Monday, April 10, 2006

Housemateku..

Bismillahirrahmanirrahim
Ikatan persaudaraan sesama umat Islam adalah benteng dan tunjang dalam sesuatu perjuangan. Sabda Rasulullah s.a.w : 'Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia mencintai dirinya sendiri'.
Bolehkah kita dikategorikan di dalam golongan org2 yang beriman jika kita tiada rasa kasih dan sayang terhadap saudara kita?
Apa agaknya yang harus kita lakukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang tersebut? Selalunya apabila kita sayang dan kasihkan seseorg, akan terdetik suatu perasaan yang kita pun tak tahu nak describe. You'll feel something. Perasaan kasih sayang ini wujud daripada akidah kita yang satu.
Matlamat hidup kita adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah, agar diberi ganjaran Syurga yang kekal abadi. Maka jika kita sayangkan saudara kita, kita mahu saudara yang kita sayang itu sentiasa mendapat keredhaan Allah. Kita mahu saudara kita itu sentiasa di dalam lindungan dan peliharaan Allah.
Baru balik dari MINDA. Apa tu?? Terasa nak menghuraikan lagi..tapi, mungkin di lain kali. Mataku dah tak mampu diangkat lagi nih. Rasa nak menulis ni pon timbul sebentar td sbb housemateku yang nak exam final year beberapa minggu lagi come to me and said: "...... I need a hug"
Terharu aku mendengarnya..huhu. Jadilah seorang sahabat yang dapat menggembirakan sahabat yang lain, boleh menjadi pendengar yang baik, tempat meluahkan perasaan, menghilangkan stress..etc. Sometimes, just a small things like that can make someone feel relief and happy, InsyaAllah. So, I gave her a big hug =). Aku tahu, dia bimbang dgn exam yang bakal tiba. Allah tak membebankan seseorg dgn sesuatu yang di luar kemampuannya. Remember that Allah always there for us, as long as we follow his commands and do the right thing.
Don't worry too much! =) Semoga semuanya dipermudahkan Allah. InsyaAllah. Ameen.
Housematesku yg terchenta, Ganbatekudasai!

No comments: