Tuesday, September 19, 2006

cheer up!

Bismillahirahmanirrahim.
Smlm pegi walimah Syeikh Khalid, imam di galway. Cantik decorations yg malaysian students buat. Nice job. Sementara nak tunggu food yg 'on da way'..borak2 ngan rakan2 dulu. Cik Marisa berkata: Bila ko nak update blog? Asyik copy paste jerr...mana aci...katanya lagi. =) hehe
Nak layan blog...tapi tak de idea la nak tulis apa. Kalau dok merepek jerr kat sini..sapa lak yang nak baca kan.
Anyway, harini pegi buat garda card di immigration office. Memang dugaan betul harini. Sampai kat industrial park tu kol 6.40 am kot. Pastu, kena beratur di luar tu sampai kol 8.30am. Kalo weather menarik tak pe. Tapi harini, nak ditakdirkan hujan lebat giler. Payung ada satu lak tu...share 3 org. Bayangkan dok beratur dalam hujan selama 2 jam...sejuk!!!! Basah kuyup gakla sementara nak tungggu office tu buka. Memang immigrants betul. Jumpa officer 5 minit jerr, tapi kena beratur dan menunggu dekat 5 jam lebih kurang..huhu. Bila pegi klas Psychiatry kol 2pm, apalagi...terlelap jela..huhu. Tu baru satu dugaan. Dugaan satu lagi...laptop aku buat hal! huhu. Baru jer seminggu balik Ire, dia buat problem lak...sabar2.
Kalau nak diikutkan, agak tensi la sekarang ni. Dahla nak start attachment Obs and gynae pasni. Tapi bila fikir2 balik, buat apa nak tensi2 kan. Ujian tu kecik jer pun. Allah swt nak menduga hambaNya. Setakat mana kesabaran hambaNya dalam menghadapi ujian dan cabaran. Umat Islam, saudara seagama di tempat lain...ujian diorg lagi besar. Apa sgt la kalau nak dicompare dengan masalah aku sekarang ni. Nak comforting words, call ibunda jela kan. So, cheer up! Insya Allah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian dan perkara yang berlaku =). Usaha, doa, tawakkal.

4 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum...

Kalau dikata waktu cerah itu cuaca menarik, adakah waktu hujan itu cuaca tak menarik atau tak baik. Apa hak kita nak kata hujan itu cuaca tak menarik, bukankah Allah lebih mengetahui. Pada masa yg sama kita tak sedar bahawa ada org/makhluk yg memerlukan hujan yg lebat utk kehidupan. :)

Baru attachment dah nak merungut ker, belum jadi doktor lagi + isteri + ibu +anak..kan bertambah susah nnt. Kena la sentiasa redha dan bahagia dengan semua tugasan tersebut, kerana akan ada keadaan yg lebih membebankan kita. :(

Sorry, kalau mengecilkan hati. Wassalam

an_naas said...

Walaikumsalam. Tak mengecilkan hati, insya Allah :)
Timakasih kerana mengingatkan.

Betul tu, byk hidupan perlukan air. Dari air hujan gak kita manusia ni dpt air. Bersyukur dgn nikmat Allah.

Tgh on call Obs n Gynae. Skrg ni tgh rehat2 jap dpn pc. Erm, bahagia jer insya Allah, dgn attachment ker apa ker. Rsnya its normal to feel depress about something, sometimes. Nama pun manusia, hamba Allah, mmg sentiasa diuji. So, it doesn't mean merungut tu kita tak redha or tak bahagia....
Well, its just my own opinion. Feel free to say or comment anything.

thanks again for reminding =)

Valjam Boyd said...

masa rasa susah, slalu ingat yang Tuhan tak akan menduga umatnya melampaui kemampuan umat itu...

tiap kali rasa susah, senyum jek n imagine the beauty behind the hardship... :)

an_naas said...

senyum selalu =)