Thursday, July 17, 2008

Life


Assalamualaikum wbt.
Lama tak update blog aku yang tak seberapa ni. Ape khabar rakan-rakanku yang disayangi sekalian? Macamana life korang ye setelah bergelar Doctor? Macam-macam keluhan yang aku dengar...apapun, sama-samalah kita bersabar ye. Allah telah mempermudahkan segala urusan kita sebelum ini, malah dah memakbulkan doa kita semua untuk lulus di dalam exam dan berjaya menjadi seorang Doctor. Maka, bersyukur dengan pemberian Allah tersebut.
Aku sekarang dah selamat berada di tanahair malaysia. La ni dok di rumah ibu mertua di Padang Besar, Perlis. Di kala aku menulis blog ni, suami tercinta berada di tempat kerja dan aku menanam anggur di rumah..adehh. Insya Allah, lagi 2 bulan kot aku start kerja. Maybe nak apply Hospital Sultanah Bahiyah Alor setar ataupun Hospital Kangar. Erm, tengoklah nanti macamana.

Bila aku dengar cerita-cerita dan keluhan rakan-rakan yang dah bekerja sebagai intern di Ireland, aku rasa sangat cuak untuk bekerja. Kalau dulu, cuak nak exam..sekarang ni cuak nak bekerja la pulak! Itu baru cerita di Ireland, belum lagi cerita di malaysia. Life sebagai intern di Malaysia lagi susah wahai rakan-rakanku. Sesungguhnya setiap keputusan yang kita buat ada hikmahnya yang tersendiri. At least, kerja kat Ireland kalau tak on-call weekend, korang boleh lepak-lepak di rumah. Tapi kalau di Malaysia? Adehh...bila la agaknya nak dapat cuti. Hasil perbualan dengan rakan-rakan yang balik berbakti sebagai intern di malaysia membuatkan aku bertambah cuak untuk mula bekerja. Diorang cakap diorang nangis hari-hari! huhuhu. Memang berganda pressure and workload bila berada di malaysia. Bila aku borak-borak pasal life as an intern dengan suami tercinta, dia akan cakap doctor ni banyak pengorbanannya. Kerja banyak, masa tak cukup dan lain-lain lagi. Memang betul pun apa yang dikata. Suami tercinta selalu gak suruh aku jadi surirumah...erm, bila la agaknya boleh jadi surirumah sepenuh masa, tak sabar gak menunggu..

Untuk rakan-rakanku yang sekarang bertaburan di bumi Ireland bekerja sebagai seorang doctor...Aku Rindu Kat Korang Semua! huhu
Kerja elok-elok ye..

7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aneeza kami rindu kat awak juga..lain dah terasa galway tu..ramai org dah xde..sunyi je..tp still hujung minggu balik galway..dah terasa mcm kampung plak..aneeza all the best eh keje kat msia.insyaAllah awk bleh..

Anonymous said...

aneeza, rindu kat ko. hehe, aku balik 15 ogos ni insyaAllah. bile2 datang kl/klang, mai la umah nooo. hehe...

Unknown said...

salam neeza,lama x ketemu neeza.wani iA ingat nak lapor diri mid ogos ni,hrp2 dpt induksi afta rayalh.cuak gak nk stat keja!

Anonymous said...

salam melawat semoga dengan lawatan ini ada manfaat berguna disebaliknya..

apa khaba tuan rumah?

Valjam Boyd said...

Aneeza..dapat mana? Anyway, ada apa2, ni no aku 0133942114.

kalo ko dpt sama ngan sani, bestnyer! kirim slm kt dia kalo terjumpa.

take care

an_naas said...

Salam
Ibnurashidi, jzkk melawat..
Marisa, aku blum hantar form kkm. Btn october ni kot, lps raya..hehe. Ko lak camner?