Monday, April 03, 2006

Muslimah..sejenak bersamamu

Copy from somewhere..

Dunia yang berputar tanpa henti dan masa bertukar siang dan malam merupakan susun atur yang telah ditetapkan oleh Allah yang mengandungi hikmah yang cukup besar sesuai dengan ketinggian sifat Allah Pencipta sekian alam. Dunia wanita juga berputar mengikut zaman demi zaman namun adakah wanita perlu senantiasa bertukar menjadi sifat wanita hari ini dan meninggalkan sifat wanita hari semalam atau wanita perlu bersiap sedia dengan cabaran hari ini dengan peribadi dan syaksiah muslimah yang ditetapkan Islam semalam,hari ini dan selamanya? Islam tidak menentang perubahan kerana perubahan itu perlu tetapi Islam meletakkan 'dawabit' atau garis panduan yang perlu dipegang dan dihayati sebagai cara hidup. Muslimah diberikan anugerah yang tinggi daripada Allah dengan mengeluarkan mereka daripada menjadi boneka hawa nafsu kepada status seorang isteri dan ibu yang merupakan pingat kebesaran tidak dapat dijual beli dan ditukar ganti. Namun adakah ramai yang menyedari peranan isteri dan ibu itu? Inilah yang disebut muslimah sebagai "penghasil lelaki dan pendidik generasi". Zuriat sememangnya penting dalam Islam namun ianya bukan sekadar dihasilkan malahan dididik dan diasuh dengan acuan syaksiah muslim yang kenal erti ketuhanan dan beriman dengan arahan Allah dan berakhlak mulia. Inilah noktah penting perlu difahami oleh setiap diri muslimah kerana cabaran globalisasi ini menyebabkan pelbagai acuan yang masuk dan keluar dan menyebabkan kecelaruan. Contohnya seperti " masalah perancang keluarga" yang menyebabkan wanita akhirnya takut untuk melahirkan anak ramai dan "wanita bekerja" yang akhirnya menyebabkan wanita keletihan serta tak cukup masa mendidik dan bersama anak-anak merupakan cabaran yang cukup tinggi perlu dinilai dan diberikan perhatian agar kita tidak terjerumus dalam acuan yang menyebabkan muslimah kehilangan dua martabat yang cukup besar iaitu sebagai penghasil lelaki(zuriat) dan mendidik generasi. Tekanan kehidupan terutama dalam suasana yang kurang menekankan kepada aspek agama sebagai cara hidup dan perlembagaan tertinggi menyebabkan wanita perlu berhadapan dengan cabaran hari ini dan bukannya menjadi wanita hari ini yang jauh daripada syaksiah muslimah. Peratusan besar wanita hari ini perlu bekerja dalam menampung tekanan saraan keluarga yang menyebabkan anak-anak akan dihantar ke taman asuhan atau dijaga oleh pengasuh atau orang gaji. Inilah realiti kehidupan hari ini. Sewajarnya muslimah yang bergelar isteri dan ibu menyedari bahawa walaupun mereka perlu bekerja tetapi tanggungjawab seorang isteri dan ibu tetap tak luput daripada mereka. Sehebat mana pengasuh yang diambil dan sehebat mana taman asuhan diwujudkan ianya tak sama dengan insan bergelar 'ibu'. Sentuhan dan kucupan mesra dan sayang seorang ibu sangat bermakna berbanding dengan jagaan pengasuh dan sebagainya. Itulah fitrah yang Allah jadikan dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Bertitik tolak dengan ini,muslimah itu sendiri sebenarnya perlu diasuh dan dibentuk sejak kecil akan peranan mereka yang besar ini kerana ada pepatah mengatakan "yang tak memiliki tak dapat nak memberi". Oleh sebab itu Rasulullah tak melarang kanak-kanak perempuan bermain dengan anak patung bagi menyemai fitrah kewanitaan pada kanak-kanak pada peringkat awal lagi. Asuhan ini perlulah berteraskan kepada terapan Islam yang bersumberkan kepada al quran dan sunnah. Berbanggalah dengan acuan Allah sesungguhnya acuan Allah yang paling baik. Generasi Islam hari ini seolah kehilangan punca dengan masalah "couple", berzina, buang anak, minum arak, berdisko, menagih dadah, lumba haram, ponteng sekolah, sumbang mahram, rogol dan seribu satu masalah yang timbul. Ini semua memerlukan muslimah kembali semula kepada Islam yang menetapkan muslimah sebagai institusi utama sebagai menghasil dan mendidik generasi. Oleh itu mainkanlah peranan !!!!

No comments: