Sunday, April 30, 2006

Akhir zaman

Bismilahirrahmanirahim
Terdapat hadith yg menceritakan mengenai separuh daripada alamat kiamat.
Daripada Anas b. Malik, Rasullullah s.a.w bersabda: "Setengah daripada alamat kiamat adalah terangkat ilmu dan terzahir kejahilan".

Maksud hadith:
Allah takdirkan ilmu diangkat, maksudnya; Ilmu semakin tiada, makin pupus. Ulama meninggal, dan tiada sesiapa yang ganti. Maka, kejahilan dapat dilihat di merata2 tempat (look around you). Ini adalah tanda ilmu diangkat oleh Allah swt.
Lihat sekeliling, tgk diri sendiri. Ilmu kita adalah terhad..kan. Org islam sendiri tidak mahu rebut mencari ilmu agama, maka…tiadalah ilmu.
Al-Quran Dusturna. Perlembagaan yg plg sempurna. Diberikan oleh Allah swt kepada hambaNya. Maka, setiap perkara seharusnya berdasarkan Al-Quran dan sunnah.

sumber:
Kitab Bahrulmazi
Syeikh Idris al-Marbawi

Kalau subject medic pon integrated, maka kita yang nak jadi doctor pon kena juga integrated, bersepadu. Berusaha dan berdoa agar kita berjaya menjadi seorg doctor yg mengamalkan Islam, tidak meninggalkan ciri2 Islam. InsyaAllah. Teringat mengenai isu hijab di OT kat RCSI. Baru abis baca tadi. Simpati kepada sahabat2 di sana. Moga ditabahkan hati dan iman dalam menghadapi dugaan. Setuju dengan apa yang nak dilakukan oleh sahabat di sana-hantar surat kpd Irish Medical Board, FOSIS dsgnya. Tapi, mungkin bleh discuss ngan pihak college dulu. Jangan takut nak mempertahankan hak kita. Jangan disbbkan perkara tersebut hijab kita pula entah ke mana. Masa buat surgical attachment haritu, pernah juga experience benda yg sama. Ada jela nurse yg sibuk2 suruh buang tudung. Malah tak bagi pakai long sleeve under scrub tuh. Consultant tak de la pulak bising2 cakap pasal MRSA or something. Alhamdulillah, setiap kali ditegur nurse, Allah ilhamkan jawapan2 tuk dijawab. So, lepas ajela masuk OT. Memang tudung yg dipakai dlm OT tu pun, just tuk OT jer. Malah, kalau nak difikirkan..bersih je lagi dari nurse2 yg pakai head scaf tapi rambut serabut je. Ada sekali tu, masa buat attachment ngan Mr. McAnena kalo tak silap ada sorang nurse ni beria-ia cakap pasal tudung yg kitaorg pakai dgn nada yg agak geram juga telinga mendengarnya (nurse ni mmg diketahui ramai rasanya time tu). Sabar jela..senyum jer ngan dia...pastu jawab la balik apa2 yg patut. Dia pon pastu bila dgr explaination kitaorg, buat lawak sket2 ngan dia...sejuk la. Tak tegur dah pastu. Masa buat attachment ngan Prof.Kerin lak, sorang nurse nih beria-ria tak bagi pakai long sleeve. Padahal kitaorg berdiri dlm OT tu, kat tepi je pon. Bila dah nak kuar, ada sorang nurse ni dtg and minta maaf kat kitaorg. Dia kata, nurse tu mmg camtu..kalo ikutkan, dia tak de pon kuasa dlm OT tu nak suruh itu ini. Erm, bila difikirkan, byk juga dugaan. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Semoga setiap urusan selepas ini dipermudahkan jua oleh Allah..ameen. Banyakkan berdoa, ujian Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita. "Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka"
wallahualam.
*anyway, berjaya gak scrub in-orthopaedics sekali ngan Mr.Devitt, pastu ngan Dr.Rima buang breast lump. Best gak surgery nih...(erm, kat mesia bleh ke pakai tudung dlm OT..?...camna tuh..)

Bondaku

setenang air di muara...
Alhamdulillah, everyone pass the medicine mcq yesterday. Gamble..get through the exam without adequate preparation..huhu...tak insaf2. Anyway, I called my mom this evening. The second time for this week. When I've just arrived in Ireland, I thought that calling home every week is impossible. But guest what, each year the frequency for me to call my mom is increasing. And this year...2 or 3 times per week! (mak pon pelik...apsal la anak dia yg sorang ni rajin sgt tepon..hehe). Well, not exactly every week..but sometimes it did happen especially during the exam week.
I don't know about you guys, but its normal for me to call my mom whenever I feel like talking to her. Although sometimes I don't really have any story to tell, but to hear her voice and have a chat for about 5 or 10 mins is good enough and it makes me happy. This evening, my mom is the one who do all the talking. I just listen and smile =). Start with my youngest nephew...until the eldest..each one with their own kerenah. Anak saudara berumur setahun yg masih practise nak jalan, anak saudara yg byk bercerita, anak saudara yg minta handset (mengalahkan maksunya..), anak saudara kena chickenpox (kesian dia..tak gi sekolah) dan mcm2 lagi. (Abah dah tido..so, ckp ngan mak je arini). Bila dgr mak bercerita, gembira sgt sbb dgr suaranya yg bersemangat. Well, we do know our own mom. Although we can't really see her face, we know whether she is in good condition or not by hearing the voice. Am I right? Appreciate our loves one with all of our heart. Show our love to them when we still have the chance to do that. It doesn't matter how you show it. Teringat satu hadis mengenai anak perempuan (if i'm not mistaken. Please correct me if i'm wrong). Anak-anak perempuan adalah dinding kepada neraka buat ibu bapanya. Mereka menjadi perisai kepada percikan api neraka, jika mereka dididik menjadi seorang mukmin yg cemerlang dan solehah. Maka, jagalah akhlak, jadilah anak yg solehah...agar dapat menjadi dinding untuk ibu dan ayah kita. InsyaAllah.
Tak sabar nak balik!..50 hari lg lebih kurang..huhu
wallahualam.

Thursday, April 27, 2006

pegang buku..or..baca buku..

Jumaat ni mcq medicine. Dr. Gerflahe (Gerald Flaherty..hehe) ckp mcq kali nih akan lebih sukar dari yg lepas. Erm, tapi tahap pembelajaran aku still sama..huhu. Kagum ngan kwn2 yg ckp tak de masa buat benda lain sbb sibuk dok pegang buku clinical medicine kumar and clark. Aku pegang gak buku tuh..tp, dok layan gak blog nih. Erm, tak faham gak ngan diri sendiri...huhu.
Sebenarnya, beberapa hari yg lalu, terasa nak ckp pasal isu Ong ka Ting-cadangan yg dikeluarkannya regarding perlakuan sumbang. Tahu kan? Kalau tak tahu..sila la ambik tahu.
Tapi, tu la..setiap kali nak huraikan topic nih, mesti tak jadi. Apa yg pasti, ada rasa tak puas hati yg bersarang dlm hati ni dengan apa yg dikatakan oleh Ong ka ting tu. Sukati jer dia membuat tafsiran perlakuan sumbang. Nak menambahkan lagi maksiat yg dah melambak2 di malaysia tu..huhu, nak merosakkan lagi pemuda pemudi yg ada. Ya Allah, Engkau selamatkanlah saudara-saudaraku.
Pastu, tadi baca blog diari seorg mujahid-ust nt. Sedih bila tahu keadaan masyarakat. hiburan tak habis2...salah siapa? fikirlah (tak penat ke aa melayan artis2 tuh??huhu..). Pastu ada lagi. Baca suratkhabar semalam, ada baby boy dibuang dlm tong sampah kat Georgetown. kepala baby tu, ada ulat dah berkerumun..huhu..kenapakah! baby tu tak bersalah pon! (erm, emo sket kalau psl kanak2 nih) sedih aku baca berita tuh. Allah Maha Berkuasa, Allah selamatkan dia. Nak tunjuk betapa kejamnya manusia, dah hilang rasa kasih, betapa teruk moral masyarakat..huhuhu. Risau betul bila fikir psl keadaan kat mesia. Risau ngan anak2 saudaraku, camna la mereka nak hadapi keadaan kat mesia tuh..huhu. Semoga Allah selamatkan mereka..amin.
Dalam sibuk menimba ilmu, isu semasa kena amik tahu gak. Tanggungjawab kita semua nak membawa Islam, membawa kebaikan. Kalau tak ambik tahu..camna nak tahu apa yg nak diperbetulkan...betul tak. Baca semua saluran yg ada dan compare. Semua pon dah dewasa, dah tua..so, pandai2 la fikir. Sampai bila kita nak takut2 baca bab2 politik, isu negara. Erm, okla. Nak menyibukkan diri pegang buku.
Wallahualam.

Wednesday, April 26, 2006

Look into my eyes

Song:
Look into my eyes- Outlandish
(one of my fav song!)

Kenapa

Kenapa saya belajar..
Kenapa saya perlu belajar..
Kenapa orang suruh saya belajar..
Kenapa orang kata belajar itu penting..
Kenapa mengantuk pon saya kena belajar..
Kenapa demam pon saya kena belajar..
Kenapa letih dan penat pon saya kena belajar..
Kenapa malas pon saya kena belajar..
Kenapa dah tua-tua pon saya kena belajar..

kenapa..kenapa..kenapa..!

Kenapa saya banyak tanya..??

Nukilan: anonymous

*Pesanan buat rakan-rakan dan diriku yang lupa..Ikhlaskan niat dalam setiap perkara, hanya kerana Allah Taala. Maka setiap yang dilakukan InsyaAllah akan dilakukan dgn gembira =)
USAHA SEIRING DOA

Sunday, April 23, 2006

My Hero

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq;
"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

Hadis riwayat Imam Ahmad
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople nak dapatkan penghormatan yang Allah janji dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, semua kempen yang dilancarkan gagal. Antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Dlm satu kempen masa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab,
"Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople".

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut *"sebaik-baik raja"** dan "sebaik-baik tentera"* di dalam Hadis tersebut.


*PENGENALAN *
Lahir pd 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai *"sebaik-baik raja"* di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran *Muhammad Al Fatih* dan *Muhammad The Conqueror* kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan negarawan ulung dan panglima tentera agung yg memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

*PENDIDIKAN *
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh. Dalam bidang agama, gurunya Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Abu Bakar As-Siddiq. Dalam ilmu perang pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam akademik, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yg fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam Ilmu Pemerintahan, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dgn tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

*KEPERIBADIAN *
Baginda bersifat *tawadhu' dan rendah diri* . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

*PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE*

2 tahun lepas naik takhta, Baginda kaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangandengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda bawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

*MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE*
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

*Menara Bergerak*
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

*Bantuan Dari Pope Vatican*
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

*Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung*
Kegembiraan mereka tak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dgn kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai *antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia*oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan
Meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

*Memanjat dan Melastik Dinding Kota *
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

*Karisma Seorang Pemimpin*
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka semua gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


*Penawanan Constantinople*
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada *Istanbul (Islam keseluruhan)*. Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak Peristiwa inilah Baginda diberi gelaran *"Al Fatih"* iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

*SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA*

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi,

"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga Kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi,

"Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh.
Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Pokok hujan dan pelangi

Di sini..kita telah bertemu. Mencari warna seindah pelangi. Ketika kau menghulurkan tanganmu..membawaku ke daerah yang baru...

"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah" (Al-Imran: 103)
Ayat ini bermaksud supaya sekalian orang yg beriman berpegang teguh dengan tali Allah, tali yang dilarang diputuskan oleh perasaan benci-membenci, pandang-memandang, kerana berlainan kedudukan dan aliran fahaman, yang mana menyebabkan pupusnya perasaan cinta di antara sesama sendiri.
Tertarik dengan ayat ini. Apa perasaan rakan2 jika seseorg berkata sesuatu yg mengguris hati?? mengguris hati sehingga boleh menyebabkan coagulative necrosis...(betul ke..hehhe). mengguris hati sehingga kadang2 membawa kepada hilangnya ukhwah. Mungkin kata2 tersebut bertujuan untuk menasihati dan menyedarkan. Namun, kadang2 cara kita mungkin tidak sesuai. Allah menciptakan setiap daripada kita dengan kelebihan dan kekurangan masing2. Namun, semuanya adalah untuk kebaikan kita. Manusia ni tak perfect, maka kita kenala sentiasa berhikmah dlm menuturkan kata2 nasihat. Orang yg memberi nasihat kenalah berhikmah, berlembut, jangan sampai membuatkan rakan2 terasa hati. Walaupun ilmu dah mencapai tahap gunung kinabalu (belum everest..), buanglah perasaan tinggi diri, rasa diri besar sgt sbb dah ada ilmu. Orang yg kurang ilmu, yang jarang dtg usrah ke...kita pandang semacam. Please, put those feeling aside. Kalau diri kita berada di tempat org tersebut, dok dlm kasut org tu...agak2, apa yg kita rasa? Hati manusia sukar tuk ditafsirkan, hanya Allah swt yg tahu. So, fikir-fikirkanlah ye.
Orang yg menerima nasihat pula terimalah dgn hati terbuka. Bersyukurlah, at least ada orang yg sayangkan kita, nak beri nasihat dan teguran kepada kita. Orang yang menegur/ bagi nasihat tadi mungkin tak sedar apa yang dituturkan..maka maafkanlah dia. Bila difikirkan, pelbagai ragam manusia ni. Orang ni camni, orang tu camtu. Maka, syndrome malas pon datang....malas nak layan..ish3 =) ...insaflah!!
*Apa yang dibebelkan di atas tidak ditujukan kepada sesiapa. Hanya peringatan untuk diriku dan rakan2 sekalian. Manusia ni, mudah lupa..so kena sentiasa diingatkan...atas dasar kasih sayang =)
Moga bermanfaat, wallahualam.

Thursday, April 20, 2006

Syndrome MALAS

Bismillahirahmanirrahim.
Results exam patho and bacte aritu kuar semalam. Alhamdulilah, bersyukur kpd Allah taala. Hilang sejenak kerisauan dan kecuakkan =) Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita bertawakal dan bermohon.
Actually, banyak benda yg aku kena buat nih. Buku2, notes2..memanggil2 diriku ini untuk dibelek..hehe. InsyaAllah, akan kubelek selepas ini.
Anyway pagi ni, dgr talk from brother Asim Hafeez. erm, tak leh nak citer biography brother nih sbb aku pon tak sure. Yang pastinya, talk dia mmg best. Got an audio cds from a friend. So, just wanna share what have i learn this morning. TOO LAZY TO SUCCEED. Memang menusuk di hati talk nih...membuatkan aku terkesima, malu dgn diri sendiri..huhu.
Korang perasan tak...zaman kita sekarang, semua benda kita nak cepat..kita nak mudah. Hatta kepada nak mkn pon, nak cepat. Especially for those living in the west. Contoh terdekat..fast food restaurants yg berlambak2 tuh. Tak kurang juga all the foods in which you just have to put in microwave for about 2 mins to eat. These is what we call laziness. Many of us nowadays suffer from this disease. Tak perlu nak tgk jauh, aku sendiri pon mengaku, slalu je mkn megi perasa mushroom bila blk dari klas..di kala mls nak masak...huhu
Apa yang nak diceritakan di sini bukanla psl megi..tapi pasal MALAS. Rasa malas telah banyak menular dalam banyak aspek dlm kehidupan kita nih, samada kita sedar ataupun tidak. During the time of Rasulullah s.a.w there's one incidence that occur. One of the man slept the entire night and missed the fajr prayer. Maybe these days it's not a big deal. But for the sahabah at that time, they know the benefits from solatul fajr. They know the implication for the mistake that they make, in dunia and akhirat.
Then, they went to see Rasulullah s.a.w and told the story. (narrated by Abdullah Ibn Mas'ud). Rasulullah reply : 'This is a person whom a devil has urinated in his ear'. Imagine if someone urinated in your ear..that is disgusting right. So, bila Rasulullah cakap camtu, kita sepatutnya mengambil kata2 tersebut dgn serius. Kalau tidak mengambilnya dengan serius, maka seseorg itu samada mempunyai masalah hati ataupun dia tidak percaya kpd Rasulullah s.a.w
Tengok kembali kpd diri kita sendiri...senang ke liat kita nak bangun subuh pagi2? kita nak ke devil urinated in our ear? kita nak ke melawan apa yg diberitahu oleh Rasulullah s.a.w?
Kadang2, jam dah bunyi...snooze berkali2...hasilnya..kita sambung tido lg. Marilah sama2 kita memperbaiki diri kita sendiri. Buang perasaan malas tersebut!!
Sifat malas adalah salah satu sifat org munafik. Check balik diri kita masing2..jgnlah kita tergolong di kalangan org2 munafik. Nau'zubillah. Kita mengharapkan syurga Allah, maka jauhilah sifat malas dan sifat org munafik kerana tempat org munafik adalah di neraka.
Perkataan MALAS ni..selalu je disebut kan. Aku pon slalu gak sebut. Tapi, bila aku dgr talk nih..nak berusaha and determine jadi rajin. InsyaAllah. Slalu tak rakan2 semua menguap, mengantuk dalam lecture? Kenapa bila kita menguap, kita disuruh menutup mulut? sbb tu adalah one way of resistance to laziness. We resist to become sleepy because there's lot of thing we have to do. Perkara sekecil2 ni pun diajar dalam Islam. Untuk siapa? untuk kita semua..umat Muhammad.
Satu lagi contoh sifat malas: Katakan ada halaqah di waktu winter yg sejuk itu. Nak ke kita pegi halaqah tersebut? Org2 di europe, canada..dsg akan bg alasan sejuk. Tak boleh nak keluar. Kalau org2 di Africa lak..katakan ada halaqah. Kalau tak pergi, alasannya..panas. Sahabat2 dahulu semasa perang tabuk..pon berjalan di dlm panas terik untuk berjuang di jalan Allah. Dah la kawasan desert, kereta ker apa pon tak ada. Kita sekarang ni?? semua nikmat Allah dah bagi, tapi alasan2 tak pernah berkurang. Allah swt Pencipta Yang Maha Agung tak pernah tidur dan rehat. Allah tak akan rugi, tak mengharapkan kepada makhluk...Tapi, kita sebagai hambaNya???
Sama juga keadaannya dari segi nak berdakwah. Janganlah kena tunggu ada segunung ilmu baru nak berdakwah. Jgn mencari2 alasan untuk kita berjuang di jln Allah. Siapa tahu, belum pon sempat nak cari ilmu..Allah dah suruh malaikat mengambil nyawa kita. So, jgnlah kita berlengah2. Sampaikan ilmu Allah, agama Allah walaupun dgn sepotong ayat. Bagi kita yg berada di negara org..byk peluang untuk kita menyampaikan agama Allah, mengajak ke arah kebaikan. Teringat kpd seorg patient Mr.McCan kat ward St. Michael. Patient nih dizzy pastu terjatuh dan kelopak mata dia terluka. Mungkin sekarang dia dah balik rumah. Time aku amik history dia...aku perasan la dia tgk aku..atas bawah. Well, of course la patient tgk Dr kan. Tapi, patient ni macam pelik kot tgk aku..entahla. Pastu dia tanya "Where are you from? What is your religion?....Are you a muslim?"......erm, no wonder la dia tgk aku cam pelik. Dia nak tanya soalan tu rupanya. Dgn senyuman aku pon menjawab soalan dia tuh. Cuma tu la, terasa rugi sbb aku tak terus bercerita dgnnya mengenai Islam..huhu. Nampak tak betapa senang kita boleh menyampaikan agama Allah kpd org lain. Dengan penampilan kita pun, non-muslim dah boleh tahu. Tugas kita je sekarang tuk menjelaskan, memberi kefahaman mengenai Islam.
Cukup kot setakat ni dulu. Panjang2 pun, tak de org baca lak. Apapun, apa yg aku tulis di atas adalah serba sedikit ilmu dan peringatan untuk kita semua. It looks like typical things, but it has a great influence on us. Minta maaf andai rakan2 semua tak faham apa yg ditulis. Agak berterabur gak tuh...huhu. Minta maaf juga andai tersilap bahasa. Sila la perbetul apa2 yg silap ye.Ok, moga bermanfaat. Wallahualam.

Realiti dan Hakikat

Adikku..

Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahwa kehidupan ini begitu sempit dan pendek.. dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku..

Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang. Ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dan seluruh umur kita, dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita. Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari "kepuasan rohani" yang dapat kita rasakan !

Kenyataan seperti inilah yang disebut "realiti" dan "hakikat", bukan Imaginasinya kaum realistis materialistis itu. Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka pergunakan.

Kita akan merasakan bahagia yang berlimpah-limpah, bila kita hidup untuk manusia lain. Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain, maka berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri, dus bererti kehidupan ini dengan sendirinya akan berlipat dan melimpah-limpah, akhirnya kita merasa bahagia hidup di dalamnya !

Petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara

Tuesday, April 18, 2006

Last Breath

Bismillahirahmanirrahim.
Banyak betul benda di dalam kepalaku hari ini. On the way back to galway tadi, dalam dok fikir tentang banyak hal lain, tiba2 teringat kepada arwah abang sulungku. Tak tahu mengapa...tapi bayangan wajahnya sangat jelas. Mungkin rindu kot....huhu. Teringat zaman kecik2 dulu, zaman di mana aku selalu membodeknya bila ada trip sekolah (dia dah keje time tu, aku lak masih di primary school). Seorang yang pendiam, tak penah lawan cakap mak abah...(mak aku sendiri yg mengakuinya). "mak su garang, baik2 tau"...kata2 abangku kpd anak saudara yang tak tahu duduk diam. Dialog terakhir kami adalah mengenai kehidupan aku di Ireland "best tak dok sana?" tanya abangku..huhuhu. Tak tahu kenapa aku dok bercerita kat sini...yang pastinya, perasaan rindu ni kurniaan Allah, ada hikmah di sebalik sesuatu. Apapun, rindu aku ni rindu yang tak dapat terubat, kerana orang yg dirindui telah kembali kpd Allah swt, Pencipta Yang Agung. Sesungguhnya daripada Allah kita semua datang, kepada Allah jualah tempat kita semua kembali. Moga roh abangku dicucuri rahmat.
A reminder for all of us....

Last Breath

From those around I hear a Cry,
An awful sob,
a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,
within my soul,
from Head to Toe,
And then,
Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave.
And I must Go!

So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !

Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !

Oh God! Oh God! I cannot see !
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee
At last to Dust we all return,
Some shall rejoice,
while others burn,
If only I knew that before
The line grew short,
and came my Turn!
And now, as beneath the soil
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home,
I face my God!

Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now,
Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....

Wednesday, April 12, 2006

Tangisan Ummu Ayman

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakr mengajak Umar, "ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman".
Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi SAW, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.
"Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda SAW?", Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.
Lantas beliau berkata, "Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi... aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT... buat selama-lamanya..."
Tersentak Abu Bakr dan Umar... lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi SAW pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi' al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu... dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati... terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.
Wa Shallallahu 'ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa 'ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, 'Adada Maa Ahaata Bihi 'Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!
- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]

www.saifulislam.com

Monday, April 10, 2006

Ya Rasulullah

12 Rabi'ul Awal 1427 Hijrah
Serikan rumah, bilik atau masjid anda dengan sambutan Maulid ar-Rasul dengan bacaan-bacaan dan ibadah-ibadah bersesuaian yang dilipatgandakan. Kalau kesibukan, buatlah pada bila-bila waktu dan tarikh yang bersesuaian.

YA RASULULLAH
Oleh: Qalam Neirsya

Ya Rasulullah,
Kala ku kuak tabir kasihmu
Yang terlakar kemas dalam dakapan waktu
Aku malu sendiri
Terpatung daku pada hakikat diri
Cuba kuketuk benteng keras di hati
Yang berpalit agam karat mazmumah
Hati, yang kian jauh bermusafir
Jauh dari kenangan kasihmu nan terpatri

Ya Mustafa,
Andai hari ini dikau menjengukku
Pasti menitis air matamu itu
Pasti ceriamu berbuah lesu
Pasti tak terbayang keperitan rajukmu
Diri ini kian lupa
Lupa pada hakikat sebagai khalifah
Yang kau wariskan padaku..
Yang kau wariskan pada umatmu ini
Diri ini mendamba syafaatmu
Mendamba sinar cintamu nan sejati
Namun diri ini mungkir
Mungkir pada janji nan terukir

Ya habibi,
Maafkan daku
Maafkan daku
Maafkan daku

Akan kucari kembali sinar kasihmu itu
Agar sirna zulumat di hati
Agar terungkai resah nan lama bertaut
Agar aku kembali mengikat rantai perjuanganmu

Ya Rabbi
Sampaikan salamku buatnya
Buat kekasihMu itu
Moga kau limpahi hati ini
Dengan baraan semangat berapi
Moga kau penuhi hati ini
Dengan cinta setegar Abu Bakr
Moga kasih ini bertaut kembali...

Tewaskanlah kelemahan ini ya Rabbi
Moga warna ceria mujahadah insani
Bersinar kembali...

pasrah mencari cinta hakiki dalam medan pertempuran nafsu nan tak bertepi...

Housemateku..

Bismillahirrahmanirrahim
Ikatan persaudaraan sesama umat Islam adalah benteng dan tunjang dalam sesuatu perjuangan. Sabda Rasulullah s.a.w : 'Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia mencintai dirinya sendiri'.
Bolehkah kita dikategorikan di dalam golongan org2 yang beriman jika kita tiada rasa kasih dan sayang terhadap saudara kita?
Apa agaknya yang harus kita lakukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang tersebut? Selalunya apabila kita sayang dan kasihkan seseorg, akan terdetik suatu perasaan yang kita pun tak tahu nak describe. You'll feel something. Perasaan kasih sayang ini wujud daripada akidah kita yang satu.
Matlamat hidup kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah, agar diberi ganjaran Syurga yang kekal abadi. Maka jika kita sayangkan saudara kita, kita mahu saudara yang kita sayang itu sentiasa mendapat keredhaan Allah. Kita mahu saudara kita itu sentiasa di dalam lindungan dan peliharaan Allah.
Baru balik dari MINDA. Apa tu?? Terasa nak menghuraikan lagi..tapi, mungkin di lain kali. Mataku dah tak mampu diangkat lagi nih. Rasa nak menulis ni pon timbul sebentar td sbb housemateku yang nak exam final year beberapa minggu lagi come to me and said: "...... I need a hug"
Terharu aku mendengarnya..huhu. Jadilah seorang sahabat yang dapat menggembirakan sahabat yang lain, boleh menjadi pendengar yang baik, tempat meluahkan perasaan, menghilangkan stress..etc. Sometimes, just a small things like that can make someone feel relief and happy, InsyaAllah. So, I gave her a big hug =). Aku tahu, dia bimbang dgn exam yang bakal tiba. Allah tak membebankan seseorg dgn sesuatu yang di luar kemampuannya. Remember that Allah always there for us, as long as we follow his commands and do the right thing.
Don't worry too much! =) Semoga semuanya dipermudahkan Allah. InsyaAllah. Ameen.
Housematesku yg terchenta, Ganbatekudasai!

Thursday, April 06, 2006

attachmentku..

Bismillahirahmanirrahim..
First day of attachment after 2 months of examinations (campur tolak holiday..) I'm doing dermatology and plastic surgery attachment right now. This morning, went to dermatology clinic, ikut Dr Maureen...tengok bcc, acne, acne, sebarrhoic keratoses, acne, hyperpigmentation...and acne again!! Tak de perasaan sgt pagi nih..huhu...I wonder why. Pastu tutorial burns with the intern. She's nice...bagi tutorial dekat sejam lebih. Penin2 juga aku mendengar penerangan die. But, its not too bad..best gak! She gave us tips for plastic surgery, what the consultants expect us to know (esp Mr Kelly and Mr Mc Cann), the common topic etc.
Time is running too fast. It just feel like yesterday kitaorg ponteng klas, and guest what..tomorrow is thursday again! Ya Allah..cepat betul masa berlalu. Mungkin time management aku kurang mantap so, terasa masa berlalu begitu sahaja..huhu..sedih2.

Weekend aritu pegi IMAM symposium (islamic medical association of malaysia) kat dublin. Banyak penerangan mengenai prospect kerja kat malaysia and uk/ire. Pengarah kesihatan malaysia, Dr Ismail Merican turut dtg utk symposium ni. Dia banyak juga mengurai persoalan2 untuk postgrade programme both in malaysia and overseas. Erm, selepas pegi IMAM symposium ni, minda aku ni rasa cam terbuka sikit. Dah terasa kena fikir psl masa depan..apa yang aku nak capai...nak buat specialist apa...huhu. Tapi, tu la...masih mencari apa minat aku sebenarnya..rasa cam minat benda ni, pastu rasa tak mampu lak, dan begitu la yang terjadi selalunya..huhu..tak tahu la...apa pendapat korang?? aku ni sesuai jadi apa erk??korang semua dah ada ke cita2 di masa hadapan?? aku tunggu kuar results 4th yr dulu kot rasanya =)..hehe. Entahla, mungkin aku ni jenis yang susah nak fikir benda2 yang aku tak boleh buat desicion...erm, mungkinla kot...wallahualam. Apapun, fikir kembali the main reason we choose this career. Masih ramai rakyat2 yg susah dan menghadapi kesukaran di malaysia tu. Selain tu, jangan lupa bahawa kita di dunia ini hanya untuk sementara. Mungkin tak sempat pon aku nak buat specialist..Allah dah mengambil nyawa ini. Mungkin tak sempat habiskan 6 year..mungkin esok...mungkin satgi..bila2 sahaja, di mana2 jua Allah boleh sahaja mencabut nyawaku ini.

Teringat kata2 mak aku..once dah melangkah, jangan fikir banyak2 sgt, jangan mudah undur. Mula di Ireland, so habiskan di Ireland. Aku ingat kata2 ni sampai sekarang..(rindu pulak kat ibuku yang terchenta bila mention psl nih). Apa yang Allah berikan sekarang dalam hidup kita adalah yang terbaik untuk kita. InsyaAllah, akan ada jalan penyelesaian terhadap sesuatu yang terjadi. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..Dia sentiasa bersama2 dgn hambaNya yang mengingatiNya di waktu susah dan senang. Setiap yang berlaku adalah aturan Allah, sebahagian daripada ujian Allah, tarbiyah yang ingin diberikan kepada manusia. InsyaAllah, berdoa kepada Allah, moga kita semua diberikan petunjuk di dalam hidup yang penuh cabaran ini.
O Allah there is nothing easy except what You make easy and You make the difficult easy if it be Your will
selamat berattachment, selamat blajar, selamat buat project spm..semoga bahagia =)

Monday, April 03, 2006

Muslimah..sejenak bersamamu

Copy from somewhere..

Dunia yang berputar tanpa henti dan masa bertukar siang dan malam merupakan susun atur yang telah ditetapkan oleh Allah yang mengandungi hikmah yang cukup besar sesuai dengan ketinggian sifat Allah Pencipta sekian alam. Dunia wanita juga berputar mengikut zaman demi zaman namun adakah wanita perlu senantiasa bertukar menjadi sifat wanita hari ini dan meninggalkan sifat wanita hari semalam atau wanita perlu bersiap sedia dengan cabaran hari ini dengan peribadi dan syaksiah muslimah yang ditetapkan Islam semalam,hari ini dan selamanya? Islam tidak menentang perubahan kerana perubahan itu perlu tetapi Islam meletakkan 'dawabit' atau garis panduan yang perlu dipegang dan dihayati sebagai cara hidup. Muslimah diberikan anugerah yang tinggi daripada Allah dengan mengeluarkan mereka daripada menjadi boneka hawa nafsu kepada status seorang isteri dan ibu yang merupakan pingat kebesaran tidak dapat dijual beli dan ditukar ganti. Namun adakah ramai yang menyedari peranan isteri dan ibu itu? Inilah yang disebut muslimah sebagai "penghasil lelaki dan pendidik generasi". Zuriat sememangnya penting dalam Islam namun ianya bukan sekadar dihasilkan malahan dididik dan diasuh dengan acuan syaksiah muslim yang kenal erti ketuhanan dan beriman dengan arahan Allah dan berakhlak mulia. Inilah noktah penting perlu difahami oleh setiap diri muslimah kerana cabaran globalisasi ini menyebabkan pelbagai acuan yang masuk dan keluar dan menyebabkan kecelaruan. Contohnya seperti " masalah perancang keluarga" yang menyebabkan wanita akhirnya takut untuk melahirkan anak ramai dan "wanita bekerja" yang akhirnya menyebabkan wanita keletihan serta tak cukup masa mendidik dan bersama anak-anak merupakan cabaran yang cukup tinggi perlu dinilai dan diberikan perhatian agar kita tidak terjerumus dalam acuan yang menyebabkan muslimah kehilangan dua martabat yang cukup besar iaitu sebagai penghasil lelaki(zuriat) dan mendidik generasi. Tekanan kehidupan terutama dalam suasana yang kurang menekankan kepada aspek agama sebagai cara hidup dan perlembagaan tertinggi menyebabkan wanita perlu berhadapan dengan cabaran hari ini dan bukannya menjadi wanita hari ini yang jauh daripada syaksiah muslimah. Peratusan besar wanita hari ini perlu bekerja dalam menampung tekanan saraan keluarga yang menyebabkan anak-anak akan dihantar ke taman asuhan atau dijaga oleh pengasuh atau orang gaji. Inilah realiti kehidupan hari ini. Sewajarnya muslimah yang bergelar isteri dan ibu menyedari bahawa walaupun mereka perlu bekerja tetapi tanggungjawab seorang isteri dan ibu tetap tak luput daripada mereka. Sehebat mana pengasuh yang diambil dan sehebat mana taman asuhan diwujudkan ianya tak sama dengan insan bergelar 'ibu'. Sentuhan dan kucupan mesra dan sayang seorang ibu sangat bermakna berbanding dengan jagaan pengasuh dan sebagainya. Itulah fitrah yang Allah jadikan dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Bertitik tolak dengan ini,muslimah itu sendiri sebenarnya perlu diasuh dan dibentuk sejak kecil akan peranan mereka yang besar ini kerana ada pepatah mengatakan "yang tak memiliki tak dapat nak memberi". Oleh sebab itu Rasulullah tak melarang kanak-kanak perempuan bermain dengan anak patung bagi menyemai fitrah kewanitaan pada kanak-kanak pada peringkat awal lagi. Asuhan ini perlulah berteraskan kepada terapan Islam yang bersumberkan kepada al quran dan sunnah. Berbanggalah dengan acuan Allah sesungguhnya acuan Allah yang paling baik. Generasi Islam hari ini seolah kehilangan punca dengan masalah "couple", berzina, buang anak, minum arak, berdisko, menagih dadah, lumba haram, ponteng sekolah, sumbang mahram, rogol dan seribu satu masalah yang timbul. Ini semua memerlukan muslimah kembali semula kepada Islam yang menetapkan muslimah sebagai institusi utama sebagai menghasil dan mendidik generasi. Oleh itu mainkanlah peranan !!!!