Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Terasa nak share something yg aku dpt masa dgr talk dari Syeikh Ziaullah Khan, from Canada. Aku ni, lemah sikit bab2 nak mengarang nih...upsr kertas penulisan dpt 'b'..huhu (long time ago..hehe). Ilham tak byk seperti org lain barangkali. Anyway, I try my best to share..
This talk was held on 16/2/06. One week b4 my written exam. Alhamdullilah, Allah buka hati tuk pergi dgr talk aritu walaupun byk lg buku yg belum dibaca time tuh. Lepas dgr talk tuh..terasa ringan sedikit kepala. Anyway, the talk is about "Muslim Living in The West".
Basically, he talked about how we should present ourself to the non-muslim. The most important thing is Akhlak. Seperti yg kita sedia maklum, org akan senang untuk rapat dgn kita jika akhlak kita baik dan manis dipandang mata. Bila brd di kalangan non-muslim, you should show what Islam has teach you. Behave appropriately, wear nice clothes (tutup aurat dan sebagainya), clean clothes, show to them the beauty of Islam.
Umat Islam pada zaman sekarang, byk yg tidak mengamalkan apa yg diajar oleh Al-Quran dan sunnah. Disebabkan itu, kita memandang org2 barat ini sgt superior. Semua yg dibuat, dipakai oleh org barat..semua kita nak ikut. Lagu2 omputeh yg ntah apa2 tuh..semua kita nyanyi dan hafal..kenapa?? kenapa kita tidak mengikut contoh teladan yg ditunjukkan oleh Rasullulah saw. Berapa byk diantara kita yg membaca sirah nabi dari kulit ke kulit? Inilah puncanya. How can you love and follow somebody if you don't even know about him? (ditujukan kat diri sendiri..huhu..buku2 pelajaran yg tebal dan berlambak2 tu, buleh lak dibaca...) so, mulai sekarang, marilah kita memantapkan diri supaya rasa cinta kita bersemarak dan terus berkembang.
Allah creates all things. Things do not derived from those that already exist. So, that's why we have to learn and get as much knowledge as we can. Dgn ilmulah kita dapat berhujah dgn org lain. Dgn ilmu juga, kita tak mudah terpengaruh dgn pemikiran dan ajaran2 yg menyimpang dari jalan sebenar.
Syeikh Ziaullah Khan ada juga menyebut tentang otak manusia. Otak manusia unik. Cell2 dia sentiasa buat kerja, so kita boleh belajar byk benda. Kita slalu ckp, kita susah nak blaja, susah nak hafal..dah tua. Sebenarnya, kita boleh melakukan byk benda dgn otak kita nih. Contoh; kita blajar biochem, kena tahu organic structure dan lain2..blaja patho, kena tahu pathogenesis, blaja bacteriology, tahu organisms dan infectious disease...semua ni complicated, tapi kita buleh jer blaja. Kenapa bila nak blaja bahasa arab contohnya, kita rasa susah. Sedangkan arabic words tu..sgtla senang..menurut kata syeikh ni la (Jom blaja bhs Arab! hehe). If we can get honours in exam, then we should be able to master the language of Allah's book.
Apa lg yg dia ckp yer..ingat2 lupa aku ni. Daya ingatan kurang kuat..huhu. Oooh yer, dia ada ckp psl tv. Yer, televisyen. Syeikh ckp..tv ni=syaitan box. Yerla, dlm tv tu..byk betul benda2 melalaikan, menambahkan dosa dan maksiat. Dia ckp, tv adalah salah satu sbb kita tidak boleh khusyuk dlm solat. Contoh: anda sedang layan anime naruto..dah tgk lebih kurang 1 jam. Pastu azan zohor. Adakah anda terus bangun mengambil wudhu atau terus melayan anime td? Jikalau anda bangun mengambil wudhu, Alhamdullilah. Tp, mind kita nih...mesti masih lg dok ingat anime yg tlh kita tgk selama 1 jam td kan? Otak kita tak leh nak fokus. So, camna nak khusyuk dlm solat?? (rasanya, semua org pernah mengalami situation nih kann..). Syeikh ni ckp, buang jer tv yg ada kt dlm umah tuhh..hehe.
Tp, aritu aku dgr ceramah ust kt mesia. Dia kata, mmg la tv nih benda tak bagus. Tp, dlm community kita sekarang, di mesia khususnya. Kalaulah umah sorang kanak2 nih, takdak tv. Pastu, dia pegi sekolah, kwn2 dia dok ckp psl citer dlm tv. Lama2, end up nya kanak2 td akan pegi jerr rumah jiran tuk tgk tv. So, ada juga masalah di situ. Melainkan kanak2 tu tak bercampur ngan org lain la..dok umah jer. Erm, kalau dah ada family sendiri, taktau la camna nak buat..any suggestions?
Oklah, setakat ini dulu. Serba sedikit ilmu yg aku dpt..maybe ada lg isi2 talk nih, cuma tak ingat sgt...moga memberi manfaat.
wallahualam
No comments:
Post a Comment