Di sini..kita telah bertemu. Mencari warna seindah pelangi. Ketika kau menghulurkan tanganmu..membawaku ke daerah yang baru...
"Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah-pisah" (Al-Imran: 103)
Ayat ini bermaksud supaya sekalian orang yg beriman berpegang teguh dengan tali Allah, tali yang dilarang diputuskan oleh perasaan benci-membenci, pandang-memandang, kerana berlainan kedudukan dan aliran fahaman, yang mana menyebabkan pupusnya perasaan cinta di antara sesama sendiri.
Tertarik dengan ayat ini. Apa perasaan rakan2 jika seseorg berkata sesuatu yg mengguris hati?? mengguris hati sehingga boleh menyebabkan coagulative necrosis...(betul ke..hehhe). mengguris hati sehingga kadang2 membawa kepada hilangnya ukhwah. Mungkin kata2 tersebut bertujuan untuk menasihati dan menyedarkan. Namun, kadang2 cara kita mungkin tidak sesuai. Allah menciptakan setiap daripada kita dengan kelebihan dan kekurangan masing2. Namun, semuanya adalah untuk kebaikan kita. Manusia ni tak perfect, maka kita kenala sentiasa berhikmah dlm menuturkan kata2 nasihat. Orang yg memberi nasihat kenalah berhikmah, berlembut, jangan sampai membuatkan rakan2 terasa hati. Walaupun ilmu dah mencapai tahap gunung kinabalu (belum everest..), buanglah perasaan tinggi diri, rasa diri besar sgt sbb dah ada ilmu. Orang yg kurang ilmu, yang jarang dtg usrah ke...kita pandang semacam. Please, put those feeling aside. Kalau diri kita berada di tempat org tersebut, dok dlm kasut org tu...agak2, apa yg kita rasa? Hati manusia sukar tuk ditafsirkan, hanya Allah swt yg tahu. So, fikir-fikirkanlah ye.
Orang yg menerima nasihat pula terimalah dgn hati terbuka. Bersyukurlah, at least ada orang yg sayangkan kita, nak beri nasihat dan teguran kepada kita. Orang yang menegur/ bagi nasihat tadi mungkin tak sedar apa yang dituturkan..maka maafkanlah dia. Bila difikirkan, pelbagai ragam manusia ni. Orang ni camni, orang tu camtu. Maka, syndrome malas pon datang....malas nak layan..ish3 =) ...insaflah!!
*Apa yang dibebelkan di atas tidak ditujukan kepada sesiapa. Hanya peringatan untuk diriku dan rakan2 sekalian. Manusia ni, mudah lupa..so kena sentiasa diingatkan...atas dasar kasih sayang =)
Moga bermanfaat, wallahualam.
No comments:
Post a Comment