Alhamdulillah, last week dah start rotation baru. Opthalmology and ENT. Bila dah masuk rotation yang last nih, aura-aura exam pun dah terasa. Adehh...cuaknya diriku ini! Apapun, usaha, doa dan tawakkal.
Semalam ada usrah ngan rakan-rakanku yang best. Walaupun tak semua dapat hadir kerana kekangan yang tertentu, usrah tu tetap best! Ni sedikit dari apa yang kitaorang buat semalam:
1) Diskusi mengenai topic yang 'hangat' sekarang- topic 886 pelajar perempuan yang 'bermasalah' dan pelajar yang bersalin di bilik rawatan sekolah. Erm, nak cakap panjang-panjang pun...semua orang dah tahu. Bak kata Zai, "nak tunggu sekolah tu jadi hospital bersalin ker baru nak ambil tindakan?". Kitaorang ketawa jer bila dgr Zai cakap camtu. Tapi, deep down aku tahu semua orang sedih dan kecewa ngan keadaan di sekeliling terutamanya di malaysia. Hakikat yang pahit, tapi harus ditelan dan sesuatu mesti dibuat untuk memaniskan kepahitan tersebut.
2) Pengisian mengenai pesan Rasullullah S.A.W kepada umatnya. Aku tak ingat exactly apa tajuk buku tu and penulisnya. Tapi, salah satu pesanan yang disampaikan kepada kitaorg semalam adalah mengenai NERAKA. Betapa sedihnya Rasulullah bila mengetahui bahawa umatnya yang melakukan dosa besar akan dicampakkkan ke dalam neraka yang panas membara. Panasnya neraka itu sehinggakan bahang dari neraka yang keluar dari lubang hujung jarum yang kecil dapat membakar seluruh dunia! Ya Allah, jauhilah aku dan umat Nabi Muhammad ini dari nerakaMu yang panas membara itu. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus jalan ke arah kebenaran
3) Sesi tarbiyah jasmani! Zilah ajar aikido?? Adehhh....sakit aa abdomen aku pagi nih bila bangun tido. Ternyata hasil semalam adalah berkesan untuk rectus muscles yang selama nih dok diam jer, tak buat apa-apa...haha. Best2!! Jom buat lagi next week! :P
Pagi ni kan, aku bercita-cita nak belajar. Bagus2! teruskan cita-citamu itu...yeah! Tapi kan, aku belum start lagi membaca, dan akhirnya aku layan pulak blog nih...adehh. Erm, takpe pasni belajar insya Allah. Just nak share sesuatu yang aku baca recently, petikan dari buku Detik-detik Masa dalam kehidupan muslim- Dr. Yusuf Al-Qardawi. Kadang-kadang, kita beli buku dan baca, tapi isi2 dalam tu tak melekat pun kat diri kita nih. Teringat kata-kata Ust. Hasrizal dalam Saifulislam, before nak buat sesuatu...tanya diri kita dulu, kenapa aku nak buat benda nih? Masa dulu baca buku ni, aku tak dapat 'serap' sangat isi-isinya. Tapi, Alhamdulillah bila baca balik sekarang....aku rasa 'terkesan' dengan apa yang diutarakan dalam buku nih. Sangat sesuai dengan aku di kala ini. Ni just few points yang aku rasa penting untuk kita hayati dalam setiap detik masa kita...
Seorang ulama’ salih ada berkata; Setiap hamba itu mempunyai 4 waktu:
Nikmat, Ujian, Ketaatan dan Maksiat. Tiap- tiap waktu ini Allah pertanggungjawab ke atas kamu supaya kamu guna masa itu dgn jujur mengikut hukum dari Allah SWT.
- Siapa yang taat, maka terbuktilah suatu pemberian Allah kpdnya.
"Katakanlah: ' Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan" (Yunus: 58)
- Siapa memperolehi nikmat, maka hendaklah dia bersyukur dan bergembira di dalam hati kerana itu adalah kurniaan tuhan kpdnya.
"......makanlah olehmu dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepadaNya. Negeri kamu adalah negeri yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun"(Saba’: 15)
- Siapa yg melakukan maksiat, maka hendaklah dia bertaubat.
"Katakanlah: 'Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa" (Al- Zumar: 53)
- Di masa menghadapi ujian, maka hendaklah menerima dgn rela hati di samping bersabar.
" Dan sesungguhnya Kami berikan cubaan kepada kamu dari ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang ditimpa bencana, mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" (Al-Baqarah: 155-156)
* Allah sukakan kepada orang yang banyak bertaubat dan bersih dari segala dosa. Alangkah gembiranya jika kita semua menjadi orang itu....
* Ya Allah, sayangilah hambaMu ini...
wallahualam
No comments:
Post a Comment