Friday, March 02, 2007

berpagi-pagi

Assalamualaikum wbt.

Pagi ni, baca utusan. Ada satu tajuk yang menarik perhatian aku. " Jangan hukum semua gadis- Shahrizat"- muka hadapan. Ini adalah mengenai isu mengenai kajian terhadap 800 lebih gadis remaja bermasalah. Petikan: "ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang. Kenapa kita tidak bercakap mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu kepada isu-isu kecil sahaja"

Erm, isu kecil ker nih??? Aku rasa benda ni adalah masalah bersama dan ianya bukan isu kecil seperti yang dikatakan oleh Shahrizat. Kalau dah ada masalah di depan mata, kenala berusaha mengatasi masalah tersebut. Buat apa nak tutup2? Nanti di akhirat, siapa yang akan ditanya? KITA! Nak tunggu bilangan remaja yang bermasalah tu naik beribu-ribu ker, baru nak mengambil tindakan? Apekahhh...tak paham aku. Remaja sekarang adalah generasi pemimpin di masa hadapan. Jadi, kita bertanggungjawab tuk membimbing mereka, memberi kasih sayang, menunjukkan jalan ke arah kebenaran. Cara nak memberi kasih sayang pulak, bukanlah dengan hiburan yang melambak2 tuh. Camna yer kita nak menolong remaja2 ni?? Rakan-rakanku yang bijak pandai ni mesti ada jawapannya kan?. Marilah kita bersatu padu, kuatkan barisan tuk berjuang di Malaysia. Apabila kita di negara orang, kita akan nampak negara kita dengan kaca mata yang berlainan. Sedih bila membaca kajian tersebut. Risau gak. Sebab aku tahu, walau sebaik mana didikan di rumah, faktor persekitaran tetap akan contribute....Doalah yang terbaik, moga Allah membimbing kita semua ke arah kebaikan, ke arah mencapai keredhaan Allah.

Wallahualam

No comments: