Tuesday, October 31, 2006

Ambillah waktu..

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu nilai untuk keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga


* tgh ngantuk sgt2, so ambil waktu untuk berehat seketika...kerana mata ini tak mampu untuk berjaga..huhu
* masa adalah membazir jika tidak diurus sebaiknya, ambillah waktu merenung diri, bermuhasabah seketika..

Sunday, October 29, 2006

senyum seindah suria


Lagi 2 minggu ada OSCE n mcq tuk obs and gynae!! Blaja2!! Case report pun x abis lg!! Adehh...berusahalah!!
Anyway, on call smlm tak byk yg happening...patient tak banyak. Tapi, aku berjaya assist tuk C-section. So, not too bad. Ada scene yang buat aku sedih, tapi takpela..tak yah la citer kat sini. I'll get through that sadness after this. Dalam kesedihan tu, ada gak something else yang menggembirakan aku. Masa on da way nak ke hosp smlm, terselisih ngan 2 beradik ni. Twins rasanya. Umur dalam lebih kurang 4 thn. Diorg tgh main tembak-tembak dlm kereta...kuat jugak la suara diorg. Agaknya tgh tunggu mak diorg kot. Masa aku lalu sebelah diorg, yg sorang ni senyum kat aku..comel betul!
Tiba2, dia ckp "Lets shoot her" (yela, diaorg tgh main tembak2 kan). Aku senyum jela. Pastu yg sorang lg lak perasan aku ada kat situ. Dia terus ckp "No! We cannot shoot muslim! She's my friend! " huhu....Terharu aku mendengarnya....dahla diorg comel. Baru umur 4 thn..tapi, dah ada good value in them. Yang bestnya, bila teringatkan diorg, mesti aku senyum. So, that's good for today =)

Friday, October 20, 2006

Salam Perantauan

Galwegians....uihh..ramai rupanya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.
Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita untuk tahun ni....
Syukur Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, di saat ini..kita masih dipanjangkan umur untuk merasa nikmat Allah di bulan yang mulia, bulan Ramadhan.
Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan...Manfaatkan hari-hari terakhir ini dengan sebaik-baiknya. Kita tak tahu samada kita masih berpeluang untuk Ramadhan akan datang.
Di kesempatan ini...nak memohon kemaafan andai ada tersilap kata dan bahasa. Kepada semua rakan-rakan dan sesiapa yang menyinggah di blog ini...ribuan kemaafan dipohon. Mana la tahu..kot2 ada terbuat salah kan..=)
Tahun ni masuk tahun ke-5 aku beraya di Ireland..huhu. Semalam homesick!! Terasa rindu sangat nak dengar suara ibundaku. Tapi apakan daya..kreditku abis lak...huhu. Tak sabar nak phone umah pasni.
Warga Galway tahun ni dah semakin bertambah...sampai aku pun dah konpius dgn adik2 yang ada..hehe. Bila adik2 ni panggil aku 'akak'....erm, terasa : dah tua aku ni rupanya. Anyway, moga semua urusan dipermudahkan dan diredhai Allah. Bersyukur dengan segala nikmat Allah, bertawakkal dan berserah kepadaNya. Moga amalan di sepanjang Ramadhan diterima olehNya dan moga kita istaqamah dalam setiap amalan..insya Allah.

Saturday, October 14, 2006

adehh...

20 Ramadhan 1427.
Ya Allah...cepat sungguh masa berlalu. Dah masuk 10 malam terakhir.
Aku skrg kat Mid-Regional Maternity Hosp, Limerick. Kena dok labour ward 5-9pm. Tapi, nak buat on call malam ni sebab banyak lagi deliveries yang aku tak tgk. Desperate for signatures nih..huhu.
Dah 2 hari berbuka sorang2. Baru aku tahu apa perasaan 'away'. Dulu Sani tak sabar2 nak balik galway lps dia away. Gembira bila jumpa kitaorg kat red house. Bila skrg ni, dah berada di tempat sani, dah 'away', erm...sedih!! Tak sabar nak balik galway!! weekend ni...aku dok sorang2, berbuka sorang2. Nak masak pun malas sbb aku jer yg nak berbuka..huhu.
Anyway, melayan blog seketika sbb takde patient kat labour ward. Adehh...nak balik umah pun, dah gelap ni. Angin kat luar kuat giler. Ntahla...tgkla camna. Moga2 adala deliveries mlm ni...

Saturday, October 07, 2006

Arah mana


Bismillahirrahmanirrahim.
13 hari sudah Ramadhan berlalu. Cepat kan. Moga hari2 yang berikut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Insya Allah. Next week i'm going to limerick for my obs and gynae attachment. Away time ramadhan..sorang2..huhu. Erm, banyak perkara dalam kepala sekarang ni. Nak buat tu, nak buat ni...nak study tu, nak study ni....nak fikir tu, nak fikir ni. This week, ada hari yang rasa down..ada hari yang rasa happy. Lumrah kehidupan..take it easily, Insya Allah =). Apapun yang pasti, minggu ni jer...dah dua kali aku call mak. Mak siap pesan...nak away nanti, tak yah phone dah pun tak pe..adehh. Tu la..phone lagi kerap2...hehe.

Tuhan..usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat,
Seperti yang Engkau pernah berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan..jangan pikulkan kami
yang tidak kami terdaya
,
Maafkan salah kesilapan
ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami..

Moga sentiasa dalam agamaMu...taat akan perintahMu.

Monday, October 02, 2006

Demi Masa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" Al-Asr: 1-3

Masa itu terasa berlalu begitu sahaja bagi hamba yang sentiasa leka dan lalai dengan kehidupan duniawi. Dua puluh empat jam itu tidak memadai baginya. Kenapa begitu? Kenapa nikmat masa yang Allah berikan itu tidak disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Andai masa ini terhenti sekalipun, ia masih tidak cukup buat hamba yang tidak tahu menggunakan nikmat Allah tersebut.

Diri ini terpaku seketika, terdiam. Adakah aku lalai dengan nikmat Allah? Adakah aku menggunakan nikmat Allah itu dengan sebaiknya? Sedarkah betapa ruginya masa yang berlalu tanpa aku mengingati Allah, tanpa aku menyebut kalimah zikrullah?

Alangkah ruginya kita yang membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Masa yang berlari laju meninggalkan kita yang masih terkapai mencari sinar Allah. Adakah aku termasuk di dalam golongan yang merugi yang dikatakan oleh Allah itu? Sedarlah wahai hamba, dirimu sentiasa diperhatikan Allah. Dirimu sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Terpulang kepadamu untuk melalui dan menghadapi ujian-ujian tersebut. Berusahalah sedaya mampu untuk menjadi golongan yang beriman yang beramal soleh. Berlumbalah kalian mengisi waktu dengan perbuatan yang baik agar masamu itu tidak pergi dan berlalu dengan sia-sia.


* Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini. Bimbinglah daku ke arah sinar-Mu. Tunjukilah daku jalan yang lurus yang Engkau redhai.
* Pesanan kepada diri dan sahabat sekalian...gunakanlah masa yang Allah kurniakan kepada kita dengan sebaiknya. Kita tidak tahu bilakah Allah akan menarik kembali nikmat-Nya ini. Sentiasalah bermuhasabah, merenung diri, menginsafi atas segala kesilapan selama ini. Renung kembali apa yang kita lakukan dalam sehari-hari. Adakah lidah kita ini basah mengingati Allah? Betapa ruginya kita yang lalai dengan nikmat masa yang Allah berikan ini.

wallahualam