Assalamualaikum.
Attachment start next week rupanya...alhamdullilah...masih ada waktu untuk aku membelek buku..hehe. Dah start new subject...Forensic Medicine ngan Social Preventive Medicine. Dulu2, cam suka ngan forensic, tp bila tgk gamba2 yg Prof Connely tunjuk dlm lecture tadi (gambar org2 yg dah lama mati, berulat, mati hanging..etc)...erm...tak tahu apa perasaan. Cukupla kot melayan CSI..huhu. Anyway, alhamdullillah, I learn something today from my usrah. Wasiat Rasulullah kpd wanita.
Wasiat yang dapat memperbaiki semua urusan wanita.
Dari Anas bin Malik r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w. berkata kpd Fatimah r.a: 'Apa yg menghalangimu untuk mendengar wasiatku kepadamu iaitu hendaknya engkau mengucapkan pada waktu pagi dan petang "Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah bagiku semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan diriku dengan sekilas pandang"
"Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatika astaghithu Aslih Lisya'niykulluhu Wa la takiluniy ila nafsi tarfata"
Wahai saudari Muslimahku! Inilah wasiat yg disampaikan oleh Rasulullah kpd puterinya. Puteri Rasulullah terlupa, maka Rasulullah mengingatkan. Wasiat ini harus diucapkan Fatimah siang dan malam hari, maka begitu jugalah yg perlu dilakukan oleh setiap wanita Muslimah. Pelaksanaan yang amat mudah dilakukan tetapi pahala dan timbangannya amatlah besar.
Apabila kita membaca doa ini, kita memohon kehidupan dari kehidupan yg dimiliki Allah, bukan kehidupan yg ada di tangan selain Allah. Sentiasalah ingat bahawa rahmat Allah amatlah luas, meliputi segala sesuatu. Maka, semua urusan kita disandarkan kpd Allah dan kita memohon agar diberi kebaikan dlm setiap urusan di dunia ini. Alangkah beruntungnya kita wahai rakan-rakan andai kita mengamalkan doa ini. InsyaAllah, Dia akan memenuhi permintaan dan memperbaiki semua urusan kita.
'Wahai Penguasa alam semesta, ampuni aku, sayangi aku dan rahmatilah aku. Tutuplah aib dan kekuranganku. Angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku. Tunjukilah aku, sehatkanlah tubuh badanku, dan maafkanlah segala kesalahanku...'
wallahualam
No comments:
Post a Comment