Monday, September 01, 2008

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan yang disayangi.
Moga kehidupan dan tanggungjawab sehari-hari dilalui dengan ceria seiring dengan sinar keimanan. Ya Allah, berilah nur hidayahMu, moga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk aku, suami dan keluarga. Moga amalan dapat ditingkatkan dan kami terus istiqamah menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah.
Sesungguhnya kehidupan kita tidak lari dari ujian dan dugaan dari Allah. Pesanan untuk diriku, ceriakanlah diri anda, senyumlah selalu..

Thursday, July 17, 2008

Life


Assalamualaikum wbt.
Lama tak update blog aku yang tak seberapa ni. Ape khabar rakan-rakanku yang disayangi sekalian? Macamana life korang ye setelah bergelar Doctor? Macam-macam keluhan yang aku dengar...apapun, sama-samalah kita bersabar ye. Allah telah mempermudahkan segala urusan kita sebelum ini, malah dah memakbulkan doa kita semua untuk lulus di dalam exam dan berjaya menjadi seorang Doctor. Maka, bersyukur dengan pemberian Allah tersebut.
Aku sekarang dah selamat berada di tanahair malaysia. La ni dok di rumah ibu mertua di Padang Besar, Perlis. Di kala aku menulis blog ni, suami tercinta berada di tempat kerja dan aku menanam anggur di rumah..adehh. Insya Allah, lagi 2 bulan kot aku start kerja. Maybe nak apply Hospital Sultanah Bahiyah Alor setar ataupun Hospital Kangar. Erm, tengoklah nanti macamana.

Bila aku dengar cerita-cerita dan keluhan rakan-rakan yang dah bekerja sebagai intern di Ireland, aku rasa sangat cuak untuk bekerja. Kalau dulu, cuak nak exam..sekarang ni cuak nak bekerja la pulak! Itu baru cerita di Ireland, belum lagi cerita di malaysia. Life sebagai intern di Malaysia lagi susah wahai rakan-rakanku. Sesungguhnya setiap keputusan yang kita buat ada hikmahnya yang tersendiri. At least, kerja kat Ireland kalau tak on-call weekend, korang boleh lepak-lepak di rumah. Tapi kalau di Malaysia? Adehh...bila la agaknya nak dapat cuti. Hasil perbualan dengan rakan-rakan yang balik berbakti sebagai intern di malaysia membuatkan aku bertambah cuak untuk mula bekerja. Diorang cakap diorang nangis hari-hari! huhuhu. Memang berganda pressure and workload bila berada di malaysia. Bila aku borak-borak pasal life as an intern dengan suami tercinta, dia akan cakap doctor ni banyak pengorbanannya. Kerja banyak, masa tak cukup dan lain-lain lagi. Memang betul pun apa yang dikata. Suami tercinta selalu gak suruh aku jadi surirumah...erm, bila la agaknya boleh jadi surirumah sepenuh masa, tak sabar gak menunggu..

Untuk rakan-rakanku yang sekarang bertaburan di bumi Ireland bekerja sebagai seorang doctor...Aku Rindu Kat Korang Semua! huhu
Kerja elok-elok ye..

Saturday, June 28, 2008

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Thursday, June 19, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Agak lama tak update blog aku ni. Urusan perkahwinan telah selamat berlangsung pada 28/5/08. Dah lebih kurang 3 minggu aku bergelar ISTERI. Erm...apa perasaan?? Gembira! tapi memerlukan kesabaran dan toleransi yang banyak. Ditambah pulak dengan perangai aku yang ntah apa-apa seperti kanak-kanak nih, maka banyak la perubahan yang perlu aku lakukan seiring dengan status dan usia...hehe. Kepada suami tersayang, thank you for everything. Kesabaran anda amatlah saya hargai =)


Alhamdulillah, dah grad pun aku nih =) Conferring ceremony pada 17/6/08 semalam sangatlah bermakna untuk aku. Walaupun dalam hati sentiasa berdebar memikirkan keadaan selepas bergelar intern/houseman, namun aku gembira kerana berjaya menamatkan pengajian aku selama 6 tahun di Galway. Mak dan abah tak dapat datang untuk majlis graduasi aku...huhu. Kalau mak ada lagi best sebab maklah tempat aku meluahkan perasaan selama 6 tahun belajar, maklah tempat mendengar tangisan aku di kala exam final. Apapun, aku tetap gembira kerana ditemani oleh suami tercinta. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan kami semua di Galway. Dalam 2 minggu lagi, aku akan balik ke Malaysia. Sedihnya nak meninggalkan bumi Ireland. Tapi, Malaysia tetap tanahairku....maka Malaysia jugalah tempat untuk aku berbakti, Insya Allah.




Tuesday, May 13, 2008

MB. BCH. BAO

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Results final year dah kuar ptg tadi. Tahniah kepada kawan-kawanku yang disayangi. We're doctors now! Moga perjalanan selepas ini dipermudahkan Allah SWT.

Tuesday, April 22, 2008

When?


Alhamdulillah, 3 papers down. Get ready for clinics and orals in the next 3 weeks. May Allah SWT make it easy for all of us. Ameen.


" ..If you keep someone's company do not ask him if he loves you. Rather, look into your heart and soul. Whatever you feel for him is similar to what he feels for you.." =)
(Abdullah b. Mas'ud)

Thursday, April 10, 2008

Allahuakbar



O Gentle One, be gentle with us

Saturday, April 05, 2008

Harapan dan pengharapan

Esok mock exam short cases untuk medicine. Lagi 10 hari sebelum start exam. Erm, by the time aku tulis entry ni, dah tinggal 9 hari...huhu.

Kecuakan semakin terasa. Bersabarlah! huhu. Harapan makabah, kaum keluarga, sanak saudara dan orang-orang di sekeliling sangatlah tinggi. Semua ingin melihat kejayaan setelah 5-6 tahun berada di rantau orang. Ya Allah, bantulah hambaMu ini, permudahkanlah segala urusan, tenang dan lapangkanlah dadaku ini dalam menuntut ilmuMu Ya Allah....



Sunday, March 23, 2008

Thank you!

Sayang korang semua =)

happy 25th birthday! - Thanks Amira :)

Saturday, March 22, 2008

di mana ketenangan

Assalamualaikum wbt.
Selamat menyambut Maulidur Rasul, 12 Rabiul-Awal. Cinta manusia itu tidak kekal. Hanya menyebabkan titisan air mata yang tidak berguna walau sedikit pun. Cintailah Allah dan Rasul melebihi segala-galanya.

"Jika ada antara kita yang terlupa, maka izinkanku memberitahu. Aku ada seorang Nabi... Allah yang beri. Allah telah mengurniakanku seorang Nabi untuk aku taati. Dan Nabi itu telah bersusah-payah, mengorbankan seluruh hidupnya untukku. Nabi itu telah menderita, terseksa, menahan cacian dan makian, menahan lapar dan dahaga, terluka dan cedera parah, serta menyabung nyawa untukku. Suka duka dirinya, tidak lena tidurnya, keluh-kesahnya, kebimbangannya dan airmatanya semata-mata adalah kerana merisaukan jika aku tidak jumpa jalan pulang ke syurga. Dan Nabi itu tidak meminta balasan apa-apa pun. Bahkan semuanya dilakukan dengan rasa rindu kasih dan rela. Sampai ke detik-detik akhir hayatnya, dia masih menyebut-nyebut tentang aku umatnya"

-Renungkan dan muhasabah diri masing-masing-

( I should post this entry yesterday)





As for me:
I'm 25 years old today, can't believe it! Time flies and there's lots of mistakes been done during these years. May Allah SWT forgive me and show me the right path. It is less than 1 month for my final exam, can't believe it either! Tough year?? yeah, it is. May Allah SWT help all the final meds in Galway, ameen. Pray for us..

Apart from that:
This May insya Allah, I'm going to face new 'event' in my life. Am I ready for that?? well, I don't know. It's a bit scary to be honest..huhu. My inferiority complex is still high, which is not good!
May Allah SWT give strength to face all the possibilities in life.



Wednesday, February 20, 2008

Doa

" Telah banyak nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku, namun sedikit sekali syukurku kepadaMu. Banyak sekali cubaan yang Engkau timpakan kepadaku, namun sedikit sekali kesabaranku untuk menghadapinya. Ya Allah, alangkah sedikitnya rasa syukur atas nikmat yang Engkau berikan, padahal Engkau tidak menghentikan nikmat itu kepadaku. Ya Allah, alangkah sedikitnya kesabaranku menghadapi cubaanMu, padahal Engkau tidak pernah meninggalkan diriku. Ya Allah yang melihat diriku berada dalam dosa-dosa besar, tapi tidak menyeksaku dan tidak pula membuka tabir rahsiaku. Ya Allah Si pemilik semua kebaikan yang tidak terputus. Ya Allah yang mempunyai nikmat yang tidak berubah, limpahkanlah selawat kepada Nabi Muhammad beserta keluarganya. Ampunilah kami dan berilah kami rahmatMu "

-Doa Ali bin Hussain di Mina-

Thursday, February 14, 2008

Belajar RAJIN-RAJIN!
Insya Allah.

Tuesday, February 12, 2008

Note

Dosa kejahatan adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya (Hadith Muslim)



Small Bowel Obstruction

Bowel obstruction is a mechanical or functional obstruction of the intestines, preventing the normal transit of the products of digestion. It can occur at any level distal to the duodenum of the small intestine and is a medical emergency and surgical problem.

Causes: ABCD
- Adhesions
- Bulge eg: Hernias
- Carcinomas
- Diverticular disease ( If large bowel)

other causes:
- Crohn's disease
- Gallstones ileus
- Intussusception
- TB
- Volvulus
- Foreign body

Clinical features:
- Vomiting
- Abdominal pain
- Abdominal distension
- Constipation

Auscultation: high-pitched bowel sound

Investigations:
- Colonoscopy
- PFA
- Barium enema
- CT

Treatment:
Non-surgical (conservative) and surgical,
  • Conservative treatment- insertion of NG tube, correction of dehydration and electrolyte abnormalities ( 'Drip And Suck').
  • Opiod- forsevere pain.
  • Antiemetics- for vomiting.
  • Adhesive obstructions often settle without surgery. If obstruction is complete a surgery is required.

Small bowel obstruction caused by Crohn's disease, peritoneal carcinomatosis, sclerosing peritonitis and postpartum bowel obstruction are typically treated conservatively without surgery.

Complications:

  • Infection
  • Gangrene of the bowel
  • Perforation in the intestine


Saturday, February 09, 2008

La Tahzan

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan segala nikmat kurniaanNya. Bangun pagi ni, aku berazam nak study Obs & Gynae. Dah start membaca, tetapi ada suatu perasaan yang tiba-tiba datang melanda. HUHUHU..tak suka akan perasaan camtu. Kenapa perlu bersedih? Berdukacita bukanlah ajaran agama dan ianya tidak mendatangkan sebarang manfaat. Aku tahu akan hakikat tersebut, tapi kenapa hati ni masih rasa tak tenteram?? I know I have to do something to make those feeling goes away. Aku menulis di sini dengan harapan perasaan aku ini akan berlalu pergi. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Kesedihan mempunyai pengaruh untuk menghentikan bukan untuk menggerakkan. Ia sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati. Kesedihan adalah hal yang paling disenangi syaitan. Justeru itu, syaitan selalu berusaha supaya seorang hamba itu bersedih hati untuk menghentikan setiap langkah dan niat baiknya.

" sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah (hasutan) syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita" (Al-mujadalah: 10)

Adakah aku bersedih kerana segala dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini?? huhu. Kesedihan yang terpuji adalah kesedihan yang disebabkan kegagalan melaksanakan suatu ketaatan atau disebabkan terperosok ke jurang kemaksiatan. Kesedihan seorang hamba yang disebabkan oleh kesedaran bahawa kedekatan dan ketaatannya kepada Allah sangat kurang maka hal itu menandakan bahawa hatinya hidup dan masih terbuka untuk menerima hidayah dan cahayaNya. Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku. Moga-moga kesedihan, kebimbangan dan kerisauanku ini dapat menghapuskan sebahagian dosa-dosaku.

" tidaklah seorang mukmin ditimpa kesedihan, kebimbangan dan kerisauan, kecuali Allah pasti akan menghapaus sebahagian dosa-dosanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Moga luahan hati aku di pagi hari memberi manfaat. Kadang-kadang, ada perasaan yang susah untuk diluahkan dengan kata-kata. Semua benda buat pun rasa serba tak kena. Ya Allah, damaikanlah hatiku ini...



Once, I was drowning in my fears
and the twinkle in my eye disappeared
and I had no way to look on
my horizon seemed to have gone
and my whole life, seemed empty and bleak
each day and night, the answers I seek

But when, the darkness seemed so strong
and I couldn't go on
to the sky I raised my hands
making right what was so wrong
I found the strength to carry on
up to heaven where I belong
In life, there are lessons to be learned
with steadfastness, paradise Is earned
and if, all hope seems to be gone
just hold on till after the storm
and if you ask, what purpose have I
why am I here, and why do I cry?

And when, the darkness seems so strong
and you just cant go on
pray for your helping hand
you'll see the sun will rise again
you'll find the strength to carry on
up to heaven where you belong
Cos life is but a journey for us all
we cry, we laugh, we run sometimes we fall
but through it all, always recall
God never gives, a burden too tall


**menuntut ilmu hanya kerana Allah...mari sambung belajar o&G.
Susah bila ada perasaan cam di atas. Makabah hantar jauh2 tuk blaja...so, Slamat belajar rakan-rakan n enjoy the weekend, yeah! =)

Tuesday, February 05, 2008

Aku & Housemates

Assalamualaikum
The only thing in my mind right now is STUDY! huhu....
Lots to cover in medicine, surgery and obs & gynae. Ya Allah, berilah kekuatan kepada semua hamba-hambaMu, final meds di Galway..
Baru lepas dinner dengan housemates. Dinner adalah masa yang diperuntukkan bersama housemates. Kalau tak, nak jumpa muka sorang-sorang pun susah. To MJ, Hepi Birthday! Kesian adikku sorang ni, tak sempat nak celebrate birthday dia arini. Weekend la erk Mira, Insya Allah. Mira aka MJ adalah the only juniour in the house, tapi dia agak matang la berbanding kitorang yang lain..heheh.
Tadi Husna ckp aku masih dalam fasa yang tenang. HUHU....betulkah?? Hana pun cakap camtu gak aritu...huhu. To be honest, luaran lain dari dalaman...nampak tenang, dalam hati ni Allah sahaja yang tahu. Air mata sentiasa ada je nak bergenang, nak berlinang.
Selain tu, episode of diarrhoea, headaches and asthma dah pun bermula bulan lepas- all stress related?? erm, macam-macam kan. To Husna, maybe diarrhoea ko pun psychological kot... ;)
Apapun usaha, doa, tawakkal dan redha dengan segala ketentuan Allah. Untuk masa sekarang, aku kena tingkatkan usaha. RISAU. Doakan kami semua.

Okeh, that's all for today. Buku surgery menantiku...
Oh, tgh suka dengar lagu ni:

Tuesday, January 22, 2008

Headaches


MIGRAINE

A migraine can be disabling — with symptoms so severe, all you can think about is finding a dark, quiet place to lie down. Up to 17% of women and 6% of men have experienced a migraine

Signs and symptoms:

-Moderate to severe pain, which may be confined to one side of the head or may affect both sides
-Head pain with a pulsating or throbbing quality
-Pain that worsens with physical activity
-Pain that interferes with your regular activities
-Nausea with or without vomiting
-Sensitivity to light and sound

When left untreated, a migraine typically lasts from four to 72 hours, but the frequency with which headaches occur varies from person to person. You may have migraines several times a month or just once or twice a year.

Not all migraines are the same. Most people experience migraines without auras, which were previously called common migraines. Some, however, have migraines with auras, which were previously called classic migraines. If you're in the second group, you'll likely have an aura about 15 to 30 minutes before your headache begins. Auras may continue after your headache starts or even occur after your headache begins. When you're experiencing an aura, you may:

-See sparkling flashes of light
-Perceive dazzling zigzag lines in your field of vision
-Experience slowly spreading blind spots in your vision
-Feel tingling, pins and needles sensations in one arm or leg
-Rarely, experience weakness or language and speech problems

Whether or not you have auras, you may have one or more sensations of premonition (prodrome) several hours or a day or so before your headache actually strikes, including:
-Feelings of elation or intense energy
-Cravings for sweets
-Thirst
-Drowsiness
-Irritability or depression

Causes:

Although much about headaches still isn't understood, some researchers think migraines may be caused by functional changes in the trigeminal nerve system, a major pain pathway in your nervous system, and by imbalances in brain chemicals, including serotonin, which plays a regulatory role for pain messages going through this pathway.
During a headache, serotonin levels drop. Researchers believe this causes the trigeminal nerve to release substances called neuropeptides, which travel to your brain's outer covering (meninges). There they cause blood vessels to become dilated and inflamed. The result is headache pain.

Migraine triggers:

-Hormonal changes. Although the exact relationship between hormones and headaches isn't clear, fluctuations in estrogen seem to trigger headaches in many women with known migraines. -Hormonal medications, such as contraceptives and hormone replacement therapy, also may worsen migraines.
-Foods. Certain foods appear to trigger headaches in some people. Skipping meals or fasting also can trigger migraines.
-Stress. A hard week at work followed by relaxation may lead to a weekend migraine. Stress at work or home also can instigate migraines.
-Sensory stimuli. Bright lights and sun glare can produce head pain. So can unusual smells — including pleasant scents, such as perfume and flowers, and unpleasant odors, such as paint thinner and secondhand smoke.
-Changes in wake-sleep pattern. Either missing sleep or getting too much sleep may serve as a trigger for migraine attacks in some individuals.
-Physical factors.
-Changes in the environment. A change of weather, season, altitude level, barometric pressure or time zone can prompt a migraine.
-Medications. Certain medications can aggravate migraines



* migraine- ddx for headaches. Start having this kind of headache last week. Causes?? erm, most probably the lights..



Tuesday, January 01, 2008

New Year 2008

Sunnah Berjuang



.............

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

..............


** Mula suka dengan lagu ini. For the moment-dalam perjuangan di medan ilmu..moga Allah membantu hamba-hambaNya yang memerlukan pertolongan dan belas kasihan. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah...
Adakah akan ada peluang untuk betul- betul merasai perasaan berjuang? Insya Allah


Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis.
Moga Allah kuatkan dan tetapkan hatiku ini...ameen.