Sunday, April 30, 2006

Akhir zaman

Bismilahirrahmanirahim
Terdapat hadith yg menceritakan mengenai separuh daripada alamat kiamat.
Daripada Anas b. Malik, Rasullullah s.a.w bersabda: "Setengah daripada alamat kiamat adalah terangkat ilmu dan terzahir kejahilan".

Maksud hadith:
Allah takdirkan ilmu diangkat, maksudnya; Ilmu semakin tiada, makin pupus. Ulama meninggal, dan tiada sesiapa yang ganti. Maka, kejahilan dapat dilihat di merata2 tempat (look around you). Ini adalah tanda ilmu diangkat oleh Allah swt.
Lihat sekeliling, tgk diri sendiri. Ilmu kita adalah terhad..kan. Org islam sendiri tidak mahu rebut mencari ilmu agama, maka…tiadalah ilmu.
Al-Quran Dusturna. Perlembagaan yg plg sempurna. Diberikan oleh Allah swt kepada hambaNya. Maka, setiap perkara seharusnya berdasarkan Al-Quran dan sunnah.

sumber:
Kitab Bahrulmazi
Syeikh Idris al-Marbawi

Kalau subject medic pon integrated, maka kita yang nak jadi doctor pon kena juga integrated, bersepadu. Berusaha dan berdoa agar kita berjaya menjadi seorg doctor yg mengamalkan Islam, tidak meninggalkan ciri2 Islam. InsyaAllah. Teringat mengenai isu hijab di OT kat RCSI. Baru abis baca tadi. Simpati kepada sahabat2 di sana. Moga ditabahkan hati dan iman dalam menghadapi dugaan. Setuju dengan apa yang nak dilakukan oleh sahabat di sana-hantar surat kpd Irish Medical Board, FOSIS dsgnya. Tapi, mungkin bleh discuss ngan pihak college dulu. Jangan takut nak mempertahankan hak kita. Jangan disbbkan perkara tersebut hijab kita pula entah ke mana. Masa buat surgical attachment haritu, pernah juga experience benda yg sama. Ada jela nurse yg sibuk2 suruh buang tudung. Malah tak bagi pakai long sleeve under scrub tuh. Consultant tak de la pulak bising2 cakap pasal MRSA or something. Alhamdulillah, setiap kali ditegur nurse, Allah ilhamkan jawapan2 tuk dijawab. So, lepas ajela masuk OT. Memang tudung yg dipakai dlm OT tu pun, just tuk OT jer. Malah, kalau nak difikirkan..bersih je lagi dari nurse2 yg pakai head scaf tapi rambut serabut je. Ada sekali tu, masa buat attachment ngan Mr. McAnena kalo tak silap ada sorang nurse ni beria-ia cakap pasal tudung yg kitaorg pakai dgn nada yg agak geram juga telinga mendengarnya (nurse ni mmg diketahui ramai rasanya time tu). Sabar jela..senyum jer ngan dia...pastu jawab la balik apa2 yg patut. Dia pon pastu bila dgr explaination kitaorg, buat lawak sket2 ngan dia...sejuk la. Tak tegur dah pastu. Masa buat attachment ngan Prof.Kerin lak, sorang nurse nih beria-ria tak bagi pakai long sleeve. Padahal kitaorg berdiri dlm OT tu, kat tepi je pon. Bila dah nak kuar, ada sorang nurse ni dtg and minta maaf kat kitaorg. Dia kata, nurse tu mmg camtu..kalo ikutkan, dia tak de pon kuasa dlm OT tu nak suruh itu ini. Erm, bila difikirkan, byk juga dugaan. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Semoga setiap urusan selepas ini dipermudahkan jua oleh Allah..ameen. Banyakkan berdoa, ujian Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita. "Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka"
wallahualam.
*anyway, berjaya gak scrub in-orthopaedics sekali ngan Mr.Devitt, pastu ngan Dr.Rima buang breast lump. Best gak surgery nih...(erm, kat mesia bleh ke pakai tudung dlm OT..?...camna tuh..)

No comments: