Thursday, April 05, 2007

Ada apa dgn Medic..

Bismillahirahmanirrahim...
Aku sepatutnya study sekarang ni. Banyak lagi topic yang kena cover tuk exam final. Paeds, psych..ophthal, ENT, Gp......huhu. Harini Dr. Larkin bagi aku balik awal dari attachment. 1pm aku dah berbasikal balik ke rumah dengan gembiranya...hehe. Penat jugak la menolak basikal naik bukit....part turun bukit bestla, nak naik tu yang parah. Apapun, I'm happy with it =)


Tadi kan, aku baca satu blog nih...blog student engineering kat mesia. Ada satu entry tu dia comment pasal 10% (betul ker 10%) medical student yang tak mahu jadi DR. bila dah abis course. Pada pendapat aku, diorang mungkin ada reason masing-masing yang mnyebabkan diorang tak nak bekerja. Dunia medicine ni luas....perlukan kanta dan kacamata yang betul. Anyway, aku quote kata-kata student engine ni: "Ada apa sangat dengan medic? Aku dapat simpulkan pelajar yang bercita-cita menjadi jurutera seperti aku lebih senang hidupnya dari golongan yang hidupnya untuk medic".
Erm....to be honest, sedih gakla bila aku baca ayat dia nih. Bagi aku, setiap sesuatu yang terjadi adalah ketentuan Allah. Tak kisahla ambil course apa pun. Yang penting, kita tahu tujuan kita belajar dan tahu matlamat masa depan (dunia dan akhirat). Tak dinafikan, memang banyak pengorbanan tuk sesiapa yang ambil course medic ni..(betul ker erk). Yela, belajar dah 5,6 tahun pastu bila dah kerja pun sibuk. Betul la kot apa kata student engine tu...hidup dia lebih senang dari golongan yang hidupnya untuk medic. Tapi kan...adakah setakat hidup senang jer yang kita cari?? kalau hidup susah, tak boleh hidup ker??

Kenapa aku bercita-cita nak jadi DR in first place? Time tu aku baru darjah 1. Aku kena gi hospital sebab mata aku merah dan cikgu suruh balik umah. Alaa, merah sikit jer pun, takdela infection teruk sangat. Red eye without pain, photophobia or reduced of vision. So, conjunctivitis jer kot. Tapi, untuk keselamatan rakan-rakan sekelas..aku pun pegi la check mata. Ophthalmologist yang aku jumpa tu check mata aku dan bagi cuti selama beberapa hari. Gembira betul aku time tu sebab dapat cuti! hehe. Sejak dari itu, aku sukakan DR (tak tahu la kalo aku suka tu sebab dia bagi aku cuti..heheh). Apapun, time tu aku rasa kagum sangat dengan Dr yang boleh bagi diagnosis dan boleh prescribe ubat. Ni cerita time kecik-kecik la.
Bila aku form 5, tak terfikir pun yang aku boleh ambil course medic ni sebab time tu aku byk 'main'...(biasala, muda remaja lagi kann..hehe). Bila habis matriks, Alhamdulillah berjaya dpt course medic ni dan dapat gi oversea. Time tu, terasa cam " biaq betui ni nak pi oversea buat medic! tak pernah terfikir pi oversea sepanjang hidup aku"
Sekarang, Alhamdulillah dah 5th year medicine kat NUI, Galway. Bersyukur aku boleh bertahan sehingga ke hari ini. Kadang-kadang tu kan, semangat aku nak belajar tu lari entah ke mana (Risau woo bila jadi camtu....kesian makabah hantar jauh-jauh tuk belajar...kan). Kena cari balik semangat yang hilang tu, dan fikir sejenak kenapa aku belajar susah-susah camni? Bila dah fikir-fikir, aku rasa bersyukur Allah bagi aku kesempatan dan peluang untuk belajar medicine. Banyak yang aku dapat belajar...

Oklah, aku nak menulis banyak lagi sebenarnya pasal medic ni...tapi, lain kali la..aku nak baca buku pulak. Exam dah semakin dekat.....kecuakkan makin terasa. Anyway, congrats to Sarah, Shasha, Fatin (UKM), Che Pah (UM) and all my friends that had pass the final exam. Jadi doctor muslimah yang baik yer..hehhe =) Doakan aku jugak!! Lagi setahun setengah ni...insya Allah. All the best jugak tuk final year NUIG...Aku yakin korang boleh!


6 comments:

Anonymous said...

Pelajar yang bercita-cita menjadi jurutera seperti lebih senang hidupnya dari golongan yang hidupnya untuk medic?....i don’t think so… engineering is part of human life..medic pun same…engineer perlukan doctor for their health..dan doctor perlukan engineer for their innovation…tiada ape yg senang dlm life ni….tak kisah berapa lama kite belajar…susah senang kite sendiri yg tentukan....peace

an_naas said...

yeah...quite agree with that.. :)

Anonymous said...

lama x jenguk bloq ini.dtg2 ja,ada satu topik yg sgt2 berbekas di hati.napa aku nk jd doktor?em,to b truth,still mencari the main reason why i want to b a dr.yup,kekdg tu,mmg dtg perasaaan malas nk studi,penat,down,tp,spt kata neeza,kena cr blk semangat yg hilang tu.
doakn wani neeza!
semoga cik neeza tenang2 shj menghadapi xm!gambate ne!:)

an_naas said...

wanirus! (sedap pulak bunyinye..hehe) Insya Allah...sama2 kita berdoa erk. May Allah make it easy for all of us..amin.

Anonymous said...

haha,sedap ka bunyi tu?dh ramai sgt org nama wani(almaklumlah nama yg popoluq:),tu yg terpikiq nickname tu..

AD said...

yup...mn ada mudah nk jd senang & senang ke nk jd mudah...tak kan...pasti ada cabaran masing2 & btol kta kwn kt yg sorg ni...kt sume saling memerlukn...sbb itu ada kepelbagaian dln idup ni...apa2pun selamat berjaya dalam apa jua yg kt sume lakukn slagi x melanggar perintah-Nya....