Wednesday, March 01, 2006

Maafkan saya kawan-kawan...


Assalamualaikum wbt.
Alhamdullilah..terasa nak post something arini. Sebelum tu, aku nk memohon maaf drpd rakan2 semua andaikata diri ini ada membuat apa2 kesalahan. Dalam kita bergaul dan berkomunikasi, kadang2 dalam tidak sedar, kita mungkin akan menyinggung perasaan seseorg tanpa kita sedari. Seandainya perkara ini pernah terjadi kepada diri kita sendiri, maka perkara yg sama juga mungkin berlaku kpd org lain di sekeliling kita. So, please forgive me...
Petang tadi, membelek2 buku bimbingan mukmin. Terasa nk membaca something different. Dah berminggu aku asyik menatap buku2 patho dan bacte, penat juga...hehe. Topic yg aku bc td adalah kitab adab pergaulan dan uzlah.
Some of the points that I can say here: Pergaulan yg baik itu dtg dari budi pekerti yg murni, manakala perpecahan dtg dari kejelekan budi pekerti. Kebaikan dan kemurnian budi pekerti akan melahirkan perasaan sikap saling mencintai, bersatu padu antara satu sama lain. Oleh sbb itu, hargailah nilai persahabatan dan persaudaraan yg kita ada sekarang. Semuanya ini adalah nikmat kurniaan daripada Allah. Apa faedahnya kita bercampur-gaul?antaranya...
Memberi pengajaran atau menerima pelajaran. Kedua-duanya ini adalah antara sebesar-besar ibadat yg kita boleh lakukan di dunia ini.
Memberi manfaat dan mendapat manfaat. Mengambil manfaat dpt dihasilkan menerusi usaha dan bermuamalah. Memberi manfaat pula dgn membuat sesuatu perkara yg mendatangkan manfaat kpd org lain, semata2 kerana mengharapkan keredhaan Allah semata2.
Pendidikan. Mendidik org lain dgn pelbagai nasihat di samping mendapat pengajaran untuk dirinya sendiri.
Penghiburan. Menghiburkan diri atau org lain adalah digalakkan terutamanya dlm urusan agama. Penghiburan kadang2 menjadi sunat kalau tujuannya utk melapangkan hati, agar sesudah itu akan timbul sbb2 yg akan mencerdaskan diri semula dlm melakukan ibadat. Ini kerana, hati itu apabila terlalu sedih dan risau, niscaya ia akan menjadi buta. Jiwa manusia itu tidak selamanya dpt dipaksa membuat yg hak semata2, selagi tak diberi kelapangan utk dihiburkan, dan dlm memaksanya menunaikan kewajipan2nya terus menerus akan menimbulkan rasa bosan dan perasaan meleset.
Mencari Pahala. Melawat pesakit, mengiringi jenazah, hadir bersembahyang jemaah. Menghadiri pertemuan yg baik, undangan2, kerana boleh menimbulkan kegembiraan dlm hati seseorg muslim.
Menyebabkan org lain mendapat pahala. Membenarkan org melawat di kala sakit dan sebagainya
Merendah diri. Tawadhu atau merendah diri merupakan darjat paling utama bg manusia.
Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan. Pengalaman hidup amat berfaedah bagi manusia. Berusaha, menuntut ilmu pengetahuan..semuanya didapati dari pelbagai pengalaman.
Rasullulah bersabda:
" seseorg itu menurut perjalanan temannya, maka hendaklah seseorg kamu memerhatikan siapa yg patut diajak berkawan"
Dlm pertemuan dgn kengkawan, biarlah semua perbicaraanya berkisarkan urusan2 agama dan perkara yg dpt menetapkan hati kita di atas yg hak dan kebenaran. Kalau dilihatkan kpd realiti hari ini, terasa sukar kerana keadaan sekeliling kita penuh dgn dugaan dan cabaran. Terlalu byk hiburan yg melalaikan. Walaubagaimanapun, jgnlah ia menjadi alasan utk kita. InsyaAllah, mari kita berusaha agar pergaulan kita sehari2 diberkati dan diredhai Allah dan kita semua sama2 mendapat kebaikan daripadanya.
wallahualam.
Time to study! =)

No comments: