Tuesday, July 04, 2006

Balik kampung

..subhanallah..hidupan di celah batu, di tgh kepanasan..
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulilah, dah dekat tiga minggu berada di kampung halaman. Its good to be at home...terubat segala homesick selama ni. Before balik aritu, tak terasa apa sangat. Tapi, bila dah sampai ke tanahair...rasa gembira tu terus datang. Gembira melihat mak ayah dan ahli keluarga yang lain. Syukur Alhamdulilah, masih dipanjangkan umur. Setakat berada di rumah ni, tak banyak sangat aktiviti. Dok melayan kerenah anak saudara yang berumur setahun lebih jerla kerjanya. Diakui, menarik juga yer keadaan di malaysia....politik, tokoh2 yg ada...erm, macam2. Di samping tu, rakyat tak ketinggalan gak dengan hiburan. Semua asyik nak jadi penyanyi jerr....camna tu?? (baik layan world cup dari tgk org beratur nak nyanyi....huhu)
Untuk peringatan pada diri ini dan umat yang sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara. Sedarlah bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.

Berkata Anas bin Malik r.a. ``Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

No comments: