Friday, November 17, 2006

Dude, what r u fighting for?

Dari "Troy"
Tatkala kapal layar hitam pasukan tentera upahan Achilles menghampiri pantai Troy, Achilles legenda tersohor itu menghadap ke buritan kapal dan menghunus pedangnya ke arah Troy seraya berseru, "Lihat itu! Apa di sana? Di sana ada KEABADIAN!" kata-kata semangat Achilles untuk ahli pasukannya bagi menghadapi bala tentera Troy yang tak pernah dikalahkan itu. Itulah tujuan peperangan mereka. Mencapai keabadian, menjadi legenda, untuk dikagumi oleh bangsa manusia selamanya...

Dari "Gladiator"
Tatkala Maharaja Rome bertanya kepada Jeneral Maximus, orang kanan kesayangan yang baginda mahu tabalkan sebagai penggantinya, "What are you fighting for?". Jawab Maximus "For Rome". Lantas ditanya lagi oleh Maharaja, "What is Rome? Have you ever been to Rome?" Maximus tertunduk, menjawab "No".
Jeneral Maximus, hero Gladiator itu nyata berjuang untuk negara yang tak pernah dijejakinya pun hingga saat pasukannya berjaya meluaskan jajahan Rome atas nama penyatuan bangsa Greek. Murni, berjuang untuk bangsa dan negara. Namun, berdasarkan dialog filem terkenal itu, dia sendiri tidak pasti apakah negara Rome yang diperjuangkannya itu (sekurangnya tidak sehingga dia hampir dilantik sebagai Maharaja Rome)

Dari "Discovery Channel"
Dalam satu rancangan di saluran Discovery tentang pembinaan piramid, terdapat adegan salah seorang buruh piramid merenung piramid tika sampannya menyusuri tebing sungai Nil. Saat itu dia tiba-tiba seolah mendapat "revealation", akhirnya dia memahami untuk apa sebenarnya perit jerih puluhan tahun dia dan ribuan buruh lain membina piramid-piramid agung tersebut. "For the Pharaoh (Firaun)", Raja, Tuhan mereka.

Jadinya, untuk apa perjuangan?
Dari ketiga-tiga contoh tentang perjuangan dari kisah-kisah legenda itu, membuat kita lebih merasai, menghargai tujuan perjuangan dan Jihad di dalam Islam. Sebagai insan Islam, kita berjihad , melakukan segala untuk Tuhan Yang Esa. Yang mencipta, mengurnia, memerhati, menghisab, dan tempat kembali kita. Tujuan perjuangan kita tidak setakat mencapai keabadian, dikenang manusia hingga akhir zaman, tidak setakat negara dan bangsa, yang barangkali akan berubah atau lenyap kemudiannya, tidak untuk raja yang juga mati seperti manusia lain. Ketiga-tiga itu tidak abadi, mereka tidak akan mampu membalas setimpal. Bila benar-benar dirasakan jihad, perjuangan itu untuk Tuhan, yang Pemurah, yang mencintai kita lebih dari ibu yang melahirkan, benar-benar akan dirasai niat kita itu murni, agung, paling tinggi. Alangkah INDAH dan SEMPURNA.

-nisa'-

No comments: