Friday, March 10, 2006

Tak der tajuk

Baru habis oral patho! Alhamdullilah. Tak tahu apa perasaan sekarang ni. Hepi jugak sbb dah abis patho...tp, dok risau jugak results..erm, camna erk?? Tawakkal kpd Allah. Segala kesudahan akan kembali kpd Allah. Dah usaha, so..just pray and hope for the best ;)
Kena oral ngan Dr. O'Dwyer (haematology consultant) and Dr. Callaghan (betul ke aku eja nie..).
Erm, menjawab soklan haemato ngan basic patho. Soklan 1st: ' Tell me the causes of iron deficiency anaemia'...alhamdullilah die tak tanya psl leukaemia (adehh..tak abis baca. Tp, nak jadik Dr. kena la tahu semua benda kan, kalo tak camna nak tolong org...erm, berusahalah!). Soklan seterusnya pon..aku jawab jerla. Kecuakkan menjawab soklan belum abis lg nih. Entahla, normal kot rasa camni?? Apapun, just get ready for bacteriology oral next week. Cepatla abis exam..! Erm, berserah dan berdoa kpd Allah. Tu jer yg mampu..kan. Wallahualam.

Thursday, March 09, 2006

Cinta Teragung

Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati

Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.
Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azur. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???
Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.
Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.
"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."
Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."
Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.
BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.
-arkib nisa'-

Wednesday, March 08, 2006

Rancangan masak-memasak..

Assalamualaikum
Adehhh..Esok exam, tulat exam...next week exam. Esok exam Medical Informatics. Rabun sket la bab-bab com nih..huhu. Blaja...exam..balik mesia cuti, jumpa family....dtg Ire balik lps cuti....blaja lagi...exam..exam..blaja..exam..dan exam lagi...kerja..dpt duit...dan seterusnya..(erm, kahwin..berkeluarga tak sure nak masuk senarai kat mana..wallahualam). Aku yakin, bkn senarai ni jer dlm hidup kita nih...ada matlamat sebenar yg InsyaAllah semua org tahu. Tak perlu aku nyatakan kat sini. Baru abis memasak nih sebenarnya. Satgi nak bc buku..insyaAllah. Saja nak citer kat sini. Aku td balik dr college, dlm kepala mmg nak memasak. Muda2 dulu, tak berpeluang mengasah bakat. Kakak2 aku jer yg dok dapur tuhh, mendominasi. So, skang ni sejak dtg Ire, nak tak nak..kena la jugak masak. Nak masak "masak lemak cili padi" arini...kononnya la..hehe. Tp kan, masak lemak aku tu, turn out to be something else yang aku sendiri pon tak tahu nak letak nama apa..hehe =) klakar la jugak, gelak sorang2. Mungkin cili padi td sikit sgt..so, pandai2 la aku letak apa patut (takpe, aku yakin housemate aku makan jer apapun..hehehe..jgn marah erk rakan2). Bila fikir2, hidup kita pon sama jugak kan. Apa yg kita rancangkan, tak semestinya semua kita dapat. Allah yg menentukan setiap perjalanan hidup kita. So, kalo kita buat something dgn sungguh2, tp hasilnya bukan seperti apa yg kita inginkan..bersyukurlah kpd Allah. Mungkin itu adalah yg terbaik untuk kita, tp kita tidak sedar akan hakikat tersebut. okla, nak blaja lak. Anyway analogi kat atas tu, muncul ketika melihat 'masak lemak cili padi' aku bertukar kaler..heheh =) gelak sorang2 lagi...

Tuesday, March 07, 2006

My Ummah



My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we've strayed from him and his way
My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way
CHORUS:
Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord
Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again
Let’s become whole again
Proud again’
Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past
My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way
Look at where we were
And look at where we are
And tell meIs this how he’d want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory

Sifat 20

Bismillahirrahmanirrahim..
(aku 'kopi dan pasta' dari tazkirah time usrah dulu2)
Sifat 20

Sifat-sifat Allah menurut persepsi akal.

Jika kita melihat alam ini dengan teliti, ia sebenarnya penuh dengan keajaiban dengan makhluk yang pelbagai, ciptaan menakjubkan, sistematik, hebat, luas dan teratur.
Bumi penuh dengan tumbuh-tumbuhan, haiwan, kekayaan hasil bumi dan lain-lain lagi. Pemerhatian terhadap alam sekeliling kita ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa setiap unsur ini ada hubungan di antara satu sama lain.
Daripada pemerhatian yang mudah ini, kita akan mempunyai keyakinan bahawa alam ini dicipta oleh pencipta dan pencipta ini sudah tentu memiliki keupayaan dan kehebatan yang di luar jangkaan manusia.
Kita akan yakin bahawa setiap sesuatu dicipta oleh pencipta dan keyakinan ini lahir secara semulajadi /fitrah manusia. (Ar-Rum: 20)

- Wujud Tuhan bagi segala system di alam ini, Tuhan yang memiliki keagungan dan Tuhan yang menggubal segala system ini ialah Allah.
- Al-Quran mengemukakan aspek ini secara mendalam dan hampir kebanyakan surah menyentuh tentang nikmat Allah dan tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaanNya.
- Al-Quran juga menggalakkan manusia supaya sentiasa memerhati dan berfikir. (Ar-Rum : 20-24, 48-50. Surah-surah lain: Al-Ra’d, Al-Qasas, Al-Anbiya’ , An-Naml, Qaf…)


Sifat-sifat Allah

Terbahagi kepada 3;
Sifat wajib
Sifat mustahil
Sifat (harus) bagi Allah

20 sifat wajib bagi Allah

1.Wujud (Ada)
Wajib mempercayai adanya Allah s.w.t
Al-fusilat : 37 , bermaksud

“Dan drpd tanda-tanda mengenai adanya Allah ialah adanya malam dan siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu menyembah kepada matahari atau bulan tetapi sembahlah Allah Yang Maha Mencipta semuanya itu. Jikalau kamu benar-benar menyembahNya.”

o Ar-Ra’d : 2-4
o Al-Mukminun: 78-80

2.Qidam (Sedia)
Kita wajib percaya bahawa Allah adalah tidak ada permulaan bagi kewujudanNya. Allah telah ada sejak azali lagi berzaman-zaman.
Al-Hadid : 3 , bermaksud

“Dialah Allah Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir dan Maha Terang (zahir) dan Maha Tersembunyi dan Dia adalah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.”

3.Baqa’ (Kekal)
o Kita wajib percaya Allah itu tidak ada hari akhir hayat-Nya.Allah Maha kekal sampai bila-bila. Allah tidak akan hancur walaupun berlaku hari kiamat.
o Al-Qasas : 88 , bermaksud

“Segala sesuatu itu pasti rosak melainkan Zat Allah”

4.Mukhalafatuhu lil hawadis ( berlainan dgn segala makhluk yang baru)
o Kita wajib percaya bahawa Allah tidak menyerupai denagn sesuatu apapun. Allah tidak menyamai segala sesuatu makhluk yang ada di muka bumi ini.
o As-Syura : 11 , bermaksud

“Tidak ada sesuatupun menyerupai dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui”

5.Qiyamuhu binafsihi (Berdiri dgn sendiri)
o Allah Maha Esa dalam kedudukanNya sebagai Tuhan. Dialah Yang Maha Hidup yang secara sempurna sekali sifat kehidupanNya juga Yang Maha berdiri sendiri dan di atas kekuasaanNya tegaknya langit dan bumi ini.
o Al-Baqarah : 255, bermaksud

“Allah tiada Tuhan selain dariNya Yang Maha Hidup serta berdiri sendiri. Tiada rasa mengantuk atau tertidur.”

o Fathir : 15
o Al-Kahfi : 51

6.Wahdaniyat (Allah Maha Esa)
o Allah satu-satunya pencipta dan pengurus alam ini. Allah tidak ada sekutu, tidak ada bandingannya. Allah Maha Esa pada zatNya, sifat dan perbuatanNya.
o Al-Ikhlas : 1-4, bermaksud

“Katakanlah (ya Muhammad) Allah itu satu, Allah yang abadi tempat segala makhluk memohon. Tiada Dia beranak dan tiada pula Dia diperanakkan. Dan tidak ada sesuatupun yang menyerupainya.”

o An-Nahl : 51-53
o Al-Maidah : 73-74

7.Qudrat (Allah Maha Berkuasa)
o Allah maha berkuasa dan tidak lemah untuk membuat apa sekalipun, dan tidak bersifat kekurangan. Kekuasaan Allah berlaku di dalam semua keadaan sama ada untuk menjadikan atau mentiadakan sesuatu.
o Qaf : 38, bermaksud

“Sesungguhnya kami telah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya dalam masa enam hari dan Kami tidak merasakan keletihan sedikitpun.”

o Al-Hajj : 5-7
o Al-Kahfi : 51
o Al-Furqan : 53-54
o An-Nur : 43-45

8.Iradat (Allah Maha Berkehendak)
o Allah bebas menentukan sesuatu (eg: kaya, miskin, tinggi, pendek, cantik, tak cantik, pandai, kurang pandai..etc.). Allah berhak mengatur segala makhluk sesuai dengan kehendak dan kemahuanNya, sesuai dengan kebijaksanaanNya.
o Al-Qasas : 68, bermaksud

“Dan Tuhanmu itu menciptakan apa yang dikehendakiNya, apa yang dipilihNya sedang mereka itu tidak dapat membuat pilihan sendiri”

o As-Syura : 49
o Yassin : 82
o Al-Isra’ : 16
o An-Nisa : 26-28
o Al-Insan : 30

9.Ilmu (Maha Mengetahui)
o Ilmu Allah sgt luas dan tiada batasan. Allah mengetahui apa yg telah, sedang dan akan berlaku, mengetahui lahir dan batin. Allah mengetahui tentang bilangan titis hujan, bilangan pasir….etc.
o Al-An’am : 59, bermaksud

“Di sisi Allah adalah kunci-kunci perkara yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya selain dari Dia sendiri, Allah maha mengetahui”

o Saba’ : 1-2
o At-Thaghabun : 4
o Luqman : 16
o Al-Mujadalah : 7
o Yunus : 61

10.Hayat (Allah Maha Hidup)
o Kehidupan Allah yang paling sempurna. Hidup Allah tidak berakhir dengan kesudahan, kematian atau kebinasaan.
o Furqan : 58, bermaksud

“Dan bertawakallah kepada Yang Maha Hidup yang tidak akan mati.”

o Al-Baqarah : 255
o Al-Imran : 1-3
o Al-Mukmin : 64-65

11,12. Sama’ dan Basar ( Mendengar dan melihat)
Allah Maha mendengar dan Melihat. Allah dpt melihat dan mendengar apa yang bergetar di jantung hati seseorg. Allah dpt melihat dan mendengar gerakan seekor semut hitam di mlm yang gelap gelita kerana penglihatanNya bukan dengan mata dan pendengaranNya bukan dengan telinga.
As-Syura : 11, bermaksud

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Allah itu. Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat”

Al-Mujadalah : 1
Al-Alaq : 9-14
Thaha : 43-46
Al-Mukmin : 19-20

13. Kalam ( Allah Maha Berkata-kata)
Allah Maha Berkata-kata tanpa lidah dan suara, tanpa huruf. Kalam Allah itu amat luas dan tanpa batasan. Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi adalah sebahagian drpd kalimat/perbuatan Allah.
Luqman : 27, bermaksud

“Dan andaikata semua pohon yang ada di bumi ini dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta dengan ditambah lagi sesudah itu tujuh lautan yang lain, maka belum akan habislah kalimat Allah yang akan dituliskan”

Al-Baqarah : 75
An-Nisa : 164

14. Kaunuhu Qadiran (keadaanNya yang maha berkuasa)

15. Kaunuhu Muridan (keadaanNya yang maha berkehendak)

16. Kaunuhu Aliman ( keadaanNya yang maha mengetahui)

17. Kaunuhu Hayyan ( keadaanNya yang maha hidup)

18. Kaunuhu Samian ( keadanNya yang maha mendengar)

19. Kaunuhu Basiran ( keadanNya yang maha melihat)

20. Kaunuhu Mutakalliman ( keadaanNya yang maha berkata-kata)

Sifat Allah tiada penghujung.
Sifat-sifat Allah seperti dinyatakan di dalam Al-quran adalah terlalu banyak. Kesempurnaan Allah tiada penghujung dan tak dpt dijangkau oleh akal manusia.

Antara sifat Allah dan makhluk
Perkara yang perlu difahami oleh org yg beriman ialah maksud perkataan yg digunakan bagi merujuk kpd sifat Allah berbeza sama sekali dengan apa yg dimaksudkan oleh perkataan yg sama pada makhluk. Tiada satupun makhluk Allah yg menyerupaiNya. Kita tidak perlu mengetahui hakikatnya, tetapi kita perlu mengetahui kesan hakikat ini kepada alam dan diri kita.

Info; Ahli sains yg mengakui kewujudan Allah dan sifat-sifatnya
Pengakuan mengenai sifat Allah adalah fitrah semulajadi manusia. Akidah ini seolah-olah suatu kenyataan ilmu dan disokong oleh rasional. Atas dasar ini, hakikat tersebut diakui oleh ahli sains eropah walaupun mereka tidak memperolehinya daripada mana-mana agama. Pengakuan yang menunjukkan bukti hakikat ini diterima oleh jiwa manusia: ( maksudnya, walaupun diaorg tak ada akidah, tp naluri jiwa manusia itu sendiri merasai wujudnya pencipta)

1. Descartes, ahli sains perancis
“selain merasakan diri saya kekurangan, saya juga merasa perlu wujudnya suatu yg lebih sempurna. Rasanya, sy terpaksa akui bahawa perasaan ini telah tersemat dlm diri sy oleh sesuatu yg sempurna dan memiliki segala sifat-sifat yg sempurna iaitu Allah”

2. Isaac Newton
“Jangan kamu meragui kewujudan pencipta kerana tidak mungkin teori kebetulan sahaja yang menjadi asas kewujudan alam ini”

3. Herschel, ahli astronomi Inggeris
“Semakin ilmu b’kembang, semakin b’tambah bukti2 kukuh yg membuktikan kewujudan pencipta yg azali dan memiliki kuasa tanpa batasan. Ahli geologi, matematik, astronomi, biologi telah bekerjasama memperkukuhkan stryuktur sains yg sebenarnya hanyalah struktur keagungan Allah”

4. Herbert spencer, ahli falsafah inggeris
“sains bercanggah dgn tahyul tp tak b’canggah dgn agama. Sains tidak menolak agama. Tumpuan ke arah sains merupakan suatu ibadat dan suatu pengiktirafan secara senyap kepada nilai benda yg dipilih dan dikaji, itu seterusnya akan mengakui kekuasaan penciptanya…………” (panjang untuk ditaip, sila rujuk buku )


Kesimpulan
1. Sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran sgt byk.
2. Apabila kita mengetahui sifat Allah, maka sepatutnya akan b’tambahlah keimanan kita.
3. Sifat 20 ini tidak wajib dihafal..(contoh: ustaz citer pasal sorang makcik yg tak solat…"camna sy nk solat sedangkan sifat 20 pon sy tak boleh hafal"….so, sifat 20 bukanlah wajib dihafal. )
4. Akal manusia tak mampu mengetahui hakikat sifat-sifat Allah. Tp, kita perlu tahu kesan hakikat ini kpd diri kita eg. Menambahkan keimanan, keyakinan terhadap Allah. Sentiasa ingat kepada Allah kerana Allah maha melihat dan mendengar, mengetahui setiap apa yg kita lakukan.
5. Maha suci Allah, kita panjatkan pujian yg tidak terhingga kepadaNya sebagaimana Dia memuji DiriNya sendiri.

Rujukan.
-Himpunan Risalah Hasan Al-Banna
-Asas-asas fardhu ain

“ Ya Allah, kami memohon dijauhi dari kesesatan dan semoga kami diberikan petunjuk”

Wallahualam.

Medicine...Here comes the Dr.


MEDICINE learning to:
manage time + resources
educate yourself + others
develop practical + technical skills
investigates problems + find solutions
communication with people of all ages + backgrounds
inform + be informed
negotiate as a team member
examine ethical + social issues
HERE COMES THE DR.

Have You Heard


MUJAHID MUDA

Bismillahirrahmanirrahim..


MUJAHID MUDA

by, Izzatul islam

Hai mujahid muda maju ke hadapan
sibakkan penghalang satukan tujuan,
kibarkan panji islam dlm satu barisan
bersama berjuang kita junjung keadilan2x

Jgn bimbang ragu
tetap lah melaju,
hapus bayang semu dilubuk hatimu
bergerak kedepan bagai gelombang samudra
lantakkan tirani runtuhkan angkara murka

Majulah wahai mujahid muda,
dalam satu cita tegak keadilan
singkirkan batas satukan kata
kebangkitan Islam telah datang2x


-suka lagu nih, bersemangat..-

Monday, March 06, 2006

Adakah aku lalai dgn nikmat Allah..

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar iman anda hari ini? erm, I'm quite sad today. Terasa aku lalai dgn nikmat yg Allah kurniakan kpd aku. Bagaimana Allah nak mengingati hambaNya jika hamba itu sendiri tidak mengingati Allah. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu yg lemah ini. Mataku dah bergenang memikirkan diri sendiri.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 berada dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran "(Al-Ashr: 1-3)
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."(Al-Imran:142).
Masa adalah sgt berharga. Tp, adakah aku menggunakan dgn betul nikmat masa yg Allah kurniakan itu. Apa yg aku buat dgn masa 24 hours itu? takut bila memikirkan soalan yg akan ditanya di akhirat nanti. Aku nak menjadi seorg pejuang, tetapi masih lemah menghadapi segala ujian. Apa pandangan Allah terhadap aku.. dah mengalir nampaknya air yg bergenang. Aku inginkan syurga Allah, tetapi layakkah diriku ini? Astaghfirullahalazim. Sedih mengenangkan diri sendiri. Bermuhasabah, moga2 cinta aku terhadap Allah tidak bertepuk sebelah tangan. Sahabat2 yg disayangi sekalian, rajin-rajinlah menasihati rakanmu ini. Walaupun ramai yg ckp aku nampak gembira..tidak pernah sedih, sentiasa senyum..tp, sebenarnya..aku sgt lemah. Aku memerlukan sokongan dan nasihat kalian. Cuba menguatkan semangat, berubah menjd insan yg lebih baik. Ya Allah, bantulah hambamu ini.

Sunday, March 05, 2006

How to deal..?

Assalamualaikum wbt.

Rajin pulak aku semenjak dua menjak nih melayan blog. Walaupun aku rasa benda yg aku post kat sini benda yg biasa...tp, sgt2 berharap dpt memberi manfaat kat sesapa yg bc. Apa yg aku tulis kat sini..adalah apa yg aku rasa..apa yg aku fikir. So, kalo korang ada apa2 suggestions, komen ker..sila la. Baru abis bacteriology practical exam last thursday. Ada exam MI (medical informatics..huhu..byk dah lupa nih) dan 2 oral yg menunggu. Belum ada motivasi tuk blaja lagi..huhu..sila la nasihatkan aku nih! InsyaAllah, akan start blaja betul2 esok..tgh mengumpul kembali aura tuk blaja. Tp, yg aku tgk..semua rakan2 aku pon sama jerr..tak der perasaan nak membuka buku lagi. Aku ni pun, kat umah membe aku sebenaqnya nih..melawat kengkawan setelah lama tak borak2. Ukhwah sesama saudara Islam adalah penting. Anyway,tgh tunggu membe aku settlekan kerja dia sket..so, aku layan la blog ni dulu.

Bleh aku tanya, kenapa muslimat slalu dikaitkan dgn lemah, susah tuk bg pendapat, susah tuk lontarkan soalan, susah tuk bergerak tuk berjuang??? erm, sedih bila aku baca ayat2 sebegini. Setiap drpd kita diciptakan dgn kelebihan dan kelemahan masing2. Ada yg Allah ciptakan bersuara lantang, outspoken..bleh jerr berpidato dsg. Ada pula yg jenis softspoken, pendiam. Macam2 character ada kalo nk disenaraikan kat sini. Kita tak boleh la nak samakan seseorg individu dgn individu yg lain. Mmg kita mahukan muslimat yg mantap dlm segala segi, tp aku rasa kita kena la consider setiap individu itu berlainan. Environment di mana dia dibesarkan lain, surrounding dia lain..didikan ibu bapa lain. However, ini bukanlah bermakna muslimat tu tidak boleh berubah.
Apa yg aku nk katakan adalah, yakinlah pd diri anda sendiri wahai muslimat sekalian. Aku mengaku, aku sendiri bukanlah seorg yg outspoken...masih berusaha mengatasinya. Susah untuk aku mengeluarkan pendapat apabila berada di tgh ramai (public speaking). Tp, apabila dgn rakan2 yg lain...bleh la pulak aku berckp, kuarkan pendapat. However, it doesn't mean that you cannot contribute something if you're not outspoken. Ada byk cabang dlm berdakwah...janganlah rasa inferior. Seorg sahabat aku slalu memberi kata2 yg aku rasakan sgt bernas. Cuma, kadang2 caranya itu menyebabkan aku terasa inferior tuk memberi pendapat aku sendiri dan terasa diri ini dinilai. End up nya, aku simpan jerr dlm hati...erm, trying my best to improve and overcome that feeling. So muslimat, rakan2 sekalian..marilah kita berusaha bersama2 memantapkan diri. Aku penah dgr pengisisan dari seorg Ustazah. Ustazah ni ckp, perempuan ni..lembut (sekeras2 mana pon dia....dia tetap lembut sebenarnya), dan dia memerlukan sokongan. So, sokonglah rakan2 anda! =)
Nak stop jap, nanti aku sambung kat umah yer..
Ok, dah sampai umah. Bleh sambung tulih..hehe. Gembira jumpa kawan2. Dah lama rasanya tak berborak, bertanya khabar. Jumpa pon b4 ni..kat exam hall. Yang pastinya, aku gembira melawat kawan2 aku (nasib baik umah korang dekat2..satu kampung..hehe). Erm, nak sambung apa yer...cukup la kot aku ckp psl muslimat. Opinions aku jerr pon..mungkin betul, mungkin salah.
Aku belajar something arini, hasil diskusi ngan rakan2. Discuss psl salah satu buku syeikh yusuf qardawi. Salah satu topic dlm buku tu adalah mengenai dakwah and education-how to deal with culture? Aku rasa kita semua insyaAllah tahu kan tanggungjawab masing2. Apa yg aku ngan rakan2 aku diskas adalah mengenai keadaan kat mesia (berdasarkan tajuk dan isi2 dlm buku tersebut). Kalau kita tgk remaja2 yg ada sekarang..semuanya lain kan dari time kita muda2 dulu (80's babies erk). Diorg sekarang lebih expressive dan susah untuk menerima pendapat org tua2. Camna kita nk deal ngan remaja2 sekarang? tak dinafikan, ada yg bagus..baik2 belaka. Cuma, saban hari yg kuar dlm suratkhabar adalah case2 remaja yg semakin teruk akhlaknya. Penin bila baca..macam2 ada. Rogolnya, berpesta dlm apartment campur lelaki perempuan..dgn drugs and arak...huhu. Mmg nafsu semata-mata!! tak ingat Allah langsung!! Apa nak jadi nih? Tu tak tgk lagi khurafat yg dilakukan. Kawan aku ada citer td, ayah die tak sihat..pastu ayah die pegi la mengurut ngan sorang pakcik ni. Kebetulan pakcik ni..bomoh la (bomoh yg diperkenalkan oleh org lain, ayah die tak kenal pon). So, time ayah die pegi nak mengurut tuh...punya la ramai budak2 muda kat situ. Semua dgn bawak gamba la..nak santau org la...mmg mcm2. Bila tanya, kenapa nk santau2 ni..ckp saja suka2..huhu. Tak der keje dah ke budak2 nih????? Mungkin citer ni, tak der la kuar paper..tp, ia adalah realiti yg kita pon takkan tahu kalau org tak ckp. Aku pon baru dgr td..so, just nak share ngan korang.
Kalau difikir2kan, cukup ke ceramah kat masjid sahaja? pastu dok citer pasal rukun Islam, solat,...remaja sekarang cepat bosan. Camna kita nak menghadapi benda ni? kalau dilihatkan, tauhid dan akidah sgt2 la penting utk remaja2 sekarang. Mereka baru nak mencari arah. Dgn hedonisme pulak yg semakin menjalar...erm, mmg mudah untuk diorg terjerumus.
Muslim is judged by Islam, but Islam is not judged by muslim. Korang semua faham kan. Kita semua ada tugas masing2. Kita kena cuba sedarkan kpd saudara seislam tentang ajaran Al-Quran dan sunnah. Ajar tentang tamadun2 Islam..timbulkan kesedaran dlm diri mereka. Camna kita nak deal ngan golongan remaja khususnya??
1) curative
2) preventive
Curative: Bring them to the truth. Approach secara berhikmah..jangan terus straight to the point. Terkejut diorg kalo jumpa2 terus jer ckp..'benda ni salah ni...tak boleh buat camni'. Terus diorg tak dekat dgn kita. So, kena tahu the best way nak approach diorg. Macam seorg rakan aku nih, dia sedih dgn keadaan di tempat dia. Dia ckp..the best way tuk dekati rakan2 dia nih adalah dgn join aktiviti2 diaorg. At least from this, you can get to know the person and try to advise him slowly...softspoken. Masalah di setiap tempat berbeza2, namun kita harus bijak memilih cara untuk dekati rakan2 seperti ini. Apapun, terpulang kpd diri sendiri, kalau rasa tindakan kita betul, maka teruskan. Kalau kita sendiri rasa was2 dgn tindakan kita, maka cari alternatif lain. Allah akan tolong dan permudahkan urusan hamba2 yg bekerja untuk agamaNya, InsyaAllah. Bagi muslimat, perlu ke mengubah cara pemakaian untuk mendekati org lain? seorg sahabat aku menyatakan pendapatnya, bahawa die tak kisah kalau muslimat tukar pakai tudung 3 segi (tp, still menutup aurat) untuk mendekati rakan2 lain. Aku rasa, tudung 3, 4 segi ker...bulat ker..that is not the problem. Maybe ada la kot masalah..tp, I think that is not the main problem. Erm, bagi aku..jika kita selesa dgn penampilan kita, kita rasa confident..maka org lain akan turut selesa dgn kita. Personality kita sgt penting. Org akan dekat dgn kita bukan dgn setakat melihat penampilan. Kalau pakai tudung 'bulat' pon, tp perangai ntah apa2..susah gak. Alhamdullilah setakat ni, di tempat aku tak der la problem sgt. Mungkin community kecik dan aku rasa rakan2 aku di sini...semuanya bagus2 belaka. Bersyukur dan gembira kerana dikurniakan rakan2 yg dpt membawa kita ke arah kebaikan. Aku sayang korang! (ok, back to the main point, camna nak deal dgn remaja zaman sekarang).
Preventive:Protect the youth from all the ideology. Semua 'isme' yg ada tu, kita cuba elakkan. Jgn biarkan remaja2 terjerumus. Camna nak buat? bina suasana Islamic, budaya Islam. Remaja2 yg ada sekarang baru hendak mencari halatuju..maka, kita harus menolong agar mereka tidak terjebak dgn ideology barat. Kiranya, cam bagi 'vaccine' la kat diorg. Nak prevent disease, TB contohnya, kita akan bg BCG vaccine. So, samala dgn remaja2 ni. Satu lg, jgnla kita hanya 'syok sendiri' dalam berdakwah. Ckp dgn mantap..tp, org tak faham pon apa kita ckp. So tak effective la jugak. Bila nak menyampaikan nasihat, ikutlah level setiap org...jgnla terlalu direct dan janganla slow sgt..depend on the person we're talking to. Yg paling penting...tegur or bagilah nasihat dari hati ke hati. Ingatlah, remaja2 ni adalah saudara kita. Kalau kita sayang seseorg, maka kita tak nak benda buruk terjd kpdnya. So, kalau kita sayang saudara kita, maka bantulah saudara kita ke jln Allah.
Erm, cukuplah kot. Dah panjang dah nih. Satgi tulis panjang2...diri sendiri jer yg baca..hehe. Takder org nak bc. Kesimpulannya, ni adalah serba sedikit hasil discussion ngan rakan2 aku. Teorinya nampak senang, tp realiti..practicality..semuanya ada cabaran dan dugaan. Moga2 Allah kuatkan semangat kita semua untuk mengharungi cabaran tersebut. Bercakap mmg senang..menaip mmg senang. Tapi, nak terjun ke dunia sebenar di luar sana..belum tentu senang dan susahnya. So, be prepare!
wallahualam.

Tazkirah for today..


Bismillahirrahmanirrahim..

Zikir
  • 'Berzikirlah (ingatlah) kpdKu, niscaya aku akan mengingati kamu sekalian' (Al-Baqarah:152)
  • 'Berzikirlah (ingatlah) kpd Allah dgn zikir yg byk' (Al-Ahzab:41)
  • 'Dan apabila tlh selesai menunaikan sembahyang, maka berzikirlah kpd Allah dlm keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring' (An-Nisa': 103)
  • 'Berzikirlah pd Tuhanmu dlm dirimu (hatimu) dgn penuh perasaan rendah diri dan takut dan bukan dgn suara keras, di waktu pg dan ptg, dan jgnlah engkau sampai dikira org2 yg lalai'(Al-A'raf:205)
Ibnu Abbas: Hendaklah seseorg itu berzikir kpd Allah pd mlm hari/siang, daratan/lautan, dalam keadaan kaya/miskin, sakit dan sihat, dengan suara yg readah atau keras.
Sabda Rasullulah s.a.w: Barangsiapa yg ingin bersenang-senang dlm taman2 syurga, maka hendaklah ia m'p'byakkan zikir Allah.

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Zikir adalah salah satu cara untuk mengingati Allah. Dgn berzikir, hati kita akan bertaut dgn Allah...dgn syarat bkn hanya zikir di lidah, tetapi melibatkan hati. Jika kita ingin Allah mengingati kita, maka kita kena mengingati Allah. Ramai di antara kita selalu berkata, nak relax aah...pastu pergi melayan citer kat tv/com. Relaxkah anda dgn melakukan perkara2 tersebut?(ingatan tuk diri sendiri jugak yg sentiasa lemah, memerlukan bimbingan dan petunjuk Allah). Kenapa masa yg ada tuk 'relax' tuh tak dihabiskan dgn mengingati Allah....

Jika kita fikir2, zikir ini adalah ibadah plg mudah...duduk di mana2, bila2 pon bleh berzikir. Lepak2 kat ward tunggu consultant or team pon..dah bleh berzikir. Tambah2 lak dok tgk org sakit tiap2 hari..sepatutnya kita akan lebih mengingati Allah. Tp, realitinya kenapa kita sukar tuk berzikir?kadang2 kita ni lalai dgn perkara2 duniawi sehingga kita melupakan Allah. Dah selalu dgr tazkirah, ceramah mengenai berzikir...tp rakan2, tak cukup setakat dgr..kita kena amalkan. Permulaan zikir akan menimbulkan kelapangan dlm diri serta kecintaan. Pengakhiran kpd zikir; yakni selepas berzikir berkali2 dan menjd kelaziman, org tersebut tidak akan merasa tenang melainkan dgn berzikir. Ini adalah peringkat yg dituntut dlm berzikir. Adakah anda semua sudah mencapai peringkat ini? kalo dah...Alhamdullillah. Kalo tak, jom sama2 meningkatkan prestasi diri!

Keutamaan berdoa.
  • 'Apabila hamba2Ku bertanya engkau tentang zatku, maka katakanlah Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan org yg b'mohon kpdKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenan memohon kpdKu' (Al-Baqarah:186)
  • 'Berdoalah kpd Tuhan kamu dgn merendahkan diri dan suara perlahan-lahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kpd orang2 yg melanggar batas' (Al-A'raf:55)
  • 'Dan Tuhan kamu telah b'firman; Mohonlah kpdKu, niscaya Aku m'p'kenankan permohonan kamu' (Al-Mukminun:60)
Rasullullah s.a.w bersabda:
- Mohonlah kpd Allah Taala dari kelebihan2Nya, sesungguhnya Allah suka jika Dia dimohoni, dan sebaik2 ibadah itu menantikan kelapangan.

- Jgnlah ketika berdoa berkata " Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mengkehendaki", " Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mengkehendaki"

-Apabila berdoa, hendaklah m'p'besarkan permohonannya, sbb tiada sesuatu pun yg dianggap besar di hadhrat Allah

Sebagai hamba, doa adalah pengharapan kita kpd pencipta kita yg satu iaitu Allah. Sahabat2 yg disayangi, apabila berdoa..berdoalah dgn penuh keazaman dan keyakinan. Yakinlah bahawa doa kita akan dimakbulkan. Manusia ni adalah hamba yg lemah, keimanan kita akan naik dan turun setiap hari. Seringkali, kita berasa was2 atau tidak yakin dgn apa yg kita lakukan. Mengapa perlu timbul perasaan begini sedangkan kita ada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa.

Bersunguh2lah kita dlm berdoa dan tidak putus asa. Berdoalah dgn penuh rs rendah diri, khusyuk dan penuh harapan. Kadang2, dlm mengharungi perjalanan hidup kita di dunia ini...kita sering mengeluh, risau dgn apa yg akan terjadi. Sebagai seorg pelajar..slalunya kita risau dgn result exam....risau, pass ke tak aku nihh. Bila difikir2kan, kenapa kita nak risau, kita dah berusaha, maka selepas itu..berserahlah kpd Allah. Berdoa dgn penuh pengharapan...moga2 usaha yg tidak seberapa itu diterima Allah. Allah telah berjanji akan memperkenankan doa hambaNya. Maka, kita kena yakin dgn kata2 Allah itu. Doa adalah senjata mukmin. Dlm setiap perkara, tempat dan ketika....berzikir dan berdoalah kpd Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu, hanya Allah tempat kita memohon..

"Ya Allah, tabahkanlah hati hamba2-Mu ini. Kuatkan dan tetapkanlah iman kami"

Wallahualam


Saturday, March 04, 2006

Wahai generasi muda


Wahai Generasi Muda ……
Masa depan ditanganmu !! Dan ianya Milik Islam …..

Kealpaan dan sikap tidak mengambil berat merupakan agen pembunuh yang sangat berbahaya . Ia mampu membunuh stamina perjuangan seorang aktivis sekaligus mampu melumpuhkan sebuah gerakan Islam yang besar jika kehadirannya tidak dibanteras.

Islam adalah suatu agama yang optimis , sensitive dan responsive , ia melarang ummatnya beku membatu diri , pasif dan dhoif . Sungguhpun suatu kenyataan bahawa kini ummat islam telah ditekan dan ditindas serta dikepung dari segenap arah oleh musuh-musuh Islam yang begitu ramai dan memiliki segala kelebihan maddiah.

Namun, sebagai seorang pemuda muslim, kenyataan itu tidak sewajarnya menjadikan kita kaku dan berputus asa terhadap amal Islami malah sebaliknya menyemarakkan semangat perwira dan jiwa kepemudaan untuk menghadapi segala kemungkinan . Justeru Islam bukanlah satu agama yang menjanjikan kemenangan dan kejayaan di dunia malah ia satu agama yang membawa berita gembira untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Penguasaan Kuffar akan tiba hari dan saatnya untuk ia jatuh tersungkur mencium bumi bersama kebesaran dan keangkuhan mereka. Namun khabar gembira ini adalah suatu yang amat mahal nilai harganya. Ia tidak mungkin berlaku tanpa pengorbanan dan kegigihan pejuang-pejuang Islam yang tidak mengenal erti penat dan putus asa, demikianlah sunnatullah.
-from blog ust. nt-

Al-Mulk

Bismillahirrahmanirrahim
1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

3. Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

4. Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.

5. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.

6. Dan orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. dan seburuk-buruk tempat kembali.

7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang menggerikan, sedang neraka itu menggelegak.

8. Hampir-hampir neraka itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan orang-orang kafir, penjaga-penjaga neraka itu bertanya mereka : "Apakah belum pernah datang kepada kamu di dunia seorang pemberi peringatan?"

9. Mereka menjawab: "Benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun: kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar"

10. Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan peringatan itu niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala"

11. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.

12. Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

13. Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

14. Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui yang kamu lahirkan dan rahsiakan; dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?

15. Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali setelah dibangkitkan.

16. Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?

17. Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana akibat mendustakan peringatan-Ku?

18. Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka teleh mendustakan rasul-rasul-Nya. Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.

19. dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya di udara selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.

20. Atau siapakah dia yang menjadi tentera bagimu yang akan menolongmu selain daripada Allah Yang Maha Pemurah? Orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah dalam keadaan tertipu.

21. Atau siapakah dia ini yang memberi kamu rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya? Sebenarnya mereka terus-menerus dalam kesombongan dan menjauhkan diri?

22. Maka apakah orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?

23. Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati" Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.

24. Katakanlah: "Dia-lah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nyalah kamu kelak dikumpulkan.

25. Dan mereka berkata: " Bilakah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang yang benar?"

26. Katakanlah: " Sesungguhnya ilmu tentang hari kiamat itu hanya pada sisi Allah. dan sesunggunya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan"

27. Ketika mereka melihat azab pada hari kiamat sudah dekat, muka orang-orang kafir itu menjadi muram. dan dikatakan kepada mereka inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya.

28. Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mematikan aku dan orang-orang yang bersama dengan aku atau memberi rahmat kepada kami, maka kami akan masuk syurga, tetapi siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari siksa yang pedih?"

29. Katakanlah: "Dia-lah Allah Yang Maha Penyayang, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nyalah kami bertawakal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah dia yang berada dalam kesesatan yang nyata"

30. Katakanlah: " Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?"

Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan.

Friday, March 03, 2006

Muslim living in the west




Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Terasa nak share something yg aku dpt masa dgr talk dari Syeikh Ziaullah Khan, from Canada. Aku ni, lemah sikit bab2 nak mengarang nih...upsr kertas penulisan dpt 'b'..huhu (long time ago..hehe). Ilham tak byk seperti org lain barangkali. Anyway, I try my best to share..

This talk was held on 16/2/06. One week b4 my written exam. Alhamdullilah, Allah buka hati tuk pergi dgr talk aritu walaupun byk lg buku yg belum dibaca time tuh. Lepas dgr talk tuh..terasa ringan sedikit kepala. Anyway, the talk is about "Muslim Living in The West".

Basically, he talked about how we should present ourself to the non-muslim. The most important thing is Akhlak. Seperti yg kita sedia maklum, org akan senang untuk rapat dgn kita jika akhlak kita baik dan manis dipandang mata. Bila brd di kalangan non-muslim, you should show what Islam has teach you. Behave appropriately, wear nice clothes (tutup aurat dan sebagainya), clean clothes, show to them the beauty of Islam.

Umat Islam pada zaman sekarang, byk yg tidak mengamalkan apa yg diajar oleh Al-Quran dan sunnah. Disebabkan itu, kita memandang org2 barat ini sgt superior. Semua yg dibuat, dipakai oleh org barat..semua kita nak ikut. Lagu2 omputeh yg ntah apa2 tuh..semua kita nyanyi dan hafal..kenapa?? kenapa kita tidak mengikut contoh teladan yg ditunjukkan oleh Rasullulah saw. Berapa byk diantara kita yg membaca sirah nabi dari kulit ke kulit? Inilah puncanya. How can you love and follow somebody if you don't even know about him? (ditujukan kat diri sendiri..huhu..buku2 pelajaran yg tebal dan berlambak2 tu, buleh lak dibaca...) so, mulai sekarang, marilah kita memantapkan diri supaya rasa cinta kita bersemarak dan terus berkembang.

Allah creates all things. Things do not derived from those that already exist. So, that's why we have to learn and get as much knowledge as we can. Dgn ilmulah kita dapat berhujah dgn org lain. Dgn ilmu juga, kita tak mudah terpengaruh dgn pemikiran dan ajaran2 yg menyimpang dari jalan sebenar.
Syeikh Ziaullah Khan ada juga menyebut tentang otak manusia. Otak manusia unik. Cell2 dia sentiasa buat kerja, so kita boleh belajar byk benda. Kita slalu ckp, kita susah nak blaja, susah nak hafal..dah tua. Sebenarnya, kita boleh melakukan byk benda dgn otak kita nih. Contoh; kita blajar biochem, kena tahu organic structure dan lain2..blaja patho, kena tahu pathogenesis, blaja bacteriology, tahu organisms dan infectious disease...semua ni complicated, tapi kita buleh jer blaja. Kenapa bila nak blaja bahasa arab contohnya, kita rasa susah. Sedangkan arabic words tu..sgtla senang..menurut kata syeikh ni la (Jom blaja bhs Arab! hehe). If we can get honours in exam, then we should be able to master the language of Allah's book.
Apa lg yg dia ckp yer..ingat2 lupa aku ni. Daya ingatan kurang kuat..huhu. Oooh yer, dia ada ckp psl tv. Yer, televisyen. Syeikh ckp..tv ni=syaitan box. Yerla, dlm tv tu..byk betul benda2 melalaikan, menambahkan dosa dan maksiat. Dia ckp, tv adalah salah satu sbb kita tidak boleh khusyuk dlm solat. Contoh: anda sedang layan anime naruto..dah tgk lebih kurang 1 jam. Pastu azan zohor. Adakah anda terus bangun mengambil wudhu atau terus melayan anime td? Jikalau anda bangun mengambil wudhu, Alhamdullilah. Tp, mind kita nih...mesti masih lg dok ingat anime yg tlh kita tgk selama 1 jam td kan? Otak kita tak leh nak fokus. So, camna nak khusyuk dlm solat?? (rasanya, semua org pernah mengalami situation nih kann..). Syeikh ni ckp, buang jer tv yg ada kt dlm umah tuhh..hehe.
Tp, aritu aku dgr ceramah ust kt mesia. Dia kata, mmg la tv nih benda tak bagus. Tp, dlm community kita sekarang, di mesia khususnya. Kalaulah umah sorang kanak2 nih, takdak tv. Pastu, dia pegi sekolah, kwn2 dia dok ckp psl citer dlm tv. Lama2, end up nya kanak2 td akan pegi jerr rumah jiran tuk tgk tv. So, ada juga masalah di situ. Melainkan kanak2 tu tak bercampur ngan org lain la..dok umah jer. Erm, kalau dah ada family sendiri, taktau la camna nak buat..any suggestions?
Oklah, setakat ini dulu. Serba sedikit ilmu yg aku dpt..maybe ada lg isi2 talk nih, cuma tak ingat sgt...moga memberi manfaat.
wallahualam

Nasihat menyentuh hati..

Bismillahirrahmanirrahim..
Just nak share some words that I got from my nephew..(dia bagi sekeping surat kecil b4 aku balik Ire aritu..)
"Assalamualaikum..
Mak su kena belajar rajin-rajin..
Mak su kena dpt byk 'A' ya...
Mak su kena baca buku bagi pas exam...
Mak su kena pas exam thn akhir..
Janji ya, Mak su kena bagi tok dan tokwan bahagia..."
Isi kandungan surat yg ditulis oleh anak saudara aku yg berumur 9 thn. Biasa jer ayat dia. Tp, disebabkan kanak2 berumur 9 thn yg tulis, dan dari hatinya sendiri...membuatkan aku rasa terharu. Sepatutnya, aku yg bg nasihat suruh dia blajar rajin2, solat rajin2, mengaji rajin2. Tp, terbalik...dia yg bg nasihat. Ayat yg terakhir, 'bagi tok dan tokwan bahagia'....ayat ni mmg membuatkan aku tersentuh. Rasa bersalah setiap kali membuang masa. Tak sangka anak saudara yg selama ni tak reti duduk diam, asyik main 24 jam...bleh tulis camtu. Moga Allah tunjukkan jln yg lurus dan selamatkan anak2 saudara aku..amin.
wallahualam.

Thursday, March 02, 2006

Katak menjenguk dunia luar..

Gambar hiasan semata-mata..


Assalamualaikum.
Pekaba arini rakan2 yg disayangi sekalian? Semoga ceria dgn nikmat Islam dan Iman. Gambar kat atas ni diambil secara 'haram' dari museum patho....hehe..'dihalalkan' untuk exam purpose. Timakaseh kpd rakan2 yg share gamba2 tu yer..it did help for the last practical exam. Ini bukanlah brain yg normal. Ia adalah Acute purulent meningitis (pot K3) hehe...exam dah abis...tp, tak rugi kalo ingat =)
Anyway, I'm not going to write about meningitis. Just want to share opinions with all of you. Dalam sibuk2 dok exam ni..byk benda di sekeliling yg terjadi. Nak bercerita mengenai brain. Brain-organ yg sgt penting utk manusia. Dgn otak yg Allah kurniakan ni...dicampurkan dgn akal, kita sepatutnya menggunakan dgn sebaik2nya nikmat Allah ini.
Brain kita ni kawan2-Right brain especially, akan terus bekerja walaupun kita tidur. Sebab itulah sebelum tidur, kita digalakkan untuk bermuhasabah. Fikir kembali apa yg kita lakukan sepanjang hari, sepanjang minggu. Maafkan semua org, fikir positif serta tetapkan apa yg akan kita lakukan pada esok hari. InsyaAllah, brain kita akan fokus apa yg kita fikirkan dan kita akan bangun dgn bersemangat pd keesokan hari.
Alangkah ruginya jika brain dan akal yg Allah kurniakan ini tidak digunakan dgn sebaik2nya. Beberapa hari yg lalu, melayan radio era sekejap ngan rakan2. Layan sekejap jerla sambil2 membaca buku. Kebetulan time tu ada seorg pemanggil la dlm rancangan kt radio tu. DJ tu pon tanya makcik ni, "bleh tak senaraikan 15 artis lelaki di m'sia dlm masa 30 saat". Kitaorg ni punya la pelik, soalan apa la DJ ni tanya. Orang dok sibuk dgn isu2 semasa..diorg boleh pulak dok sibuk hal2 artis. Yg bestnya tuh, makcik ni berjaya la pulak senaraikan 15 org artis lelaki dlm masa 30 saat. Erm, mantap tu...huhu. Agak2, kalo suruh senaraikan nama2 para sahabat Rasullulah saw, dia berjaya tak?...erm, mungkin berjaya gak la kot..tak baik buruk sangka =)
Apa yg nak dikatakan di sini, brain dan akal yg dikurniakan kpd kita oleh pencipta kita adalah sgt berharga. Kenapa kita menghabiskan masa memikirkan benda yg tidak sepatutnya, sedangkan terdapat byk perkara2 yg lebih penting untuk difikirkan. Isu karikatur, bird flu, isu harga minyak, pertukaran kabinet...byk lagi la kalo nak disenaraikan di sini. Sepatutnya, guna otak yg kita ada ini utk fikir; kenapa Denmark mengeluarkan karikatur tersebut? apa motif diorg? kenapa dgn slumber jer boleh buat karikatur tuh tanpa mengira sensitivity umat islam? kenapa ada org yg dgn tegas mempertahankan Nabi? kenapa ada pula yg tidak rasa apa2 dgn isu ini?.....mmg byk boleh difikirkan..
Isu minyak; kenapa government tiba2 naikkan harga minyak? apa motifnya? apa kesan kpd masyarakat? camna subsidi tu boleh menolong rakyat? apa perancangan government? apa pembangunan yg nak dibuat?apa kesan kpd rakyat dlm kegiatan sehariannya, jangka masa panjang dan pendek? apa guna pembangunan tetapi masih ada rakyat yg nasibnya tak terbela? kenapa rakyat kena menukar cara hidup bila harga minyak naik? kenapa government tak menukar caranya instead?.....
Sedih sebenarnya bila difikirkan. Bagaimana umat Islam nak maju kalau pemikiran masih di takuk lama (Ini peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya). Ditambah pula dgn budaya hedonism yakni budaya berhibur yg meningkat dari sehari ke sehari, maka makin byk ujian yg akan kita hadapi. Penting sgt ker anugerah juara lagu contohnya, di kala umat islam yg lain sibuk mempertahankan Islam..Siap kuar front page lagi tuhh psl juara lagu dalam suratkhabar..huhu. Marilah kita bersama2 berubah ke arah kebaikan..insyaAllah
Cita-cita kita ingin menegakkan negara Islam. Memperjuangkan agama Allah yg suci ini ke segenap pelusuk agar semua manusia tahu akan cahaya yg dibawa oleh agama ini. Bagaimana nak membentuk tamadun Islam jikalau umat Islam sendiri malas berfikir, tidak mengambil tahu hal2 yg berlaku di sekelilingnya? Setiap benda hanya tahu surface jer...malas nak mengambil tahu lebih lanjut. Kenapa jd seperti ini?
Alhamdullilah ditakdirkan Allah tuk berjuang, menuntut ilmu di negara org. Ada sebab untuk setiap perkara yg terjd dlm hidup kita ini. Bila dah berada di kalangan non-muslim, maka setiap perlakuan kita akan diperhatikan..sbbnya..'pelik' dari yg lain. Selain tu, byk juga soalan2 yg diajukan..time ni, baru kita tahu setakat mana ilmu yg kita ada. Berjaya ke tak dalam menyampaikan agama Allah ini. Disebabkan itulah, sedih apabila melihat keadaan di negara sendiri. Sedih juga apabila melihat rakan2 yg masih 'sibuk' dgn mawinya, sitinya...dll. Ini adalah my own opinions, mintak maaf andaikata tersilap kata dan sebagainya.
Jgnlah menjadi katak di bawah tempurung....jenguk2 lah ke dunia luar...masih byk benda yg perlu dibuat di luar 'tempurung' tersebut..
Wallahualam

Wednesday, March 01, 2006

Maafkan saya kawan-kawan...


Assalamualaikum wbt.
Alhamdullilah..terasa nak post something arini. Sebelum tu, aku nk memohon maaf drpd rakan2 semua andaikata diri ini ada membuat apa2 kesalahan. Dalam kita bergaul dan berkomunikasi, kadang2 dalam tidak sedar, kita mungkin akan menyinggung perasaan seseorg tanpa kita sedari. Seandainya perkara ini pernah terjadi kepada diri kita sendiri, maka perkara yg sama juga mungkin berlaku kpd org lain di sekeliling kita. So, please forgive me...
Petang tadi, membelek2 buku bimbingan mukmin. Terasa nk membaca something different. Dah berminggu aku asyik menatap buku2 patho dan bacte, penat juga...hehe. Topic yg aku bc td adalah kitab adab pergaulan dan uzlah.
Some of the points that I can say here: Pergaulan yg baik itu dtg dari budi pekerti yg murni, manakala perpecahan dtg dari kejelekan budi pekerti. Kebaikan dan kemurnian budi pekerti akan melahirkan perasaan sikap saling mencintai, bersatu padu antara satu sama lain. Oleh sbb itu, hargailah nilai persahabatan dan persaudaraan yg kita ada sekarang. Semuanya ini adalah nikmat kurniaan daripada Allah. Apa faedahnya kita bercampur-gaul?antaranya...
Memberi pengajaran atau menerima pelajaran. Kedua-duanya ini adalah antara sebesar-besar ibadat yg kita boleh lakukan di dunia ini.
Memberi manfaat dan mendapat manfaat. Mengambil manfaat dpt dihasilkan menerusi usaha dan bermuamalah. Memberi manfaat pula dgn membuat sesuatu perkara yg mendatangkan manfaat kpd org lain, semata2 kerana mengharapkan keredhaan Allah semata2.
Pendidikan. Mendidik org lain dgn pelbagai nasihat di samping mendapat pengajaran untuk dirinya sendiri.
Penghiburan. Menghiburkan diri atau org lain adalah digalakkan terutamanya dlm urusan agama. Penghiburan kadang2 menjadi sunat kalau tujuannya utk melapangkan hati, agar sesudah itu akan timbul sbb2 yg akan mencerdaskan diri semula dlm melakukan ibadat. Ini kerana, hati itu apabila terlalu sedih dan risau, niscaya ia akan menjadi buta. Jiwa manusia itu tidak selamanya dpt dipaksa membuat yg hak semata2, selagi tak diberi kelapangan utk dihiburkan, dan dlm memaksanya menunaikan kewajipan2nya terus menerus akan menimbulkan rasa bosan dan perasaan meleset.
Mencari Pahala. Melawat pesakit, mengiringi jenazah, hadir bersembahyang jemaah. Menghadiri pertemuan yg baik, undangan2, kerana boleh menimbulkan kegembiraan dlm hati seseorg muslim.
Menyebabkan org lain mendapat pahala. Membenarkan org melawat di kala sakit dan sebagainya
Merendah diri. Tawadhu atau merendah diri merupakan darjat paling utama bg manusia.
Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan. Pengalaman hidup amat berfaedah bagi manusia. Berusaha, menuntut ilmu pengetahuan..semuanya didapati dari pelbagai pengalaman.
Rasullulah bersabda:
" seseorg itu menurut perjalanan temannya, maka hendaklah seseorg kamu memerhatikan siapa yg patut diajak berkawan"
Dlm pertemuan dgn kengkawan, biarlah semua perbicaraanya berkisarkan urusan2 agama dan perkara yg dpt menetapkan hati kita di atas yg hak dan kebenaran. Kalau dilihatkan kpd realiti hari ini, terasa sukar kerana keadaan sekeliling kita penuh dgn dugaan dan cabaran. Terlalu byk hiburan yg melalaikan. Walaubagaimanapun, jgnlah ia menjadi alasan utk kita. InsyaAllah, mari kita berusaha agar pergaulan kita sehari2 diberkati dan diredhai Allah dan kita semua sama2 mendapat kebaikan daripadanya.
wallahualam.
Time to study! =)

Monday, February 27, 2006

ICW....apa nie??

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Nak dekat 2 bln aku tak post apa2 dlm blog nih. So, byk jugak la aktiviti yg berlaku kt galway..(kampung sementara). The big event is ICW- Islamic Cultural Week. ICW ni salah satu event yg dianjurkan oleh MYS (Muslim Youth Society) di galway. Rasanya, aktiviti yg sama jugak dianjurkan oleh persatuan di Uni lain kat Ire nih. Thn ni, tahun ke-3 ICW dijlnkan. Alhamdullilah..sambutan menggalakkan. Thn ni, aku tak involve sgt dlm penyediaan bahan2 tuk pameran (exhibition). Bagi peluang utk adik2 merasa..hehe. Kakak2 yg ada ni...retired sekejap. Thn ni byk bahan2 mengenai tamadun Islam (siap ada trip ke spain tuk ajk dan sesiapa yg involve..so, kira mantap la kann..hehe). Setiap thn ada temanya tersendiri...tp, minta maaf kerana aku tak ingat tema thn ni. Erm, kelemahan diri sendiri.

Exhibition diadakan pd waktu siang, mlmnya pulak ada talk2 yg menarik dari speaker2 yg mantap2. ICW ni berjln selama 5 hari...so, byk advantage yg ada tuk kita berdakwah kpd non-muslim. Apa yg aku nk huraikan kt sini (ringkasan jerla..) adalah mengenai talk2 yg diadakan. Mmg best la...sbb you can learn new things n get to hear different opinions n perspective from different speaker.

First speaker is brother Fahad Ansari. He is a muslim, originate from Ireland. He also a law student, but i'm not sure in which uni. He talked about Terrorism and Islamic Extremist. He began his talk with all the myth about Islam, Jihad, spreading of Islam...etc.(sori, I can't remember all). What is terrorist? Terrorist is a person who take part in terrorism. What is terrorism then? Terrorism is the use of violence for political aims/to force a government to act, esp because of the fear it causes among the people. As we all know, muslim is always been associate with terrorist. Erm, muka2 kita nih mcm terrorist ker?? baik jer tgk...manis jer dgn senyuman (those that I've known la...).
Anyway, brother Fahad explained about all the myth and he talked a bit about Palestine (ni b4 pilihanraya). I won't explain more about the myth becoz I think all of us must have known about that. There's something interesting from that talk. Brother Fahad brought a newspaper (Times I think) with an article about killing between muslims family in UK. Well, this is a bit sad. I did watch that news in tv and it was all in the media. The point is...Why when there is bad thing (robbing,killing for example) in muslim community, the media (non-muslim) have to mention the religion? status agama tuh..ditekankan. Kalau agama lain...tak pulak dimentionkan agamanya; christian ker, buddha kerr...apa2 la. Erm, worth to think about.....so, I leave it to u guys...sila la fikir...Anyway, the purpose for the first talk is to tell the people about the truth and real facts of Islam.
Ohh ye...lupa..talk ni is open to all...so, non-muslim (Irish people of course)mmg dtgla every night. The different is just the number of them.

The second night, the talk is given by Syeikh Yusuf Estes. He came from Texas. The talk is about Jesus or Muhammad. He began his speech by asking how many the muslim and non-muslim audience at that time. The funny thing....dia tanya omputeh yg ada mlm tuh...."Tak takut ke duduk dgn terrorist yg ramai ni?"....hehehe.Mmg klakar soklan, dah la majoriti dlm dewan tuhh malaysian student. Tu adalah benda yg dia slalu ckp dlm talk dia rsnya. Sbb aritu dgr talk dia...mmg dia akan mulakan dgn lawak yg sama. Tp, mmg best la Syeikh nih. Dia dulu christian (priest), then become a muslim...Alhamdullilah. http://www.islamalways.com/ - untuk citer lebih lanjut..Byk talk dia...dgr la...its interesting sbb kita dok selalu dgr ceramah2 ustaz2, ustazah2. Sesekali dgr talk syeikh yusuf lak. Anyway, the main thing about the talk is the explaination about jesus n muhammad. Where did the word 'jesus' come from? of course not arabic-from english word (jessie, joshua...). Then, he explained about the word in Quran yg byk disalahertikan, pastu dia citer psl the word of 'god' dll. (contoh word yg disalahertikan: Iqra'- it should be recite, not read). Nak tahu lebih lanjut..lawatilah website di atas. Yg pastinya, dia byk citer psl jesus, bible, nabi2 dan dia juga turut menyentuh tentang muslim in our generation.Talk dia mmg sesuai la tuk non-muslim. Apapun, aku suka la syeikh yusuf nih....klakar orgnya.

Talk seterusnya oleh sister Batool Al-Toma from Islamic Foundation UK. The talk is mostly about women in Islam. She is a really good speaker. Boleh menyentuh hati! Pasal women in Islam tuh...aku rs korang semua mesti dah tahu kan...kalo tak tahu, sila la ambik tahu yer..hehe. Sister Batool citer psl dia mula2 kenal Islam. Dia dulu Irish..then kahwin dgn muslim. Nak tahu camna dia kenal Islam?? jeng3....from malaysian student!! Dia dulu kerja di RCSI (kat dublin). Dia kenal Islam melalui Dr. Wan Azizah during medball. Amazing kan??so, kalo korang nak pegi medball tuh, ingat yer...anda boleh berdakwah di mana2 sahaja. Bila aku dgr dia cerita, terasa berkobar2 semangat nak bgtau Islam kat org lain terutamanya Irish la sbb diorg byk yg tak tahu psl Islam. Pastu sister Batool ni sgt suka la kat malaysian sbb dia kata dia kenal Islam dr org malaysia...so, dia sgt gembira bila tgk malaysian muslim. Ya Allah, terasa ukhwah saudara sesama Islam walaupun baru jerr kenal dia.

The main point tuk semua talk di atas adalah tuk memperkenalkan Islam. To tell the truth and the real facts about Islam. Ni khususnya tuk non-muslim. Untuk muslim, u can get lots of advantages actually from the event like this. Peluang tuk berdakwah, kenal dgn org lain, borak2 psl Islam...semuanya terbuka luas. Satu lg nk ditekankan disini...HARGAILAH NIKMAT ISLAM YG ALLAH KURNIAKAN UNTUK KITA. Aku rs jeles sgt2 bila tgk Syeikh Yusuf Estes, sister Batool...diorg sgt2 sayangkan Islam, sgt2 menghargai nikmat Islam diorg. Kita yg mmg dilahirkan Islam ni?? Kadang2 terasa diri ni tidak cukup bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan. Hidup di dunia ni dah berpuluh thn..(nk masuk 23 dahh)...tp, apa sumbangan tuk Islam? Apa sumbangan untuk agama Allah ni?? sama2 la kita bermuhasabah. Selepas muhasabah, marilah bersama2 bekerja untuk Islam. Allah akan melihat usaha kita ini walaupun sebesar zarah. Jadi, marilah bersama2 kita berjuang di jalan Allah, menegakkan agama Allah. (Terutamanya di negara kita sendiri...macam2 dah sekarang nihh..huhu).

" Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong Agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (47:7).

Setakat ni dulu utk kali ni.....masa untuk blajar!! hehe...
Penulisan ini tidaklah seberapa...agak berterabur jugak la sbb event ni dah lama...so, ingat2 lupa. Apapun, moga2 memberi manfaat...InsyaAllah

wallahualam.

Menyepi..

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum wbt.
Akhirnya blog ni berjaya jugak dijenguk setelah sekian lama tak dijenguk. Sibuk dengan beberapa aktiviti dan juga exam yg datang. Nak tak nak, kena study la kan... Alhamdullilah, written paper dah abis, tinggal oral n practical. Aura exam belum abis lg nih..tp, doa dan tawakkal ajala yg mampu. Moga Allah membantu hambanya yg lemah ini.
Erm, setakat ni..tak byk entry yg dpt dimasukkan. Yg ada pon, byk cut n paste. Takpelah la kan..moga2 memberi manfaat kpd sesiapa yg menjenguk di sini. Masih berusaha tuk menulis..membuat penulisan.Tp, untuk diri yg lemah ni...progress tu, belum ada lg. Mungkin dtg dari pengurusan masa yg kurang effective..etc. Ya Allah, Engkau kuatkanlah semangat hambaMu ini. Sesetengah org, Allah mengurniakan dia ilham utk menulis, meluahkan apa yg ada di benak sanubarinya. Sesetengahnya pulak...mungkin agak sukar atas sbb2 tertentu. Apapun, tidak salah mencuba. Asalkan ada kemahuan dan usaha. Setiap makhluk ada kelebihan yg Allah berikan. Cuma kita kena berusaha untuk mencungkil kurniaan Allah di dlm diri kita ini. Dah byk juga membc blog2 lain yg mantap2 belaka. Jika org lain ada masa yg diluangkan utk menulis, menyampaikan dakwah...mengapa kita tidak boleh?