Sunday, March 05, 2006

Tazkirah for today..


Bismillahirrahmanirrahim..

Zikir
  • 'Berzikirlah (ingatlah) kpdKu, niscaya aku akan mengingati kamu sekalian' (Al-Baqarah:152)
  • 'Berzikirlah (ingatlah) kpd Allah dgn zikir yg byk' (Al-Ahzab:41)
  • 'Dan apabila tlh selesai menunaikan sembahyang, maka berzikirlah kpd Allah dlm keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring' (An-Nisa': 103)
  • 'Berzikirlah pd Tuhanmu dlm dirimu (hatimu) dgn penuh perasaan rendah diri dan takut dan bukan dgn suara keras, di waktu pg dan ptg, dan jgnlah engkau sampai dikira org2 yg lalai'(Al-A'raf:205)
Ibnu Abbas: Hendaklah seseorg itu berzikir kpd Allah pd mlm hari/siang, daratan/lautan, dalam keadaan kaya/miskin, sakit dan sihat, dengan suara yg readah atau keras.
Sabda Rasullulah s.a.w: Barangsiapa yg ingin bersenang-senang dlm taman2 syurga, maka hendaklah ia m'p'byakkan zikir Allah.

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Zikir adalah salah satu cara untuk mengingati Allah. Dgn berzikir, hati kita akan bertaut dgn Allah...dgn syarat bkn hanya zikir di lidah, tetapi melibatkan hati. Jika kita ingin Allah mengingati kita, maka kita kena mengingati Allah. Ramai di antara kita selalu berkata, nak relax aah...pastu pergi melayan citer kat tv/com. Relaxkah anda dgn melakukan perkara2 tersebut?(ingatan tuk diri sendiri jugak yg sentiasa lemah, memerlukan bimbingan dan petunjuk Allah). Kenapa masa yg ada tuk 'relax' tuh tak dihabiskan dgn mengingati Allah....

Jika kita fikir2, zikir ini adalah ibadah plg mudah...duduk di mana2, bila2 pon bleh berzikir. Lepak2 kat ward tunggu consultant or team pon..dah bleh berzikir. Tambah2 lak dok tgk org sakit tiap2 hari..sepatutnya kita akan lebih mengingati Allah. Tp, realitinya kenapa kita sukar tuk berzikir?kadang2 kita ni lalai dgn perkara2 duniawi sehingga kita melupakan Allah. Dah selalu dgr tazkirah, ceramah mengenai berzikir...tp rakan2, tak cukup setakat dgr..kita kena amalkan. Permulaan zikir akan menimbulkan kelapangan dlm diri serta kecintaan. Pengakhiran kpd zikir; yakni selepas berzikir berkali2 dan menjd kelaziman, org tersebut tidak akan merasa tenang melainkan dgn berzikir. Ini adalah peringkat yg dituntut dlm berzikir. Adakah anda semua sudah mencapai peringkat ini? kalo dah...Alhamdullillah. Kalo tak, jom sama2 meningkatkan prestasi diri!

Keutamaan berdoa.
  • 'Apabila hamba2Ku bertanya engkau tentang zatku, maka katakanlah Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan org yg b'mohon kpdKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenan memohon kpdKu' (Al-Baqarah:186)
  • 'Berdoalah kpd Tuhan kamu dgn merendahkan diri dan suara perlahan-lahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kpd orang2 yg melanggar batas' (Al-A'raf:55)
  • 'Dan Tuhan kamu telah b'firman; Mohonlah kpdKu, niscaya Aku m'p'kenankan permohonan kamu' (Al-Mukminun:60)
Rasullullah s.a.w bersabda:
- Mohonlah kpd Allah Taala dari kelebihan2Nya, sesungguhnya Allah suka jika Dia dimohoni, dan sebaik2 ibadah itu menantikan kelapangan.

- Jgnlah ketika berdoa berkata " Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mengkehendaki", " Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mengkehendaki"

-Apabila berdoa, hendaklah m'p'besarkan permohonannya, sbb tiada sesuatu pun yg dianggap besar di hadhrat Allah

Sebagai hamba, doa adalah pengharapan kita kpd pencipta kita yg satu iaitu Allah. Sahabat2 yg disayangi, apabila berdoa..berdoalah dgn penuh keazaman dan keyakinan. Yakinlah bahawa doa kita akan dimakbulkan. Manusia ni adalah hamba yg lemah, keimanan kita akan naik dan turun setiap hari. Seringkali, kita berasa was2 atau tidak yakin dgn apa yg kita lakukan. Mengapa perlu timbul perasaan begini sedangkan kita ada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa.

Bersunguh2lah kita dlm berdoa dan tidak putus asa. Berdoalah dgn penuh rs rendah diri, khusyuk dan penuh harapan. Kadang2, dlm mengharungi perjalanan hidup kita di dunia ini...kita sering mengeluh, risau dgn apa yg akan terjadi. Sebagai seorg pelajar..slalunya kita risau dgn result exam....risau, pass ke tak aku nihh. Bila difikir2kan, kenapa kita nak risau, kita dah berusaha, maka selepas itu..berserahlah kpd Allah. Berdoa dgn penuh pengharapan...moga2 usaha yg tidak seberapa itu diterima Allah. Allah telah berjanji akan memperkenankan doa hambaNya. Maka, kita kena yakin dgn kata2 Allah itu. Doa adalah senjata mukmin. Dlm setiap perkara, tempat dan ketika....berzikir dan berdoalah kpd Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu, hanya Allah tempat kita memohon..

"Ya Allah, tabahkanlah hati hamba2-Mu ini. Kuatkan dan tetapkanlah iman kami"

Wallahualam


No comments: