Thursday, March 02, 2006

Katak menjenguk dunia luar..

Gambar hiasan semata-mata..


Assalamualaikum.
Pekaba arini rakan2 yg disayangi sekalian? Semoga ceria dgn nikmat Islam dan Iman. Gambar kat atas ni diambil secara 'haram' dari museum patho....hehe..'dihalalkan' untuk exam purpose. Timakaseh kpd rakan2 yg share gamba2 tu yer..it did help for the last practical exam. Ini bukanlah brain yg normal. Ia adalah Acute purulent meningitis (pot K3) hehe...exam dah abis...tp, tak rugi kalo ingat =)
Anyway, I'm not going to write about meningitis. Just want to share opinions with all of you. Dalam sibuk2 dok exam ni..byk benda di sekeliling yg terjadi. Nak bercerita mengenai brain. Brain-organ yg sgt penting utk manusia. Dgn otak yg Allah kurniakan ni...dicampurkan dgn akal, kita sepatutnya menggunakan dgn sebaik2nya nikmat Allah ini.
Brain kita ni kawan2-Right brain especially, akan terus bekerja walaupun kita tidur. Sebab itulah sebelum tidur, kita digalakkan untuk bermuhasabah. Fikir kembali apa yg kita lakukan sepanjang hari, sepanjang minggu. Maafkan semua org, fikir positif serta tetapkan apa yg akan kita lakukan pada esok hari. InsyaAllah, brain kita akan fokus apa yg kita fikirkan dan kita akan bangun dgn bersemangat pd keesokan hari.
Alangkah ruginya jika brain dan akal yg Allah kurniakan ini tidak digunakan dgn sebaik2nya. Beberapa hari yg lalu, melayan radio era sekejap ngan rakan2. Layan sekejap jerla sambil2 membaca buku. Kebetulan time tu ada seorg pemanggil la dlm rancangan kt radio tu. DJ tu pon tanya makcik ni, "bleh tak senaraikan 15 artis lelaki di m'sia dlm masa 30 saat". Kitaorg ni punya la pelik, soalan apa la DJ ni tanya. Orang dok sibuk dgn isu2 semasa..diorg boleh pulak dok sibuk hal2 artis. Yg bestnya tuh, makcik ni berjaya la pulak senaraikan 15 org artis lelaki dlm masa 30 saat. Erm, mantap tu...huhu. Agak2, kalo suruh senaraikan nama2 para sahabat Rasullulah saw, dia berjaya tak?...erm, mungkin berjaya gak la kot..tak baik buruk sangka =)
Apa yg nak dikatakan di sini, brain dan akal yg dikurniakan kpd kita oleh pencipta kita adalah sgt berharga. Kenapa kita menghabiskan masa memikirkan benda yg tidak sepatutnya, sedangkan terdapat byk perkara2 yg lebih penting untuk difikirkan. Isu karikatur, bird flu, isu harga minyak, pertukaran kabinet...byk lagi la kalo nak disenaraikan di sini. Sepatutnya, guna otak yg kita ada ini utk fikir; kenapa Denmark mengeluarkan karikatur tersebut? apa motif diorg? kenapa dgn slumber jer boleh buat karikatur tuh tanpa mengira sensitivity umat islam? kenapa ada org yg dgn tegas mempertahankan Nabi? kenapa ada pula yg tidak rasa apa2 dgn isu ini?.....mmg byk boleh difikirkan..
Isu minyak; kenapa government tiba2 naikkan harga minyak? apa motifnya? apa kesan kpd masyarakat? camna subsidi tu boleh menolong rakyat? apa perancangan government? apa pembangunan yg nak dibuat?apa kesan kpd rakyat dlm kegiatan sehariannya, jangka masa panjang dan pendek? apa guna pembangunan tetapi masih ada rakyat yg nasibnya tak terbela? kenapa rakyat kena menukar cara hidup bila harga minyak naik? kenapa government tak menukar caranya instead?.....
Sedih sebenarnya bila difikirkan. Bagaimana umat Islam nak maju kalau pemikiran masih di takuk lama (Ini peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya). Ditambah pula dgn budaya hedonism yakni budaya berhibur yg meningkat dari sehari ke sehari, maka makin byk ujian yg akan kita hadapi. Penting sgt ker anugerah juara lagu contohnya, di kala umat islam yg lain sibuk mempertahankan Islam..Siap kuar front page lagi tuhh psl juara lagu dalam suratkhabar..huhu. Marilah kita bersama2 berubah ke arah kebaikan..insyaAllah
Cita-cita kita ingin menegakkan negara Islam. Memperjuangkan agama Allah yg suci ini ke segenap pelusuk agar semua manusia tahu akan cahaya yg dibawa oleh agama ini. Bagaimana nak membentuk tamadun Islam jikalau umat Islam sendiri malas berfikir, tidak mengambil tahu hal2 yg berlaku di sekelilingnya? Setiap benda hanya tahu surface jer...malas nak mengambil tahu lebih lanjut. Kenapa jd seperti ini?
Alhamdullilah ditakdirkan Allah tuk berjuang, menuntut ilmu di negara org. Ada sebab untuk setiap perkara yg terjd dlm hidup kita ini. Bila dah berada di kalangan non-muslim, maka setiap perlakuan kita akan diperhatikan..sbbnya..'pelik' dari yg lain. Selain tu, byk juga soalan2 yg diajukan..time ni, baru kita tahu setakat mana ilmu yg kita ada. Berjaya ke tak dalam menyampaikan agama Allah ini. Disebabkan itulah, sedih apabila melihat keadaan di negara sendiri. Sedih juga apabila melihat rakan2 yg masih 'sibuk' dgn mawinya, sitinya...dll. Ini adalah my own opinions, mintak maaf andaikata tersilap kata dan sebagainya.
Jgnlah menjadi katak di bawah tempurung....jenguk2 lah ke dunia luar...masih byk benda yg perlu dibuat di luar 'tempurung' tersebut..
Wallahualam

No comments: