Saturday, March 04, 2006

Wahai generasi muda


Wahai Generasi Muda ……
Masa depan ditanganmu !! Dan ianya Milik Islam …..

Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya . Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.

Islam adalah suatu agama yang optimis , sensitive dan responsive , ia melarang ummatnya beku membatu diri , pasif dan dhoif . Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.

Namun, sebagai seorang pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan . Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah.
-from blog ust. nt-

No comments: