Saturday, March 18, 2006

Aku Cinta padaMU, cintakah Engkau padaku..

"Kita tidak boleh mencintai orang lain
sebelum mencintai diri sendiri.
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri
sebelum mencintai Allah! "

Assalamualaikum..
Hari ini hari jumaat, hari istimewa di dalam Islam. Bykkan selawat kpd Rasullulah s.a.w, kekasih Allah. Alhamdullilah we were all happy today. Ramai tetamu yg dtg ke rumah, rakan-rakan dan sahabat. Rumah yg sentiasa terbuka untuk sesapa yg nk dtg..semoga dimurahkan rezeki, InsyaAllah.
Dalam kegembiraan, kita semua selalunya tak akan lekang dari perasaan duka atau susah hati. Fitrah semulajadi manusia sebagai hambaNya yang lemah, yang sentiasa memerlukan bantuan dan petunjuk. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Terasa kebesaran dan nikmat Allah apabila membaca ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah, pencipta Yang Maha Agung. Jika inginkan dunia, keserabutan dunia sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita, tak akan berakhir sehingga tiba 'hari yang kita semua nanti-nantikan'.

Sesiapa Yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan Yang jelas nyata (6:16)

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) Engkau Dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun Yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika ia mengenakan (melimpahkan) Engkau Dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (6:17)

Cinta tu apa yer? camna org sekarang senang2 mengucapkan lafaz cinta? adakah sekadar luahan di bibir atau datang dari hati yg ikhlas kerana Allah? Walau apa jua keadaan cinta itu dilafazkan, ia tidak dpt menandingi Cinta Allah. Alangkah beruntungnya kan kalau Allah menyayangi kita, mencintai kita. Kegembiraan yang tak akan ada tandingannya. Belas kasihan Allah, kasih sayang Allah sentiasa ada, tidak pernah hilang. Gembiranya Ya Allah andai hambaMu ini disayangi dan dikasihi olehMu. Perasaan ingin disayangi, dicintai adalah perasaan yg dikurniakan oleh Allah sebagai fitrah semulajadi manusia. Gembira kan kalau ada org yg sayangkan kita, cintakan kita. Layanan dan perhatian ibu bapa terhadap kita pun sudah cukup untuk menunjukkan rasa kasih sayang tersebut. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. Sama juga kasih sayang antara individu, saudara semuslim. Kita rasa gembira apabila rakan kita gembira, dan sebaliknya sedih apabila rakan kita sedih. Semua ini adalah tanda kecintaan dan kasih sayang sesama kita. Bersyukurlah rakan2 sekalian andai dikurniakan perasan tersebut. Namun, perasaan sayang seorg manusia itu tak akan sampai ke mana, sering bermusim dan tiada yang kekal abadi. Sesungguhnya kasih sayang Allah tiada bertepi, tiada tandingan dan janjiNya adalah pasti.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (3:31)

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya (5:54)

Dalam satu hadis riwayat Bukhari:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasullulah s.a.w bersabda; Sesungguhnya Allah befirman "Barangsiapa yang memusuhi kekasihku, maka Aku memberitahukan padanya bahawa ia akan aku Kuperangi, Kumusuhi. Tidaklah seorg hambaKu itu mendekat padaku dgn sesuatu yg amat Kucintai lebih drpd apabila ia melakukan apa2 yg telah Kuwajibkan padanya.
Tidaklah seseorg hambaKu itu mendekat padaKu dgn melakukan hal2 yg sunnah, sehingga akhirnya Aku mencintainya.
Apabila Aku telah mencintainya, maka:
-Akulah telinganya yg ia pakai untuk mendengarkan
-Akulah matanya yg ia pakai untuk melihat
-Akulah tangannya yg ia pakai untuk mengambil
-Akulah kakinya yg ia pakai untuk berjalan.
Jikalau ia meminta sesuatu kepadaKu, Pasti Ku beri dan jikalau ia mohon perlindungan padaKu, Pasti Ku lindunginya.
Hadith ini menjelaskan betapa tinggi darjat seseorg itu apabila telah diakui sebagai kekasih oleh Allah. Bagaimana untuk dikasihi oleh Allah?? cukupkah amalan2 kita selama ini, layakkah kita untuk dikasihi?? Sesungguhnya kita harus mendekatkan diri kpd Allah (taqarrub) dgn melakukan segala yg diwajibkan kpd kita dan mengikuti sunnah2 nabi.
Alangkah gembiranya apabila dikasihi oleh Allah; semua perlakuan, perjalanan hidup kita mendapat petunjuk dari Allah. Mendapat Bimbingan dan hidayah daripadaNya.
Marilah kita bersama2 mengejar cinta Allah, memastikan cinta kita tidak hanya bertepuk sebelah tangan. Ketahuilah bahawa nikmat,belas kasihan Allah kpd kita selama ini adalah sgt byk..tidak terhitung. Semoga amalan, tanggungjawab yg dilaksanakan di dunia ini diberkati dan diredhai Allah.
Marilah kita berdoa agar kita semua ditambah dan dikuatkan iman dlm menjalani kehidupan di dunia yg sementara ini.
wallahualam

No comments: