Apa khabar iman rakan2 hari ini. Semoga sentiasa tetap di jalan Allah. Hayati kata-kata dlm lagu ini...
Ke arah mana halanya..tertarik dgn permulaan lagu ni. Ke mana hala tuju kita yang hidup hanya sementara di muka bumi Allah ini. Nikmat Allah sangatlah banyak dan tidak terhitung. Bagaimana pula kita sebagai hambaNya menghargai nikmat tersebut? Lalai dengan nikmat Allah, tidak pernah mensyukuri dan lupa kepada tanggungjawab sebenar berada di muka bumi ini. Mengejar dunia sehingga tak sedar hidup jauh dari rahmatNya. Dengar lagu di atas pastu tengok keratan akhbar di bawah..

Keratan akhbar kosmo edition 19/4/06. Tengok tajuk dan gambar yang diletakkan pon dah terasa sedih. Apa akan terjadi dengan 68000 bayi yang dilahirkan tersebut? Kenapa boleh jadi camtu...kesian anak-anak yang dilahirkan tidak bersalah, tidak berdosa..yang akhirnya akan dibuang jer merata-rata..huhu. Kenapa pemuda pemudi yang ada sekarang begitu lemah mengikut nafsu...mengejar dunia semata-mata. Lalai dengan hiburan yang tidak membawa apa-apa faedah, malah membawa bencana dan malapetaka. Bertudung tapi berpelukan...huhu...apekahh! Beginikah keadaan di malaysia sekarang? yer...beginilah keadaanya...huhu. Di manakah silapnya? Zaman sekarang Islam itu hanya pada nama, tapi umat2nya tak mengamalkan ajaran Al-Quran dan sunnah. Hala tuju di dunia telah dipesongkan dengan hiburan yang melalaikan sehingga menyebabkan pemuda pemudinya hilang arah tujuan. Sedih bila tgk saudara2 seagama menjadi sebegitu rupa. Bertambah sedih lagi jikalau perkara ini terjadi di kalangan rakan-rakan yang sedang berada di menara gading. Apa guna blajar tinggi-tinggi tapi akhlak rosak sama sekali. Siapa yang akan memimpin negara nanti. Nauzubillah himinzalik. Moga kita semua dilindungi Allah.
Apa yang kita perlu buat sekarang ? Takkan nak tengok dan bersedih jerr...nak tak nak, you have to do something. Kadang-kadang, kita pandai bercakap..pandai menulis..tapi, no action. Kita ajak orang membuat kebaikan, kadang-kadang kita pun terleka juga. Takut akan ayat Allah;
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (As-Saff : 2-3)
Teguhkanlah iman dalam diri, moga akan terasa nikmat Ilahi. Dunia ini tidak akan kekal abadi, ia hanya ujian untuk menguji kecekalan hati. Banyak perkara akan terjadi andai iman rapuh seperti dahan pokok. Bila baca suratkhabar tiap-tiap hari, cerita sama juga yang keluar. Jenayah di kalangan remaja yang tak perlula nak disenaraikan di sini. Semua pon dah tahu. Ditambah pula dengan pentadbiran negara yang setiap hari ada jerr masalahnya. Dalam apa-apa keadaan di dalam kehidupan kita seharian, kita saling memerlukan. Maka, dalam perkara untuk berdakwah dan mengajak kepada kebaikan pon begitu juga keadaanya. Cubalah menyertai aktiviti dakwah/keagamaan di mana-mana sahaja. Tunjukkan akhlak yang baik, cuba dekati masyarakat sedaya yang mampu. InsyaAllah. What i've written here is just my own opinion. Sekadar luahan apa yang terbuku di hati...nak try gak buat apa yang dicakapkan (dekati masyarakat dll, InsyaAllah)....so, jika tersalah apa-apa silalah perbetulkan. Nak komen pape pon dipersilakan..

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff : 4)
wallahualam.
1 comment:
video dah tak available...hehe.Sori..
Post a Comment