Monday, June 25, 2007

Syukur

Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa. Pasti ada hikmah di sebaliknya

[FriendsterKit.com]

Saturday, June 23, 2007

Kenapa Manusia Diuji

Tazkirah Jumaat: Kenapa manusia diuji oleh Allah SWT?
Ustaz Zainuddin Hashim
Fri | Jun 22, 07 | 12:28:51 PM

Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya."

Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.”

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?

Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dalam forum ini, antaranya :

1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini.

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.

-Harakahdaily-


Tuesday, June 19, 2007

wanita solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak cemberut di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah WANITA YANG SOLEHAH


* rebutlah pangkat wanita solehah, renunglah kembali akan dirimu...isk3
* moga Allah mengampuni segala dosa-dosa...


Tuesday, June 12, 2007

Allahu Akbar

"If you love Allah, follow (the prophet). Allah will love you and forgive you your sins; for God is Oft-Forgiving, Most Merciful" (3:31)

"O believers! Be steadfast in patience and constancy; compete in such perseverance; strengthen each other, and remain conscious of God, that you may prosper" (3:200)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Sunday, June 10, 2007

Emotion

Emotion is an intense mental state that arises autonomically in the nervous system rather than through conscious effort, and evokes either a positive or negative psychological response. Emotions are physical expressions, often involuntary, related to feelings, perceptions or beliefs about elements, objects or relations between them, in reality or in the imagination. Emotions are thought to be related to activity in brain areas that direct our attention, motivate our behavior, and determine the significance of what is going on around us. It is related to a group of structures in the center of the brain called the limbic system, which includes the hypothalamus, cingulate cortex, hippocampi, and other structures.

MARCH

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

"Jangan terlalu emosi". Manusia tanpa emosi adalah benda. Tapi, bagaimana mengawal emosi? Masukkan Rasional di dalam emosi. Rasional adalah akal sihat yang memungkinkan manusia lebih dari makhluk hidup lainnya. Erm, betul la tu...jangan terlalu emosi...


** My housemate just come back from her on call. "I am so emotional right now" That was what she said. Emotions need to be expressed, so aku hanya mendengar luahan Dr. sorang ni.. :)
Well, I presume emotion and women come together...

Oh Tuhan, Ya Allah

Galway..

Bismillahirrahmanirrahim

Dah seminggu berlalu attachment Neurology dengan team Dr. Henessy. Setiap kali clinic, aku akan join registrar neuro, Dr. Ali sebab dia baik dan akan mengajar kalau kita bertanya. First question yang Dr. Ali tanya selepas aku introduce diri adalah: " What year are you? 3rd year?" Adehh...mengapa aku selalu menjadi 2 tahun lebih muda? Erm, no harm pun. Dah nampak muda..nakwatcamna...(perasan sebentar) hehe. Galway pula semakin lengang kerana ramai yang dah balik ke malaysia. Rindunya dengan mak abah di rumah. Insya Allah, end of July dapat jumpa semua ahli keluarga..ameen.

Tersenyumlah. Orang Arab senang memuji orang yang murah senyum dan selalu nampak riang. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan tanda kelapangan dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai, dan kecerdikan fikiran. Walaubagaimanapun, hari ini ada dua kerisauan dan kesedihan yang agak menggangu aku. Pertama, aku risaukan results exam yang bakal keluar tak lama lagi. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah dan bertawakkal. Yang keduanya, aku sedih dengan diri sendiri kerana telah menimbulkan kesusahan kepada orang yang aku sayang. Erm, minta maaf di atas kelalaian diri ini. Maybe I'm a bit selfish and ignorance...isk3. Sorry again..

" Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)" (Surah Ar-Rahman: 29)

Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan, ia pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila musibah menimpa, ujian melanda, cubaan silih berganti, maka berserulah orang tersebut: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila segala pintu ditutup di hadapan pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru; Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah: Oh Tuhan, Ya Allah!
Maka, jika aku merasa runsing, sedih, risau dan sebagainya, hanya Allah swt tempat aku berpaling, dan aku berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Mengingat masa-masa yang lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Andai terasa diri banyak melakukan kesalahan dan dosa....maka bertaubat dan beristighfarlah. Insya Allah, akan kucuba kuatkan diri ini. Jika masih ada rasa berdosa di dalam diri, maka bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu. Apa nasib mereka yang sering melakukan maksiat dan dosa, tetapi tidak dapat menyedari akan kesalahan yang dilakukan?? Tentu lagi sedih bukan. Maka, bersyukurlah dengan setiap kurniaan Allah swt kepada diri kita selama ini.

Ibnu Taimiyyah berkata: "Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan buntu maka saya akan beristighfar kepada Allah sebanyak seribu kali, atau lebih kurang, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar"

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Mintakanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun" (Surah Nuh: 10)

Salah satu sebab ketenangan hati dan fikiran adalah beristighfar kepada Zat yang mempunyai keagungan. Orang-orang yang sesungguhnya paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih dan menyucikannya, membuatnya tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah swt. Istighfar akan kesalahan diri, berlapang dada dengan ketentuan Allah serta tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

End of the day, aku lebih senang dengan tersenyum. Orang yang murah senyum dalam mengharungi hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang lain. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa berjumpa saudara dengan wajah berseri adalah salah satu sedekah. Maka, senyumlah...jangan bermuram durja =)

Wallahualam.

* Mazni, thanks for La Tahzan. Insya Allah, try tuk habiskan walaupun rasa cam tak mampu..hehe

Sunday, June 03, 2007

Nafsu

Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Belajar Medic ni..mendekatkan diri kepada Allah ke? Tentulah jawapannya ya. Setiap ilmu itu adalah pemberian tuhan kepada hambaNya. Terpulang kepada kita untuk menilai dan menggunakan ilmu tersebut. Just nak share sedikit ilmu yang dipelajari di DID aritu.

Definisi hawa nafsu: Sesuatu yang disukai oleh tabiat manusia, tanpa menghiraukan akan syariat islamiah.
Sifat nafsu: Cinta kepada dunia yang fana
Tabiat nafsu: Merasa bahagia dengan kerehatan yang segera.

Berkata Imam Ali ra: "Takutlah kamu kepada 2 perkara; Mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Kerana sesungguhnya mengikut hawa nafsu itu menyimpangkan manusia dari kebenaran, Panjang angan-angan pula membawa manusia lupa akan akhirat".

Hawa nafsu terbahagi kepada 3 bahagian; Mutma'innah, Ammarah dan Lawwamah

Nafsu Mutma'innah: Nafsu yg telah mencapai kesempurnaan cahaya yang menyinari hati sehingga menghilangkan segala sifat-sifat yang dicela, serta bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji

"Hai jiwa yang tenang (mutma'innah). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku" (Al-Fajr: 27-30)

Di antara sifat-sifat yang terpuji adalah:

1) HIKMAH- berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam syahadah serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.

- Rasional
- Celik akal
- Maarifah
- Bercakap benar
- Menegakkan kebenaran
- Kesyukuran
- Takutkan Allah SWT
- Kerajinan
- Prihatin
- Berketerampilan

2) A'DAALAH (adil)- Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah islamiah

- Kasih sayang- Tips untuk menguatkan kasih sayang antara sahabat adalah menyuap makanan kepada sahabat kita. Pernah try tak sebelum ni? Try la... =)
- Silaturrahim
- Berterima Kasih
- Baik pertimbangan
- Toleransi
- Saling bermaafan
- Bermarwah- hias diri dgn budi pekerti mulia melalui tuturkata, tingkahlaku, pakaian dan pergaulan
- Ibadah
- Sensitif kepada kezaliman
- Kejujuran
- Kerjasama
- Semangat bermasyarakat
- Bermuafakat

3) IFFAH- mengawal nafsu drpd perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang maaruf serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak

- Malu
- Kesopanan
- Sabar
- Baik hati
- Murah hati
- Kebebasan
- Qana'ah
- Berdisiplin
- Daya usaha
- Sejahtera
- Wara'
- Wasatiyah
- Kebersihan
- Menghargai masa
- Dedikasi

4) SYUJA'AH- Sanggup berjuang dgn penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maarwah dgn kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa

- Berjiwa besar
- Yakin diri
- Hemah tinggi
- Tetap pendirian
- Istiqamah
- Berani mencuba
- Tahan lasak
- Berdikari
- Berani berjihad


Nafsu Ammarah: Nafsu yang mengajak kepada sifat-sifat yang tidak elok, dan yang dikeji,suka kepada kesenangan, kerehatan, cinta dunia, takut mati dan segala sifat yang dibenci oleh Allah SWT dan manusia.

Nafsu Lawwamah: Nafsu yang berada di antara dua persimpangan, baik atau jahat, akan tetapi lebih berat kepada kebaikan dan terjaga dari kealpaan yang melanda dirinya.

** Sila check diri masing-masing, moga diberi kekuatan untuk menghindari dan mengawal nafsu
** Marilah bersama-sama menghiasi diri dengan segala sifat terpuji dan mulia, serta berdoa agar Allah SWT menetapkan hati-hati kita di jalanNya...

wallahualam


Saturday, June 02, 2007

Darjah 5

Selamat Hari Lahir yang ke-11 untuk Faeez dan Fareez....my beloved nephews. Antara 7 org anak saudara aku, diorang berdua yang paling manja dengan mak sebab dari kecil lagi mak yang jaga diorang.
Call mak tengahari tadi, pastu mak bagitahu Abang (Faeez) bagi kata-kata nasihat untuk aku.....haha
Amboi2, rajin betul bagi nasihat untuk Mak Su diorg ni....hehe. I appreciate that.
Isi nasihat tu, lebih kurang sama dengan nasihat yang aku terima few years ago from Adik (Fareez), cuma kali ni..nampak la matang sikit sebab dah umur 11 tahun..hehe

1- Bila dah berjaya nanti, jangan lupa diri
2- Bila dah berjaya nanti, jangan lupa ibu dan bapa
3- Jangan tinggal solat

Terimakasih....Doakan Mak Su yer. Adehh...rindunya kat diorang! Kalau aku pening-pening kepala, diorang la tempat aku bergelak ketawa sebab setiap kali aku call diorang, mesti ada jer cerita-cerita yang nak diceritakan especially Adik. Suara dahla kuat, pastu...cakap tak henti-henti....hehe
Moga Allah memberi petunjuk kepada anak-anak saudaraku dalam mengharungi perjalanan di dunia ini...