Monday, July 10, 2006

Sang pemburu Jannah

Bara' bin Malik r.a

Lelaki perkasa ini tidak lain adalah saudara dari Anas bin Malik r.a, khodim Rasulullah S.a.w. Keberanian dan keperkasaannya di medan laga sudah sudah tidak diragukan lagi. Pernah dalam satu perang tanding beliau berhasil menghabisi seratus jagoan dari kaum kafir. Baginya, memasuki jannah dengan mati syahid adalah dambaan yang selalu dicarinya, karena itu sejak perang Uhud beliau tidak pernah gagal menyertai Rasulullah S.a.w dalam setiap pertempuran.

Ketika Abu Bakar r.a berkuasa, banyak terjadi pembangkangan, antara lain pembangkangan Musailamah Al Kadzab yang mengaku sebagai Nabi. Segera Abu Bakar memberangkatkan pasukan menggempur pasukan Musailamah yang tangguh. Pertempuran antara dua pasukan pun terjadi dengan serunya di Yamamah. Bara` r.a seperti biasanya segera mengamuk menebas setiap musuh yang berada didekatnya. Namun kekuatan musuh yang cukup solid hampir membuat semangat tempur kaum muslimin mengendor. Segera Bara' berteriak dengan suara yang lantang, " Wahai manusia! Demi Allah, tidak ada lagi bagiku Madinah..! yang ada hanyalah jannah!".Lalu beliau pukul kudanya melesat menyerbu ketengah-tengah kumpulan musuh. Melihat hal itu, sontak semangat kaum muslimin kembali bangkit dan segera menyusul Bara' menggempur musuh dengan satu tekad, mati menuju jannah. Akibatnya pasukan Musailamah terdesak dan mundur memasuki benteng pertahanannya.

Untuk membobol pintu benteng, Bara' berinisiatif agar kawan-kawannya melemparkan dirinya melewati atas benteng kemudian nanti beliau yang akan membuka pintunya. Sungguh suatu keberanian yang luar biasa. Usul itupun dilaksanakan. Setelah beliau berhasil masuk segera pintu benteng dibukanya setelah sebelumnya harus menghabisi sepuluh nyawa pasukan penjaga benteng. Bagaikan air bah pasukan muslimin segera memasuki benteng dan menghabisi perlawanan Musailamah sang pendusta. Pada peperangan ini Bara' harus merakan lebih dari 80 luka akibat serangan lawan.

Kini, Bara' telah berada dalam pertempuran lain, perang dengan pasukan penyembah api, satu diantaranya adi daya kekafiran saat itu; pasukan Persia dengan segala perlengkapannya. Perang-pun berkecamuk dengan dasyatnya, dan pasukan Persi ternyata menunjukkan kelasnya sebagai pasukan elite. Mereka berhasil mendesak tentara muslimin. Maka orang-orangpun berkata kepada Bara' bin Malik, " Wahai Bara', sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda kepadamu, sesungguhnya jika engkau memohon kepada Allah S.W.T pasti Dia mengabulkan, maka berdo`alah kepada-Nya untuk kehancuran musuh ".Bara' lalu berdo`a memohon kehancuran pasukan musuh dan agar dirinya mendapat syahid bertemu dengan Nabi-nya yang mulia. Allah mengabulkan doa`nya sehingga kaum muslimin berhasil melumpuhkan lawan, dan Bara' pun memperoleh apa yang selama ini dicita-citakannya, syahid dijalan Allah. Bara' …betapa wangi merah darahmu…kamipun rindu menyusulmu.
Wallahu a`lam.

Ranjau perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim.
Isu yang menarik perhatian aku dalam 2, 3 hari ni- berita pasal nak memanjangkan tempoh pusat hiburan dan juga pertikaian daripada penyataan mufti perak (Teringat zaman sekolah menengah dulu..time F1, cikgu suruh buat rumusan dari berita penting).
Anyway, malam tadi ada disebut pasal perancangan untuk memanjangkan masa operasi pusat hiburan sehingga pukul 5 pagi. Kenapakah? Kononnya untuk mat saleh yang datang malaysia dapat bercuti sambil berhibur. Ye ke??? Aku rasa majority diorang yang datang adalah kerana ingin melihat keindahan, kebudayaan, cara hidup masyarakat kita etc. Kalau nak berhibur, banyak jer pub2 dan pusat hiburan kat negara diorang..tak yah datang malaysia pon tak per. I think that is not a good idea at all. Bagaimana menteri pelancongan boleh keluarkan idea seperti tu..ntahla. Buat apa nak buka lama-lama? Akan menambahkan lagi maksiat dan jenayah-jenayah yang dah berlambak pun di negara kita ni. Tutup terus tak yah buka sampai bila-bila pun lagi baik!
The second thing that interests me is regarding the statement made by mufti perak, Datuk Seri Harussani Zakaria about hundred thousands of malays that turn to be apostates. Kenapa apabila seorang mufti, tempat rujukan kita yang memberi kenyataan, banyak jer pihak nak pertikai. Erm, apekahh….tak faham aku. Isu yang dikeluarkan oleh mufti perak mengenai ratusan ribu yang murtad ini dah lama pon disiarkan…tetiba ada je pihak nak bukti etc. If you want to make a statement about something, of course la it comes with evidences. So, why the people out there still want to argue about that. Ada juga yang mengatakan isu murtad bukan isu agama…malah isu politik dan keselamatan dalam negara. Mereka risau rakyat akan bimbang mengenai perkara ni. Apekahh. Memang sepatutnya pun kita sebagai seorang yang mengaku Islam ni merasa bimbang. Kita nak ke perkara ni dibiarkan camtu je. Kenapa nak argue about the facts and whatsoever. Cubalah buka mata akan masalah utama yang mufti perak tersebut nyatakan. As a muslim, memang kita kena bimbang akan masalah murtad ni. Kalau kita lepas tangan, siapa yang nak mengambil tindakan. So, kenapa takut rakyat nak risau pula? Keluarkan ajala statistic yang ada supaya masyarakat kita terjaga dari mimpi yang nyenyak, diulit dengan hiburan yang entah apa-apa nih.
Jalan untuk merealisasikan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh
Allah S.A.W dan Rasulnya, adalah penuh dengan ranjau-ranjau kesukaran,
penuh dengan duri-duri yang sentiasa menceracak ke kaki manusia yang
melalui jalan berduri itu. Jalan Islam tidak dihampiri dengan permaidani
merah. Jalan ke syurga penuh kesukaran, jalan ke neraka penuh daya tarikan,
keseronokan dan kegembiraan. Hanya insan yang merasai keagungan iman sahaja sanggup membuat pengorbanan demikian dan melalui jalan berduri itu.
wallahualam.

Tuesday, July 04, 2006

Ghairah bola, umat Islam tidak peduli Zionis sembelih saudara seagama

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Ketika sesetengah umat Islam dilalaikan dengan menyertai keghairahan melampau pesta Piala Dunia Bola Sepak, rejim Zionis mengambil kesempatan menyembelih umat Islam Palestin, sekali gus memalukan pertubuhan sejagat ummah seperti OIC yang terus membisu.
Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.
Pendedahan perkara ini dibuat Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, dalam pertemuan dengan Harakahdaily dan sebuah persatuan pelajar Islam.
Laporan terkini menyebut melancarkan serangan besar-besaran di Gaza dalam usaha berterusan mengekang kebangkitan parti Islam Hamas dengan menjadikan isu penculikan seorang askarnya bagi 'menjustifikasikan' keganasannya.
Israel mempersiapan dua rejim infantri membabitkan 5,000 askar serta dua batalion perisai di sempadan Gaza untuk melakukan serangan besar-besaran itu dengan arahan Perdana Menterinya, Ehud Olmert.
Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli dalam kenyataannya, mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan rejim Zionis itu.
"Israel yang kejam, menggunakan kesempatan Piala Dunia ini untuk menyerang penduduk Palestin," katanya.
"Lebih malang lagi, tindakan tersebut seolah-olah tidak dipedulikan oleh masyarakat dunia termasuk negara Islam dan OIC, kerana terlalu 'obses' dengan gelombang Piala Dunia," katanya.
Beliau yang turut mengutuk dan membantah serangan tersebut, berkata umat Islam perlu sedar dan tidak alpa kerana isu Palestin bukan semata-mata isu umat Islam tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu ditangani bersama.
Sejak rejim Zionis dimalukan pejuang Palestin selepas dua askarnya mati dan seorang ditawan dalam serangan nekad di Gaza, serangan udara artileri dilancarkan setiap hari ke atas Gaza, termasuk mensasarkan bangunan kerajaan Hamas dan pejabat Perdana Menteri Palestin.

Balik kampung

..subhanallah..hidupan di celah batu, di tgh kepanasan..
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulilah, dah dekat tiga minggu berada di kampung halaman. Its good to be at home...terubat segala homesick selama ni. Before balik aritu, tak terasa apa sangat. Tapi, bila dah sampai ke tanahair...rasa gembira tu terus datang. Gembira melihat mak ayah dan ahli keluarga yang lain. Syukur Alhamdulilah, masih dipanjangkan umur. Setakat berada di rumah ni, tak banyak sangat aktiviti. Dok melayan kerenah anak saudara yang berumur setahun lebih jerla kerjanya. Diakui, menarik juga yer keadaan di malaysia....politik, tokoh2 yg ada...erm, macam2. Di samping tu, rakyat tak ketinggalan gak dengan hiburan. Semua asyik nak jadi penyanyi jerr....camna tu?? (baik layan world cup dari tgk org beratur nak nyanyi....huhu)
Untuk peringatan pada diri ini dan umat yang sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara. Sedarlah bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.

Berkata Anas bin Malik r.a. ``Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.