Wednesday, April 12, 2006

Tangisan Ummu Ayman

Sejurus selepas kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakr mengajak Umar, "ayuh, mari kita ke rumah Ummu Ayman".
Selepas disampaikan berita kewafatan Nabi SAW, Ummu Ayman menangis dengan tangisan yang berat.
"Apakah yang ibu tanggung dalam tangisanmu wahai Ummu Ayman? Apakah tidak ibu ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu adalah jauh lebih baik buat Baginda SAW?", Abu Bakr dan Umar cuba mencungkil beban hati Ummu Ayman.
Lantas beliau berkata, "Sesungguhnya aku, demi Allah, mengetahui akan benar katamu, bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik buat Rasul-Nya. Tangisanku bukanlah kerana itu wahai Abu Bakr dan Umar. Akan tetapi... aku menangis dan hiba dengan berita yang kalian bawa, kerana sesungguhnya WAHYU TELAH TERPUTUS DARI LANGIT... buat selama-lamanya..."
Tersentak Abu Bakr dan Umar... lantas mereka berdua turut menangisi hakikat kewafatan Nabi SAW pada waktu Dhuha di sore Isnin, 12 Rabi' al-Awwal tahun ke-11H tersebut. Tiada lagi wahyu... dan moga Ummah ini dikurniakan Allah upaya hidup pada tiada lagi seorang Nabi, pembimbing jalan, pengubat lara hati... terutamanya pada hari-hari yang penuh derita ini.
Wa Shallallahu 'ala Sayyidina Muhammad al-Nabi al-Ummi wa 'ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallim Tasleeman Katheera, 'Adada Maa Ahaata Bihi 'Ilmuhu wa Khatta bihi Qalamuhu wa Ahsaahu Kitaabuh!
- petikan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir [juzuk 5 / 273 - 275]

www.saifulislam.com

No comments: