Saturday, December 31, 2005

Senang ke Susah

- Comeii-

Assalamualaikum
Byk cut n paste...not in the mood of writing something. Hopefully all the articles can give u some input n knowledge towards becoming a better person n a good muslim n muslimah. InsyaAllah.



Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu.

Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh.

Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan.

Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga. wallahualam.

Dosa boleh halang Cahaya ILMU





Dosa Boleh Halang Cahaya Ilmu

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya.Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:"Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya.

Allah berfirman yang bermaksud:"Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya.Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:
"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)".

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

Cara Rasullulah s.a.w.

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.Sekian, Wassallam.

Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Thursday, December 29, 2005

Kebimbangan musuh2

Wanita Itali dilarang kahwin lelaki Muslim

KAHERAH: Paderi kanan Vatican memberi amaran kepada wanita Itali supaya tidak mengahwini lelaki Muslim yang semakin meningkat bilangannya di negara itu, atas alasan berbeza budaya dan agama.

Pegawai gereja berkata Itali setakat ini menyaksikan 20,000 perkahwinan antara wanita Itali dan Muslim, lapor perkhidmatan IslamOnline yang memetik Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).Bilangan penduduk Islam di Itali kini mencecah sejuta orang.

Paderi Besar Rome, Camillo Ruini memberi alasan, masalah perbezaan budaya bagi isu seperti peranan wanita dan pendidikan anak menyukarkan wanita Katolik mengahwini warga Muslim.“Pengalaman lalu menyebabkan kita mengeluarkan peraturan umum melarang atau tidak menggalakkan perkahwinan sedemikian,” katanya dalam satu dokumen yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Perkahwinan campur pasangan berbeza agama iaitu Muslim dan Kristian, menimbulkan masalah yang tidak dialami pasangan lain,” kata Ruini yang dianggap pemimpin Konservatif dan rapat dengan mendiang Pope John Paul II.

Pope John Paul mencatat sejarah sebagai pope pertama bersembahyang dalam masjid ketika mengunjungi Damsyik. Penggantinya, Benedict XVI, ada menegaskan yang dia juga berhasrat menggalakkan dialog antara budaya dan agama dengan dunia Islam.

Ruini juga menyuarakan kebimbangannya di atas peningkatan perkahwinan Islam-Kristian yang disifatkannya sebagai rapuh.Mengikut maklumat Pejabat Statistik ISTAT, ada lebih 19,000 perkahwinan seumpamanya di Itali.”Amaran Ruini itu menyamai peringatan dibuat Paderi Besar Vatican Stephen Hamao, yang menulis mengenai apa disifatkan sebagai ‘pengalaman pahit’ wanita Eropah selepas mengahwini lelaki Muslim.

Sementara itu, paderi Katolik Mesir, Kristian Van Spen yang juga profesor pengajian Falsafah Universiti Kaherah berkata, peringatan Vatican itu lahir atas kebimbangan semakin ramai umat Islam di Itali.

“Mereka bimbang wanita terbabit memeluk Islam. Malah, ini akan disusuli pula anak-anak mereka dan seterusnya meramaikan umat Islam di Itali,” katanya. – Agensi

-berita harian-


Musuh Islam nampaknya takut dan bimbang akan pertambahan umat Islam.
Rakan-rakan, Jom Sebarkan Islam ke setiap pelosok muka bumi ciptaan Allah ini!

*Camillio Ruini-entah2 dia nih 'ulama' pakai lebai kaler purple yg aku ngan kengkawan aku nampak kat vatican city last week....kekeke..

Meaningful purpose


Assalamualaikum

Nothing much to write today…still focusing on my past years questions. This is something that I got from my friend. U guys might have read and seen them b4. But do read them again. It such an encouraging words.



You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in Allah’s hand. And allow other human being to access you for the many gifts you possess

You will experience painful sharpening from time to time, by going through various problems, but you’ll need it to become a stronger person

You will be able to correct mistakes you might make or grow through them

The most important part of you will always be what’s on the inside

On every surface you walk, you must leave your mark. No matter what the situation, you must continue to serve Allah in everything


Everyone is created by the maker for a reason and special purpose. By understanding and remembering, let us proceed with our life on this earth having a meaningful purpose in our heart and relationship with Allah daily.

You were made to do great things! Believe in that..

Wallahualam.

Monday, December 26, 2005

Kita kat mana yer??

Assalamualaikum wbt..
Smlm dgr Ikim.fm (time tu waktu pg kat mesia). Topic mengenai Tsunami...DJ tu ckp, kita ingin mengimbas peristiwa tsunami yg lalu. Aku pon dgr la pengalaman2 org yg call DJ time tuh. Pagi ni pulak, bukak Sky News...pon citer pasal Tsunami. Heran jugak aku...kenapa??? Kat screen tv tulih Tsunami Anniversary-26/12. Baru aku paham...harini 26/12. Manusia mmg pelupa kann..perlu sentiasa diingatkan. Allah Maha Berkuasa dan mengetahui segala yg telah , sedang dan akan berlaku. Peristiwa tsunami yg lalu patut diambil iktibar kerana setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
Balik dr Italy aritu, baca la paper (5 hari tak membaca). Terkejut bila baca pasal banjir kat Kedah dan Perlis. Terus aku call rumah.Alhamdullilah, family aku tak der apa2...rumah pon ok, tak banjir. Sememangnya kita tidak dpt mengjangka apa yg akan terjadi...(samala dgn peristiwa tsunami). Oleh itu, kita harus sentiasa mengingati Allah kerana Allah sahaja tempat kita berserah dan memohon.
By the way, aku pegi post mortem arini. Dah 5 case aku tgk...terasa rugi lak tak tgk post mortem semlm sbb Prof Connely ckp ada 2 case (dia siap tanya..'kenapa tak dtg smlm'...dah kenal muka aku tuhh). Erm, takpela..aku pegi hari lain. Case arini pasal pakcik yg ada bilateral renal calculi and hydronephrosis. Pastu dia ada psoas abscess gak, secondary to ulcerative colitis. Pathologist tu ingat diagnosis maybe sbb renal failure, tp bila dah disect....ada perforation rupanya. Colon dah obstruct, perforate and ada faeces-baunye mmg tak dpt aku describekan. Kebetulan face mask lak takder, so aku pon masuk bilik post mortem camtu ajala. Luckily sense of smell aku tak function dgn betul sgt seminggu dua nih hehe...so, tak der la aku bau sgt. Tp, mmg berbau laaa.... Kalo aku citer kat mak aku mesti dia akan tanya, bleh tido tak mlm? makan lalu tak?..hehehe....klakar soalan. Risau betul mak aku dgn anak dia yg sorang nih :)
Bila tgk org yg dah meninggal tuh...terpikir, aku pon akan mati jugak..bila2 masa pon buleh. Sekarang pon, malaikat Izrael dok round jerr every 20 minutes melihat muka aku nih. Setiap hari, malaikat maut akan menjenguk rumah yg berpenghuni 5 kali sehari dan melihat muka2 manusia 70 kali sehari..(kalo korang bahagi..lebih kurang every 20 mins la). So, bayangkan kalo time malaikat tgk muka kita, kita tgh berseronok dgn nikmat duniawi tanpa mengingati Allah walau sedikitpun. Tak ingat langsung pasal mati, pasal kubur...Agak2, apa malaikat tu ckp yer...sila la ambil masa berfikir untuk sejenak. Sebab itulah kita kena sentiasa mengingati Allah, kerana bila mengingati Allah, kita tahu kita akan kembali kpdNya. Peringatan untuk diri sendiri jugak. So, marilah kita bersama-sama bermuhasabah, merenung diri masing2. Cukupkah amalan kita selama ini?...dah terlaksanakah tanggungjawab kita sebagai seorg Muslim di muka bumi ini?....dah ready ker untuk bersemuka dgn Pencipta kita?...kita nak berada di barisan mana?....
12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap
dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....
wallahualam.

Revision for me and you..

MALU LAMBANG KEIMANAN DAN KETAKWAAN

Hadis yang diriwayatkan Imam Malik bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud :

“Setiap agama mempunyai budi pekerti dan budi pekerti Islam adalah sifat malu.”

Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Perasaan malu dan keimanan itu bergandingan selamanya apabila diangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah pula yang lain.”

Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda: "Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(Baihaqi)

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)
Kedua-dua hadis diatas membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita tetapi mesti ada pada kaum lelaki yang beriman kepada Allah s. w. t dan hari akhirat. Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu.

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang percayakan ada pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda, zahir dan batin.Hadis riwayat Anas bin Malik, Rasullullah saw bersabda: "Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah."(Tirmidhi)
SIFAT MALU DAN BERIMAN ITU SALING MELENGKAPI.
Sifat malulah yang akan membenteng keimanan, menjaga amalan beragama, malah mempertahankan imej Islamnya.

Mereka (lelaki atau wanita Muslim) malu hendak melakukan perkara yang dibenci Allah kerana di akhirat nanti setiap perbuatan dosa-dosanya akan ditayangkan semula dihadapan Allah dan semua umat manusia pada hari pembalasan. Adakah rasa malu yang lebih hebat dari itu?Mereka yang ada sifat malu akan sentiasa mengikut segala yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, dan setiap perbuatan biar sekecil kuman sekalipun akan tetap disoal dan diberi pemberi pembalasan oleh Allah.Jadi lebih tebal rasa malu seseorang, sebenarnya akan lebih mendekatkan dia dengan kasih sayang Allah. Adakah perkara yang lebih membahagiakan daripada mendapat kasih sayang dan perlindungan daripada segala yang berkuasa iaitu Allah?

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji.

SIFAT PEMALU RASULULLAH

Abu Saeed al-Khudri pernah meriwayatkan bahawa Nabi lebih pemalu daripada perempuan yang malu. Katanya: “Rasulullah ialah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah Baginda.”
PENTINGNYA SIFAT MALU

Apabila hilang sifat malu, akan bercambah pelbagai lagi sifat yang membawa keburukan.Rasulullah ketika memberi amaran kepada perkara itu bersabda bermaksud : “Apabila Allah hendak memusnah seorang hamba, maka dicabut daripadanya perasaan malu, maka dia menjadi seorang yang dibenci.“Apabila dia menjadi seorang yang dibenci, maka dicabut daripadanya sifat amanah. Apabila dicabut sifat amanah, dia akan menjadi seorang pengkhianat dan dikhianati.“Apabila dia menjadi pengkhianat dan dikhianati, akan dicabut sifat belas kasihan. Apabila dicabut daripadanya sifat belas kasihan, dia menjadi seorang yang dilaknati dan apabila dia menjadi seorang yang dilaknati, dia akan dirungkai daripada ikatan Islam.”
JENIS-JENIS SIFAT MALU

Pertama, malu untuk kebaikan-Malu yang baik ialah malu hendak melanggar peraturan Allah dan RasulNya
sifat malu yang dibenci Allah adalah seorang yang malu hendak mengikut perintah Allah dan RasulNya. sebaliknya tidak pula malu menjadi seorang yang ingkar akan perinyahNya.

MALU YANG DITUNTUT

Sifat malu yang berpada-pada amatlah dituntut oleh Islam. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh atau enam puluh cabang, maka yang paling utama adalah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah adalah membuang duri dari jalan dan sifat malu adalah satu cabang daripada iman.” Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia
- tidak masuk campur urusan orang lain
- memelihara pandangan
- merendah diri
- tidak meninggikan suara ketika bercakap
- berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.
MALU DAN WANITA

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith riwayat Bauhaqi).
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.


MALU YANG DILARANG

Seseorang yang telah hilang rasa malu menunjukkan bukti kelemahan imannya. Adalah sangat dilarang seorang Muslim itu apabila ia enggan mematuhi apa yang dianjurkan oleh Islam supaya dia melakukannya kerana malu dilihat oleh orang lain. Malu yang utama ialah malu kepada Allah yang Maha Mengetahui akan semua perkara.Dalam mengutamakan kehidupan akhirat, seseorang itu tidak patut malu mencari guru untuk dia belajar bagi mengatasi kejahilannya. Ini adalah kerana ilmu yang paling bermanfaat ialah ilmu yang menjadi bekalan untuk akhirat.Ini bermakna seseorang yang malu atau takut untuk mencari ilmu mengenai Islam akan bimbang terhadap mafhumNya di dalam Al-Quran, kerana seseorang Muslim itu digalakkan mencari ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain.

Seorang muSlim patut faham, tiada sifat malu itu samalah kita mengikuti jalan syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Malik bin Uhamir yang mendengar Rasulullah bersabda: "Allah tidak akan menerima sebarang amalan atau ketaatan seseorang yang tiada sifat malu dan angkuh". Kami Bertanya: 'Siapakah orangnya yang angkuh dan tidak mempunyai malu ini ya Rasulullah?' "Seorang lelaki yang membiarkan isterinya melayani lelaki bukan muhrimnya".Maksud melayani ini ialah si isteri dibiar atau dibiarkan mempamerkan kecantikkannya pada khalayak ramai (tidakmemakai hijab). Bermakna dia bebas dipandang oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

Abdul Malik berkata, "Tiada siapa yang lebih malu berbanding dengan Allah."(Sahih Bukhari)
Rasulullah saw bersabda: "Setiap cara hidup ada karektornya. Dan malu itu adalah karektor Islam." ATAU "Setiap agama ada karektornya. Dan karektor Islam adalah malu". (Abu Dawod)
Sifat malu itu hanya membawa kepada kebaikan. Sebagaimana sabda Rasulullah saw: "Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."(Bukhari)
Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga. Rasulullah saw bersabda: "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".(Bukhari)
Rasulullah bersabda: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(Bukhari)
wallahualam

Sunday, December 25, 2005

Fitrah...

Assalamualaikum..

Erm, malas nak menulis sebenarnya nih...tengah membelek soalan2 and jawapan past years. Pathology n bacteriology...byk betul aku kena study nih! Tp, InsyaAllah sempat kot nak buat past years sbb masih ada lg seminggu b4 kolej bukak...Ganbate!! :)

Dalam proses membelek-belek sambil membaca tuh, tiba2 terpandang something kat jawapan past year membe aku sorang nih. Dia kena jawab soalan Bacte-write short notes on Gonorrhoea (summer 01). Bawah skali paper tuh..ada something extra yg dia tulih. T'ketawa aku sorang2...mesti makcik nih bosan buat ps yrs...so, buat tambahan kat last skali page tuh...Tak pun, peringatan utk rakan2 yg disayangi (teringat kata2 seorg kawan : aku menegur kerana aku sayang dgn rakan2 aku, atas dasar kasih sayang). Ada article yg dia letakkan kat bwh answer sheet dia tuh...nice one. Tak lupa ucapan slamat studi diselitkan...hehehe. Article mengenai....CINTA. Bacalah yer..kengkawan! Ingatlah, Cinta Allah Cinta Hakiki...


Sejenak Rehatkan Minda.. =)

Cinta antara makhluk itu merupakan satu fitrah. Semua org pasti merasainya. Namun begitu, kita tidak mahu cinta itu disalurkan ke jalan yg tidak diredhai Allah atau dgn kata lain kita tidak memanfaatkannya dengan cara yang hak. Kita tidak mahu cinta kita diselaputi dosa2 yg merenggangkan hubungan kita dgn Allah. Tapi bagaimana utk memiliki cinta yg suci, terpelihara dari segala maksiat?

Kalau boleh kita tidak mahu sebarang pertemuan yg tidak diiringi oleh mahram. Berdua-duaan biarpun bukan di tempat yg sunyi adalah haram kerana boleh menimbulkan fitnah dan syaitan pasti menjadi org ketiga yg mengajak kepada perlakuan mungkar. Bercakap melalui telefon pun sekiranya tidak ada perkara penting yg ingin dibincangkan kalau boleh cubalah kita elakkan. Begitu juga dgn surat2 cinta..(Tulis surat utk makabah lg bagus kann..). Ada org mengutuskan warkah biru yg direnjis minyak wangi utk tatapan kekasihnya (abih ler perfume kalo camtu). Kalo boleh kita tidak mahu menulis atau menerima surat seperti itu kerana kita akan terbuai dlm lamunan dan angan2.

Alangkah baiknya jika kita dapat mengemudikan bahtera cinta itu pada jalan yg diredhai Allah. Pertemuan diatur bersama mahram, bercakap melalui telefon bila benar2 perlu sahaja, surat2 yg datang adalah surat yg berunsur tazkirah dan mendekatkan kita kpd Ilahi. Bila rindu menjengah, alangkah baiknya kalau kita tidak mengikut perasaan sebaliknya sujud panjang memohon pada Allah agar kita diberi kekuatan. Ah! Allah itu Maha Mengetahui apa yg terdetik dlm hati kita. Kita tidak sendirian menahan sakit rindu padanya. Allah juga tahu dan pasti Allah akan membantu kerana Dia tahu kita ingin mencari keredhaanNya.

Sememangnya sukar mendidik nafsu. Nafsu itu ibarat taman2 indah tetapi jalannya menuju ke neraka. Oleh itu, untuk menjadi seorg yg teguh mengawal diri, kembalilah kpd Allah. Kembalilah kpd Allah sebenar-benarnya dan serahkan diri kita kpdNya dgn sebenar-benar penyerahan. Allah berfirman dlm surah Al-Baqarah, ayat 208, maksudnya:

"Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dlm Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yg nyata"

Maksud ayat ini ialah, kita mesti melakukan apa yg disuruh oleh Allah biarpun suruhan itu sukar untuk kita lakukan. Kesukaran itu selalunya bila hati kita sudah dirantai syaitan, kerana itulah Allah berpesan, jangan kita ikut suruhan syaitan.

Bagaimana hendak menyerahkan diri kita kpd Allah dgn sebenar-benarnya? Dengan memahami Al-Quran, kita akan lebih mencintai Allah dan bila telah cinta, InsyaAllah hubungan kita dgnNya bertambah erat. Bila hubungan kita dgn Allah bertambah kuat, secara tidak langsung kita tidak sanggup melakukan perkara-perkara yg dilarang oleh-Nya. Maka Jadilah kita seorg Muslim yg sentiasa berpegang teguh memegang amanahNya. ALANGKAH INDAHNYA CINTA YANG DIREDHAI-NYA....

" Ya Allah, hidupkanlah hatiku dgn CintaMu, dan jadikanlah aku hamba yg Engkau cintai.."

" Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk mencintaiMu sepenuh hati dan redha kepadaMu dlm setiap usahaku...Amin."

Cinta adalah membazir jika dicurahkan kpd selain Allah atau melebihi cinta kpdNya. Hati pula membazir jika kosong dr kasih sayang Allah...Oleh itu rakan2, marilah kita bersama2 mencari cinta Ilahi...semoga setiap amalan kita diberkati olehNya. Ok, cukup setakat ini aku menulis tuk hari ini. Jom layan Pathology pulak! betulkan Niat.....Ganbate!!

Wallahualam.

Takut..

Takut kepada Allah.

Ketakutan Nabi s.a.w ketika berlaku ribut.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa apabila berlakunya tiupan angin kencang yang membawa awan tebal, wajah Rasullullah s.a.w akan bertukar menjadi pucat kerana takut kepada Allah. Baginda berasa resah gelisah dan membaca doa yang bermaksud:

“Ya Allah Aku memohon kepadaMu kebaikan daripada angin ini dan kebaikan yang datang bersama-sama angin ini. Aku memohon perlindunganMu dari keburukan angin ini dan apa-apa keburukan yang datang bersama-sama angin ini”

Selanjutnya apabila hujan mula turun jelas nampak tanda kegembiraan pada raut wajah Rasullullah s.a.w . Suatu ketika aku bertanya kepada baginda:
“Wahai Nabi Allah apabila awan muncul setiap orang akan bergembira kerana hujan akan turun, tetapi kenapa pada ketika itu aku dapati tuan sangat resah gelisah?”

Baginda menjawab : “Wahai Aisyah! Bolehkah aku terasa selamat bahawa angin ini tidak membawa bersama-samanya kemurkaan Allah? Kaum ‘Ad telah diazab dengan angin. Mereka tersangat gembira apabila melihat kumpulan awan tebal, mempercayainya sebagai pembawa hujan tetapi sebenarnya kebinasaan sama sekali kepada kaum ‘Ad”

Jelas Rasullulah s.a.w merujuk kepada ayat al-Quran yang bermaksud:

“Maka tatkala mereka (kaum ‘Ad) melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: inilah awan yang menurunkan hujan kepada kami. (Bukan) bahkan itulah azab yang kamu minta supaya dating denagn segera iaitu angin yang mengandungi azab yang pedih.
Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa”.
(Al-Ah Qaf : 24-25)

Lihatlah ketakutan kepada Allah yang lahir daripada hati seorang yang terbaik dari seluruh makhluk. Walaupun terdapat al-Quran yang jelas bahawa Allah tidak akan mengazab umat ini selagi Rasullulah s.a.w bersama mereka, baginda sangat takut kepada Allah sehinggakan tiupan angin yang kuat mengenangkan kembali azab yang telah diterima oleh kaum-kaum yang terdahulu. Renungkanlah sebentar ke dalam diri kita.

Walaupun diri kita penuh dengan dosa dan maksiat namun segala bencana alam seumpamanya gempa bumi, kilat dan sebagainya tidak sedikitpun mencetuskan rasa takut di dalam hati kita kepada Allah. Sebaliknya kita sibuk di dalam keadaan ‘lagho’ (pekerjaan sia-sia), bukannya mahu beristighfar ataupun solat pada masa-masa yang sedemikian.


Sikap Anas r.a tatkala berlaku ribut.

Nadhir bin Abdullah meriwayatkan:
Suatu hari semasa Anas masih hidup cuaca menjadi sangat gelap sedangkan hari masih siang. Aku pergi menemuinya dan bertanya, “Pernahkah kamu alami keadaan begini ketika hidupnya Rasullulah s.a.w?”

Beliau menjawab, “Aku berlindung kepada Allah. Pada masa itu jikalau angin bertiup lebih kuat daripada biasa kami akan bergegas ke masjid takut-takut kalau-kalau kiamat akan terjadi”.
Abu Daud meriwayatkan: “Apabila sahaja berlakunya ribut, Rasullulah s.a.w akan gelisah dan akan bergegas ke masjid”

Pada hari ini siapakah yang berura-ura hendak ke masjid walaupun bala yang dating itu besar musibahnya? Tidak hairanlah pada orang awam, tetapi orang-orang yang menganggap diri mereka seorang Islam yang baik amalnya tidak pun mengamalkan sunnah ini. Kita jawablah sendirian akan keadaan yang sudah merosot ini…..wallahualam.
" Ya Allah, kurniakan aku sepasang mata yang menangis kerana takut padaMu sebelum air mata ini kering.."-doa Nabi

Petikan buku...

Petikan daripada buku ‘Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idam-idamkan’ tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi :


1) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak orang yang beriman lenyap di dalamnya sementara akhlak orang jahat bermaharajalela di dalamnya.

2) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak kekuatan mati sementara akhlak yang lemah (pengecut) terus hidup dan berkembang di dalamnya.

3) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tersebar di dalamnya akhlak kekerasan terhadap pihak yang lemah serta akhlak tunduk pihak yang lemah kepada yang kuat.

4) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana ketaqwaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah serta takutkan kepada perhitunganNya disembunyikan, lalu kita melihat manusia bertindak seolah-olah mereka adalah tuhan kepada diri mereka, dan bebas seolah-olah tidak terdapat di sana perhitungan yang menanti mereka, mereka berpaling dengan kelalaian dan lupa dengan penuh kesengsaraan.

5) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana ia dikuasai oleh sikap pasrah tanpa usaha, lemah dan negative dalam menghadapi permasalahan serta menyalahkan orang yang masih mampu.

6) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana dihinakan orang-orang yang soleh di dalamnya, dimuliakan orang-orang yang fasik, mendahulukan orang-orang yang jahat dan membelakangkan orang-orang yang bertaqwa.

7) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana orang yang benar di dalamnya dizalimi, orang yang salah dikasihi dan dikatakan kepada orang yang kena pukul: “ jangan berteriak” tapi tidak dikatakan kepada orang yang memukul: “jangan memukul”

8) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana rosak tanggungjawab di dalamnya, hati nurani boleh dibeli dan segala urusan dilakukan dengan rasuah

9) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tidak dihormati orang yang tua, tidak dikasihi orang yang muda dan tidak dikenangi orang yang berjasa di dalamnya

10) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlaknya menjadi binasa, lantas lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki

11) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tersebar di dalamnya perbuatan keji, lantas orang lelaki hilang kecemburuannya dan orang perempuan hilang sifat malunya

12) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana hampir tidak terdapat manusia yang bercakap atau bekerja atau bertindak melainkan semata-mata kerana menunjuk-nunjuk serta hipokrit, mencari glamour serta kedudukan. Kita juga hampir tidak menemui tentera-tentera misteri (yang bertindak bukan kerana nama) dari kalangan orang yang ikhlas lagi baik, orang yang bertaqwa serta tidak popular yang mana apabila mereka hadir kehadiran mereka tidak diendahkan dan apabila mereka tiada ketiadaan mereka tidak dirasakan

13) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak orang-orang munafik bermaharajalela di dalamnya. Setiap yang erbicara berdusta, yang berjanji melanggar janji, yang diamanahkan ia berkhianat, dan yang bertelingkah tamakkan kemenangan.

14) Bukanlah namanya masyarakat Islam jika terdapat di dalamnya pengabaian ibu bapa terhadap anak, penderhakaaan anak terhadap ibu bapa, sesama saudara saling berjauhan, terputus silaturrahim, tetangga saling bertelagah. Sementara itu, fitnah, mengadu domba dan keretakan persaudaraan menjadi-jadi. Dalam pada itu semangat dedikasi dan mementingkan orang lain menjadi kecundang apabila menghadapi kebakhilan, keegoan, dan individualistik.

“Those who believe and do good works, they are the Companions of the Garden; they will abide therein” (2:82)
Semoga memberi manfaat. Banyakkan muhasabah diri, adakah semua ini yang terjadi di zaman sekarang? Bolehkah kita dikategorikan sebagai masyarakat Islam?? Tepuk dada, tanyalah Iman...u know the answer....
wallahualam

Thank You Allah

THANK YOU ALLAH.....
We should be grateful to Allah for His blessing and His kindness that we are still around.
Even though I clutch my blanket and growl when the alarm rings,thank you Allah, that I can hear. There are many who are deaf.
Even though I keep my eyes closed against the morning light as long as possible,thank you Allah that I can see. Many are blind.
Even though I huddle in my bed and put off rising, thank you Allah,that I have the strength to rise. There are many who are bedridden.
Even though the first hour of my day is hectic, when socks are lost, toast is burned and tempers are short, my children are so loud, thank you Allah,for my family. There are many who are lonely.
Even though our breakfast table never looks like the pictures in magazines and the menu is at times balanced, thank you Allah, for the food we have. There are many who are hungry.
Even though the routine of my job is often monotonous, thank you Allah, for the opportunity to work. There are many who have no job.
Even though I grumble and bemoan my fate from day to day and wish my circumstances were not so modest, thank you Allah for life.
THANK YOU DEAR ALLAH.
wallahualam

Lion of The Desert

Umar Mukhtar “Lion of The Desert”

Libya merupakan sebahagian dari Negara Islam yang berada di bawah naungan Khalifah Uthmaniyyah. Pada akhir abad ke-18, Daulah Uthmaniyyah berada pada tahap yang sangat lemah di samping serangan dari tentera Salib. Tentera Salib telah bersekongkol dengan kerajaan Itali untuk menyerang Libya. Mereka memporak-perandakan penduduk, menghancurkan rumah2 dan menguburkan nyawa yang tidak terhitung jumlahnya. Penduduk Libya bangkit melawan penjajah di bawah seorang ketua yang tiada tandingannya, iaitu Umar Mukhtar.

Riwayat hidup
Beliau ialah Umar Mukhtar bin Umar Al-Manfy, seorang yang terkenal sebagai mujahid di Tripolis Barat dalam menentang penjajahan Itali. Beliau dlahirkan di Al Bathnan, Burqoh pada tahun 162M. Ayahnya meninggal dunia di Hijaz sewaktu dalam perjalanan menunaikan ibadah haji dan menyerahkan anaknya di bawah jagaan adiknya, Muhammad. Beliau telah menghafal Al Quran sejak berumur 13 tahun. Di samping itu, beliau juga mendalami Syari’ah Islamiyah dan juga sirah sahabat tentang kepahlawanan mereka di medan pertempuran.Umar Mukhtar belajar di daerah Sanusiah di bwah ajaran Syeikh Muhammad Al Mahdi. Pada tahun 1312 H, beliau berhijrah ke Sudan bersama syeikhnya. Kemudian, kembali ke Daerah Qusyur di Libya dan menetap di sana sehingga tentera Itali dapat merebut Ben Ghozi pada tahun 1329 H.

Perjalanan Jihad
Ketika berada di Sudan, semangat jihadnya tidak pernah padam dan beliau sering berhubung dengan mujahidin2 Libya yang berada di Sudan atau Mesir. Apabila beliau mendapat tahu armada Itali menggempur Ben Ghozi, beliau meninggalkan Sudan dan meminta pemimpin Libya yang berada di Sudan atau Mesir untuk bersatu mempertahankan tanah hak mereka.
Itali mengetahui rencana Umar Mukhtar lalu mengirim pasukan tentera dengan persenjataan yg lengkap untuk menyekat perjalanan beliau. Maka, terjadilah pertempuran yg sgt sengit antara keduanya dan Allah telah mentakdirkan keselamatan terhadap Umar Mukhtar dan jemaahnya hingga mampu membunuh tentera Itali dengan jumlah yg banyak. Oleh itu, sampailah beliau dan jemaahnya di Libya dengan selamat.
Walaupun banyak menyertai pertempuran melawan penjajahan barat ke atas Libya, beliau mash tidak kekeringan idea dalam strategi peperangan dan kemenangan selalu menyebelahi pasukan umat Islam. Antara pertempuran2 yg penting : peperangan Bariqoh, Rahibah, Aqiroh Al Mathmuroh dan Karsah yang mengambil nama sempena tempat berlaku peperangan2 tersebut. Bahkan General Garziani (komander umum Itali di bawah dictator Benito Mussolini) pernah berkata bahawa beliau telah berlawan melawan Umar Mukhtar dan para mujahidin di bawahnya sebnayak 263 kali selama 20 bulan. Jumlah ini tidak termasuk peperangan yang disertai Umar Mukhtar 20 tahun sebelumnya.

Pasukan Itali pada suatu ketika berkub di Jabal Akhdor dan mengepung daerah ini. Setiap malam, Umar Mukhtar keluar bersama beberapa mujahidin untuk mempelajari medan tempur dan menyelidiki kekuatan musuh serta mencari celah2 kelemahan mereka. Pada suatu malam, Umar Mukhtar keluar seperti biasa tetapi gerak-gerinya telah diketahui oleh tentera Itali. Tentera Itali menyerang kumpulan ini dan salah satu peluru mereka telah mengenai kepala kuda yang ditunggangi Umar Mukhtar dan menyebabkan beliau terjatuh dan kaca matanya tertanggal, menyebabkan beliau tidak mampu berbuat apa2 lagi. Itali menawan beliau dan dipenjara selama 4 hari. Apabila ditanya apa yang beliau kerjakan, Umar Mukhtar menjawap tanpa rasa gentar “Penangkapan ke atas diri aku hanya semata-mata kehendak Allah Azza Wajalla dan aku telah menjadi tawanan kamu, maka Allah sahajalah yang mengatur segala urusan, sedang kamu sekalian dengan keadaan kamu, berbuatlah semahu kamu terhadapku. Maka harus dketahui oleh kamu semua bahawa aku sekali-kali tidak akan pernah pasrah untuk taat kepada kamu semua”.
Di dalam tawanan beliau telah diminta untuk menulis surat dengan disertai tanda tangan kepada Mujahidin untuk menghentikan peperangan dan meminta mereka untuk menyerahkan diri kepada Pemerintah. Namun beliau menolak dengan tegas dan memilih mati daripada menjadi penyebab berhentinya jihad. Akhirnya beliau telah dibawa ke ruang mahkamah dibelenggu dengan besi dan dijaga ketat. Mahkamah kemudiannya memutuskan hukuman mati kepada beliau. Ketika mendengar keputusan itu beliau terima dengan lapang dada dan berkata, “Inna Lillaahi wa Inna laihi Roji’un”. Maka bergembiralah orang2 Itali di atas tertawannya Umar Mukhtar dan permulaan kemenangan mereka.
Tersebarlah berita ke seluruh dunia tentang hukuman tersebut. Di libya, banyak pemuda, wanita, dan anak-anak yang mahu menggantikan diri mereka dengan Umar Mukhtar. Beliau telah dibawa ke kawasan lapang supaya semua orang dapat melihat dan mendapat pengajaran. Lapangan itu dipenuhi dengan tentera dan persenjataan yang lengkap.
Sebelum tali gantung dikalungkan ke lehernya, beliau memandang kepada kaumnya seraya berkata, “Wahai para mujahidin! Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah karana Allah akan menolong kalian dari penjajah perampas ini, dan Allah akan menolong Islam dengan kalian. Sungguh hidupku akan lebih panjang daripada kehidupan orang2 yang menggantungku!”.
Tepat jam 9 pagi hari Rabu tanggal 16 September 1931 M, Itali melaksanakan hukuman gantung ke atas pahlawan ini dan diletakkanlah tali gantung di leher beliau. Sebelum wafat, beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah : Asyhadu anal Ilaha illlallah Wa Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”.
Berangkatlah rohnya yang suci menuju tempat yang abadi, mudah2an semua yang beliau sumbangkan mendapat keredhaan Allah dan mudah2an generasi2 penerusnya akan menjadi mujahid2 yang berani menentang penjajah, baik penjajah aqidah, pemikiran, moral atau pun material.Semenjak wafatnya Umar Mukhtar, Itali dapat menguasai Libya hingga ke tahun 1943 M

Saturday, December 24, 2005

Cuti-cuti ITALY


Assalamualaikum wbt

Alhamdullilah...dah sampai kat umah. Terasa hepi lak bila jejak kaki kat Ire nih...hepi dgr org ckp english dgn sopan santun, dgn greetings...

Dah 5 hari b'jalan kat Italy...adventurous jugak la travel kali nih. Asyik dok pegi UK jer slalunya..terasa bosan gak..so, ramai-ramai buat decision pegi Italy. Travel kali nih berlima ngan rakan-rakanku yang sgt best!
18/12/05-uno, due, tre, quanto, chinque....beramai2 belajar bhs. Lawak pon ada gak sbb pagi tuh dlm bas baru terkapai-kapai nak blajar. Alhamdullilah semuanya terer2 belaka dlm bab nak menghafal nih.. =)

Say to them (O Muhammad) "travel in the land and see how has been the end of the Mujrimun (criminals, those who denied Allah's Messengers and disobeyed Allah)"
(An-Naml: 69)
Ayat-ayat lain di dalam Al-Quran mengenai travel:
  • Al-An'am : 11
  • Yunus : 22
  • Yusuf : 109
  • Al-Hajj : 46
  • Al-Ankabut : 20
  • Ar-Rum : 9, 42
  • Saba' : 18
  • Fatir : 44
  • Ghafir : 21, 82
  • Muhammad : 10

Setiap pekerjaan harus dimulakan dgn niat supaya pekerjaan kita itu diberkati Allah. So, dgn niat yg betul InsyaAllah, kitaorg pon memulakan journey kat Italy. Sampai Galileo airport dalam lebih kurang kol 10pm 18/12/05. Ingatkan nak tido kat airport jerr....tp, airport tu tutup. So, kitaorg pon mula la bergerak ke city centre tuk cari hotel. Grekkkk...grekkk..greekkk..bunyi beg rakan aku sorang nih memecahkan kesunyian bandar pisa. Yang lain semuanya dengan bagpack..konon2 macho la..tp, lepas tuh semuanya sakit bahu. Kesian trapezius muscle..hehe. Mmg cuak sgt mlm tuh sbb jalan dah semakin sunyi, semakin gelap...org pon dah tak der. Aku tahu time tuh semua cam rilek, tapi dalam hati mesti risau..sbb aku sendiri pon dah risau. Setelah berjln..berjln..dan berjln...dalam kol 1am, semua org terkejut sbb leaning tower ada kat depan mata. Alhamdullilah hotel dekat situ masih belum tutup. Bila semua dah settle check in..kitaorg belek2 map yg ada kat tangan. MasyaAllah, kitaorg jalan punyala jauh...merentas bandar pisa tuh...patut la tiba2 tower tuh depan mata. Kaki kitaorg nih dah byk berjalan rupanya. Terasa sgt kebesaran Allah mlm tuh...Aku mengingatkan diri sendiri bahawa Allah sentiasa berada di sisiku walau di mana pon aku berada. Kita hanya perlu berdoa dan mengingati Allah..InsyaAllah semua urusan dipermudahkanNya.

Pagi esoknya b'mulalah sesi mengambil gambar...macam2 posing..heheh. Selesai di Pisa, kitaorg bertolak ke Florenze...erm,short term memory..aku tak berapa ingat apa yang kitaorg buat kat sana. Yg pastinya, sesi bergambarlah. 20/12/05, bertolak ke Milan. Well, nice place for those yg suka shopping. Untuk aku ngan rakan2 aku nih yg kurang sket rasa nak bershopping nih..(erk, betul ke?? keke) tak der benda sgt la kat Milan tuh. Ooohh yer, kitaorg sempat pegi stadium kat sana. Ac Milan and Inter Milan? berharap sgt nak jumpa player kat situ (Totti?)....akhirnya, jumpa la kot sorang nih..dia senyum jerr kat kitaorg (pelik kot tgk kami berlima nih p stadium tghari camtu..huhu). Tp, antara kami berlima, sapa pon tak kenal pakcik yang senyum tuh...rupa ada la cam player, tp malangnya tak dikenali oleh kitaorng nih..haha..klakar betul.

Dipendekkan citer lagi...kitaorg pon naik la train ptg tuh untuk ke Venice. Ada jerr benda lucu yg terjadi kat setiap tempat. Nak citer kat sini..panjang berlebar la pulak, so takpe lah..abaikan jerr. Biaq kitaorg jerla yang ketawa bila ingat scene dlm train ke venice tuh. I like Venice! selama nih..aku tak der la rasa teruja sgt nak ke venice tuh. Slalu dgr kengkawan sebut nak ke venice tuk honeymoon..erm, cukupla kot aku pegi sekali tuh. Tapi mmg cantik la... Subhanallah suka sgt scenery dia. Alhamdullilah weather haritu cantik...walaupun sejuk. So, worth la pegi venice tu...siap naik gondola lagik dgn abg italiano bernama Giacomo..hahah (nama dia cam brand pinggan mangkuk kat mesia?) 18 euro sorang, so naik la gondola puas2, tgk la canal2 tu puas2, amik gambar pon puas2 gak.

Sehari kitaorg kat Venice..jalan-jalan kat situ, tgk castle and cathedral, bg makan burung merpati (rakan2 aku nih suka buat scene kat tgh org ramai..klakar, tp enjoy!!). Pastu jalan pegi market dia- Rialto-if i'm not mistaken. Dah penat jamu mata kat market tuh...kitaorg pon guna la balik kemahiran membaca map untuk balik ke hotel...Venice nih adalah tempat yang aku paling suka rasanya kat Italy nih kalo nak compare ngan tempat2 lain yg kitaorg pegi. Rasa gembira lak bila tgk air kat canal-canal tuh. Erm, maybe aku nature-type person..heheh. Wallahualam. Bangunan in between canal tu tak der la cantik sgt..sbb dah lama kot (my opinion) tp, interesting jugak la sbb their main tranportation is via the canal and the economy are based on tourism. Night view kat Venice pon cantik..tp, bg aku cukuplah sehari tu. =) Destinasi terakhir kitaorg adalah Rome-22/12/05. Bertolak dari Venice dgn train. Train kol 12.04 am, so terpaksa la kami berlima melepak di train station yg sejuk itu. Lebih kurang 4 jam menunggu train..sampai masing-masing dah buntu. Tak tahu aktiviti apa yg boleh dibuat..."bernasyid n berzikir laa"...kata Pulut (Pulut, ye ke ko ckp camtu..ke aku yg tambah sendiri? hahah). Apapun, menarik sebenarnya travel nih...U can see different type of people, U can see the amazing and the marvellous creation that Allah has made. Moga-moga perjalanan kami berlima tidak sia-sia, dan mendapat keredhaan Allah.

Dipendekkan citer, lebih kurang 6 jam dlm train, esoknya kitaorg pon sampai di Rome. Before b'tolak ke Italy ramai rakan-rakan dah berpesan "jaga betul2 bag korang, sana byk pickpocket..especially kat Rome". So, semua org mmg menjaga la bag masing-masing walaupun time tuh dah tak der duit pon sebenarnya..hehehe. Dalam berjaga2 tu pon, sempat jugak si pickpocket tu membuat kerja sehariannya. Dia dah mencari-cari zip bag sorang rakan aku nih..Alhamdulilah la rakanku yg sorang lagi ternampak..."U picky!" katanya sambil menarik tangan pickpocket tu dan dgn nada yg sgt berani. Kagum la ngan rakan aku sorang nih! (Easily brave ye pulut..hehe) Pickpocket tu pun cuak la kan lepas tuh, terus dia kuar dari metro. Conclusion : safety is important and don't become scared easily! =) Dalam masa 5 jam di Rome, kitaorg sempat la cover beberapa tempat kat Rome tuh. Colesseum, Pantheon, Foro Romano, Palatino, Fontana Di Trevi, Vatican city, Spanish step.....erm dah tak ingat...tu jerr kot. tgk bangunan masa tamadun Rome. Masa kat Vatican city..punya la ramai manusia..aku pon pelik sebenarnya, buat apa la kitaorg pegi situ...banyak betul "ulama" kat situ...dengan lebai kaler purple...huhu. Waktu Zohor dah masuk time kami semua kat vatican city tuh. So, solat jerla kat situ..moga2 Rome jatuh ke tgn Islam. Allahuakbar! Teringat lagu Dawud Wharnsby Ali- crazy spot..." All the earth is the place of prostration, field..mountain..park.......I laugh at the crazy spots that I stop to worship God"..erm, sama jerr cam kitaorg semua.

Alhamdullilah....akhirnya sampai ire 23/12/05. Gembira betul!! dah abis travel tuk winter nih.....Tunggu la cuti di lain kali.. =) U learn lots of thing actually from travelling...journey yg mematangkan diri..heheh. Semoga setiap perjalanan diberkati Allah swt.

wallahualam.

99 langkah menuju kesempurnaan Iman

Assalamualaikum....

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Moga jd panduan bersama...
wallahualam.

Sunday, December 11, 2005

Belajar kerana Allah


Assalamualaikum wbt.

Tengah b'kobar-kobar nak blajar nih....(sbb esok exam..huhu). Usaha, doa dan tawakkal...yang lainnya serah kepada Allah. He knows what is the best for us =)


Berusahalah yang terbaik untuk menjadi yang lebih baik,
Mintalah pertolongan Allah dalam usahamu.
Kejayaan akan lebih terasa kemanisannya
Jika diiringi perjuangan, pengorbanan dan kepayahan.
Usahlah berputus asa dalam perjuanganmu.
Gantunglah sepenuh pengharapanmu hanya kepada Allah.
Mintalah padaNya dan bertawakallah.
Sematkan dihatimu,
Perjuangan ini merupakan satu JIHAD FISABILILLAH,
Usahamu hanya untuk Allah semata.
Buktikan Islam itu unggul,
terlalu suci Dan tidak memisahkan antara kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Sesungguhnya usaha yang dilakukan kerana AllahItu adalah ibadah di sisi Allah.
Wallahualam.
Pray 4 me..may Allah make it easy..aamin.

Who Am I..



Assalamualaikum wbt.
Who am I?? heheh..byk jerr jawapan yang boleh aku bagi kat sini....manusia, hamba Allah, anak makabah, student...dan byk lagi laaa...sampai esok pon tak habis kalau nak senarai semua.. :)Terasa nak post something..tp, tak tahu nak post apa..so, I just come out with Who Am I. Actually, ada exam this monday..med n surg mcq...tp, aku terasa cam malas nak membaca sbb byk sgt topic yang ada..(InsyaAllah akan cover selepas nih..hehe) Dari dok membuang masa pk apa yang nak dibaca, baik aku tulih something kann...
Kita dilahirkan ke dunia nih dengan tanggungjawab masing-masing. Apapun, tanggungjawab yang paling penting adalah menyampaikan Islam. Tanggungjawab ini ada di atas bahu setiap daripada kita, samada kita sedar atau pun tidak. Tak kiralah di mana jua kita berada...di situ Islam harus tertegak. I'm still a student but I realize that my duty is not just to study... study...and study!(bukannya study 24 hrs pon kann.....) Sebagai hamba Allah yang kerdil, sepatutnya kita bersyukur dgn nikmat yang Allah kurniakan kpd kita..terutamanya nikmat masa. Ramai daripada kita tak sedar akan nikmat Allah ini. Allah akan menyoal di akhirat nanti tentang masa yang kita gunakan. Adakah kita menggunakan masa untuk perkara yang sepatutnya, atau kita lalai dengan nikmat duniawi??? Pemuda pemudi di zaman ini sepatutnya menggunakan masa muda yang ada untuk mencari ilmu dengan banyaknya untuk bekalan. Ilmu untuk dunia dan akhirat...you have to balance that. Ingatlah, dunia hanya sementara...Akhirat kekal abadi. Semua hamba Allah yang beriman rindukan syurgaNya......

Who Am I?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalamjiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah oranmg yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, “Inna lillahi wainna illahi rajiuun”. Lalu sambil berkata, “ Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekua tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.
Wallahualam.
Jom Blajar....Ganbate! =)

Finally...

Assalamualaikum wbt.

Erm...my first time writing in a blog...selama nih tak terasa pon nak create blog. I wonder why today finally I made my decision to make one..
Hopefully it can give something to anyone who visit..=)

" Actions are but by intention and every man shall have but that which he intends. Thus he whose emigration (to any place) is for Allah and His Messenger, his emigration will be (counted as being) for Allah and His Messenger...."