Tuesday, February 27, 2007

Sing a song

My Mum is amazing



* I wish my mum is here....huhu...6 bln lagi baru balik Mesia Insya Allah..

Sunday, February 25, 2007

Ketika Amanah datang..

Ketika Amanah Datang


Subhanallah…. Alhamdulillah… Allahu akbar!!

Ya Allah… semua yang ada pada diri ini, amanah-amanah yang terlimpah, jangan lah menjadi beban pada diriku. Jangan sampai ya Allah…

Izinkan diri ini untuk dapat ikhlas, bermuhajadah, dan bertanggungjawab atas sekian ‘banyak’ amanah yang ada. Banyak menurutku, belum seberapa dengan amanah-amanah yang Engkau berikan kepada para sahabat bahkan rasul, dan nabiyullahu, sangat jauh….

Ya Allah, izinkanlah hamba untuk lebih mendekat pada diriMu dengan adanya amanah ini. Mudahkanlah segala urusanku, jauhi hal-hal yang mungkar saat hamba menjalani amanah di muka bumi ini. Lindungi hamba dari segala kejahatan dari belakang, depan, samping kanan, dan samping kiriku ya Rabb

Bimbinglah hamba…agar tercapai apa yang hamba usahakan.

Insyaallahu.. yang hamba inginkan hanyalah keredhaanMu dan keberkahan yang menyertai usaha hamba.

Ya Rahman.. semoga hati ini selalu berniat Lillahi ta’ala...

Wanita mesti KERAS HATI

Oleh: Latifah Abdul Wahab

“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan “sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.

Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang...”, satu dialoq ala pekak badak.

Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.

Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.

Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya.

Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.

Firrman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.

Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.wt maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.

Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna” Fikirkan.

http://ummahonline.com/index/modules.php?name=News&file=article&sid=483

*INSAFlah....huhu

Saturday, February 24, 2007

Welcome to Holland

Alhamdulillah...dah hantar case commentaries paeds! tough week....semua groupmates tak cukup tido sbb nak menyiapkan case report ditambah pula dengan seminar dan case presentation. Apapun, syukur Alhamdulillah.... =)

Pagi ni tak ada tutorial, tetapi ada seminar pasal 'disability'. Dr. Flanagan, one of the Consultant Paediatricians yang handle seminar ni. It is interesting sebab Dr. Flanagan jemput salah seorang ibu yang anaknya ada disability untuk bersama2 discuss ngan kitaorang. Mrs. F yang dijemput oleh Dr. Flanagan ni sangat baik orangnya. Dari ceritanya, aku dapat rasa dia ni seorang ibu yang sangat tabah. Her daughter E, was a preterm baby. She was born at 26 weeks gestation by caeserian section because Mrs. F had pre-eclampsia. She is now 4 years old. From the story, E had hypermagnesuimia that cause severe brain damage and lead to cerebral palsy. She had a spastic quadriplegia type of cerebral palsy in which there is a damage to the upper motor neurone pathway. So, she cannot do anything for herself and require 100% help from others.
E is lucky to have a mother like Mrs. F. She really loves her dauhgter and she willing to sacrifice anything...
gambar hiasan semata-mata-Isn't she adorable....

Words from Down's Syndrome mom...

WELCOME TO HOLLAND

by
Emily Perl Kingsley.

This one is adorable too!

I am often asked to describe the experience of raising a child with a disability - to try to help people who have not shared that unique experience to understand it, to imagine how it would feel. It's like this......

When you're going to have a baby, it's like planning a fabulous vacation trip - to Italy. You buy a bunch of guide books and make your wonderful plans. The Coliseum. The Michelangelo David. The gondolas in Venice. You may learn some handy phrases in Italian. It's all very exciting.

After months of eager anticipation, the day finally arrives. You pack your bags and off you go. Several hours later, the plane lands. The stewardess comes in and says, "Welcome to Holland."

"Holland?!?" you say. "What do you mean Holland?? I signed up for Italy! I'm supposed to be in Italy. All my life I've dreamed of going to Italy."

But there's been a change in the flight plan. They've landed in Holland and there you must stay.

The important thing is that they haven't taken you to a horrible, disgusting, filthy place, full of pestilence, famine and disease. It's just a different place.

So you must go out and buy new guide books. And you must learn a whole new language. And you will meet a whole new group of people you would never have met.

It's just a different place. It's slower-paced than Italy, less flashy than Italy. But after you've been there for a while and you catch your breath, you look around.... and you begin to notice that Holland has windmills....and Holland has tulips. Holland even has Rembrandts.

But everyone you know is busy coming and going from Italy... and they're all bragging about what a wonderful time they had there. And for the rest of your life, you will say "Yes, that's where I was supposed to go. That's what I had planned."

And the pain of that will never, ever, ever, ever go away... because the loss of that dream is a very very significant loss.

But... if you spend your life mourning the fact that you didn't get to Italy, you may never be free to enjoy the very special, the very lovely things ... about Holland.


*Selain blaja pasal 'disability and child care', ada something gak yang melekat di kepala aku arini: DOCTOR IS A HUMAN...SO, ACT AS A HUMAN.....perlu ada perasaan bertimbang rasa dan belas kasihan especially bila nak bgtahu bad news. According to Mrs. F, people usually think DRs are not human. Erm, tak bagus tuh..
Anyway, try our best to be a good student, a good future doctor, a good person, a good daughter, a good wife (in future la...), and of course a good muslimah in worshipping Allah swt. Insya Allah..

*p/s: Untuk rakan-rakanku yang disayangi, Dr. Flanagan ckp dia tgh try tuk masukkan soklan 'disability' dalam paper....so, penting gakla topic nih =)

wallahualam

Wednesday, February 07, 2007

LGH

Letterkenny General Hospital, 7.06pm.
Alhamdulillah, so far gembira di letterkenny. Byk belajar. Tapi, arini lain sikit. Erm, korang penah tak tetiba blank bila tetiba ditanya soalan? soalan medical la. Pagi ni sepatutnya ada teaching sessions topic gastroenteritis, tapi ditunda dan diganti dgn short session bersama team paediatrics. 4 consultants, 4 registrars, 5 SHO, 2 medical student. Dlm tgh2 dok diskas psl patient, tetiba consultant sebut nama aku dan tanya soklan....huhu. Terkesan betul sbb aku tetiba blank time tu dan terdiam..adehh. Tensiii!! sbb apa tensi? sbb aku dah penah encounter soklan yang sama dan aku tahu jawapan soklan tersebut. Dlm hati time tu ' aku tahu jawapan tuk soalan ni...' Tapi, tu la...ter'blank' seketika...huhu. Mungkin sbb dikelilingi consultants, registrars and Sho..so, aku terdiam sebentar. Erm, terasa tak best la jugak arini..huhu. Anyway, good experience. Mmg lumrah medical student pun..kan. Dan aku tahu...aku jer yg rasa tak best ni, org lain tak akan ingat pun. So, its ok. Nkwatcamna...kan. Teruskan belajar...belajar...dan belajar. Good luck tuk adik2 and rakan2 yg ada exam dlm masa terdekat ni =) Moga segala urusan dipermudahkan dan diredhai Allah swt.