Sunday, September 30, 2007

Kembali

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah,
Terangilah ku dengan nurimanmu,
Hanya kau tempat ku berserah,
Mohon magfirah di dalam syahdu..

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih,
Ampunilah segala dosaku,
Laksana bumi di laut memutih,
Hanyut ditelan gelombang nafsu..

Hari hari yang telah aku lalui,
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi..

Ingin aku kembali kepada fitrah insani,
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi,
Bebaskan lah diriku dari di belenggu,
Dosa noda nafsu durjana..

Terimalah taubatku ya Allah,
Bimbinglah daku ke jalan redhamu,
Moga sinarmu terangi hidupku,
Didalam kegelapan..
Aku kan kembali padamu Rabbi,
Mengadapmu Ya Rabbulizzati,
Segala ketentuan ku pasrahkan,
Di hujung penghayatan..

Wahai Tuhan yang maha pemurah..
Ampunilah segala dosaku,
Laksana bumi di laut memutih,
Hanyut ditelan gelombang nafsu...

Sunday, September 23, 2007

Doa

Takziah ke atas keluarga Nurin Jazlin dan semua keluarga yang menghadapi cabaran yang sama. Hari demi hari negara kita dikejutkan dengan kejadian yang menyayat hati. Musibah demi musibah. Kenapa semua ini berlaku? Risau dengan keadaan di malaysia.....


Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?

Lelaki berkata : aku disengat kala

Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا
حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


**More articles in http://www.zaharuddin.net/


Tuesday, September 18, 2007

Asthma control

Assalamualaikum..
It has been nearly 2 years since I had an asthma attack. I think it is most likely because of the eczema in 2004. Alhamdulillah, there's no episode of eczema this year but my asthma turn out to be worst...adehhh...is it because of the Irish weather?? =) There's always a reason for everything that happen to us. Allah knows best.

Asthma control
Keep track of your asthma symptoms:

* Increased shortness of breath or wheezing (a whistling sound produced during exhalation)
* Disturbed sleep caused by shortness of breath, coughing or wheezing
* Chest tightness or pain
* Increased need to use a quick-relief inhaler containing a short-acting bronchodilator — a medication that opens airways by relaxing the surrounding muscles
* Decreased productivity at work, school, or at home due to asthma symptoms
* Increased asthma symptoms during exercise



Serikandi Dakwah (3)

Ummu Hani' binti Abdul-Muttalib (meninggal dunia pada tahun 40 Hijrah) : Beliau ialah Fakhitah dan dikatakan Fatimah binti Abi Talib bin Hasyim. Merupakan sepupu kepada Nabi s.a.w adik beradik kepada Ali bin Abi Talib. Beliau banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi s.a.w.

Ummu Waraqah binti Abdullah bin al-Harith (meninggal dunia pada tahun 15 Hijrah) : Beliau memeluk Islam dan berbaiah dengan Rasulullah s.a.w. Beliau mengumpulkan al-Quran dan sempat mengikuti peperangan Badar. Pada waktu tersebut beliau sibuk merawat tentera yang cedera dan menjaga tentera yang sakit.

Khansa' binti Amru (Tamadhir binti Amru bin al-Harith) (meninggal dunia pada tahun 24 Hijrah) : Seorang penyair yang termasyhur. Beliau datang menemui Rasulullah s.a.w sebagai utusan dari kaumnya. Setelah itu beliau memeluk Islam dan mendendangkan syairnya membuat Rasulullah s.a.w kagum terhadapnya. Beliau sempat mengikuti peperangan Qadisiah bersama dengan empat orang anaknya. Beliau tidak henti-henti memberi semangat kepada anak-anaknya supaya berperang sehingga akhirnya kesemua anaknya gugur dalam pertempuran tersebut

Ar-Rubai' binti Mi'waz bin al-Harith al-Ansariah (meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah) : Seorang sahabat wanita terkemuka yang sempat berbaiah dengan Rasulullah s.a.w pada waktu baiah ar-Ridhwan dan turut menyertai beberapa pertempuran bersama Rasulullah s.a.w. Beliau memberi minum pejuang-pejuang dan merawat mereka serta menghantar pulang pejuang-pejuang yang meninggal dunia dan yang tercedera ke Madinah.

Ar-Rumaisa' binti Milhan (meninggal dunia pada tahun 30 Hijrah) : Seorang sahabat wanita yang terkemuka. Beliau adalah ibu Anas bin Malik dan pernah ikut serta dalam beberapa pertempuran. Pada masa peperangan Uhud, beliau bertugas sebagai pemberi minum kepada pejuang-pejuang yang dahaga dan mengubati orang Islam yang tercedera. Pada masa peperangan Hunain, beliau bersama Saidatina Aisyah bertugas mengambil air dan mengangkutnya dengan menggunakan bekas-bekas yang diperbuat dari kulit kemudian memberi minum kepada orang-orang Islam di saat perang sedang berkecamuk, kemudian mereka kembali lagi mengambil air dan membawanya untuk umat Islam.

Final Year

Bismillahirrahmanirrahim..
Kepalaku tengah berdenyut-denyut sekarang. Erm, kenapa agaknya??
Pejam celik-pejam celik....alhamdulillah dah masuk Final Med. Bahang kecuakkan mula terasa...tapi Insya Allah, USAHA, DOA, TAWAKKAL.
Banyak unexpected things yang terjadi kepadaku tahun ini. Semuanya dugaan Allah swt. Redha dan hadapi dengan tabah. Besides that, I've also changed a bit into someone that I regret!!! huhu...Trying my best to become the old me.
Kadang-kadang terfikir, kita nak orang memahami kita...tapi adakah kita memahami orang lain?

wallahualam



Insomniakah diriku..


Insomnia


Insomnia is the disturbance of a normal sleep pattern. For example, when you cannot get to sleep or wake up after only a few hours sleep.

Sleep is a state of consciousnesses, which gives your body time to rest and build up your strength. While you are asleep, your body goes through different stages at approximately 90 minute cycles. These include light sleep, deep sleep and dreaming (also known as rapid eye movement (REM) sleep.

Difficulties with sleep can appear in a variety of ways:

* Difficulty getting to sleep (sleep onset insomnia). This is most common in young people.

* Waking in the night (frequent nocturnal awakening) - most common in older people.

* Waking early in the morning - the least common type of sleep disturbance.

* Not feeling refreshed after sleep. You may have trouble functioning normally during the day, feel irritable, tired, and find it difficult to concentrate.

* Waking when you have been disturbed from sleep by pain or noise.


Insomnia can last for days, months or even years and can be split into three categories:

* Transient insomnia lasts for 2-3 days.

* Short-term insomnia lasts for more than a few days but less than 3 weeks.

* Chronic insomnia can be defined as insomnia most nights for 3 weeks or longer.

Chronic insomnia can lead to mental health problems such as depression, or misuse of alcohol or other medicines in order to gain sleep.

Every individual is different so, it is hard to define what normal sleep is for you. Other factors include your age, lifestyle, diet and environment.

Newborn babies can sleep for 16 hours a day, while children of school age need an average of 10 hours.

Adults usually need, on average, 7 to 9 hours sleep a night. As we get older, its normal to need less sleep. Most people over 70 need less than 6 hours sleep per night; and they tend to be light sleepers.

It is important to know that nearly everyone has problems sleeping at some time or other and it is thought that a third of people in the UK have bouts of insomnia.



Sunday, August 26, 2007

Serikandi Dakwah (2)

Ummu Haram (Mulaikah binti Milhan bin Khalid al-Ansariah) (meninggal dunia pada tahun 28 Hijrah) : Seorang sahabat wanita yang sentiasa keluar berperang bersama pejuang Islam dan sempat mengikuti beberapa pertempuran. Beliau sempat mengikuti pembukaan Cyprus bersama suaminya, tetapi beliau tewas dan akhirnya mati syahid.

Ummu Atiah al-Ansariah (Nusaibah binti al-Harith) (meninggal dunia pada tahun tahun 8 Hijrah) : Salah seorang sahabat wanita yang terkemuka. Beliau sempat berbaiah dengan Rasulullah s.a.w dan meriwayatkan hadis-hadis daripada baginda serta mengikuti baginda berperang sebanyak tujuh kali. Beliau bertugas menyediakan makanan untuk pejuang Islam, merawat tentera yang tercedera dan menjaga tentera yang sakit.

Ummu Imarah (Nusaibah binti Kaab) (meninggal dunia pada tahun tahun 13 Hijrah) : Seorang sahabat wanita yang terkenal dengan keberaniannya. Beliau termasuk di antara pahlawan perang yang sempat mengikuti Baiatul Aqabah, peperangan Uhud, perjanjian Hudaibiah, peperangan Khaibar dan peperangan Hunain. Beliau turut serta berperang dan memberi minum kepada tentera yang cedera. Pada waktu peperangan Uhud beliau tercedera sebanyak dua belas tempat, manakala pada waktu peperangan Yamamah pula sebelah tangannya terpotong.

Ummu Qais binti Mihsan : Beliau ialah Ummu Qais Aminah binti Mihsan al-Asadiah. Telah memeluk Islam semenjak awal, berhijrah dan memberi baiah kepada Nabi s.a.w. Beliau telah membawa anak lelakinya yang masih kecil menghadap Nabi s.a.w maka baginda meletaknya pada tempat duduk baginda lalu anak tersebut terkencing. Lalu nabi merenjiskan dengan air pada tempat kencing tersebut tanpa dibasuhkannya.

Ummi Kalsum binti Uqbah bin Muit (meninggal dunia pada tahun 40 Hijrah) : Seorang sahabat wanita yang memeluk Islam di Mekah. Beliau adalah wanita pertama yang turut serta berhijrah secara berjalan kaki dari Mekah ke Madinah.

RA & OA

Rheumatoid Arthritis (RA) IS AN AUTOIMMUNE DISEASE

• Rheumatoid arthritis (RA) is not a condition of wear and tear. It is a disease in which your own immune system mistakenly attacks healthy tissue, causing inflammation that damages your joints.
• RA usually causes pain or stiffness lasting for more than 30 minutes in the morning or after long rest and lack of activity.
• RA can occur at any age. It often begins in middle age and tends to get worse over time.
• RA is associated with symmetrical swelling (e.g., both hands, both elbows, etc.)
• Most typically, RA symptoms include joint pain, swelling, tenderness, and redness of the joints; prolonged morning stiffness; and less range of movement. Some people also experience fever, weight loss, fatigue, and/or anemia.
• With RA, inflammation generally occurs in the knuckles and at the joints closest to your hands, nearer the base of your fingers.
• RA tends to cause swelling and pain in smaller joints such as the hands and ankles.

Osteoarthritis (OA) IS A CONDITION OF WEAR AND TEAR

• OA is not an autoimmune disease. It is a condition of wear and tear associated with aging or injury. Your immune system is not affected.
• OA stiffness tends to get worse with use throughout the day.
• OA usually occurs as individuals age and in those whose joints have become worn down by excessive use.
• Generally, OA symptoms include joint stiffness, pain, and enlarged joints.
• OA is associated with asymmetrical (not "matching") swelling in individual joints that are not part of a pair — e.g., one knee and an elbow, instead of both knees.
• With OA, inflammation generally occurs at the joint closest to your fingernail.
• OA tends to cause pain and swelling in bigger joints such as the hips and knees.
• OA is much more common than RA. In the United States alone, an estimated 20 million people have osteoarthritis, and approximately 2.1 million people have RA.






Men from Mars, Women from Venus

Falling in love is always magical. It feels eternal, as if love will last forever. We naively believe
that somehow we are exempt from the problems our parents had, free from the odds that love
will die, assured that it is meant to be and that we are destined to live happily ever after.
But as the magic recedes and daily life takes over, it emerges that men continue to expect
women to think and react like men, and women expect men to feel and behave like women.
Without a clear awareness of our differences, we do not take the time to understand and respect
each other. We become demanding, resentful, judgmental, and intolerant.

With the best and most loving intentions love continues to die. Somehow the problems creepin. The resentments build. Communication breaks down. Mistrust increases. Rejection and
repression result. The magic of love is lost.
We ask ourselves:
How does it happen?
Why does it happen?
Why does it happen to us?

To answer these questions our greatest minds have developed brilliant and complex
philosophical and psychological models. Yet still the old patterns return. Love dies. It happens
to almost everyone.

Very few people, indeed, are able to grow in love. Yet, it does happen. When men and women
are able to respect and accept their differences then love has a chance to blossom.
Through understanding the hidden differences of the opposite sex we can more successfully
give and receive the love that is in our hearts. By validating and accepting our differences,
creative solutions can be discovered whereby we can succeed in getting what we want. And,
more important, we can learn how to best love and support the people we care about.
Love is magical, and it can last, if we remember our differences.


-John Gray-



* Entry yang saja-saja diletak di kala bosan. Dah lama nak membaca buku ni..tapi, introduction je yang sempat dibaca.
* Every creation created by Allah SWT is unique. Accept who you are and be grateful to Allah.


Friday, July 20, 2007

Srikandi Dakwah

Arwa binti Abdul Mutalib (meninggal dunia pada tahun 15 Hijrah) : Beliau adalah emak saudara Rasulullah s.a.w serta termasuk di kalangan wanita yang terkemuka pada zaman Jahiliah dan Islam. Beliau memiliki pandangan yang bernas dan mahir mendendangkan syair.

Asma' binti Abu Bakar (meninggal dunia pada tahun 73 Hijrah) : Seorang sahabat wanita yang terkemuka dan terdiri daripada orang-orang yang awal memeluk Islam. Dalam peristiwa hijrah beliau ditimpa dengan ujian yang baik. Beliau digelarkan dengan "Zaati an-Nithaqain" (wanita yang memiliki dua selendang). Beliau sempat mengikuti peperangan Yarmuk dan diduga lagi dengan dugaan yang baik. Asma' adalah wanita yang fasih berbahasa dan pandai bersyair. Beliau adalah ibu Abdullah bin az-Zubair serta beliau merupakan muhajirin yang terakhir meninggal dunia.

Asma' Binti Yazid al-Ansariah (meninggal dunia pada tahun 30 Hijrah) : Salah seorang penceramah wanita Arab terkemuka yang terkenal dengan keberanian dan selalu tampil ke depan. Dia adalah seorang ahli hadis yang sempat mengikuti peperangan Yarmuk. Dalam peperangan tersebut beliau bertugas memberi minum kepada para pejuang dan merawat tentera yang cedera. Di satu ketika, di saat peperangan sedang berkecamuk, beliau mengambil tiang khemahnya kemudian terus ke medan pertempuran dan berhasil membunuh sembilan orang tentera Rom.

Ummu ad-Darda' (Khairah binti Abi Hadrad al-Aslami) (meninggal dunia pada tahun 30 Hijrah) : Seorang sahabat wanita yang terkemuka dan memiliki pandangan-pandangan yang mudah diterima. Beliau menghafal hadis-hadis Rasulullah s.a.w dan ramai dari kalangan tabiin yang meriwayatkan hadis daripada beliau seperti Safwan bin Abdullah. Beliau tinggal di Madinah dan meninggal di Syiria.


Wednesday, July 11, 2007

Kau Istimewa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Pesanan untuk diriku yang selalu alpa dan leka...

Pengorbanan Rasulullah S.A.W tidak ternilai harganya. Di manakah kita dan apakah nasib umat manusia jika tiada Pemimpin terulung seperti baginda S.A.W. Peganglah akan Al-Quran dan sunnah tinggalan baginda untuk membimbing kita di dunia ini. Berlumba-lumbalah dalam mencari keredhaan Allah S.W.T, melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya..

*Moga ditetapkan hati, dikuatkan iman
*Moga sama-sama berjaya dalam menghadapi liku-liku perjalanan di dunia ini

Friday, July 06, 2007

Pheochromocytoma

Cepat betul masa berlalu. Tup2, dah 5 minggu berattachment di Galway. Dah selesai neurology and cardiology attachment. Sekarang tengah buat general surgery dengan Mr. Mc Anena. Hish....scary gak consultant ni. Sehari mood dia ok, sehari lepas tu, dia moody pulak. Adehh...aku pun terkena tempias..hehe (melawak je). Apapun, lagi 3 minggu balik malaysia, insya Allah...=)
Yesterday, whole day in theatre. Menarik dan best..tapi penat berdiri. There's one patient with left adrenal mass and adrenalectomy was performed by Mr. Mc Anena. I've already talk to the patient early this week and I think this case is interesting because the only sign is hypertension. The mass was accidentally detected during MRI.


PHEOCHROMOCYTOMA

Background:
Pheochromocytoma is a rare catecholamine-secreting tumor derived from chromaffin cells. Tumors that arise outside the adrenal gland are termed extra-adrenal pheochromocytomas or paragangliomas. Because of excessive catecholamine secretion, pheochromocytomas may precipitate life-threatening hypertension or cardiac arrhythmias. If the diagnosis of a pheochromocytoma is overlooked, the consequences could be disastrous, even fatal; however, if a pheochromocytoma is found, it is potentially curable.

Pheochromocytoma may occur as a single tumor or as multiple growths. It usually develops in the medulla (center or core) of one or both adrenal glands. Sometimes this kind of tumor occurs outside the adrenal gland, usually somewhere else in the abdomen. Less than 10% of pheochromocytomas are malignant (cancerous), with the potential to spread to other parts of the body. The tumors may occur at any age, but they are most common from early to mid-adulthood.

Pathophysiology:
The clinical manifestations of a pheochromocytoma result from excessive catecholamine secretion by the tumor. Catecholamines typically secreted, either intermittently or continuously, include norepinephrine and epinephrine and rarely dopamine. The biological effects of catecholamines are well known. Stimulation of alpha-adrenergic receptors results in elevated blood pressure, increased cardiac contractility, glycogenolysis, gluconeogenesis, and intestinal relaxation. Stimulation of beta-adrenergic receptors results in an increase in heart rate and contractility.

Catecholamine secretion in pheochromocytomas is not regulated in the same manner as in healthy adrenal tissue. Unlike the healthy adrenal medulla, pheochromocytomas are not innervated, and catecholamine release is not precipitated by neural stimulation. The trigger for catecholamine release is unclear, but multiple mechanisms have been postulated, including direct pressure, medications, and changes in tumor blood flow.

Symptoms:
# Headache
# Diaphoresis
# Palpitations
# Tremor
# Nausea
# Weakness
# Anxiety, sense of doom
# Epigastric pain
# Flank pain
# Constipation
# Weight loss

Clinical signs:
* Hypertension (paroxysmal in 50% of cases)
* Postural hypotension: This results from volume contraction.
* Hypertensive retinopathy
* Weight loss
* Pallor
* Fever
* Tremor
* Neurofibromas
* Café au lait spots: These are patches of cutaneous pigmentation, which vary from 1-10 mm and occur any place on the body. Characteristic locations include the axillae and intertriginous areas (groin). They vary from light to dark brown, hence the name café au lait.

* Tachyarrhythmias
* Pulmonary edema
* Cardiomyopathy
* Ileus

Tests include:
* Adrenal biopsy can show pheochromocytoma.
* MIBG scintiscan can show a tumor.
* MRI of abdomen can show a adrenal mass.
* Abdominal CT scan can show a mass.
* Urine metanephrine will be high.
* Urine catecholamines will be high.
* Glucose test results will be abnormal.
* Catecholamines in the blood will be abnormal.

Treatment:
The definitive treatment is removal of the tumor by surgery. Stabilization of the person's vital signs with medication prior to surgery is important, and may require hospitalization. After surgery, it is necessary to continually monitor all vital signs in an intensive care unit. In the case of an inoperable tumor, management with medication is necessary. Radiation therapy or chemotherapy have not been effective in curing this kind of tumor.



Monday, June 25, 2007

Syukur

Setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa. Pasti ada hikmah di sebaliknya

[FriendsterKit.com]

Saturday, June 23, 2007

Kenapa Manusia Diuji

Tazkirah Jumaat: Kenapa manusia diuji oleh Allah SWT?
Ustaz Zainuddin Hashim
Fri | Jun 22, 07 | 12:28:51 PM

Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya."

Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.”

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?

Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dalam forum ini, antaranya :

1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini.

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.

-Harakahdaily-


Tuesday, June 19, 2007

wanita solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak cemberut di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah WANITA YANG SOLEHAH


* rebutlah pangkat wanita solehah, renunglah kembali akan dirimu...isk3
* moga Allah mengampuni segala dosa-dosa...


Tuesday, June 12, 2007

Allahu Akbar

"If you love Allah, follow (the prophet). Allah will love you and forgive you your sins; for God is Oft-Forgiving, Most Merciful" (3:31)

"O believers! Be steadfast in patience and constancy; compete in such perseverance; strengthen each other, and remain conscious of God, that you may prosper" (3:200)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Sunday, June 10, 2007

Emotion

Emotion is an intense mental state that arises autonomically in the nervous system rather than through conscious effort, and evokes either a positive or negative psychological response. Emotions are physical expressions, often involuntary, related to feelings, perceptions or beliefs about elements, objects or relations between them, in reality or in the imagination. Emotions are thought to be related to activity in brain areas that direct our attention, motivate our behavior, and determine the significance of what is going on around us. It is related to a group of structures in the center of the brain called the limbic system, which includes the hypothalamus, cingulate cortex, hippocampi, and other structures.

MARCH

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

"Jangan terlalu emosi". Manusia tanpa emosi adalah benda. Tapi, bagaimana mengawal emosi? Masukkan Rasional di dalam emosi. Rasional adalah akal sihat yang memungkinkan manusia lebih dari makhluk hidup lainnya. Erm, betul la tu...jangan terlalu emosi...


** My housemate just come back from her on call. "I am so emotional right now" That was what she said. Emotions need to be expressed, so aku hanya mendengar luahan Dr. sorang ni.. :)
Well, I presume emotion and women come together...

Oh Tuhan, Ya Allah

Galway..

Bismillahirrahmanirrahim

Dah seminggu berlalu attachment Neurology dengan team Dr. Henessy. Setiap kali clinic, aku akan join registrar neuro, Dr. Ali sebab dia baik dan akan mengajar kalau kita bertanya. First question yang Dr. Ali tanya selepas aku introduce diri adalah: " What year are you? 3rd year?" Adehh...mengapa aku selalu menjadi 2 tahun lebih muda? Erm, no harm pun. Dah nampak muda..nakwatcamna...(perasan sebentar) hehe. Galway pula semakin lengang kerana ramai yang dah balik ke malaysia. Rindunya dengan mak abah di rumah. Insya Allah, end of July dapat jumpa semua ahli keluarga..ameen.

Tersenyumlah. Orang Arab senang memuji orang yang murah senyum dan selalu nampak riang. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan tanda kelapangan dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai, dan kecerdikan fikiran. Walaubagaimanapun, hari ini ada dua kerisauan dan kesedihan yang agak menggangu aku. Pertama, aku risaukan results exam yang bakal keluar tak lama lagi. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah dan bertawakkal. Yang keduanya, aku sedih dengan diri sendiri kerana telah menimbulkan kesusahan kepada orang yang aku sayang. Erm, minta maaf di atas kelalaian diri ini. Maybe I'm a bit selfish and ignorance...isk3. Sorry again..

" Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)" (Surah Ar-Rahman: 29)

Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak dan angin bertiup kencang, si nelayan akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan, ia pun berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila musibah menimpa, ujian melanda, cubaan silih berganti, maka berserulah orang tersebut: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila segala pintu ditutup di hadapan pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru; Oh Tuhan, Ya Allah!
Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah: Oh Tuhan, Ya Allah!
Maka, jika aku merasa runsing, sedih, risau dan sebagainya, hanya Allah swt tempat aku berpaling, dan aku berseru: Oh Tuhan, Ya Allah!

Mengingat masa-masa yang lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Andai terasa diri banyak melakukan kesalahan dan dosa....maka bertaubat dan beristighfarlah. Insya Allah, akan kucuba kuatkan diri ini. Jika masih ada rasa berdosa di dalam diri, maka bersyukurlah kerana Allah masih menyayangimu. Apa nasib mereka yang sering melakukan maksiat dan dosa, tetapi tidak dapat menyedari akan kesalahan yang dilakukan?? Tentu lagi sedih bukan. Maka, bersyukurlah dengan setiap kurniaan Allah swt kepada diri kita selama ini.

Ibnu Taimiyyah berkata: "Jika masalah yang saya hadapi menemui jalan buntu maka saya akan beristighfar kepada Allah sebanyak seribu kali, atau lebih kurang, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar"

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Mintakanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun" (Surah Nuh: 10)

Salah satu sebab ketenangan hati dan fikiran adalah beristighfar kepada Zat yang mempunyai keagungan. Orang-orang yang sesungguhnya paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih dan menyucikannya, membuatnya tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah swt. Istighfar akan kesalahan diri, berlapang dada dengan ketentuan Allah serta tidak berputus asa dengan rahmat Allah.

End of the day, aku lebih senang dengan tersenyum. Orang yang murah senyum dalam mengharungi hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang lain. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa berjumpa saudara dengan wajah berseri adalah salah satu sedekah. Maka, senyumlah...jangan bermuram durja =)

Wallahualam.

* Mazni, thanks for La Tahzan. Insya Allah, try tuk habiskan walaupun rasa cam tak mampu..hehe

Sunday, June 03, 2007

Nafsu

Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Belajar Medic ni..mendekatkan diri kepada Allah ke? Tentulah jawapannya ya. Setiap ilmu itu adalah pemberian tuhan kepada hambaNya. Terpulang kepada kita untuk menilai dan menggunakan ilmu tersebut. Just nak share sedikit ilmu yang dipelajari di DID aritu.

Definisi hawa nafsu: Sesuatu yang disukai oleh tabiat manusia, tanpa menghiraukan akan syariat islamiah.
Sifat nafsu: Cinta kepada dunia yang fana
Tabiat nafsu: Merasa bahagia dengan kerehatan yang segera.

Berkata Imam Ali ra: "Takutlah kamu kepada 2 perkara; Mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Kerana sesungguhnya mengikut hawa nafsu itu menyimpangkan manusia dari kebenaran, Panjang angan-angan pula membawa manusia lupa akan akhirat".

Hawa nafsu terbahagi kepada 3 bahagian; Mutma'innah, Ammarah dan Lawwamah

Nafsu Mutma'innah: Nafsu yg telah mencapai kesempurnaan cahaya yang menyinari hati sehingga menghilangkan segala sifat-sifat yang dicela, serta bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji

"Hai jiwa yang tenang (mutma'innah). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku" (Al-Fajr: 27-30)

Di antara sifat-sifat yang terpuji adalah:

1) HIKMAH- berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam syahadah serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.

- Rasional
- Celik akal
- Maarifah
- Bercakap benar
- Menegakkan kebenaran
- Kesyukuran
- Takutkan Allah SWT
- Kerajinan
- Prihatin
- Berketerampilan

2) A'DAALAH (adil)- Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah islamiah

- Kasih sayang- Tips untuk menguatkan kasih sayang antara sahabat adalah menyuap makanan kepada sahabat kita. Pernah try tak sebelum ni? Try la... =)
- Silaturrahim
- Berterima Kasih
- Baik pertimbangan
- Toleransi
- Saling bermaafan
- Bermarwah- hias diri dgn budi pekerti mulia melalui tuturkata, tingkahlaku, pakaian dan pergaulan
- Ibadah
- Sensitif kepada kezaliman
- Kejujuran
- Kerjasama
- Semangat bermasyarakat
- Bermuafakat

3) IFFAH- mengawal nafsu drpd perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang maaruf serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak

- Malu
- Kesopanan
- Sabar
- Baik hati
- Murah hati
- Kebebasan
- Qana'ah
- Berdisiplin
- Daya usaha
- Sejahtera
- Wara'
- Wasatiyah
- Kebersihan
- Menghargai masa
- Dedikasi

4) SYUJA'AH- Sanggup berjuang dgn penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maarwah dgn kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa

- Berjiwa besar
- Yakin diri
- Hemah tinggi
- Tetap pendirian
- Istiqamah
- Berani mencuba
- Tahan lasak
- Berdikari
- Berani berjihad


Nafsu Ammarah: Nafsu yang mengajak kepada sifat-sifat yang tidak elok, dan yang dikeji,suka kepada kesenangan, kerehatan, cinta dunia, takut mati dan segala sifat yang dibenci oleh Allah SWT dan manusia.

Nafsu Lawwamah: Nafsu yang berada di antara dua persimpangan, baik atau jahat, akan tetapi lebih berat kepada kebaikan dan terjaga dari kealpaan yang melanda dirinya.

** Sila check diri masing-masing, moga diberi kekuatan untuk menghindari dan mengawal nafsu
** Marilah bersama-sama menghiasi diri dengan segala sifat terpuji dan mulia, serta berdoa agar Allah SWT menetapkan hati-hati kita di jalanNya...

wallahualam


Saturday, June 02, 2007

Darjah 5

Selamat Hari Lahir yang ke-11 untuk Faeez dan Fareez....my beloved nephews. Antara 7 org anak saudara aku, diorang berdua yang paling manja dengan mak sebab dari kecil lagi mak yang jaga diorang.
Call mak tengahari tadi, pastu mak bagitahu Abang (Faeez) bagi kata-kata nasihat untuk aku.....haha
Amboi2, rajin betul bagi nasihat untuk Mak Su diorg ni....hehe. I appreciate that.
Isi nasihat tu, lebih kurang sama dengan nasihat yang aku terima few years ago from Adik (Fareez), cuma kali ni..nampak la matang sikit sebab dah umur 11 tahun..hehe

1- Bila dah berjaya nanti, jangan lupa diri
2- Bila dah berjaya nanti, jangan lupa ibu dan bapa
3- Jangan tinggal solat

Terimakasih....Doakan Mak Su yer. Adehh...rindunya kat diorang! Kalau aku pening-pening kepala, diorang la tempat aku bergelak ketawa sebab setiap kali aku call diorang, mesti ada jer cerita-cerita yang nak diceritakan especially Adik. Suara dahla kuat, pastu...cakap tak henti-henti....hehe
Moga Allah memberi petunjuk kepada anak-anak saudaraku dalam mengharungi perjalanan di dunia ini...