Tuesday, April 24, 2007

Alam barzakh



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sunday, April 22, 2007

Berusahalah

Assalamualaikum wbt.
Erm, examku bakal bermula jumaat ni. Dimulai dengan MCQ Ophthal, pastu GP, written psych...paeds....dan seterusnya. Ya Allah, cuaknya diriku ini yang belum habis study lagi...huhu. Semalam 5th Med 'rehat seketika' beramai-ramai. Menurut kata organizer: saudari Abramani...ehh silap2, saudari Abirami... :P, aktiviti itu diadakan untuk merilekskan minda sebelum semua orang belajar dengan bersungguh- sungguh. Lagi satu, dah lama gak tak bersua muka dengan semua orang sebab attachment berbeza, so best la bila jumpa dan berborak-borak. Walaupun tak semua yang dapat hadir, the program goes well. Dah lama aku tak dengar suara dan gelak ketawa rakan-rakan sekalian. Moga ukhwah yang dibina berkekalan. Selamat belajar dan selamat berimtihan rakan-rakan. Moga segala urusan dipermudahkan Allah swt. Mulakan setiap perkara dengan niat yang betul =)

*GAMBATEKUDASAI!!

Saturday, April 21, 2007

Allah is watching you

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, just finished my paeds and GP OSCE just now. Tawakkal...
Its worth to read this article below...(just copy n paste)


Several years ago an Imaam moved to London . He often took the bus
from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he
had occasion to ride the same bus.When he sat down, he discovered
that the driver had accidentally given him twenty pence too much
change. As he considered what to do, he thought to himself, you
better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it.

Then he thought, oh forget it, it's only twenty pence. Who would
worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets
too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from
Almighty Allah and keep quite.

When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he
handed the twenty pence back to the driver and said " Here, you gave
me too much change.

The driver with a smile replied " Aren't you the new Imaam in this
area? I have been thinking lately about going to worship at your
mosque.

I just wanted to see what you would do if I gave you too much
change." When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak
and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support,
and looked up to the heavens and cried "Oh Allah, I almost sold Islam
for twenty pence!"

Remember, we may never see the impact our actions have on people.

Be careful and be honest everyday, because you never know who is
watching your actions and judging you as a Muslim.

Just remember- Allah is watching you.


Thursday, April 12, 2007

Rahmat ujian



When ALLAH drops needles & pins along our path of life, don't step away. Instead, pick it up & collect them. They are designed to teach us to be strong & wise.

Friday, April 06, 2007

Bangkitlah Ummah!

Seperti yang kita semua tahu, banyak pihak berani mempertikaikan dan menghina Islam pada masa kini. Kenapakah ianya berlaku dengan mudah sekali?? di manakah suara umat-umat Islam?

Thursday, April 05, 2007

Ada apa dgn Medic..

Bismillahirahmanirrahim...
Aku sepatutnya study sekarang ni. Banyak lagi topic yang kena cover tuk exam final. Paeds, psych..ophthal, ENT, Gp......huhu. Harini Dr. Larkin bagi aku balik awal dari attachment. 1pm aku dah berbasikal balik ke rumah dengan gembiranya...hehe. Penat jugak la menolak basikal naik bukit....part turun bukit bestla, nak naik tu yang parah. Apapun, I'm happy with it =)


Tadi kan, aku baca satu blog nih...blog student engineering kat mesia. Ada satu entry tu dia comment pasal 10% (betul ker 10%) medical student yang tak mahu jadi DR. bila dah abis course. Pada pendapat aku, diorang mungkin ada reason masing-masing yang mnyebabkan diorang tak nak bekerja. Dunia medicine ni luas....perlukan kanta dan kacamata yang betul. Anyway, aku quote kata-kata student engine ni: "Ada apa sangat dengan medic? Aku dapat simpulkan pelajar yang bercita-cita menjadi jurutera seperti aku lebih senang hidupnya dari golongan yang hidupnya untuk medic".
Erm....to be honest, sedih gakla bila aku baca ayat dia nih. Bagi aku, setiap sesuatu yang terjadi adalah ketentuan Allah. Tak kisahla ambil course apa pun. Yang penting, kita tahu tujuan kita belajar dan tahu matlamat masa depan (dunia dan akhirat). Tak dinafikan, memang banyak pengorbanan tuk sesiapa yang ambil course medic ni..(betul ker erk). Yela, belajar dah 5,6 tahun pastu bila dah kerja pun sibuk. Betul la kot apa kata student engine tu...hidup dia lebih senang dari golongan yang hidupnya untuk medic. Tapi kan...adakah setakat hidup senang jer yang kita cari?? kalau hidup susah, tak boleh hidup ker??

Kenapa aku bercita-cita nak jadi DR in first place? Time tu aku baru darjah 1. Aku kena gi hospital sebab mata aku merah dan cikgu suruh balik umah. Alaa, merah sikit jer pun, takdela infection teruk sangat. Red eye without pain, photophobia or reduced of vision. So, conjunctivitis jer kot. Tapi, untuk keselamatan rakan-rakan sekelas..aku pun pegi la check mata. Ophthalmologist yang aku jumpa tu check mata aku dan bagi cuti selama beberapa hari. Gembira betul aku time tu sebab dapat cuti! hehe. Sejak dari itu, aku sukakan DR (tak tahu la kalo aku suka tu sebab dia bagi aku cuti..heheh). Apapun, time tu aku rasa kagum sangat dengan Dr yang boleh bagi diagnosis dan boleh prescribe ubat. Ni cerita time kecik-kecik la.
Bila aku form 5, tak terfikir pun yang aku boleh ambil course medic ni sebab time tu aku byk 'main'...(biasala, muda remaja lagi kann..hehe). Bila habis matriks, Alhamdulillah berjaya dpt course medic ni dan dapat gi oversea. Time tu, terasa cam " biaq betui ni nak pi oversea buat medic! tak pernah terfikir pi oversea sepanjang hidup aku"
Sekarang, Alhamdulillah dah 5th year medicine kat NUI, Galway. Bersyukur aku boleh bertahan sehingga ke hari ini. Kadang-kadang tu kan, semangat aku nak belajar tu lari entah ke mana (Risau woo bila jadi camtu....kesian makabah hantar jauh-jauh tuk belajar...kan). Kena cari balik semangat yang hilang tu, dan fikir sejenak kenapa aku belajar susah-susah camni? Bila dah fikir-fikir, aku rasa bersyukur Allah bagi aku kesempatan dan peluang untuk belajar medicine. Banyak yang aku dapat belajar...

Oklah, aku nak menulis banyak lagi sebenarnya pasal medic ni...tapi, lain kali la..aku nak baca buku pulak. Exam dah semakin dekat.....kecuakkan makin terasa. Anyway, congrats to Sarah, Shasha, Fatin (UKM), Che Pah (UM) and all my friends that had pass the final exam. Jadi doctor muslimah yang baik yer..hehhe =) Doakan aku jugak!! Lagi setahun setengah ni...insya Allah. All the best jugak tuk final year NUIG...Aku yakin korang boleh!