Friday, March 30, 2007

Al-Hadid: 22-23

“Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangga diri" (Surah Al-Hadid:22-23)


Jangan berdukacita terhadap apa yang luput, jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya. Erm, muhasabah diri sebentar...

Monday, March 26, 2007

I only ask of God



I only ask of God
He won't let me be indifferent to the suffering
That the very dried up death doesn't find me
Empty and without having given my everything

I only ask of God
He won't let me be indifferent to the wars
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people

People, people, people

I only ask of God
He won't let me be indifferent to the injustice
That they do not slap my other cheek
After a claw has scratched my whole body

I only ask of God
He won't let me be indifferent to the wars
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people (my people)
It is a big monster which treads hard (treads hard)
On the poor innocence of people (yeaah)

People, people, people

Solo le pido a Dios
Que la guerra no me sea indiferente
Es un monstro grande y pisa fuerte
Toda la pobre inocencia de la gente
Es un monstro grande y pisa fuerte
Toda la pobre inocencia de la gente

People, people, people

-OUTLANDISH-

*I really love this song!
*Exams are getting near for both final meds and fifth meds....USAHA, DOA, TAWAKKAL
*Allah is near with us, keep all your spirit high and hope for the best, Insya Allah

Wednesday, March 21, 2007

24 tahun

Selamat tinggal 24 tahunku....

Harini, umur dah jadi 24 tahun. Erm, terasa sama jer cam dulu-dulu walaupun angka setiap tahun asyik bertambah..masih seperti kanak-kanak?....erm bila nak matang entahla =). Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur sehingga ke detik ini untuk mencari keredhaan Allah dan menikmati setiap kurniaan Allah SWT. Moga dgn pertambahan umur dapat mengingatkan diri ini akan hakikat kematian yang akan dihadapi oleh semua hambaNya..


Sunday, March 11, 2007

Hamba Allah

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, last week dah start rotation baru. Opthalmology and ENT. Bila dah masuk rotation yang last nih, aura-aura exam pun dah terasa. Adehh...cuaknya diriku ini! Apapun, usaha, doa dan tawakkal.

Semalam ada usrah ngan rakan-rakanku yang best. Walaupun tak semua dapat hadir kerana kekangan yang tertentu, usrah tu tetap best! Ni sedikit dari apa yang kitaorang buat semalam:

1) Diskusi mengenai topic yang 'hangat' sekarang- topic 886 pelajar perempuan yang 'bermasalah' dan pelajar yang bersalin di bilik rawatan sekolah. Erm, nak cakap panjang-panjang pun...semua orang dah tahu. Bak kata Zai, "nak tunggu sekolah tu jadi hospital bersalin ker baru nak ambil tindakan?". Kitaorang ketawa jer bila dgr Zai cakap camtu. Tapi, deep down aku tahu semua orang sedih dan kecewa ngan keadaan di sekeliling terutamanya di malaysia. Hakikat yang pahit, tapi harus ditelan dan sesuatu mesti dibuat untuk memaniskan kepahitan tersebut.

2) Pengisian mengenai pesan Rasullullah S.A.W kepada umatnya. Aku tak ingat exactly apa tajuk buku tu and penulisnya. Tapi, salah satu pesanan yang disampaikan kepada kitaorg semalam adalah mengenai NERAKA. Betapa sedihnya Rasulullah bila mengetahui bahawa umatnya yang melakukan dosa besar akan dicampakkkan ke dalam neraka yang panas membara. Panasnya neraka itu sehinggakan bahang dari neraka yang keluar dari lubang hujung jarum yang kecil dapat membakar seluruh dunia! Ya Allah, jauhilah aku dan umat Nabi Muhammad ini dari nerakaMu yang panas membara itu. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus jalan ke arah kebenaran

3) Sesi tarbiyah jasmani! Zilah ajar aikido?? Adehhh....sakit aa abdomen aku pagi nih bila bangun tido. Ternyata hasil semalam adalah berkesan untuk rectus muscles yang selama nih dok diam jer, tak buat apa-apa...haha. Best2!! Jom buat lagi next week! :P


Pagi ni kan, aku bercita-cita nak belajar. Bagus2! teruskan cita-citamu itu...yeah! Tapi kan, aku belum start lagi membaca, dan akhirnya aku layan pulak blog nih...adehh. Erm, takpe pasni belajar insya Allah. Just nak share sesuatu yang aku baca recently, petikan dari buku Detik-detik Masa dalam kehidupan muslim- Dr. Yusuf Al-Qardawi. Kadang-kadang, kita beli buku dan baca, tapi isi2 dalam tu tak melekat pun kat diri kita nih. Teringat kata-kata Ust. Hasrizal dalam Saifulislam, before nak buat sesuatu...tanya diri kita dulu, kenapa aku nak buat benda nih? Masa dulu baca buku ni, aku tak dapat 'serap' sangat isi-isinya. Tapi, Alhamdulillah bila baca balik sekarang....aku rasa 'terkesan' dengan apa yang diutarakan dalam buku nih. Sangat sesuai dengan aku di kala ini. Ni just few points yang aku rasa penting untuk kita hayati dalam setiap detik masa kita...


Seorang ulama’ salih ada berkata; Setiap hamba itu mempunyai 4 waktu:
Nikmat, Ujian, Ketaatan dan Maksiat. Tiap- tiap waktu ini Allah pertanggungjawab ke atas kamu supaya kamu guna masa itu dgn jujur mengikut hukum dari Allah SWT.

- Siapa yang taat, maka terbuktilah suatu pemberian Allah kpdnya.
"Katakanlah: ' Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan" (Yunus: 58)

- Siapa memperolehi nikmat, maka hendaklah dia bersyukur dan bergembira di dalam hati kerana itu adalah kurniaan tuhan kpdnya.
"......makanlah olehmu dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepadaNya. Negeri kamu adalah negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun"(Saba’: 15)

- Siapa yg melakukan maksiat, maka hendaklah dia bertaubat.
"Katakanlah: 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa" (Al- Zumar: 53)

- Di masa menghadapi ujian, maka hendaklah menerima dgn rela hati di samping bersabar.
" Dan sesungguhnya Kami berikan cubaan kepada kamu dari ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang ditimpa bencana, mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" (Al-Baqarah: 155-156)


* Allah sukakan kepada orang yang banyak bertaubat dan bersih dari segala dosa. Alangkah gembiranya jika kita semua menjadi orang itu....

* Ya Allah, sayangilah hambaMu ini...

wallahualam

Thursday, March 08, 2007

Homesick....lagi

Aku HOMESICK!!
Dah call mak ptg tadi...tapi masih rasa homesick. Maybe symptoms nak exam dah nak bermula...huhu. Maaf la rakan-rakan, aku banyak mengarut jer kat blog ni. Entahla, tak ada idea nak tulis apa. Kalau asyik letak 'copy-paste', mesti bosan...sbb aku sendiri pun bosan kalau baca blog yang dok copy-paste jer. Niat di hati ni, nak letak sumthing yang boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Tapi tu la....
Anyway, dah blog aku kan....korang layan jela apa yang aku post kat sini..hehe =) Moga bermanfaat walaupun entry yang takde 'input' sangat..
This one is tribute to my Mum. HOMESICK!!!


Jasa Bonda

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


* Sayangilah orang yang menyayangi anda....

Tuesday, March 06, 2007

masa itu roda, hidup itu jalan

mereka berkata hidup itu umpama roda
sekejap kita di atas
sekejap kita di bawah
namun hidup tidak berputar
masa lah yang berputar
maka masa itulah roda
dan hidup itu jalannya

siang dan malam silih berganti
hari,minggu, bulan dan tahun berulang-ulang
musim bunga,panas,luruh dan sejuk juga berputar
dalam putaran itu masa berjalan atas kehidupan

dunia ini hidup maka pasti punya matinya
akhir riwayat dunia dipanggil kiamat
akhir riwayat manusia dipanggil ajal
tibanya ajal maka jalan hidup manusia tamat
setiap garis mula pasti ada garis penamat
maka melepasi garis penamat itu, kemenangan apakah yang kau cari?

ada yang berkata hidup satu perlumbaan
namun kau tidak berlumba dengan sesiapa
kerana setiap manusia punya jalan-jalan yang telah ditetapkan
ketetapan jalan itu dipanggil takdir

kau tidak akan dapat mengubah jodohmu
rezekimu,dan ajalmu
oleh itu, apakah yang kau cari lagi di dunia ini?
apa yang kau bimbang lagi di dunia ini?
apa yang kau resah lagi di dunia ini?
apa lagi yang kau harus usahakan lagi di dunia ini?
jika kau mengetahui akan kejayaan agung itu redha Allah
maka kau akan membekalkan amal soleh yang banyak di dunia
kerana beramal soleh saja mampu meraih redha Allah
mampu capai iman, mampu capai taqwa,

demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh
yang menasihati akan kebenaran
yang menasihati akan kesabaran

IBNMUKHTAR
(15 Januari 2007)

redhailah aku

Friday, March 02, 2007

Shy

* Cartoon yang takde kaitan pon...heheh

Yeay, arini day off! Semalam last day aku buat paediatrics dan dah selesai assessment dengan Prof. Loftus n Dr. Geoghegan. Alhamdulillah, everything goes well. Prof cakap he can see that I did put lots of effort on the case commentaries and he is satisfied with it. Excellent! (tapi hakikat sebenarnya, last minutes kerja..huhu. Aku main taip jer discussion tuh...ish3, bila nak berubah nih? ;) Anyway, syukur Alhamdulillah...)
Pastu, prof ada gak komen pasal aku. Dia cakap: " You' re a bit SHY". Erm, agaknya dia nampak kot aku ni kadang2 cam reluctant nak menjawab soalan time tutorial etc. Erm, dah lama gak sedar tentang nih..huhu. Is it my personality or what?? Bak kata Sani: " It is your personality, but when it comes to things that you have to do....the personality does not come into account, just do it". Dr. Geoghegan lak cakap: " Just shout out the answer, it doesn't matter right or wrong, you'll learn from it". Yup, I do agree with all that. Insya Allah, pasni aku akan overcome benda nih. BERUSAHALAH! yeah

berpagi-pagi

Assalamualaikum wbt.

Pagi ni, baca utusan. Ada satu tajuk yang menarik perhatian aku. " Jangan hukum semua gadis- Shahrizat"- muka hadapan. Ini adalah mengenai isu mengenai kajian terhadap 800 lebih gadis remaja bermasalah. Petikan: "ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang. Kenapa kita tidak bercakap mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu kepada isu-isu kecil sahaja"

Erm, isu kecil ker nih??? Aku rasa benda ni adalah masalah bersama dan ianya bukan isu kecil seperti yang dikatakan oleh Shahrizat. Kalau dah ada masalah di depan mata, kenala berusaha mengatasi masalah tersebut. Buat apa nak tutup2? Nanti di akhirat, siapa yang akan ditanya? KITA! Nak tunggu bilangan remaja yang bermasalah tu naik beribu-ribu ker, baru nak mengambil tindakan? Apekahhh...tak paham aku. Remaja sekarang adalah generasi pemimpin di masa hadapan. Jadi, kita bertanggungjawab tuk membimbing mereka, memberi kasih sayang, menunjukkan jalan ke arah kebenaran. Cara nak memberi kasih sayang pulak, bukanlah dengan hiburan yang melambak2 tuh. Camna yer kita nak menolong remaja2 ni?? Rakan-rakanku yang bijak pandai ni mesti ada jawapannya kan?. Marilah kita bersatu padu, kuatkan barisan tuk berjuang di Malaysia. Apabila kita di negara orang, kita akan nampak negara kita dengan kaca mata yang berlainan. Sedih bila membaca kajian tersebut. Risau gak. Sebab aku tahu, walau sebaik mana didikan di rumah, faktor persekitaran tetap akan contribute....Doalah yang terbaik, moga Allah membimbing kita semua ke arah kebaikan, ke arah mencapai keredhaan Allah.

Wallahualam

Mewangi Bunga Dunia


Dunia indah di ciptakan menawan hati
Kadang menggoda
Jelita di pandang terasa harum
Semerbak mewangi bunga dunia

Mencinta tiada akhirnya
Merindu menjadi pilu
Mendamba entah pastinya
Terlena hampa sembilu

Wahai diri berapa lama lagi
Kau terus begini
Terus menghianati

Kapankah lagi
Engkau kan kembali
Berserah diri
Setulus sepenuh hati

Tundukkan pandangan mata dan hatiku
Dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa
Ku memohon kepadamu Yaa Rabbi
Selamatkanlah duniaku dan akhiratku yang pasti

Jangan cintakan ku padanya duniawi
Ampuni dosa khilafku
Dimasa laluku kini dan nanti


By: Tazaka