Wednesday, May 05, 2010

Muhammad Harith

Muhammad Harith
13:13
Jumaat
10/7/2009






Currently Harith is 10 months old...
Erm, dah setahun lebih aku meninggalkan blog nih. Lamanya huhu..
Entah knapa, tiba2 terasa nak menulis kembali. Apa yang nak ditulis, aku pun tak tahu.
Sekarang memang agak sibuk dengan kerja. Aku sibuk, suami pun sibuk. Kesian Harith..nak jumpa ummi ngan abi pun susah. Sampai bila erk macamni? Wallahualam.
Moga Allah kuatkan hati kami sekeluarga, moga dikurniakan kekuatan dan semangat seperti Harith.

Wednesday, February 25, 2009

sendiri di malam hari

Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah...
Berzaman rasanya tak menulis di blog ni. Erm, lost of idea. Banyak benda yang terjadi di sekeliling dalam sedar tak sedar. Apapun yang berlaku, hanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui segala-galanya, hanya Dia Tuhan tempat mengadu..
Aku sekarang dah nk masuk 22 weeks gestation. Erm, banyak benda dan experience yang baru bagi aku dan suami. Alhamdulillah ada mak dan mama tempat aku merujuk. Dari segi alam pekerjaan di Malaysia pulak, ia sememangnya tough, tapi kalau itu jalan yang dipilih maka nak lari ke mana pun tak boleh. Nak tak nak, kena teruskan jua di masa hadapan. Betul ke? wallahualam..



Monday, September 01, 2008

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan yang disayangi.
Moga kehidupan dan tanggungjawab sehari-hari dilalui dengan ceria seiring dengan sinar keimanan. Ya Allah, berilah nur hidayahMu, moga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk aku, suami dan keluarga. Moga amalan dapat ditingkatkan dan kami terus istiqamah menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah.
Sesungguhnya kehidupan kita tidak lari dari ujian dan dugaan dari Allah. Pesanan untuk diriku, ceriakanlah diri anda, senyumlah selalu..

Thursday, July 17, 2008

Life


Assalamualaikum wbt.
Lama tak update blog aku yang tak seberapa ni. Ape khabar rakan-rakanku yang disayangi sekalian? Macamana life korang ye setelah bergelar Doctor? Macam-macam keluhan yang aku dengar...apapun, sama-samalah kita bersabar ye. Allah telah mempermudahkan segala urusan kita sebelum ini, malah dah memakbulkan doa kita semua untuk lulus di dalam exam dan berjaya menjadi seorang Doctor. Maka, bersyukur dengan pemberian Allah tersebut.
Aku sekarang dah selamat berada di tanahair malaysia. La ni dok di rumah ibu mertua di Padang Besar, Perlis. Di kala aku menulis blog ni, suami tercinta berada di tempat kerja dan aku menanam anggur di rumah..adehh. Insya Allah, lagi 2 bulan kot aku start kerja. Maybe nak apply Hospital Sultanah Bahiyah Alor setar ataupun Hospital Kangar. Erm, tengoklah nanti macamana.

Bila aku dengar cerita-cerita dan keluhan rakan-rakan yang dah bekerja sebagai intern di Ireland, aku rasa sangat cuak untuk bekerja. Kalau dulu, cuak nak exam..sekarang ni cuak nak bekerja la pulak! Itu baru cerita di Ireland, belum lagi cerita di malaysia. Life sebagai intern di Malaysia lagi susah wahai rakan-rakanku. Sesungguhnya setiap keputusan yang kita buat ada hikmahnya yang tersendiri. At least, kerja kat Ireland kalau tak on-call weekend, korang boleh lepak-lepak di rumah. Tapi kalau di Malaysia? Adehh...bila la agaknya nak dapat cuti. Hasil perbualan dengan rakan-rakan yang balik berbakti sebagai intern di malaysia membuatkan aku bertambah cuak untuk mula bekerja. Diorang cakap diorang nangis hari-hari! huhuhu. Memang berganda pressure and workload bila berada di malaysia. Bila aku borak-borak pasal life as an intern dengan suami tercinta, dia akan cakap doctor ni banyak pengorbanannya. Kerja banyak, masa tak cukup dan lain-lain lagi. Memang betul pun apa yang dikata. Suami tercinta selalu gak suruh aku jadi surirumah...erm, bila la agaknya boleh jadi surirumah sepenuh masa, tak sabar gak menunggu..

Untuk rakan-rakanku yang sekarang bertaburan di bumi Ireland bekerja sebagai seorang doctor...Aku Rindu Kat Korang Semua! huhu
Kerja elok-elok ye..

Saturday, June 28, 2008

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Thursday, June 19, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Agak lama tak update blog aku ni. Urusan perkahwinan telah selamat berlangsung pada 28/5/08. Dah lebih kurang 3 minggu aku bergelar ISTERI. Erm...apa perasaan?? Gembira! tapi memerlukan kesabaran dan toleransi yang banyak. Ditambah pulak dengan perangai aku yang ntah apa-apa seperti kanak-kanak nih, maka banyak la perubahan yang perlu aku lakukan seiring dengan status dan usia...hehe. Kepada suami tersayang, thank you for everything. Kesabaran anda amatlah saya hargai =)


Alhamdulillah, dah grad pun aku nih =) Conferring ceremony pada 17/6/08 semalam sangatlah bermakna untuk aku. Walaupun dalam hati sentiasa berdebar memikirkan keadaan selepas bergelar intern/houseman, namun aku gembira kerana berjaya menamatkan pengajian aku selama 6 tahun di Galway. Mak dan abah tak dapat datang untuk majlis graduasi aku...huhu. Kalau mak ada lagi best sebab maklah tempat aku meluahkan perasaan selama 6 tahun belajar, maklah tempat mendengar tangisan aku di kala exam final. Apapun, aku tetap gembira kerana ditemani oleh suami tercinta. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan kami semua di Galway. Dalam 2 minggu lagi, aku akan balik ke Malaysia. Sedihnya nak meninggalkan bumi Ireland. Tapi, Malaysia tetap tanahairku....maka Malaysia jugalah tempat untuk aku berbakti, Insya Allah.




Tuesday, May 13, 2008

MB. BCH. BAO

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Results final year dah kuar ptg tadi. Tahniah kepada kawan-kawanku yang disayangi. We're doctors now! Moga perjalanan selepas ini dipermudahkan Allah SWT.