Friday, March 31, 2006

Cerita hari ini..

Assalamualaikum
Cerita pertama:
Nothing important, just wanna share jokes for today. Klas arini start kol 2pm- social preventive medicine (SPM). Lecture selama 2 jam. B4 nak p klas, tunggu masuk waktu zohor dulu 1.42pm. B4 tu lagi...dok borak2 ngan Fetah psl egypt. Nak dipendekkan cerita, kitaorg kuar umah kol 2 lebih. Sampai csi kol 2.20pm.
Dah sampai kat 1st floor tuh, terus la masuk large lecture theatre (LLT) sbb dlm timetable cakap LLT. Dengan yakinnya ditambah kecuakkan yang ada, kitaorg pon masuk la dlm lecture hall tu (lewat 20 minit nihh...adehh). Tetiba terdengar suara dan terlihat abang Gerald Flaherty (Specialist registrar kat galway hospital) sedang bercakap di depan tu. Dalam hati "bila lak abang Gerald ajar SPM? mantapnya..semua dia ajar..".
Pastu kan, setelah mengambil tempat duduk...pelik la jugak...apsal muka2 kat sebelah aku ni, tak familiar pon? Then, ternampak muka2 dak 3rd year...."ehh, kenapa budak2 ni blaja SPM.."
Akhirnya, diriku tersedar....aku silap kelas rupanya!!! heheh..
Apalagi, cepat2 memandang Fetah yg duduk kat atas skali. Fetah pon cam pelik...kenapa blaja soklan 1st MCQ...kenapa abang Gerald....kekeke.
Bila dah kuar LLT, baru terperasan lecture SPM kat small theatre rupanya (SLT). Fetah masuk n jenguk2 dlm tuh. "Ramailaaa..penuh! camna ni? seat yg ada tinggal yg kat depan jerr. Depan pakcik Diarmuid O'Donovan..."
Dua-dua termangu2 kat depan pintu SLT. "Nak masuk ke aaa?? lambat giler dah nihh.." aku lak ckp. Tetiba, kuar ayat dari Fetah yg aku tak penah fikir kuar dari mulut die.." Jom kita ponteng!" haha...aku pon jawab.."Jom!"
Memang la ntah apa2 harini. First time ponteng klas camtu...dah depan2 lecture hall tuhhh..heheh. Last2, kitaorg melayan internet kat atas csi. Memang partner in crime betul la kitaorg nih harini. Mekasih yer Zai @ aqa and Dian =) jasa korang dikenang (anyway, korang tulih kan??)
Moral of the story:
- jangan la ponteng klas...TAK BAGUS untuk diri anda
- lain kali, cepat2 la siap yer..jgn dok borak2 b4 nk p klas..huhu..nanti masuk kelas yg salah..
- kalau tahu umah jauh dari csi, dgn weather yg basah2..kuar la awal sket...keke
- BERUBAHLAH anda sebelum anda DIBERUBAHKAN..
- ish3....insaf sket!
- berhikmah la kalau nak ponteng..jgn depan lecture hall baru decide nk ponteng..penat woo jalan dalam ujan2 nih..
- Serius sedikit: Anda membawa nama ISLAM, so..sentiasa ingat ni. Kalo lewat p klas....rakan2 Irish tak tengok kita...diorg akan tengok religion yg kita bawa...huhu.
- Kita bertanggungjawab menjaga nama ISLAM. So, sentiasa beringat!!!
* first time ke aku ponteng??...erm, yeke... I don't think so...Lps nih, rajin2 la kita p klas yer Fetah =)
Cerita kedua:
Berborak ngan sister Maliki tadi. Dia originate from France. Exchange students programme kat Uni sini. Dia blaja Economy. Katanya, lepas ni..dia nak exam. Pastu, akan balik ke France jumpa family, then sambung practical. My friend (cik Maedy kita..) ajak la dia dtg kerja kat Mesia. Dia ckp, dia nak. Tapi, kalau camtu, dia terpaksa kerja ngan France embassy kat Mesia. Kalau kerja kat embassy tu pulak, dia tidak dibenarkan memakai tudung! huhu....mengapakah??? sedih aku mendengarnya...
Bersyukurlah kita kerana dimudahkan Allah dlm setiap urusan. Bersyukur kerana selama hidup ni, tidak pernah berlaku perkara sedemikian. Kita bebas memilih dan mengamalkan suruhan Allah yg wajib ke atas diri kita. Alangkah ruginya mereka2 yang tidak menggunakan nikmat kurniaan Allah ini. Kita bebas mengamalkan suruhan Allah, tapi lihatlah realiti hari ini...berapa ramai yang bertudung?...dari peringkat atasan hingga bawahan. Yang memakai tudung, syukur Alhamdulillah...dibukakan pintu hati untuk itu. Marilah bersama2 memperbaiki diri kita agar personality kita setaraf dengan nilai tudung ini. Pelik dengan pemimpin yang mempertikaikan pemakaian tudung. Nama je Islam, tapi pemahaman mereka?????
wallahualam

1 comment:

mazni said...

isy isy isy...ape la nak jadi dgn budak sorang nih...len kali jgn buat lagi ye....kihkih...