Sunday, June 10, 2007

Oh Tuhan, Ya Allah

Galway..

Bismillahirrahmanirrahim

Dah seminggu berlalu attachment Neurology dengan team Dr. Henessy. Setiap kali clinic, aku akan join registrar neuro, Dr. Ali sebab dia baik dan akan mengajar kalau kita bertanya. First question yang Dr. Ali tanya selepas aku introduce diri adalah: " What year are you? 3rd year?" Adehh...mengapa aku selalu menjadi 2 tahun lebih muda? Erm, no harm pun. Dah nampak muda..nakwatcamna...(perasan sebentar) hehe. Galway pula semakin lengang kerana ramai yang dah balik ke malaysia. Rindunya dengan mak abah di rumah. Insya Allah, end of July dapat jumpa semua ahli keluarga..ameen.

Tersenyumlah. Orang Arab senang memuji orang yang murah senyum dan selalu nampak riang. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan tanda kelapangan dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai, dan kecerdikan fikiran. Walaubagaimanapun, hari ini ada dua kerisauan dan kesedihan yang agak menggangu aku. Pertama, aku risaukan results exam yang bakal keluar tak lama lagi. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah dan bertawakkal. Yang keduanya, aku sedih dengan diri sendiri kerana telah menimbulkan kesusahan kepada orang yang aku sayang. Erm, minta maaf di atas kelalaian diri ini. Maybe I'm a bit selfish and ignorance...isk3. Sorry again..

" Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)" (Surah Ar-Rahman: 29)

Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan, ia pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila musibah menimpa, ujian melanda, cubaan silih berganti, maka berserulah orang tersebut: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila segala pintu ditutup di hadapan pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru; Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah: Oh Tuhan, Ya Allah!
Maka, jika aku merasa runsing, sedih, risau dan sebagainya, hanya Allah swt tempat aku berpaling, dan aku berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Mengingat masa-masa yang lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Andai terasa diri banyak melakukan kesalahan dan dosa....maka bertaubat dan beristighfarlah. Insya Allah, akan kucuba kuatkan diri ini. Jika masih ada rasa berdosa di dalam diri, maka bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu. Apa nasib mereka yang sering melakukan maksiat dan dosa, tetapi tidak dapat menyedari akan kesalahan yang dilakukan?? Tentu lagi sedih bukan. Maka, bersyukurlah dengan setiap kurniaan Allah swt kepada diri kita selama ini.

Ibnu Taimiyyah berkata: "Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan buntu maka saya akan beristighfar kepada Allah sebanyak seribu kali, atau lebih kurang, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar"

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Mintakanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun" (Surah Nuh: 10)

Salah satu sebab ketenangan hati dan fikiran adalah beristighfar kepada Zat yang mempunyai keagungan. Orang-orang yang sesungguhnya paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih dan menyucikannya, membuatnya tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah swt. Istighfar akan kesalahan diri, berlapang dada dengan ketentuan Allah serta tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

End of the day, aku lebih senang dengan tersenyum. Orang yang murah senyum dalam mengharungi hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang lain. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa berjumpa saudara dengan wajah berseri adalah salah satu sedekah. Maka, senyumlah...jangan bermuram durja =)

Wallahualam.

* Mazni, thanks for La Tahzan. Insya Allah, try tuk habiskan walaupun rasa cam tak mampu..hehe

No comments: