Saturday, May 26, 2007

Hakikat

HAKIKAT

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah

Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku bertambah malu
PadaMu ya Rabbi
..............................................

Assalamulaikum wbt.
Terasa lama tak update blog ni, terasa lama tak post entry. Exam kan...plus tidak ada buah fikiran yang menarik untuk dicoret kat sini. Saja nak berkongsi apa perasaan aku di kala ini, di saat ini. Walaupun aku sendiri tak sure siapa yang menjenguk di blog aku yang agak entah apa-apa ni....erm, aku tulis jela..

Rakan-rakan pernah tak ada perasaan tak tenteram, tak tenang? Mesti ada kan...fitrah manusia. Harini, terasa nak call mak....rindu sangat-sangat nak dengar suaranya dan melihatnya di depan aku...huhu. Walaupun aku kerap call mak, rasa rindu aku tak pernah berkurang. Harini bila call mak.....aku rasa gembira, rasa tenang. Ayat yang dituturkan mak sentiasa menyejukkan hati aku ni, sentiasa membawa aku kembali berfikir akan setiap amal perbuatanku..

Lirik kat atas ni adalah dari kumpulan Durrani kalau tak silap. Aku suka lagu ni dan aku boleh dengar lagu ni berulang-ulang sehingga orang lain bosan mendengarnya....
Erm, bila dengar lirik lagu ni aku akan sedih dengan diri sendiri. Ditambah pula dengan conversation dengan mak tengahari tadi, ia membuatkan aku bertambah sedih. Memang diri ini banyak dosa dan memang terasa diri ini masih kurang amal padaNya. Kalau ditakdirkan nyawa aku dicabut...Ya Allah Ya Tuhanku...di manakah agaknya haluanku di akhirat nanti....huhu..

Iman manusia akan tetap naik dan turun, berkadar dengan amal masing-masing....kan. Setiap hari, tanyalah akan khabar IMAN rakan-rakan. Sihat atau tidak, naik atau turun...bergantung kepada diri sendiri. Ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Wallahualam

*conclusion for today: banyakkan istighfar dan selalulah muhasabah diri sendiri..Insya Allah.
*ok, Jom gi main Basketball!! =)


No comments: