Sunday, March 05, 2006

How to deal..?

Assalamualaikum wbt.

Rajin pulak aku semenjak dua menjak nih melayan blog. Walaupun aku rasa benda yg aku post kat sini benda yg biasa...tp, sgt2 berharap dpt memberi manfaat kat sesapa yg bc. Apa yg aku tulis kat sini..adalah apa yg aku rasa..apa yg aku fikir. So, kalo korang ada apa2 suggestions, komen ker..sila la. Baru abis bacteriology practical exam last thursday. Ada exam MI (medical informatics..huhu..byk dah lupa nih) dan 2 oral yg menunggu. Belum ada motivasi tuk blaja lagi..huhu..sila la nasihatkan aku nih! InsyaAllah, akan start blaja betul2 esok..tgh mengumpul kembali aura tuk blaja. Tp, yg aku tgk..semua rakan2 aku pon sama jerr..tak der perasaan nak membuka buku lagi. Aku ni pun, kat umah membe aku sebenaqnya nih..melawat kengkawan setelah lama tak borak2. Ukhwah sesama saudara Islam adalah penting. Anyway,tgh tunggu membe aku settlekan kerja dia sket..so, aku layan la blog ni dulu.

Bleh aku tanya, kenapa muslimat slalu dikaitkan dgn lemah, susah tuk bg pendapat, susah tuk lontarkan soalan, susah tuk bergerak tuk berjuang??? erm, sedih bila aku baca ayat2 sebegini. Setiap drpd kita diciptakan dgn kelebihan dan kelemahan masing2. Ada yg Allah ciptakan bersuara lantang, outspoken..bleh jerr berpidato dsg. Ada pula yg jenis softspoken, pendiam. Macam2 character ada kalo nk disenaraikan kat sini. Kita tak boleh la nak samakan seseorg individu dgn individu yg lain. Mmg kita mahukan muslimat yg mantap dlm segala segi, tp aku rasa kita kena la consider setiap individu itu berlainan. Environment di mana dia dibesarkan lain, surrounding dia lain..didikan ibu bapa lain. However, ini bukanlah bermakna muslimat tu tidak boleh berubah.
Apa yg aku nk katakan adalah, yakinlah pd diri anda sendiri wahai muslimat sekalian. Aku mengaku, aku sendiri bukanlah seorg yg outspoken...masih berusaha mengatasinya. Susah untuk aku mengeluarkan pendapat apabila berada di tgh ramai (public speaking). Tp, apabila dgn rakan2 yg lain...bleh la pulak aku berckp, kuarkan pendapat. However, it doesn't mean that you cannot contribute something if you're not outspoken. Ada byk cabang dlm berdakwah...janganlah rasa inferior. Seorg sahabat aku slalu memberi kata2 yg aku rasakan sgt bernas. Cuma, kadang2 caranya itu menyebabkan aku terasa inferior tuk memberi pendapat aku sendiri dan terasa diri ini dinilai. End up nya, aku simpan jerr dlm hati...erm, trying my best to improve and overcome that feeling. So muslimat, rakan2 sekalian..marilah kita berusaha bersama2 memantapkan diri. Aku penah dgr pengisisan dari seorg Ustazah. Ustazah ni ckp, perempuan ni..lembut (sekeras2 mana pon dia....dia tetap lembut sebenarnya), dan dia memerlukan sokongan. So, sokonglah rakan2 anda! =)
Nak stop jap, nanti aku sambung kat umah yer..
Ok, dah sampai umah. Bleh sambung tulih..hehe. Gembira jumpa kawan2. Dah lama rasanya tak berborak, bertanya khabar. Jumpa pon b4 ni..kat exam hall. Yang pastinya, aku gembira melawat kawan2 aku (nasib baik umah korang dekat2..satu kampung..hehe). Erm, nak sambung apa yer...cukup la kot aku ckp psl muslimat. Opinions aku jerr pon..mungkin betul, mungkin salah.
Aku belajar something arini, hasil diskusi ngan rakan2. Discuss psl salah satu buku syeikh yusuf qardawi. Salah satu topic dlm buku tu adalah mengenai dakwah and education-how to deal with culture? Aku rasa kita semua insyaAllah tahu kan tanggungjawab masing2. Apa yg aku ngan rakan2 aku diskas adalah mengenai keadaan kat mesia (berdasarkan tajuk dan isi2 dlm buku tersebut). Kalau kita tgk remaja2 yg ada sekarang..semuanya lain kan dari time kita muda2 dulu (80's babies erk). Diorg sekarang lebih expressive dan susah untuk menerima pendapat org tua2. Camna kita nk deal ngan remaja2 sekarang? tak dinafikan, ada yg bagus..baik2 belaka. Cuma, saban hari yg kuar dlm suratkhabar adalah case2 remaja yg semakin teruk akhlaknya. Penin bila baca..macam2 ada. Rogolnya, berpesta dlm apartment campur lelaki perempuan..dgn drugs and arak...huhu. Mmg nafsu semata-mata!! tak ingat Allah langsung!! Apa nak jadi nih? Tu tak tgk lagi khurafat yg dilakukan. Kawan aku ada citer td, ayah die tak sihat..pastu ayah die pegi la mengurut ngan sorang pakcik ni. Kebetulan pakcik ni..bomoh la (bomoh yg diperkenalkan oleh org lain, ayah die tak kenal pon). So, time ayah die pegi nak mengurut tuh...punya la ramai budak2 muda kat situ. Semua dgn bawak gamba la..nak santau org la...mmg mcm2. Bila tanya, kenapa nk santau2 ni..ckp saja suka2..huhu. Tak der keje dah ke budak2 nih????? Mungkin citer ni, tak der la kuar paper..tp, ia adalah realiti yg kita pon takkan tahu kalau org tak ckp. Aku pon baru dgr td..so, just nak share ngan korang.
Kalau difikir2kan, cukup ke ceramah kat masjid sahaja? pastu dok citer pasal rukun Islam, solat,...remaja sekarang cepat bosan. Camna kita nak menghadapi benda ni? kalau dilihatkan, tauhid dan akidah sgt2 la penting utk remaja2 sekarang. Mereka baru nak mencari arah. Dgn hedonisme pulak yg semakin menjalar...erm, mmg mudah untuk diorg terjerumus.
Muslim is judged by Islam, but Islam is not judged by muslim. Korang semua faham kan. Kita semua ada tugas masing2. Kita kena cuba sedarkan kpd saudara seislam tentang ajaran Al-Quran dan sunnah. Ajar tentang tamadun2 Islam..timbulkan kesedaran dlm diri mereka. Camna kita nak deal ngan golongan remaja khususnya??
1) curative
2) preventive
Curative: Bring them to the truth. Approach secara berhikmah..jangan terus straight to the point. Terkejut diorg kalo jumpa2 terus jer ckp..'benda ni salah ni...tak boleh buat camni'. Terus diorg tak dekat dgn kita. So, kena tahu the best way nak approach diorg. Macam seorg rakan aku nih, dia sedih dgn keadaan di tempat dia. Dia ckp..the best way tuk dekati rakan2 dia nih adalah dgn join aktiviti2 diaorg. At least from this, you can get to know the person and try to advise him slowly...softspoken. Masalah di setiap tempat berbeza2, namun kita harus bijak memilih cara untuk dekati rakan2 seperti ini. Apapun, terpulang kpd diri sendiri, kalau rasa tindakan kita betul, maka teruskan. Kalau kita sendiri rasa was2 dgn tindakan kita, maka cari alternatif lain. Allah akan tolong dan permudahkan urusan hamba2 yg bekerja untuk agamaNya, InsyaAllah. Bagi muslimat, perlu ke mengubah cara pemakaian untuk mendekati org lain? seorg sahabat aku menyatakan pendapatnya, bahawa die tak kisah kalau muslimat tukar pakai tudung 3 segi (tp, still menutup aurat) untuk mendekati rakan2 lain. Aku rasa, tudung 3, 4 segi ker...bulat ker..that is not the problem. Maybe ada la kot masalah..tp, I think that is not the main problem. Erm, bagi aku..jika kita selesa dgn penampilan kita, kita rasa confident..maka org lain akan turut selesa dgn kita. Personality kita sgt penting. Org akan dekat dgn kita bukan dgn setakat melihat penampilan. Kalau pakai tudung 'bulat' pon, tp perangai ntah apa2..susah gak. Alhamdullilah setakat ni, di tempat aku tak der la problem sgt. Mungkin community kecik dan aku rasa rakan2 aku di sini...semuanya bagus2 belaka. Bersyukur dan gembira kerana dikurniakan rakan2 yg dpt membawa kita ke arah kebaikan. Aku sayang korang! (ok, back to the main point, camna nak deal dgn remaja zaman sekarang).
Preventive:Protect the youth from all the ideology. Semua 'isme' yg ada tu, kita cuba elakkan. Jgn biarkan remaja2 terjerumus. Camna nak buat? bina suasana Islamic, budaya Islam. Remaja2 yg ada sekarang baru hendak mencari halatuju..maka, kita harus menolong agar mereka tidak terjebak dgn ideology barat. Kiranya, cam bagi 'vaccine' la kat diorg. Nak prevent disease, TB contohnya, kita akan bg BCG vaccine. So, samala dgn remaja2 ni. Satu lg, jgnla kita hanya 'syok sendiri' dalam berdakwah. Ckp dgn mantap..tp, org tak faham pon apa kita ckp. So tak effective la jugak. Bila nak menyampaikan nasihat, ikutlah level setiap org...jgnla terlalu direct dan janganla slow sgt..depend on the person we're talking to. Yg paling penting...tegur or bagilah nasihat dari hati ke hati. Ingatlah, remaja2 ni adalah saudara kita. Kalau kita sayang seseorg, maka kita tak nak benda buruk terjd kpdnya. So, kalau kita sayang saudara kita, maka bantulah saudara kita ke jln Allah.
Erm, cukuplah kot. Dah panjang dah nih. Satgi tulis panjang2...diri sendiri jer yg baca..hehe. Takder org nak bc. Kesimpulannya, ni adalah serba sedikit hasil discussion ngan rakan2 aku. Teorinya nampak senang, tp realiti..practicality..semuanya ada cabaran dan dugaan. Moga2 Allah kuatkan semangat kita semua untuk mengharungi cabaran tersebut. Bercakap mmg senang..menaip mmg senang. Tapi, nak terjun ke dunia sebenar di luar sana..belum tentu senang dan susahnya. So, be prepare!
wallahualam.

No comments: