Thursday, April 27, 2006

pegang buku..or..baca buku..

Jumaat ni mcq medicine. Dr. Gerflahe (Gerald Flaherty..hehe) ckp mcq kali nih akan lebih sukar dari yg lepas. Erm, tapi tahap pembelajaran aku still sama..huhu. Kagum ngan kwn2 yg ckp tak de masa buat benda lain sbb sibuk dok pegang buku clinical medicine kumar and clark. Aku pegang gak buku tuh..tp, dok layan gak blog nih. Erm, tak faham gak ngan diri sendiri...huhu.
Sebenarnya, beberapa hari yg lalu, terasa nak ckp pasal isu Ong ka Ting-cadangan yg dikeluarkannya regarding perlakuan sumbang. Tahu kan? Kalau tak tahu..sila la ambik tahu.
Tapi, tu la..setiap kali nak huraikan topic nih, mesti tak jadi. Apa yg pasti, ada rasa tak puas hati yg bersarang dlm hati ni dengan apa yg dikatakan oleh Ong ka ting tu. Sukati jer dia membuat tafsiran perlakuan sumbang. Nak menambahkan lagi maksiat yg dah melambak2 di malaysia tu..huhu, nak merosakkan lagi pemuda pemudi yg ada. Ya Allah, Engkau selamatkanlah saudara-saudaraku.
Pastu, tadi baca blog diari seorg mujahid-ust nt. Sedih bila tahu keadaan masyarakat. hiburan tak habis2...salah siapa? fikirlah (tak penat ke aa melayan artis2 tuh??huhu..). Pastu ada lagi. Baca suratkhabar semalam, ada baby boy dibuang dlm tong sampah kat Georgetown. kepala baby tu, ada ulat dah berkerumun..huhu..kenapakah! baby tu tak bersalah pon! (erm, emo sket kalau psl kanak2 nih) sedih aku baca berita tuh. Allah Maha Berkuasa, Allah selamatkan dia. Nak tunjuk betapa kejamnya manusia, dah hilang rasa kasih, betapa teruk moral masyarakat..huhuhu. Risau betul bila fikir psl keadaan kat mesia. Risau ngan anak2 saudaraku, camna la mereka nak hadapi keadaan kat mesia tuh..huhu. Semoga Allah selamatkan mereka..amin.
Dalam sibuk menimba ilmu, isu semasa kena amik tahu gak. Tanggungjawab kita semua nak membawa Islam, membawa kebaikan. Kalau tak ambik tahu..camna nak tahu apa yg nak diperbetulkan...betul tak. Baca semua saluran yg ada dan compare. Semua pon dah dewasa, dah tua..so, pandai2 la fikir. Sampai bila kita nak takut2 baca bab2 politik, isu negara. Erm, okla. Nak menyibukkan diri pegang buku.
Wallahualam.

2 comments:

pulut said...

sume org Allah kasik 24 jam.sama rata je.terpulang ah cmne kite nk guna masa tu.tak smstinye tak pegang buku medicine kite tak blaja.hehehe..maybe kite blaja mnde lain ataupon jadik pengajar.mcm ko tgh mengajar aku ni melalui blog ko..=)tq!

an_naas said...

timakaseh Pulut! =)