Tuesday, March 07, 2006

Sifat 20

Bismillahirrahmanirrahim..
(aku 'kopi dan pasta' dari tazkirah time usrah dulu2)
Sifat 20

Sifat-sifat Allah menurut persepsi akal.

Jika kita melihat alam ini dengan teliti, ia sebenarnya penuh dengan keajaiban dengan makhluk yang pelbagai, ciptaan menakjubkan, sistematik, hebat, luas dan teratur.
Bumi penuh dengan tumbuh-tumbuhan, haiwan, kekayaan hasil bumi dan lain-lain lagi. Pemerhatian terhadap alam sekeliling kita ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa setiap unsur ini ada hubungan di antara satu sama lain.
Daripada pemerhatian yang mudah ini, kita akan mempunyai keyakinan bahawa alam ini dicipta oleh pencipta dan pencipta ini sudah tentu memiliki keupayaan dan kehebatan yang di luar jangkaan manusia.
Kita akan yakin bahawa setiap sesuatu dicipta oleh pencipta dan keyakinan ini lahir secara semulajadi /fitrah manusia. (Ar-Rum: 20)

- Wujud Tuhan bagi segala system di alam ini, Tuhan yang memiliki keagungan dan Tuhan yang menggubal segala system ini ialah Allah.
- Al-Quran mengemukakan aspek ini secara mendalam dan hampir kebanyakan surah menyentuh tentang nikmat Allah dan tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaanNya.
- Al-Quran juga menggalakkan manusia supaya sentiasa memerhati dan berfikir. (Ar-Rum : 20-24, 48-50. Surah-surah lain: Al-Ra’d, Al-Qasas, Al-Anbiya’ , An-Naml, Qaf…)


Sifat-sifat Allah

Terbahagi kepada 3;
Sifat wajib
Sifat mustahil
Sifat (harus) bagi Allah

20 sifat wajib bagi Allah

1.Wujud (Ada)
Wajib mempercayai adanya Allah s.w.t
Al-fusilat : 37 , bermaksud

“Dan drpd tanda-tanda mengenai adanya Allah ialah adanya malam dan siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu menyembah kepada matahari atau bulan tetapi sembahlah Allah Yang Maha Mencipta semuanya itu. Jikalau kamu benar-benar menyembahNya.”

o Ar-Ra’d : 2-4
o Al-Mukminun: 78-80

2.Qidam (Sedia)
Kita wajib percaya bahawa Allah adalah tidak ada permulaan bagi kewujudanNya. Allah telah ada sejak azali lagi berzaman-zaman.
Al-Hadid : 3 , bermaksud

“Dialah Allah Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir dan Maha Terang (zahir) dan Maha Tersembunyi dan Dia adalah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.”

3.Baqa’ (Kekal)
o Kita wajib percaya Allah itu tidak ada hari akhir hayat-Nya.Allah Maha kekal sampai bila-bila. Allah tidak akan hancur walaupun berlaku hari kiamat.
o Al-Qasas : 88 , bermaksud

“Segala sesuatu itu pasti rosak melainkan Zat Allah”

4.Mukhalafatuhu lil hawadis ( berlainan dgn segala makhluk yang baru)
o Kita wajib percaya bahawa Allah tidak menyerupai denagn sesuatu apapun. Allah tidak menyamai segala sesuatu makhluk yang ada di muka bumi ini.
o As-Syura : 11 , bermaksud

“Tidak ada sesuatupun menyerupai dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui”

5.Qiyamuhu binafsihi (Berdiri dgn sendiri)
o Allah Maha Esa dalam kedudukanNya sebagai Tuhan. Dialah Yang Maha Hidup yang secara sempurna sekali sifat kehidupanNya juga Yang Maha berdiri sendiri dan di atas kekuasaanNya tegaknya langit dan bumi ini.
o Al-Baqarah : 255, bermaksud

“Allah tiada Tuhan selain dariNya Yang Maha Hidup serta berdiri sendiri. Tiada rasa mengantuk atau tertidur.”

o Fathir : 15
o Al-Kahfi : 51

6.Wahdaniyat (Allah Maha Esa)
o Allah satu-satunya pencipta dan pengurus alam ini. Allah tidak ada sekutu, tidak ada bandingannya. Allah Maha Esa pada zatNya, sifat dan perbuatanNya.
o Al-Ikhlas : 1-4, bermaksud

“Katakanlah (ya Muhammad) Allah itu satu, Allah yang abadi tempat segala makhluk memohon. Tiada Dia beranak dan tiada pula Dia diperanakkan. Dan tidak ada sesuatupun yang menyerupainya.”

o An-Nahl : 51-53
o Al-Maidah : 73-74

7.Qudrat (Allah Maha Berkuasa)
o Allah maha berkuasa dan tidak lemah untuk membuat apa sekalipun, dan tidak bersifat kekurangan. Kekuasaan Allah berlaku di dalam semua keadaan sama ada untuk menjadikan atau mentiadakan sesuatu.
o Qaf : 38, bermaksud

“Sesungguhnya kami telah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya dalam masa enam hari dan Kami tidak merasakan keletihan sedikitpun.”

o Al-Hajj : 5-7
o Al-Kahfi : 51
o Al-Furqan : 53-54
o An-Nur : 43-45

8.Iradat (Allah Maha Berkehendak)
o Allah bebas menentukan sesuatu (eg: kaya, miskin, tinggi, pendek, cantik, tak cantik, pandai, kurang pandai..etc.). Allah berhak mengatur segala makhluk sesuai dengan kehendak dan kemahuanNya, sesuai dengan kebijaksanaanNya.
o Al-Qasas : 68, bermaksud

“Dan Tuhanmu itu menciptakan apa yang dikehendakiNya, apa yang dipilihNya sedang mereka itu tidak dapat membuat pilihan sendiri”

o As-Syura : 49
o Yassin : 82
o Al-Isra’ : 16
o An-Nisa : 26-28
o Al-Insan : 30

9.Ilmu (Maha Mengetahui)
o Ilmu Allah sgt luas dan tiada batasan. Allah mengetahui apa yg telah, sedang dan akan berlaku, mengetahui lahir dan batin. Allah mengetahui tentang bilangan titis hujan, bilangan pasir….etc.
o Al-An’am : 59, bermaksud

“Di sisi Allah adalah kunci-kunci perkara yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya selain dari Dia sendiri, Allah maha mengetahui”

o Saba’ : 1-2
o At-Thaghabun : 4
o Luqman : 16
o Al-Mujadalah : 7
o Yunus : 61

10.Hayat (Allah Maha Hidup)
o Kehidupan Allah yang paling sempurna. Hidup Allah tidak berakhir dengan kesudahan, kematian atau kebinasaan.
o Furqan : 58, bermaksud

“Dan bertawakallah kepada Yang Maha Hidup yang tidak akan mati.”

o Al-Baqarah : 255
o Al-Imran : 1-3
o Al-Mukmin : 64-65

11,12. Sama’ dan Basar ( Mendengar dan melihat)
Allah Maha mendengar dan Melihat. Allah dpt melihat dan mendengar apa yang bergetar di jantung hati seseorg. Allah dpt melihat dan mendengar gerakan seekor semut hitam di mlm yang gelap gelita kerana penglihatanNya bukan dengan mata dan pendengaranNya bukan dengan telinga.
As-Syura : 11, bermaksud

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Allah itu. Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat”

Al-Mujadalah : 1
Al-Alaq : 9-14
Thaha : 43-46
Al-Mukmin : 19-20

13. Kalam ( Allah Maha Berkata-kata)
Allah Maha Berkata-kata tanpa lidah dan suara, tanpa huruf. Kalam Allah itu amat luas dan tanpa batasan. Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi adalah sebahagian drpd kalimat/perbuatan Allah.
Luqman : 27, bermaksud

“Dan andaikata semua pohon yang ada di bumi ini dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta dengan ditambah lagi sesudah itu tujuh lautan yang lain, maka belum akan habislah kalimat Allah yang akan dituliskan”

Al-Baqarah : 75
An-Nisa : 164

14. Kaunuhu Qadiran (keadaanNya yang maha berkuasa)

15. Kaunuhu Muridan (keadaanNya yang maha berkehendak)

16. Kaunuhu Aliman ( keadaanNya yang maha mengetahui)

17. Kaunuhu Hayyan ( keadaanNya yang maha hidup)

18. Kaunuhu Samian ( keadanNya yang maha mendengar)

19. Kaunuhu Basiran ( keadanNya yang maha melihat)

20. Kaunuhu Mutakalliman ( keadaanNya yang maha berkata-kata)

Sifat Allah tiada penghujung.
Sifat-sifat Allah seperti dinyatakan di dalam Al-quran adalah terlalu banyak. Kesempurnaan Allah tiada penghujung dan tak dpt dijangkau oleh akal manusia.

Antara sifat Allah dan makhluk
Perkara yang perlu difahami oleh org yg beriman ialah maksud perkataan yg digunakan bagi merujuk kpd sifat Allah berbeza sama sekali dengan apa yg dimaksudkan oleh perkataan yg sama pada makhluk. Tiada satupun makhluk Allah yg menyerupaiNya. Kita tidak perlu mengetahui hakikatnya, tetapi kita perlu mengetahui kesan hakikat ini kepada alam dan diri kita.

Info; Ahli sains yg mengakui kewujudan Allah dan sifat-sifatnya
Pengakuan mengenai sifat Allah adalah fitrah semulajadi manusia. Akidah ini seolah-olah suatu kenyataan ilmu dan disokong oleh rasional. Atas dasar ini, hakikat tersebut diakui oleh ahli sains eropah walaupun mereka tidak memperolehinya daripada mana-mana agama. Pengakuan yang menunjukkan bukti hakikat ini diterima oleh jiwa manusia: ( maksudnya, walaupun diaorg tak ada akidah, tp naluri jiwa manusia itu sendiri merasai wujudnya pencipta)

1. Descartes, ahli sains perancis
“selain merasakan diri saya kekurangan, saya juga merasa perlu wujudnya suatu yg lebih sempurna. Rasanya, sy terpaksa akui bahawa perasaan ini telah tersemat dlm diri sy oleh sesuatu yg sempurna dan memiliki segala sifat-sifat yg sempurna iaitu Allah”

2. Isaac Newton
“Jangan kamu meragui kewujudan pencipta kerana tidak mungkin teori kebetulan sahaja yang menjadi asas kewujudan alam ini”

3. Herschel, ahli astronomi Inggeris
“Semakin ilmu b’kembang, semakin b’tambah bukti2 kukuh yg membuktikan kewujudan pencipta yg azali dan memiliki kuasa tanpa batasan. Ahli geologi, matematik, astronomi, biologi telah bekerjasama memperkukuhkan stryuktur sains yg sebenarnya hanyalah struktur keagungan Allah”

4. Herbert spencer, ahli falsafah inggeris
“sains bercanggah dgn tahyul tp tak b’canggah dgn agama. Sains tidak menolak agama. Tumpuan ke arah sains merupakan suatu ibadat dan suatu pengiktirafan secara senyap kepada nilai benda yg dipilih dan dikaji, itu seterusnya akan mengakui kekuasaan penciptanya…………” (panjang untuk ditaip, sila rujuk buku )


Kesimpulan
1. Sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran sgt byk.
2. Apabila kita mengetahui sifat Allah, maka sepatutnya akan b’tambahlah keimanan kita.
3. Sifat 20 ini tidak wajib dihafal..(contoh: ustaz citer pasal sorang makcik yg tak solat…"camna sy nk solat sedangkan sifat 20 pon sy tak boleh hafal"….so, sifat 20 bukanlah wajib dihafal. )
4. Akal manusia tak mampu mengetahui hakikat sifat-sifat Allah. Tp, kita perlu tahu kesan hakikat ini kpd diri kita eg. Menambahkan keimanan, keyakinan terhadap Allah. Sentiasa ingat kepada Allah kerana Allah maha melihat dan mendengar, mengetahui setiap apa yg kita lakukan.
5. Maha suci Allah, kita panjatkan pujian yg tidak terhingga kepadaNya sebagaimana Dia memuji DiriNya sendiri.

Rujukan.
-Himpunan Risalah Hasan Al-Banna
-Asas-asas fardhu ain

“ Ya Allah, kami memohon dijauhi dari kesesatan dan semoga kami diberikan petunjuk”

Wallahualam.

No comments: