Sunday, January 14, 2007

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.

Terasa lama tak menjenguk blog ni. Erm, ntahla....ketandusan idea nak menulis ditambah sikap yg tidak proaktif kot..huhu. Ish3....berubah2!!
Anyway, pejam celik pejam celik..dah masuk 2007. Baru jer abis psychiatry attachment yang aku pun tak rasa.....7 minggu lamanya. Next monday akan bermula attachmentku yang baru iaitu Paediatrics! Setelah bermalasan sewaktu buat psych...moga2 kerajinanku akan datang kembali untuk paeds ini, Insya Allah. Lepas ni buat paediatrics selama 7 minggu, 15 Jan-2 March. I don't know what to expect in paeds...so, i'm just waiting for next week. Erm, setelah buat OnG dan Psych, aku rasa...aku lebih prefer OnG. Honestly, tak terasa aku sesuai ngan psych. Clinicalnya ok, tapi bila bab nak membaca.....aduhaiiiiii....lemah betul!! Apapun, Alhamdullilah...enjoy jugak la buat psych ni. Banyak jumpa patients dan case-case yang menarik. Best borak ngan patients dan best juga dapat berbonding ngan rakan-rakan Irish. Yela, bila masuk 5th med ni, banyak away ke peripheral hospitals. So, akan ada banyak peluang tuk kenal dengan lebih dekat classmates yang ada. Alhamdulillah so far my groupmates baik2 belaka. Tak terasa kekok sangat dengan diorang dan terasa comfortable tuk berborak2.

Kehidupan di sekeliling pun...erm, happening la jugak. I'm getting to know how complicated I am for the moment =) haha...selama ni tak sedar kot. Besides that, I also kinda get to know my 'friend' better and syukur alhamdulillah, i'm happy with all the things around me. Around me...meaning 'it just really around me'..hehe.

Not including all those things out there that makes your head pounding everyday. Erm, thinking of that...you can't really run away from it. Its our job, our duty. Whether you like it or not...accept the fact that you are created to do good things, to spread good things, to do da'wah. Believe in words of Allah, have faith in the promises kept for us.

Selama tak berblog ni, banyak spend masa membaca blog/ forum orang lain. Best jugak sebenarnya...dpt baca banyak cerita di malaysia, dapat info dan dapat ilmu, insya Allah. Tapi, yang tak bestnya....sikap balah-berbalah tu tetap ada. Erm, I don't want to go further about this....faham2 jela kot. Kalau tak faham, takpela....hehe. For me, yang pentingnya...amal maaruf, nahi mungkar. Kalau amal maaruf jer yang berjalan....nahi mungkarnya takde....tak ke mana juga usaha kita. Dalam kita mengajak kepada kebaikan, kita kena juga mencegah kemungkaran. Kita mengajak masyarakat kepada kebaikan, tapi camna nak cegah kemungkaran erk kalau kita just sorang2?? Apatah lagi situation di malaysia tu. Erm....fikir-fikirkan..

By the way, reportku masih belum selesai. Nak kembali kpd kerja yang harus dilakukan. Put first things first =)

wallahualam.

Thursday, December 14, 2006

Cantiknya bunga..


Cantiknya bunga..
Segar dan mekar setiap pagi, setiap hari..
Alangkah gembira sekiranya daku seperti bunga yang cantik itu
Segar dalam Islam, mekar dengan cahaya keimanan..

Cantiknya bunga..
Sekali kupandang tenang jiwa
Tak ada gundah gulana...
Tak ada sedih pilu...
Tak ada kerisauan dan kegusaran..

Cantiknya bunga..
Ciptaan Allah untuk hambanya
Sekali kulihat, Subhanallah...
hanya pujian yang dapat dilafazkan
hanya senyuman yang dapat ku ukirkan

Cantiknya bunga..
Berkembang mekar harum mewangi
Menghiasi alam yang indah ini
Bersyukurlah wahai aku dengan ciptaan Allah
Kerana dengannya dapat aku rasai
secebis kedamaian...secebis ketenangan

-anonymous-

Sunday, December 03, 2006

One of the 'Therapy'

My latest favourite songs..suka sgt dgr lagu2 ni. The messages are clear for us. Enjoy these songs and take note the lyrics =)



Hanya kerak nasi..

Bila tgk blog sendiri..terasa cam nak tukar template...asyik yg sama jer. Tapi, disebabkan diriku yang agak malas di kala ini untuk melayan benda2 berteknologi ni, maka niat tu disimpan dahulu..hehe. Takpela yer..

Mekasih la Pulut..suruh saya update blog ni...kekeke. Saya ketandusan idea la nak menulis. Nak menghurai isu2 pun..tak berkesempatan (alasan la tu...heheh). Anyway, kat bawah ni just story yang saya 'copi dan pasta'. Maybe rakan-rakan semua dah pernah membaca, tapi baca jela sekali lagi...tak rugi


Appreciate mak ayah kita selagi mereka masih ada. Selagi mereka masih hidup, doa mereka tak pernah putus untuk anak-anaknya. ..tapi, bila mak ayah kita pergi dijemput ilahi, hidup terasa lain sebab tak dapat lagi merasa keberkatan doa mereka.

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang ..orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih..yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...

Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg menyayat hati.

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..."ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapatak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab 'mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'..'takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya...zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang.

Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.



* Sekarang saya tgh buat attachment Psychiatry di Acute Unit Psychiatry Ennis (best dari Galway sbb patient sana ramai and interesting plus consultant semua baik2 belaka). Kat Ennis for 2 weeks, then back to Galway. Its quite handy sbb kitaog menumpang classmates Irish yg drive ke sana. One hour journey every morning...so, not too bad. Alhamdulillah. Walaupun timetable setiap org lain2, buleh juga balik skali waktu petang tu sbb John Morley sanggup untuk menunggu semua org..hehe. Untuk minggu pertama ni, saya attach dengan Dr. Reynolds. He handle the old age sector. So, setiap hari...saya akan berjumpa la dgn makcik2 dan pakcik2 yang ada dementia, Alzheimer's...dan macam2 la lagi. Saya enjoy borak2 ngan patient yang ada, tapi bila sampai bab nak baca buku psych ni...Ya Allah, susah betul..huhu. Moga pasni akan timbul la kerajinan dan kemahuan untuk study bersungguh-sungguh. Insya Allah.

*Anyway, patient Dr. Reynolds semua berumur 65 thn ke atas. Susah sebenarnya nak jaga org2 tua ni. Perlukan banyak kesabaran. Bila dah semakin tua, perasaan diorg mudah terasa, lebih sensitif. Bila buat attachment ni, saya dapati anak-anak banyak yang menghantar makayah diorg ke nursing home bila diorg tak boleh nak menjaga parents diorg. Seperkara lagi, bila ada clinic...mak ayah yang tua tu, dtg berdua jer..tanpa anak2. Sambil mengikuti consultation, saya melihat makcik pakcik yang dah tua, rabun, tak larat berjalan dan sebagainya.... saya terfikir....kenapa jadi seperti itu, mana anak2 diaorg yang ramai tu, macamana pakcik dan makcik ni dtg sini, macamana kalau jadi apa2 kat diorg dlm perjalanan nanti, siapa yang nak menjaga diorg....

*Erm, macam2 timbul di kepala di kala itu. Situasi ni di Ireland la. Agaknya, di malaysia macamana ye. Sepanjang menjadi medical student dan buat attachment di sini, banyak benda dapat dilihat, banyak benda yang dapat dipelajari. Ya Allah, bersyukur sangat2 kerana diberi kesedaran seperti ini. Dan moga2 kesedaran ini akan berterusan bila saya dah berkeluarga nanti. Risau, kerana kita tidak tahu macamana kita di masa hadapan. Berdoa agar hati ini tetap diberi petunjuk oleh Allah. Moga hati ini terus ikhlas dalam melakukan tanggungjawab sebagai seorang anak. Janganlah terlintas di masa hadapan walau secebis rasa 'menyusahkan' di hati ini. Nauzubillahiminzalik.

*Hari Rabu lepas, saya ikut SHO berjumpa dengan sorang patient di female ward Ennis. If I'm not mistaken she in her 70's. Di sepanjang interview, bila makcik ni cerita mengenai diri dia, dia akan menangis dan laju jer air mata dia mengalir. Bila dah nak beredar, dia wish good luck dan peluk saya. Sayu dan terharu....

*Anyway, selepas rakan-rakan baca cerita di atas tu...apa yang rakan-rakan rasa? First time saya baca....air mata ni dah mengalir dengan lajunya, ditambah pula dah seminggu bersama org2 tua di Ennis. Sedihh!!

*So rakan-rakan, apakah conclusion yang dapat dibuat? silala buat kesimpulan masing-masing...semua dah pandai2 belaka kan..hehe =). Untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan yang disayangi, banyak2 lah berdoa untuk makayah kita. Redha Allah, terletak pada redha makayah kita..

wallahualam

** maap ler kalo ayat berterabur...
** moga bermanfaat

Friday, November 17, 2006

Dude, what r u fighting for?

Dari "Troy"
Tatkala kapal layar hitam pasukan tentera upahan Achilles menghampiri pantai Troy, Achilles legenda tersohor itu menghadap ke buritan kapal dan menghunus pedangnya ke arah Troy seraya berseru, "Lihat itu! Apa di sana? Di sana ada KEABADIAN!" kata-kata semangat Achilles untuk ahli pasukannya bagi menghadapi bala tentera Troy yang tak pernah dikalahkan itu. Itulah tujuan peperangan mereka. Mencapai keabadian, menjadi legenda, untuk dikagumi oleh bangsa manusia selamanya...

Dari "Gladiator"
Tatkala Maharaja Rome bertanya kepada Jeneral Maximus, orang kanan kesayangan yang baginda mahu tabalkan sebagai penggantinya, "What are you fighting for?". Jawab Maximus "For Rome". Lantas ditanya lagi oleh Maharaja, "What is Rome? Have you ever been to Rome?" Maximus tertunduk, menjawab "No".
Jeneral Maximus, hero Gladiator itu nyata berjuang untuk negara yang tak pernah dijejakinya pun hingga saat pasukannya berjaya meluaskan jajahan Rome atas nama penyatuan bangsa Greek. Murni, berjuang untuk bangsa dan negara. Namun, berdasarkan dialog filem terkenal itu, dia sendiri tidak pasti apakah negara Rome yang diperjuangkannya itu (sekurangnya tidak sehingga dia hampir dilantik sebagai Maharaja Rome)

Dari "Discovery Channel"
Dalam satu rancangan di saluran Discovery tentang pembinaan piramid, terdapat adegan salah seorang buruh piramid merenung piramid tika sampannya menyusuri tebing sungai Nil. Saat itu dia tiba-tiba seolah mendapat "revealation", akhirnya dia memahami untuk apa sebenarnya perit jerih puluhan tahun dia dan ribuan buruh lain membina piramid-piramid agung tersebut. "For the Pharaoh (Firaun)", Raja, Tuhan mereka.

Jadinya, untuk apa perjuangan?
Dari ketiga-tiga contoh tentang perjuangan dari kisah-kisah legenda itu, membuat kita lebih merasai, menghargai tujuan perjuangan dan Jihad di dalam Islam. Sebagai insan Islam, kita berjihad , melakukan segala untuk Tuhan Yang Esa. Yang mencipta, mengurnia, memerhati, menghisab, dan tempat kembali kita. Tujuan perjuangan kita tidak setakat mencapai keabadian, dikenang manusia hingga akhir zaman, tidak setakat negara dan bangsa, yang barangkali akan berubah atau lenyap kemudiannya, tidak untuk raja yang juga mati seperti manusia lain. Ketiga-tiga itu tidak abadi, mereka tidak akan mampu membalas setimpal. Bila benar-benar dirasakan jihad, perjuangan itu untuk Tuhan, yang Pemurah, yang mencintai kita lebih dari ibu yang melahirkan, benar-benar akan dirasai niat kita itu murni, agung, paling tinggi. Alangkah INDAH dan SEMPURNA.

-nisa'-

Hmm...depress/tension?

Kenapa aku?
Kerana ia ketentuan Tuhan
Kenapa aku?
Kerana ku masih diberi pengharapan rupanya
Kenapa aku?
Kerana aku masih disayangi rupanya
Kenapa aku?
Dan Allah tidak membebani sesuatu melainkan dengan kesanggupannya
Oh..begitu rupanya..
Hmm..tapi..kenapa aku
Wahai aku...kau mujahidah muda
Wahai aku
Kau seorang hamba
Hmm..sedih lagi?
Boleh jadi apa yang kau sukai adalah tidak sesuai bagi kamu
dan Allah lebih mengetahui apakah yang terbaik buatmu

Aku...aku...
Apakah kamu mengira kamu akan dilepaskan begitu sahaja
sedang kamu belum diuji?
Bangunlah aku..kerana...
Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah
Bangkitlah aku
Sesungguhnya dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenang...
Dan..semoga kesabaran menghadapi ujian ini..
diampuni dosa yang menimbun..
Dan..wahai aku..
Harga syurga itu mahal
Wah!...bangkitlah aku...
Wahai wanita muda
Wah!...bangkitlah aku...
Be strong!...yeah!

Thursday, November 16, 2006

When Harry meets Sally

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar iman rakan-rakan semua? Moga sinaran iman sentiasa terpancar dan sentiasa bergemerlapan. Lama kan tak bertanya khabar =)
Sekarang time untuk study sebenarnya. Tapi, terasa nak bercerita di sini walaupun tak ada cerita untuk diceritakan. 7 minggu bersama OnG dah selesai...Alhamdullilah. Moga segalanya berjalan dgn lancar...ameen. Bila dah belajar OnG, dah buat attachment...terasa cam suka lak kat OnG ni. Dulu tak masuk senarai 'cita-cita' pun. Tapi, rasanya sekarang ni Obstetricians and Gynaecologist dah termasuk dalam senarai. Erm, sesuai ker?
Anyway, sekarang buat attachment psychiatry. Erm, attachment ni cam rilek sikit, tak sesibuk OnG. Kalau dulu, tak sempat pun nak fikir pasal makan ker apa...sekarang ni, jam 12pm dah takde benda nak buat. Tadi 1st time jumpa patient schizophrenia. Interesting juga psych ni rupanya. Nampak mudah, tapi tak la semudah yang disangkakan. Bila Dr. Carney tanya soalan, terdiam seketika..huhu. Tak dapat adapt lg kot. Moga-moga selepas ni okla hendaknya..insya Allah.

Jam 7pm tadi ada talk Syeikh Khalid, Imam Galway. Lama tak dengar talk dia. Tajuk harini..'When Harry meet Sally'. Erm, rasa cam tak pernah tengok movie ni...ker dah lupa...erm, takpela. Kiranya talk tadi menyentuh mengenai RELATIONSHIP. Slalu sangat kan kita dengar pasal topic ni. So, aku buat conclusion jela:

1. If you want to have a partner, do it in a Halal way
2. Avoid the Haram things, because it can affect our generation
3. Don't love somene extremely
4. Don't hate someone extremely

Banyak lagi rasanya konklusi yang dapat dibuat. Tapi, tu jer yang dapat difikir. Korang tambah la sendiri ye. Yang pasti, diri kita sekarang merefleks anak-anak kita di masa hadapan. Bagaimana layanan kita terhadap ibu bapa, begitu juga layanan yang akan kita terima. Bagaimana kita bergaul, begitu jugalah anak-anak kita akan mengikutinya. Jadi, marilah bersama-sama kita menjaga batas-batas pergaulan kita. Perkara ini nampak seperti remeh, tetapi ia adalah sangat penting. Kalau di masa muda kita asyik bercinta sehingga melupakan ibu bapa, pelajaran dan ajaran agama..mahukah perkara yang sama terjadi kepada anak-anak kita nanti? Nauzubillahiminzalik.
Gembira kan kalau ada orang yang menyayangi kita. Menyintai dan dicintai itu tidak salah jika niatnya hanya kerana Allah. Cinta itu indah jika dasarnya adalah Allah. Jika niat di hati itu suci, maka hukum syariat Allah akan sentiasa menjadi benteng untuk kita menjaga batas-batas pergaulan. Rasa-rasanya, senang ke susah nak menjaga pergaulan? Macam Syeikh Khalid cakap tadi, if you want to have a partner..then do it in a Halal way. So, kahwin jela..kan senang. Perkahwinan itu suatu ibadah, maka serahlah penggantungan kepada Allah.

Erm, dah tak tahu nak menulis apa. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar ditambah dan ditetapkan iman di hati. May Allah swt. protect all of us.
walaahualam

Saturday, November 04, 2006

Di kala itu..

Mengapa perlu berasa berjauhan dari Yang Esa, Sedangkan Allah sentiasa merahmati hamba-Nya yang sering terlupa, leka dan alpa terhadap-Nya.
Kepada siapa yang harus dipinta?
Tentulah kepada Maha Pencipta..

Tuesday, October 31, 2006

Ambillah waktu..

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu nilai untuk keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga


* tgh ngantuk sgt2, so ambil waktu untuk berehat seketika...kerana mata ini tak mampu untuk berjaga..huhu
* masa adalah membazir jika tidak diurus sebaiknya, ambillah waktu merenung diri, bermuhasabah seketika..

Sunday, October 29, 2006

senyum seindah suria


Lagi 2 minggu ada OSCE n mcq tuk obs and gynae!! Blaja2!! Case report pun x abis lg!! Adehh...berusahalah!!
Anyway, on call smlm tak byk yg happening...patient tak banyak. Tapi, aku berjaya assist tuk C-section. So, not too bad. Ada scene yang buat aku sedih, tapi takpela..tak yah la citer kat sini. I'll get through that sadness after this. Dalam kesedihan tu, ada gak something else yang menggembirakan aku. Masa on da way nak ke hosp smlm, terselisih ngan 2 beradik ni. Twins rasanya. Umur dalam lebih kurang 4 thn. Diorg tgh main tembak-tembak dlm kereta...kuat jugak la suara diorg. Agaknya tgh tunggu mak diorg kot. Masa aku lalu sebelah diorg, yg sorang ni senyum kat aku..comel betul!
Tiba2, dia ckp "Lets shoot her" (yela, diaorg tgh main tembak2 kan). Aku senyum jela. Pastu yg sorang lg lak perasan aku ada kat situ. Dia terus ckp "No! We cannot shoot muslim! She's my friend! " huhu....Terharu aku mendengarnya....dahla diorg comel. Baru umur 4 thn..tapi, dah ada good value in them. Yang bestnya, bila teringatkan diorg, mesti aku senyum. So, that's good for today =)

Friday, October 20, 2006

Salam Perantauan

Galwegians....uihh..ramai rupanya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.
Ramadhan dah nak pergi meninggalkan kita untuk tahun ni....
Syukur Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, di saat ini..kita masih dipanjangkan umur untuk merasa nikmat Allah di bulan yang mulia, bulan Ramadhan.
Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan...Manfaatkan hari-hari terakhir ini dengan sebaik-baiknya. Kita tak tahu samada kita masih berpeluang untuk Ramadhan akan datang.
Di kesempatan ini...nak memohon kemaafan andai ada tersilap kata dan bahasa. Kepada semua rakan-rakan dan sesiapa yang menyinggah di blog ini...ribuan kemaafan dipohon. Mana la tahu..kot2 ada terbuat salah kan..=)
Tahun ni masuk tahun ke-5 aku beraya di Ireland..huhu. Semalam homesick!! Terasa rindu sangat nak dengar suara ibundaku. Tapi apakan daya..kreditku abis lak...huhu. Tak sabar nak phone umah pasni.
Warga Galway tahun ni dah semakin bertambah...sampai aku pun dah konpius dgn adik2 yang ada..hehe. Bila adik2 ni panggil aku 'akak'....erm, terasa : dah tua aku ni rupanya. Anyway, moga semua urusan dipermudahkan dan diredhai Allah. Bersyukur dengan segala nikmat Allah, bertawakkal dan berserah kepadaNya. Moga amalan di sepanjang Ramadhan diterima olehNya dan moga kita istaqamah dalam setiap amalan..insya Allah.

Saturday, October 14, 2006

adehh...

20 Ramadhan 1427.
Ya Allah...cepat sungguh masa berlalu. Dah masuk 10 malam terakhir.
Aku skrg kat Mid-Regional Maternity Hosp, Limerick. Kena dok labour ward 5-9pm. Tapi, nak buat on call malam ni sebab banyak lagi deliveries yang aku tak tgk. Desperate for signatures nih..huhu.
Dah 2 hari berbuka sorang2. Baru aku tahu apa perasaan 'away'. Dulu Sani tak sabar2 nak balik galway lps dia away. Gembira bila jumpa kitaorg kat red house. Bila skrg ni, dah berada di tempat sani, dah 'away', erm...sedih!! Tak sabar nak balik galway!! weekend ni...aku dok sorang2, berbuka sorang2. Nak masak pun malas sbb aku jer yg nak berbuka..huhu.
Anyway, melayan blog seketika sbb takde patient kat labour ward. Adehh...nak balik umah pun, dah gelap ni. Angin kat luar kuat giler. Ntahla...tgkla camna. Moga2 adala deliveries mlm ni...

Saturday, October 07, 2006

Arah mana


Bismillahirrahmanirrahim.
13 hari sudah Ramadhan berlalu. Cepat kan. Moga hari2 yang berikut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Insya Allah. Next week i'm going to limerick for my obs and gynae attachment. Away time ramadhan..sorang2..huhu. Erm, banyak perkara dalam kepala sekarang ni. Nak buat tu, nak buat ni...nak study tu, nak study ni....nak fikir tu, nak fikir ni. This week, ada hari yang rasa down..ada hari yang rasa happy. Lumrah kehidupan..take it easily, Insya Allah =). Apapun yang pasti, minggu ni jer...dah dua kali aku call mak. Mak siap pesan...nak away nanti, tak yah phone dah pun tak pe..adehh. Tu la..phone lagi kerap2...hehe.

Tuhan..usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat,
Seperti yang Engkau pernah berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan..jangan pikulkan kami
yang tidak kami terdaya
,
Maafkan salah kesilapan
ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami..

Moga sentiasa dalam agamaMu...taat akan perintahMu.

Monday, October 02, 2006

Demi Masa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" Al-Asr: 1-3

Masa itu terasa berlalu begitu sahaja bagi hamba yang sentiasa leka dan lalai dengan kehidupan duniawi. Dua puluh empat jam itu tidak memadai baginya. Kenapa begitu? Kenapa nikmat masa yang Allah berikan itu tidak disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Andai masa ini terhenti sekalipun, ia masih tidak cukup buat hamba yang tidak tahu menggunakan nikmat Allah tersebut.

Diri ini terpaku seketika, terdiam. Adakah aku lalai dengan nikmat Allah? Adakah aku menggunakan nikmat Allah itu dengan sebaiknya? Sedarkah betapa ruginya masa yang berlalu tanpa aku mengingati Allah, tanpa aku menyebut kalimah zikrullah?

Alangkah ruginya kita yang membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Masa yang berlari laju meninggalkan kita yang masih terkapai mencari sinar Allah. Adakah aku termasuk di dalam golongan yang merugi yang dikatakan oleh Allah itu? Sedarlah wahai hamba, dirimu sentiasa diperhatikan Allah. Dirimu sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Terpulang kepadamu untuk melalui dan menghadapi ujian-ujian tersebut. Berusahalah sedaya mampu untuk menjadi golongan yang beriman yang beramal soleh. Berlumbalah kalian mengisi waktu dengan perbuatan yang baik agar masamu itu tidak pergi dan berlalu dengan sia-sia.


* Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu yang lemah ini. Bimbinglah daku ke arah sinar-Mu. Tunjukilah daku jalan yang lurus yang Engkau redhai.
* Pesanan kepada diri dan sahabat sekalian...gunakanlah masa yang Allah kurniakan kepada kita dengan sebaiknya. Kita tidak tahu bilakah Allah akan menarik kembali nikmat-Nya ini. Sentiasalah bermuhasabah, merenung diri, menginsafi atas segala kesilapan selama ini. Renung kembali apa yang kita lakukan dalam sehari-hari. Adakah lidah kita ini basah mengingati Allah? Betapa ruginya kita yang lalai dengan nikmat masa yang Allah berikan ini.

wallahualam

Saturday, September 30, 2006

kasih sayang

Bismillahirrahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Pagi ni Sani yang kejut aku bangun sahur. Power betul suara dia yg mmg dah power tuh..hehe =). Hari before tu, Husna yg kejutkan aku. Klakar, sbb aku bangun and then cakap timakaseh kat dia. Pastu..aku tido balik! adehh. Korang mengumpat aku erk pg td..ish3. Anyway, insya Allah pasni aku akan rajin bangun sahur. Sunnah Rasullullah... rugi bila few days ago aku tak terjaga untuk sahur.
Pagi ni jugak..terasa lebih tenang dari hari2 biasa. Kenapa erk. Sbb weekend ker? erm, maybe. Last thursday adalah 1st on call aku utk obs and gynae. Before ni, dah penah buat attachment kat mesia. Tapi, aku rasa biasa jer. Bila dok di labour ward kat galway..rasa lain pulak. Aku terharu tgk Irish couple ni. Bila melihat baby yang dikandung selama 9 bln kini berada di depan mata, mengalir air mata couple tu.
Tiba-tiba, terus teringat kepada mak dan abah di rumah. Terbayang segala jasa dan pengorbanan mereka kepada aku selama ni. Mak terutamanya. Masa dia nak melahirkan aku, dia kena asthma attack. Overdue lak, so I was born through caesarean section- classical caesarean section. Dah postnatal, ada infection kat stitching part. Kesian mak time tu...aku dah boleh balik rumah, dia still kat hospital...huhu.
Bila dah besar ni, sedih bila teringat segala kepayahan yang dilalui oleh mak dan abah. Sebagai anak, hormati dan sayangilah ibu bapa selagi mereka ada di sisi kita. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat. Teringat kata-kata mak kepada aku.

" Blajar rajin-rajin, baik dengan semua orang, jangan tinggalkan solat, jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan dok homesick sgt, blaja betul-betul. Kalau Allah nak mengambil nyawa mak dan abah, Dia boleh mengambilnya di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Jaga diri baik-baik, mak abah bukannya boleh tunggu sampai bila-bila".

HUHU...sedih. Sebab tu la rasanya aku rajin call rumah. Walaupun aku dah dewasa, dah boleh berfikir, dah boleh membuat keputusan sendiri....mak still menjadi tempat aku merujuk. Dialah ibu, dialah sahabat. Bila ada problem, dialah tempat untuk mengadu. Tak bermaksud nak menambah kegusaran dan kerisauannya. Tapi, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya itu pasti akan menenangkan aku. Doa seorg ibu itu akan cepat dimakbulkan Allah.

Dok di labour ward aritu berjaya gakla buat delivery. Alhamdulillah. First ever baby yg aku berjaya deliver...baby girl. Comel betul anak Irish ni. Well, semua baby pon comel..kan..heheh. Bila aku cerita kat mak, aku berjaya buat delivery, mak gelakkan aku. Erm, aku pun tak tahu kenapa dia gelakkan aku. Apapun, comforting words dia mmg best. Takkan jemu mendengarnya. Masa on call tu jugak, borak2 ngan sorang patient ni. Tetiba dia tanya aku: "Are you a first year student?" adehh....first year tuhh. Aku pun tak faham camna bleh nampak cam 1st year..huhu.
Anyway kenapa aku dok mengarut kat sini? Nak sambung study sat. Moga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Istiqamah dalam setiap amalan, tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini.
wallahualam

This path may be difficult

Wahai para pejuang kebenaran, suburkan semangat juangmu...

Tuesday, September 19, 2006

cheer up!

Bismillahirahmanirrahim.
Smlm pegi walimah Syeikh Khalid, imam di galway. Cantik decorations yg malaysian students buat. Nice job. Sementara nak tunggu food yg 'on da way'..borak2 ngan rakan2 dulu. Cik Marisa berkata: Bila ko nak update blog? Asyik copy paste jerr...mana aci...katanya lagi. =) hehe
Nak layan blog...tapi tak de idea la nak tulis apa. Kalau dok merepek jerr kat sini..sapa lak yang nak baca kan.
Anyway, harini pegi buat garda card di immigration office. Memang dugaan betul harini. Sampai kat industrial park tu kol 6.40 am kot. Pastu, kena beratur di luar tu sampai kol 8.30am. Kalo weather menarik tak pe. Tapi harini, nak ditakdirkan hujan lebat giler. Payung ada satu lak tu...share 3 org. Bayangkan dok beratur dalam hujan selama 2 jam...sejuk!!!! Basah kuyup gakla sementara nak tungggu office tu buka. Memang immigrants betul. Jumpa officer 5 minit jerr, tapi kena beratur dan menunggu dekat 5 jam lebih kurang..huhu. Bila pegi klas Psychiatry kol 2pm, apalagi...terlelap jela..huhu. Tu baru satu dugaan. Dugaan satu lagi...laptop aku buat hal! huhu. Baru jer seminggu balik Ire, dia buat problem lak...sabar2.
Kalau nak diikutkan, agak tensi la sekarang ni. Dahla nak start attachment Obs and gynae pasni. Tapi bila fikir2 balik, buat apa nak tensi2 kan. Ujian tu kecik jer pun. Allah swt nak menduga hambaNya. Setakat mana kesabaran hambaNya dalam menghadapi ujian dan cabaran. Umat Islam, saudara seagama di tempat lain...ujian diorg lagi besar. Apa sgt la kalau nak dicompare dengan masalah aku sekarang ni. Nak comforting words, call ibunda jela kan. So, cheer up! Insya Allah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan perkara yang berlaku =). Usaha, doa, tawakkal.

Friday, September 15, 2006

Camna nie??

Remaja disogok wang, perempuan, telefon bimbit supaya murtad?
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Hrkh) - Mutakhir ini isu murtad di kalangan remaja Islam semakin serius, malah ia menjadi satu ancaman kepada akidah umat Islam tatkala pelbagai pihak bukan Islam berusaha memastikan hak kebebasan beragama diiktiraf kerajaan Islam Hadhari.
Harakahdaily mendapat maklumat mutakhir ini, gerakan memurtadkan remaja Islam sedang giat di Seremban 2 dengan usaha lebih agresif dan berani mendekati golongan sasar terutamanya remaja lingkungan usia 17 hingga 25 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Surau Garden Homes, Azman Basra, mendakwa kewujudan kumpulan memurtadkan ini dikesan beroperasi di sebuah premis kedai dua tingkat berhampiran sebuah tokong Buddha di Bandar Seremban 2.
Kumpulan ini menjadikan golongan remaja sebagai sasaran kerana bagi mereka kelompok remaja lebih mudah didekati berbanding golongan dewasa yang lebih kuat pegangan akidahnya, kata Azman dalam satu pengumumannya di surau tersebut baru-baru ini.
"Golongan Kristianisasi ini menawarkan ganjaran berupa wang saku kepada remaja yang mahu murtad, malah mereka juga ditawarkan khidmat seks (bagi yang lelaki akan mendapat perempuan, dan yang perempuan akan mendapat pasangan lelaki) dan telefon bimbit," dakwanya.
Akibat tawaran yang agak lumayan ini, beliau mendapat maklumat ramai remaja dari taman-taman sekitar Seremban 2 murtad dan bilangannya cukup besar.
Menurut Azman, ada kes di mana seorang remaja yang dikatakan telah murtad hingga tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana dakwanya meminum sebotol air yang dinamakan 'holly water'.
"Ini suatu perkembangan yang cukup membimbangkan. Saya berpesan kepada jemaah semua agar berhati-hati kepada kumpulan tertentu yang sedang menyebarkan dakyah ini.
"Saya juga berpesan supaya penjaga memerhati gerak-geri anak-anak remaja yang cukup mudah terdedah kepada proses Kristianisasi ini," katanya lagi.
Berikutan perkembangan yang membimbangkan itu jawatankuasa surau kini sedang membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi menghalang usaha memurtadkan remaja ini tidak akan dapat berkembang, kata Azman. - lanh

* Risau betul aku bila memikirkan dan melihat keadaan di sekeliling, terutamanya di Malaysia lah. Macam mana la nanti nak menjaga anak2 di masa hadapan...
Apa yang kita perlu buat??

The Heart

The Heart of a Muslim




Allah looks not at how you LOOK...but what is in your HEART...

Oh Allah, purify the HEARTS of the Muslims....
Ameen.

Wednesday, September 13, 2006

pejam celik, pejam celik

Bismillahirrahmanirrahim.
Pejam celik, pejam celik, tup tup dah sampai Ire dah. huhu. Wajah makabah still dok terbayang lagi nih. Apapun kuatkan semangat, tabahkan hati. First day pegi lecture tuk 5th year. Hishh..cam tak percaya jer. Dah masuk 5th med dah. Alhamdulillah, selama ini, setakat ini diberi kekuatan oleh Allah swt. untuk berjuang di tempat org. Cuak gak nak pegi lecture tadi..Hopefully semuanya berjalan lancar selepas ni. Insya Allah.