, agak keanakan di sebalik kematangan...tapi, keanakan itu perlu untuk menceriakan keadaan...betul tak..hehe). Insya Allah, ada rezeki..kita pegi lagi mesir yer kawan2 =)
WANITA memang dilahirkan dengan fitrah Kelembutan, namun ia bukan alasan untuk lemah dalam Perjuangan...

Tuesday, May 30, 2006

Sunday, May 28, 2006

ooo...ye ke

Teringat masa kecik2 dulu, kalau aku sedih terutama lps dibuli abang2 dan kakak2, mesti mak akan pujuk aku. Time sekolah pon camtu. Mak mesti bagi kata2 yang menyejukkan hati dan menaikkan kembali semangat aku. Bila dah besar camni, bila sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling, sapa yang nak pujuk? Dalam hati berkata, 'pujuk jerla diri sendiri'....

Saturday, May 27, 2006

tak bertajuk



Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulilah, exam dah berakhir semalam (well, at least for this year). Globalisation..globalisation...pelik gak kenapa asyik dok terkuar word nih dlm kepala aku...rupa-rupanya, globalisation adalah soklan first Dr. Claire Connoly tuk aku dlm oral semalam. Walaupun dok terasa psl globalisation, diriku ini tak terbaca juga psl topic tu. So, apa lagi..bermula la kan sesi menggoreng time oral tu..hehe. Alhamdulilah, aku cakap jerr apa yang Allah ilhamkan time tuh. Tawakkal. Bersyukur juga tak kena oral tuk forensics this monday (dah takde perasaan nak membaca). Hopefully safe la kan...amin. Nothing in mind right now. Pelik juga..kalau time kena study, time2 camni mesti ngantuk. Bila dah abis exam, tak kena baca buku...mata ni segar la pulak. ermm....

Anyway, this is my next favourite song (erm, banyak juga erk lagu yg aku suka). Hayati kata2 dlm lagu nih....benar belaka....
wallahualam.

Apa nak jadi.....ntahla..

ANTARA MAWI, SOPHIA,
ADI PUTRA DAN NOR AMIRA

Ayu Shahiza Saad <ayu@leaderuniversal.com> wrote:

U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya...
dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat... namun tangan-tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan...
tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.
Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli...
bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...
Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...
tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara ( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan pemimpin kita kan?...
Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya... sama-sama kita renungkan: Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.
MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan. Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam... so boleh di sokong. Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej Islam... so mesti di beri sokongan.
-diari seorang mujahid-
(what do you think??apa akan jadi dengan anak-anak yang akan mempertahankan Islam?)

Thursday, May 25, 2006

'Sure Heboh', 'Jom Heboh', 'Fiesta Hurra' tetap haram - Mufti Perak

KOTA KINABALU, 25 Mei (Hrkh) - Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria berkata, program konsert 'Sure Heboh' yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di negara ini tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.
Sebuah akhbar tempatan di sini melaporkan, Harussani menyifatkan program itu tetap haram kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan hiburan serta pergaulan bebas.
"Saya bersedih program itu masih diteruskan dan kini timbul pula Fiesta Hurra yang diterbitkan oleh televisyen milik kerajaan sendiri” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keluarga Islam di Masjid Negeri Perak baru-baru ini.
Menurutnya, program yang diadakan bagi kempen pesta bola sepak Piala Dunia itu sudah bertukar menjadi pesta hiburan dan tarian tanpa mempunyai batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Beliau berkata, sebagai Mufti dan pemimpin Islam, beliau bertanggungjawab untuk membuat kenyataan seperti ini demi menjaga kehormatan umat Islam.
Katanya ketika orang lain sibuk membincangkan masa depan ekonomi, pendidikan dan kebudayaan masing-masing, umat Islam negara ini pula asyik memikirkan tentang hiburan.
Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' adalah haram di sisi Islam kerana ia melalikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.
Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan sesuatu yang melalaikan oleh itu ia wajar dihentikan.
Dalam perkembangan lain, Harussani berkata, umat Islam negara ini juga perlu serius dalam usaha menangani isu murtad kerana ia dikatakan telah membabitkan lebih 100,000 orang terutama remaja Melayu.
Harussani juga berkata, pihaknya juga baru-baru ini menerima surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa 40,000 orang Islam warganegara Malaysia telah memeluk agama mereka.
Umat Islam tidak boleh memandang remeh perkara ini atau bimbang untuk membicangkannya dengan alasan ia sebagai isu sensitif, lapor akhbar berkenaan
-harakahdaily-

Sabar

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buaha-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 155)

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung" (Al-Imran: 200)

"Katakanlah: Hai hamba-hambaku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah adalah luas, sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Az-Zumar: 10)

"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan" (As-Syura: 43)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu" (Muhammad: 31)


-Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah dugaan dari Allah swt untuk menguji hamba-hambaNya yang bertakwa.
-Kadang-kadang terasa penat...dan malas nak mengambil tahu masalah sekeliling. Tapi, tak boleh gak..sebab benda tu depan mata dan bahu ni memang dah ditakdirkan oleh Allah kepada kita untuk memikul masalah.
-Setiap kita ada tangunggjawab masing2. Kalau semua mengambil kata putus untuk ignore apa2 masalah yang timbul...maka, bila masalah tu nak settle.
-Untuk rakan-rakan seperjuangan...ingatlah kata-kata Allah di atas. Banyakkan Istighfar, sentiasalah berdoa moga ditetapkan hati di atas jalanNya. Teruskan perjuanganmu!
-Owh...one more important thing. Just a reminder for all of us. Bila nak sampaikan information, kalau benda tu 'kaler putih'...bgtahu la kaler putih. Tak perlu la nak tukar jadi 'kaler cream' lak. And then, bila kita dgr something/ dapat information apa2, check la dulu yer sumbernya. Jangan terus terima bulat2. Dengar dari kedua-dua belah pihak dan compare. Jangan sampai information yang kita dapat tu membawa fitnah kepada orang lain. Bahaya tuh!! Sia-sia jerla kan kebaikan yang kita buat, pegi usrah ker, blaja tafsir ker...tapi hati tak bersih! So, berhati-hatilah wahai saudaraku sekalian.
wallahualam.

Masa Depan Negara Islam

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA

Masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di atas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Kawasan negerinya luas, dari Indonesia dan Malaysia di sebelah timur hinggalah ke Morokko dan Nigeria di sebelah barat. Ini adalah berdasarkan fikiran yang logik dan sebab-sebab yang boleh dilihat.

Ada pun jika di sana jika berlaku perkara yang menyalahi adat, yang luar dari batasan kekuasaan kita maka itu bukanlah perkara yang mustahil, kerana Allah berkuasa memancarkan air dari batu yang keras, berkuasa menukar padang pasir yang kering tandus menjadi kebun-kebun yang indah, segar bugar, suka mata memandang. MahaSuci Allah Tuhan memiliki segala sesuatu dan Dia Maha berkuasa atas segalanya2.

Mengikut apa yang kita bayangkan tadi bila membicarakan tentang masa depan umat Islam, kita katakan: bahawa masa depan mereka bergantung dengan masa depan negara ummat Islam sendiri, samada baik atau buruknya. Sekarang kita ingin kemukakan:
- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?
- apakah sebab dan faktornya ?
- dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ?

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KEARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.
Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negara-negara Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebih gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas sepenuhnya. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahanfikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

(buku: Tanggungjawab pemuda Islam hari ini)

Abul A'la Al-Maududi

ABUL A’LA AL-MAUDUDI

Beliau dilahirkan di Aurangbad ( Hyderabad ) pada 25 September 1903M. Pada mulanya ia bertugas sebagai wartawan muda yang sangat aktif. Ketika baru berusia 17 tahun, beliau telah pun menjadi ketua akhbar harian “Taj“ dan kemudian menjadi ketua 'Al-Jami'ah', salah satu akhbar harian Islam yang paling berpengaruh dan dikenali pada awal kurun ke 20 di India.
Pada ketika usianya meningkat 26 tahun (1929M) beliau telah menunjukkan kebolehan dan kemampuannya dalam Ilmu Islam iaitu dengan menyumbangkan sebuah karya ilmiah yangterkenal 'Al-Jihad fil Islam' yang merupakan satu-satunya buku yang penting sebagai kajian dan rujukan dalam bidang ini.

Dan pada 1932M beliau telah berjaya menerbitkan sebuah majalah buletin yang bernama “Tarjuman Al-Quran”. Majalah ini telah memainkan peranan yang hebat sekali dalam membangkitkan semangat perjuangan Islam dalam usaha menentang penjajah dan pemerintah pemerintah Taghut - di Benua Kecil India - Pakistan khususnya dan di dunia Islam umumnya.

Dalam tahun 1941M, dengan usahanya yang gigih, beliau telah mendirikan satu gerakan Islam yang bernama 'Al-Jamaat Islami' yang hingga kini terkenal sebagai satu-satunya gerakan yang sangat berpengaruh dan kuat berpegang kepada akidah Islam. Pada tahun 1948M (ketika Pakistan diisytiharkan merdeka dari penjajah Inggeris), beliau telah ditangkap, iaitu setelah dikeluarkan buku beliau yang bertajuk 'Undang-undang dan Perlembagaan Islam' yang memberikan kritikan panas terhadap pemerintahan yang tidak mahu mengembalikan undang-undang Islam sebagai dasar pemerintahan negara.

Antara isinya kandungannya tertulis :
'Umat Islam di Pakistan pada keseluruhannya dijiwai oleh semangat dan roh Islam. Mereka bercita-cita supaya negara ini benar-benar dijalankan dengan undang-undang Islam, tetapi sebaliknya pemerintah yang menerima kekuasaan politik dari penjajah Inggeris telah mabuk dengan fikiran-fikiran dan kebudayaan sekularisma barat…….'

Setelah 20 tahun lamanya didalam tahanan, maka akhirnya beliau telah dibebaskan.Menjelang tahun 1953M, beliau telah ditangkap lagi kerana kegiatan dakwah yang dipandang bahaya oleh pemerintah. Kali ini beliau dijatuhkan hukuman mati, tetapi beliau diberi peluang supaya membuat rayuan dan meminta kasihan belas dari pemerintah.

Beliau dengan tegasnya berkata :
“..saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Dan memang benar, sesudah 26 bulan berada dalam tahanan, menjelang tahun 1955M beliau telah dibebaskan atas keputusan Makamah Tinggi. Beliau kembali bergiat dan terus bergiat dalam mempertahankan kesucian Agama Allah dari pencabulan manusia dan pemerintahan taghut. Dalam meneruskan perjuangan suci, beliau telah menyumbangkan banyak buah karya kepada dunia Islam. Karya-karya atau buku-buku beliau tak kurang dari 60 buah, yang menjelaskan tentang Islam dari berbagai aspek.

Tuesday, May 23, 2006

World No Tobacco Day


World No Tobacco Day is observed around the world every year on May 31. The Member States of the World Health Organization created World No Tobacco Day in 1987 to draw global attention to the tobacco epidemic and the preventable death and disease it causes.

2005: health professionals against tobacco
2004: tobacco and poverty, a vicious circle
2003: tobacco free film, tobacco free fashion
2002: tobacco free sports
2001: tobacco-hand smoke kills
2000: tobacco kills, don't be duped
1999: Leave the pack behind
1998: Growing up without tobacco
1997: United for a tobacco free world
1996: Sport and art without tobacco: play it tobacco free
1995: Tobacco costs more than you think
1994: Media and tobacco: get the message across
1993: Health services: our windos to a tobacco free world
1992: Tobacco free workplaces: safer and healthier
1991: Public places and transport: better be tobacco free
1990: Childhood and youth without tobacco: growing up without tobacco

Tobacco is the second major cause of death in the world. It is currently responsible for the death of one in ten adults worldwide (about 5 million deaths each year). If current smoking patterns continue, it will cause some 10 million deaths each year by 2020. Half the people that smoke today -that is about 650 million people- will eventually be killed by tobacco.

Tobacco consumption in recent years has been rising in developing countries including Malaysia. The prevalence of smoking among Malaysian adults aged 15 years and above had increased from 21% in 1985 to 31% in 2000. Some 49% of all adult males and 5% of all adult females are now current smokers. Due largely to population increase, the number of smokers will continue to rise. Today there are about 5 million smokers in Malaysia, each consuming an average of 14 cigarettes per day. Of these smokers aged 15 years and above 90% are male. Half of these smokers alive today will eventually be killed by tobacco, and the number of annual deaths attributable to smoking will be triple over the next three decade from 10,000 in 1998 to 30,000 by the year 2030.

Most people do not realise that there are approximately 4,000 other chemicals in cigarettes which cause damage including:
-Nail polish remover (acetone)
-Floor cleaner (ammonia)
-Ant poison (arsenic)
-Tanning lotion (methylamine)
-Aviation fuel (methanal)
-Carbon Monoxide (Highly Toxic)
-Polonium-210 (known human carcinogen)
-Cadmium (known human carcinogen)
-Amonia
-Mercury

There are many reasons, any one of which sufficient to rule smoking prohibited. Most importantly, it is harmful in numerous ways. It is harmful to the Deen, health, environment, family, brotherhood and social relations, property, etc.
Smoking spoils a person's acts of worship and reduces their rewards. For instance, it spoils the prayer, which is the pillar of Deen. Allah's Messenger said:

Whoever eats garlic or onion, let him avoid us and our masjid, and stay in his home. The angels are surely hurt by things that hurt the human beings (Bukhari and Muslim)

Those with clean and undefiled fitrah (nature) have no doubt that the smell emanating from the mouth of a smoker is worse and more foul than that from the mouth of one who ate garlic or onion. Thus, a smoker is in between two options, either to harm the praying people and the angels with his foul smell, or miss the prayer in jama'ah.

No one can deny the harm of smoking to the human body. The relative risk for lung cancer is 20X!! Smoking contains poisonous materials that the smoker swallows in small proportions. Their harm accumulates with time to result in a gradual killing of the human organs and tissues.
The hazards of smoking to the health are hard to enumerate. Cancer, tuberculosis, heart attacks, asthma, coughing, premature birth, infertility, infections in the digestive system, high blood pressure, nervousness, mouth and teeth diseases, etc are among the many health hazards that have been strongly linked to smoking. These diseases may not appear all at once, however a smoker is most likely to suffer from some of them, and his suffering increases as he grows older.

This is sufficient to prohibit smoking. Islam prohibits any action that causes harm to oneself or to other people. Allah swt says:

Do not kill yourselves, Allah is indeed merciful to you (An-Nisa : 29)
Do not cast yourselves, with your own hands, into destruction (Al-Baqarah : 195)

The Messenger says:
Whoever consumes poison, killing himself with it, then he will he consuming his poison in the hellfire, and he will abide in it permanently and eternally.(Bukhari and Muslim)
No harm may be inflicted on oneself or others (Recorded by Ahmad and Ibn Maajah from Ibn `Abbaas and `Ubaadah)


*So, after knowing all that, why can't World No Tobacco Day being practised everyday?? kenapa no tobacco day just on 31st may....?
*Tobacco and smoking does not have any benefit. It just bring harm into our life...in dunia and akhirat...isn't it??
*If you know all the facts, scientifically and islamically...why don't you stop smoking? I've seen many doctors who smoked (well, medical students too..actually). They knew about the diseases but smoking is still their hobby!
*World No Tobacco Day 2005 focus on the role of health professionals on tobacco control. They play a prominent role in this issue. UCHG is a non-smoking hospital. However, the policies just apply inside the hospital..once you are outside the building, the policies does not count. Why do i say like that? Well, you can see the patients from the wards going outside just to smoke! (korang pon nampak kann...ke aku jerr)
*i'm supposed to study spm for the oral...tp, layan blog pulak. Well, smoking is one of the topic in spm...so, kira study jugak la kan nih...hehe..=)
*Jaga kesihatan, Jaga diri, Jaga hati....


(statistics and facts taken from WHO and Ministry of health, Malaysia)

Cinta Agung

“Ya Allah Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau cinta agungku, Nabi Muhammad pesuruhMu;
Ya Allah Engkau sumber bahagia, Engkau sumber keselamatan,
Ya Allah Engkau sumber keamanan, Engkau adalah segalanya;
Ya Allah Engkau pelindungku, Engkau sumber rezekiku,
di waktu sakit Kau sembuhkan, di waktu lapar Kau beri makan;
Ya Allah Engkau cinta agungku, Cintaku haraplah dibalas,
Ya Allah Engkau cinta agungku, Janganlah cintaku tidak dibalas,
Jangan biarkanku tanpa pimpinan, Pimpinlah aku ke jalan yang benar,
Kepada Engkaulah harapanku, Janganlah hampakan perasaanku.”

Memahami Tuhan melalui reaksinya

“Walaupun Tuhan itu Zat yang agung lagi mulia tidak dapat dilihat, namun Tuhan itu marah atau suka dapat dirasa, Redha dan murkaNya dapat juga dikesan, PerhatianNya kepada kita boleh juga dibaca, Kemaafan dan keampunanNya dapat dirasa;

Jika bersembahyang ada lazatnya menunjukkan Tuhan ada perhatian, Tuhan juga ikut bercakap-cakap dan menjawab percakapan kita.
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang menunjukkan ada dosa, memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sebanyak-banyaknya.

Bila kita memohon ampun jiwa kita terasa lembut, air mata kita pun berguguran, InsyaAllah tanda Tuhan terima taubat kita.

Apabila jiwa kita gelisah tidak tentu arah, tanda Tuhan murka, mesti ada membuat dosa.

Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah telah dikurniakan kepada kita.

Kalau kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah, tiba-tiba Allah uji kita, tanda Allah telah redha, sama ada Allah hendak membersihkan dosa atau hendak meninggikan darjatnya.

Kalau kita kaya, mudah sahaja kita agih-agihkan kepada manusia, tanda Allah memberi dengan redha.

Jika setelah kaya makin berat untuk menderma dan memberi kepada empunya, tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara istidraj atau murka”

“Mencari Tuhan tidak ada persaingan, tidak ada pertarungan tetapi apabila kita mencari dunia, kuasa, harta, di situlah ada pertarungan, di situlah ada permusuhan”

“Tuhan adalah Cinta Agung, Perjuangkan Tuhan
God is the Supreme Love, Strive for God”

*when something bad happen to us, what is the first word that come out from our mouth?
*kadang2, kita ni banyak sangat 'songeh'...tak ke..everything yang kita ada jarang kita nak ucap terimakasih kat Allah. Jarang mensyukuri nikmat Allah tersebut. Sebab tu kita selalu pertikai apa yang kita ada. Sebab apa ni macam ni, tak macam tu...sebab apa dapat ni, tak dapat tu...kalau nak fikir benda2 camni, sampai bila pon tak habis...kan
*ingatlah setiap yang terjadi adalah ketentuan Allah. Berusaha dan jangan berputus asa dgn rahmat Allah dan sentiasalah berbaik sangka dengan Allah...He knows what's the best for us.
wallahualam.

Sunday, May 21, 2006

Do not Bow the foreheads to anyone besides Allah

Hayatilah...

Ghurabaa'

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


I've got this song from:
http://www.enshad.net/audio/Al-Damaam_D_2/Al-Damaam_D_2_-_05_-_'3orabaa2_'3orabaa2.mp3

time takdak gheja

Bismillahirrahmanirrahim

"That which we persist in doing become easier, not that the task itself has become easier, but that our ability to perform...it has improved"

Alhamdulillah, written exam dah abis. Tinggal oral je pasni (risau gak forensics n spm nih..huhu). Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan aku dan rakan-rakanku..amin.
Have you contribute anything to help our brothers and sisters in Palestin?? I'm happy to see all the effort that have been shown by all the juniours here. Keep up the good work guys! Moga Allah memberkati segala usaha kita yang tak seberapa ni...amin.

Semalam pegi town. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di kampung yang kecik nih. Best gak erk pegi saturday market. Dah 4 thn aku kat sini, semalam la first time jalan2 kat situ..heheh..ntah apa2 kan.
Before kuar town, pegi distribute pamphlets regarding Palestin and its donation around moyola and ardilaun. HUHU...aku tak suka la anjing!! dari first year aku sampai ire..sampai la ke hari ni..trauma ngan anjing masih ada. Ingat 1st year dulu, ada anjing ni..baru pindah masuk kat corrib park. So, dia tak kenal kitaorg la. Satu pagi tu, dia dok depan gate umah and ikut je mana2 kitaorg pegi. Tensi betul!..dah la dah lambat nak gi klas aritu.
Anyway, pamphlets tu kitaorg just letak je dalam post box kat setiap umah. Ada satu umah ni, time aku baru jerr nak letak pamphlet, ada anjing dah melompat nak menyambar dari dalam umah..huhu. Trauma! nasib baik la aku tak bersungguh-sungguh masukkan tangan dlm post box...kalau tak...erm...Anjing tu tak bersalah pon, sbb dia mana tahu apa2...tapi tu aa....traumaku masih ada...
Apapun, gaillimh abu!
(huhu...apa2 laa)

Saturday, May 20, 2006

The Best Quality

Subhanallah...


The Best Quality is to Have Trust in Allah.

The most valuable quality to aim for is to have trust in Allah, reliance upon Him of His sufficiency, and keeping a good opinion of Him, the latter being that if anyone is anxious regarding their sustenance then he should turn to the shelter of Allah.

One of the salaf said:

"Each of you is in need of the world, but you are in more need of your portion in the Hereafter. Therefore, if you are in search of your portion in the Hereafter first and foremost, then you will achieve your portion of the world in passing, such that it is taken care of as it comes."

*There's nothing easy except what He make easy. Put your TRUST in Him. InsyaAllah, everything is going to be alright...amin.

Ubai bin Ka'ab

Ubai bin Ka'ab adalah warga Ansar dari suku Kharaj, ikut dalam perjanjian 'Aqabah dan perang badar dan peperangan lainnya.Beliau mempunyai darjat yang mulia dikalangan Muslimin angkatan pertama. Beliau termasuk perintis penulis wahyu dan surat-surat dan juga termasuk golongan terkemuka dalam penghafalan Al Qur'an, membaca dan memahami ayat-ayatnya. Pada suatu hari Rasulullah Saw mengatakan kepadanya : "Wahai ubai bin Ka'ab! Saya dititahkan untuk menyampaikan Al Qur'an padamu ". Ubai maklum bahwa Rasulullah hanya menerima perintah dari wahyu.., maka dengan harap-harap cemas ia bertanya "Wahai Rasulullah, Ibu bapakku menjadi tebusan anda! Apakah kepada anda disebutkan namaku?" Ujar Rasulullah "Benar! Namamu dan turunanmu ditingkat tertinggi...!" Seorang muslim yang mempunyai kedudukan seperti ini dihati Nabi saw pastilah seorang muslim yang amat agung.

Setelah Rasulullah wafat, Ubai bin Ka'ab tetap setia dan tekun baik dalam beribadat, teguh dalam beragama dan utama dalam keluhuran budi. Disamping itu tiada henti-hentinya beliau menjadi pengawas kaumnya. Diingatkannya mereka akan masa-masa Rasulullah masih hidup, diperingatkan keteguhan iman mereka, sifat zuhud, perangai dan budi pekerti mereka.Diantara ucapannya yang agung adalah " Selagi kita bersama Rasulullah tujuan kita satu...., Tetapi setelah ditinggalkan beliau tujuan kita bermacam-macam ada yang ke kiri dan ada yang kekanan...!" Mengenai dunia ubai bin Ka'ab mernah menuliskannya sebagi berikut : "Sesungguhnya makanan manusia itu sendiri dapat diambil sebagai perumpaan bagi dunia, biar dikatakannya enak atau tidak, tetap yang penting menjadi apa nantinya ..?".

Tatkala wilayah Islam telah meluas, dan dilihatnya sebahagian kaum muslimin mulai menyeleweng dengan menjilat kepada pembesar-pembesar mereka, ia tampil dan melepaskan kata-katanya yang tajam : " Celakalah mereka, demi Tuhan mereka celaka dan mencelakan! Tetapi saya tidak menyesal dengan nasib mereka, hanya saya sayangkan adalah kaum muslimin yang celaka disebabkan mereka…!" Ubai bin Ka'ab selalu menangis setiap teringat akan Allah dan hari akhir, setiap ayat Al Qur'an yang didengarnya menggetarkan hatinya. Dan beliau sangat merasa berduka tak terlukiskan setiap mendengar ayat :
"Katakanlah : Ia kuasa akan mengirim siksa kepada kalian, baik dari atas atau dari bawah kaki kalian, atau membaurkan kalian dalam satu golongan berpecah-pecah, dan ditimpakan kalian perbuatan kawannya sendiri..!"(Al An'am :65)

Yang paling dicemaskan oleh Ubai bin Ka'ab terhadap ummat adalah datangnya suatu genarasi ummat yang bercakar-cakaran sesama mereka. Beliau selalu memohon keselamatan kepada Allah dan berkat karunia dan rahmatNya sehingga beliau menemui Tuhannya dalam keadaan beriman,aman dan tentram.

Thursday, May 18, 2006

Seorang IBU

Ibu...

Kata Hukama' : Tangan yang menghayun Buaian mampu menggongcang Dunia . Demikianlah manzilah atau kedudukan ibu dimata dunia , malah bagi setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini , "syurga" mereka berada di bawah telapak kaki ibu .
Ibu boleh menjadi kunci neraka dan juga boleh menjadi kunci syurga . Ianya bergantung kepada posisi yang diambil oleh seorang ibu yang sememangnya digalaskan pelbagai tanggungjawab dan amanah .
Apabila ibu berjaya melaksanakan tanggungjawab dan peranannya bagi menghindarkan diri dan ahli keluarganya dari Api neraka , iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah swt. pastinya ia telah memiliki kunci syurga . Insyaallah .

WAHAI IBU :
JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.
JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG HEBAT DAN BERJAYA.
JADIKAN DIRIMU !
IBU YANG MENDIDIK DAN MENYAYANGI.


WAHAI IBU :
DIDIKLAH ANAKMU ,
AGAR MANTAP ISLAM DAN IMAN MEREKA.
DIDIKLAH ANAKMU ,
BIAR BERILMU DAN BERMARUAH.
DIDIKLAH ANAKMU ,
SEMOGA MEREKA MAMPU BERDIKARI DAN MEMILIKI JATI DIRI


Bagaimana mendidik..

Sabda Rasulullah s.a.w:

Suruhlah anak - anak kamu supaya bersembahyang sedang mereka berusia 7 tahun dan pukullah mereka ( jika enggan solat ) sedang usia mereka 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka . ( antara anak lelaki dan anak perempuan ).
Riwayat Al Hakim dan Abu Daud A'mr bin Ash rha.
Suruhlah anak - anak kamu supaya menjunjung tinggi titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan Allah swt. sedemikian itu adalah perisai bagi mereka dan juga bagi kamu dari api neraka .
Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir dari Ibnu Abbas rha


**Diambil serba sedikit dari blog Ust. Nasrudin Tantawi. Nak tahu lebih lanjut mengenai statistik kes2 di malaysia (anak luar nikah, kes jenayah yg pelbagai, murtad..etc), bukalah blog 'diari seorang mujahid'.
**Seorang Ibu memainkan peranan yang penting untuk anaknya. Besar tanggungjawab seorang ibu. Each one of us going to be a mother in the future, InsyaAllah. Erm, cuak tak...camna nak menjaga anak. InsyaAllah, cubalah sedaya mampu menimba ilmu dari sekarang untuk bekalan di masa hadapan-Jadikan dirimu Ibu yang beriman dan bertakwa, hebat dan berjaya, mendidik dan menyayangi.
**Teringat kat mak di rumah...homesick! huhu..
(jaga anak2 saudara pon, dah cukup mencabar-terutama di zaman sekarang ni...sehingga dicop garang! walaupun sebenarnya tak garang pun..hehe =) This entry is just a reminder for myself and for all of you guys out there...marilah bersama2 menuntut ilmu yer walaupun tak tahu bilakah waktu nak menjadi seorang ibu...hehe)
wallahualam.

Tuesday, May 16, 2006

Diam tanda...?

diam seribu bahasa..melihat kebesaran Allah swt.

HIKMAH BERDIAM DIRI


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:


BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Sekarang isu IFC datang kembali...nak diam ke? Yang pasti, aku tak puas hati dengan adanya IFC. Patutkah seorg menteri cakap "bodoh" utk org yg membantah forum IFC ini di Pulau Pinang? Ini adalah soal agama Islam...maka, kalau kita diam, siapa yang bodoh?? Syabas to BADAI, you've done the right thing.
*bagus jadi diam...diam bertempat. All the best for Forensics and SPM...may Allah make it easy, InsyaAllah.
(slalu gak org kata aku diam...ye ke aku diam? ntahle..Alhamdulilah, bersyukur with everything that Allah has given to me... Anyway, apsal aku layan blog di kala org lain tgh baca buku?...hehe)