Saturday, February 09, 2008

La Tahzan

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan segala nikmat kurniaanNya. Bangun pagi ni, aku berazam nak study Obs & Gynae. Dah start membaca, tetapi ada suatu perasaan yang tiba-tiba datang melanda. HUHUHU..tak suka akan perasaan camtu. Kenapa perlu bersedih? Berdukacita bukanlah ajaran agama dan ianya tidak mendatangkan sebarang manfaat. Aku tahu akan hakikat tersebut, tapi kenapa hati ni masih rasa tak tenteram?? I know I have to do something to make those feeling goes away. Aku menulis di sini dengan harapan perasaan aku ini akan berlalu pergi. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Kesedihan mempunyai pengaruh untuk menghentikan bukan untuk menggerakkan. Ia sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati. Kesedihan adalah hal yang paling disenangi syaitan. Justeru itu, syaitan selalu berusaha supaya seorang hamba itu bersedih hati untuk menghentikan setiap langkah dan niat baiknya.

" sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah (hasutan) syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita" (Al-mujadalah: 10)

Adakah aku bersedih kerana segala dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini?? huhu. Kesedihan yang terpuji adalah kesedihan yang disebabkan kegagalan melaksanakan suatu ketaatan atau disebabkan terperosok ke jurang kemaksiatan. Kesedihan seorang hamba yang disebabkan oleh kesedaran bahawa kedekatan dan ketaatannya kepada Allah sangat kurang maka hal itu menandakan bahawa hatinya hidup dan masih terbuka untuk menerima hidayah dan cahayaNya. Ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku. Moga-moga kesedihan, kebimbangan dan kerisauanku ini dapat menghapuskan sebahagian dosa-dosaku.

" tidaklah seorang mukmin ditimpa kesedihan, kebimbangan dan kerisauan, kecuali Allah pasti akan menghapaus sebahagian dosa-dosanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Moga luahan hati aku di pagi hari memberi manfaat. Kadang-kadang, ada perasaan yang susah untuk diluahkan dengan kata-kata. Semua benda buat pun rasa serba tak kena. Ya Allah, damaikanlah hatiku ini...



Once, I was drowning in my fears
and the twinkle in my eye disappeared
and I had no way to look on
my horizon seemed to have gone
and my whole life, seemed empty and bleak
each day and night, the answers I seek

But when, the darkness seemed so strong
and I couldn't go on
to the sky I raised my hands
making right what was so wrong
I found the strength to carry on
up to heaven where I belong
In life, there are lessons to be learned
with steadfastness, paradise Is earned
and if, all hope seems to be gone
just hold on till after the storm
and if you ask, what purpose have I
why am I here, and why do I cry?

And when, the darkness seems so strong
and you just cant go on
pray for your helping hand
you'll see the sun will rise again
you'll find the strength to carry on
up to heaven where you belong
Cos life is but a journey for us all
we cry, we laugh, we run sometimes we fall
but through it all, always recall
God never gives, a burden too tall


**menuntut ilmu hanya kerana Allah...mari sambung belajar o&G.
Susah bila ada perasaan cam di atas. Makabah hantar jauh2 tuk blaja...so, Slamat belajar rakan-rakan n enjoy the weekend, yeah! =)

No comments: